Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR

Telefon: 06-9737751
KAMPUNG MELAYU
84500 PANCHOR, Fax : 06-9737751
MUAR, JOHOR DARUL TA’ZIM. email : jba5051@moe.edu.my
"SENTIASA UNGGUL MELEBIHI JANGKAAN"
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj. Kami : JBA5051/100-19/1/10(
) Tarikh : 12 Jun 2020

Kepada Ibu bapa / Penjaga,


Murid Sekolah SK Panchor,
Muar, Johor.

Tuan/Puan

PEMBERITAHUAN PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI TAHUN 5 DAN 6 MULAI 15.07.2020


DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Dengan hormatnya berhubung perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan sekolah akan dibuka secara berperingkat. Keputusan mengenai


pembukaan sekolah, KPM sentiasa merujuk kepada MKN dan KKM. Berdasarkan situasi
semasa penularan COVID-19, MKN dan KKM bersetuju bahawa pembukaan penuh sekolah
boleh dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Setelah mengambil kira saranan MKN dan KKM,
KPM menetapkan supaya pembukaan semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan
awam dilaksanakan secara berperingkat.

3. Untuk sekolah rendah, murid Tahun 5 dan Tahun 6 akan kembali ke sekolah pada hari
Rabu, 15 Julai 2020. Manakala, tarikh pembukaan sekolah bagi murid Tahun 1 sehingga
Tahun 4 adalah pada hari Rabu, 22 Julai 2020.

4. Bagi memantau kesiapsiagaan sekolah, pihak sekolah telah menggerakkan


Jawatankuasa Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah (JPPSS) di peringkat Sekolah.
Kami sentiasa memberi keutamaan kepada kesihatan dan keselamatan murid, guru dan warga
sekolah sepanjang mereka berada di sekolah.

5. Untuk makluman ibu bapa sekalian, setelah mengambil kira aspek penjarakan sosial,
pihak sekolah dapat menampung kehadiran murid seperti biasa. Oleh yang demikian,
pengoperasian sekolah dapat dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan berbeza
mengikut kapasiti dan keupayaan keadaan semasa, contohnya pengubahsuaian jadual waktu
kelas bagi tujuan meminimakan pergerakan guru dan murid.

6. Waktu operasi sekolah adalah seperti berikut :-


6.1 Waktu loceng pagi : 7.30 pagi
6.2 Waktu balik : 12.20 tengahari
Peringatan : Ibu bapa adalah diingatkan agar mengambil anak-anak atau anak jagaan
tuan-tuan dan puan-puan tepat pada waktu yang telah ditetapkan.

7. Berikut adalah SOP ( Standard Operating Procedures ) atau Peraturan Pencegahan


Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 ( COVID-19 ) di Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut :-
7.1 Saringan setiap hari di pintu masuk sekolah :-
: mengimbas suhu badan murid dan direkodkan. Murid yang suhu badannya 37.5°C
dan ke atas tidak dibenarkan bersekolah.
: murid juga akan dikehendaki mengingati suhu badan mereka
: murid akan memaklumkan suhu badan mereka kepada guru yang berada di
dalam
kelas untuk direkodkan
: Ibu bapa dikehendaki menunggu sebentar untuk mengetahui suhu badan anak
masing-masing
: penggunaan hand sanitizer atau sabun pencuci tangan sebelum masuk ke kelas
: penggunaan pelitup mulut dan hidung
: menyusun semula perabot dalam bilik darjah, bilik khas, bilik guru, kantin,
perpustakaan mengikut ketetapan penjarakan sosial 1 meter.
: membuat hebahan sebanyak 3 kali sehari tentang bahaya dan cara-cara
memutuskan rangkaian COVID-19 kepada warga sekolah.

8. Peranan ibu bapa / penjaga bagi menyokong pembukaan semula sekolah adalah
seperti
berikut :-
8.1 Memastikan anak-anak / anak jagaan berada dalam keadaan sihat, menjaga
kebersihan diri dan tidak menunjukkan gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke
sekolah.
8.2 Membantu anak-anak / anak jagaan belajar mengikut kemampuan ibu bapa dan
penjaga.
8.3 memberikan sokongan motivasi kepada anak-anak jagaan untuk terus belajar.

9. Waktu rehat :
9.1 Pengusaha kantin hanya menyediakan makanan berbungkus sahaja.
9.2 Murid makan di dalam bilik PdP di bawah seliaan guru pada waktu rehat.
9.3 Pekerja kantin akan menghantar makanan ke kelas-kelas.
9.4 Pesanan makanan boleh dibuat melalui guru kelas masing-masing dan harga bagi
satu juadah makanan dan minuman adalah RM2.00.
9.5 Murid digalakkan membawa sudu dan garfu sendiri.
9.6 Ibu bapa digalakkan menyediakan makanan atau bekalan anak masing-masing.

10. Pengajaran dan Pembelajaran :


10.1 Guru akan mempelbagaikan kaedah penyampaian PdP.
10.2 Aktiviti PdP hendaklah akur kepada penjarakan sosial
10.3 PdP yang dilaksanakan tidak melibatkan aktiviti luar bilik darjah
10.4 Aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka tidak dilaksanakan sehingga ke
suatu tarikh yang akan dimaklumkan.

11. Sekiranya didapati murid menunjukkan tanda-tanda gejala Covid-19, ibu bapa
dikehendaki mengambil atau menjemput anak mereka sendiri di sekolah. Seandainya, ibu bapa
atau penjaga tidak dapat mengambil anak mereka, pihak sekolah akan menghubungi pihak
KKM Daerah untuk mengambil tindakan dan menjalankan prosedur seterusnya.

12. Akhirkata, kerjasama serta keperihatinan ibu-ibu, bapa-bapa dan penjaga dalam
memastikan pematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak MKN, KKM dan KPM, pihak
sekolah mengucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, untuk makluman dan perhatian tuan, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(RUSLIN @ ROSLIN BIN RAHMAT)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Panchor,
84500 Panchor, Muar.

Anda mungkin juga menyukai