Anda di halaman 1dari 2

BERITA

JOHOR BAHRU, 21 MEI 2014 - Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera Johor Bahru
telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk
memastikan keprihatinan ibu bapa atau penjaga murid- murid SKAT terhadap tahap
pencapaian akademik anak jagaan mereka. Guru Besar iaitu Encik Nordin Bin Mohd.
Saodi menyatakan bahawa program ini merupakan aktiviti tahunan sekolah. Program ini
melibatkan semua murid SKAT dari Pra sekolah hingga murid tahun 6.

Program dimulakan tepat pada pukul 7.30 pagi di mana para ibu bapa atau penjaga
perlu mendapatkan nombor giliran mengikut kelas anak masing- masing. Untuk murid
Pra sekolah dan murid tahun 1, ibu bapa dan penjaga perlu ke kelas anak masing-
masing sementara murid tahun 2 hingga 6 iabu bapa atau penjaga perlu ke kaunter
kelas yang terletak di dataran perhimpunan.

Para ibu bapa dan penjaga bertemu guru kelas untuk mendapatkan kad pelaporan atau
slip keputusan ujian dan peperiksaan anak jagaan mereka. Segala masalah atau
perbincangan mengenai akademik anak- anak dilakukan pada hari tersebut hingga
pukul 1.30 patang.

Selain daripada aktiviti pertemuan antara guru dan ibu bapa, Program Bertemu
Pelanggan ini turut diselitkan dengan aktiviti jualan untuk tabung Kelab Guru dan Staff
SKAT. Beberapa buah gerai dibuka untuk tujuan tersebut di mana guru- guru yang
bukan guru kelas akan terlibat menjaga gerai jualan mengikut persetujuan mesyuarat
AJK Kelab Guru dan Staff SKAT. Gerai jualan ditempatkan di perkarangan tempat letak
kereta guru dan staff.

Antara gerai jualan yang dibuka ialah, gerai jualan air minuman panas dan sejuk, gerai
kuih- muih, gerai makanan berat seperti aneka mi dan nasi, gerai ubat- ubatan, gerai
buku dan majalah serta gerai jualan pakaian terpakai. Selain itu, murid- murid juga
menderma bahan- bahan makanan kering dan di letakkan di sebuah gerai sumbangan
di mana hasil bahan yang diderma dijual semula dengan harga yang lebih murah.
Sambutan yang diterima untuk Program Bertemu Pelanggan ini amat menggalakkan di
mana sebanyak 95% ibu bapa dan penjaga dapat hadir untuk bertemu guru kelas dan
mendapatkan maklumat mengetahui tahap pencapaian anak- anak mereka. Maklum
balas daripada semua guru dan ibu bapa amat baik dan program ini dijalankan dengan
cemerlang dan jayanya.

Rajah 1 - Hari Bertemu Pelanggan – Kaunter nombor giliran untuk


ibu bapa mengambil kad pelaporan mengikut kelas.

Rajah 2 - Ibu bapa dan guru kelas berbincang tentang


tahap pencapaian akademik murid.

Anda mungkin juga menyukai