Anda di halaman 1dari 2

Bantuan Mangsa Banjir

Aqilah: Ibu, sebentar tadi saya menonton berita mengenai


keadaan banjir di kawasan selatan tanah air. Kebanyakan
mangsa hanya tinggal sehelai sepinggang di pusat pemindahan
banjir. Saya berasa kasihan apabila melihat keadaan mereka
yang masih mempunyai anak kecil.

Ibu: Benar, Aqilah. Ibu turut bersimpati dengan nasib mereka


yang kini menumpang teduh di pusat pemindahan banjir. Bak
kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Aqilah: Ibu, saya berhasrat untuk meringankan beban yang


ditanggung oleh mereka. Mari kita membantu mereka dengan
menghulurkan sumbangan, ibu.

Ibu: Ibu setuju dengan hasrat kamu itu. Mereka pasti


kekurangan bekalan makanan dan keperluan asas di pusat
pemindahan tersebut.

Aqilah: Ibu saya ingin meminta ahli keluarga yang lain


memberikan sedikit sumbangan untuk membeli barangan
keperluan bagi mangsa-mangsa banjir tersebut.

Ibu: Baiklah,Aqilah. Setelah ibu membeli barangan tersebut, ibu


akan menghantar barang-barang itu ke pusat pengumpulan
barang bantuan untuk mangsa banjir yang berhampiran dengan
kawasan perumahan kita. Kita janganlah lokek dalam
menghulurkan sumbangan kerana berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing agar mereka hidup seperti kita.

Aqilah: Terima kasih,ibu.

Ibu: Sama-sama ,Aqilah.

Anda mungkin juga menyukai