Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH BERASRAMA PENUH

INTEGRASI KUANTAN

PENYAKIT
BERJANGKIT

NAMA : MEERZA BINTI MD MAHAZAN


KELAS : 5 IBNU SINA
OBJEKTIF FOLIO
Penyakit berjangkit

Mengenali jenis-jenis penyakit


berjangkit

Mengetahui punca-punca
penyakit berjangkit

 Memahami simptom-simptom
penyakit berjangkit

Mengetahui langkah pencegahan


agar penyakit berjangkit tidak
merebak

Memberi kesedaran kepada orang


ramai tentang kepentingan
penjagaan kesihatan
Definisi penyakit
berjangkit
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat

Penyakit
Sesuatu yang menyebabkan badan menjadi
sakit atau yang mengganggu kesihatan

Berjangkit
Berpindah daripada seorang kepada
seorang, menular, merebak

Penyakit berjangkit
Penyakit yang mudah berjangkit
Koronavirus [covid-19]

Pandemik COVID-19 ialah pandemik penyakit koronavirus 2019 yang


sedang berlaku secara global berpunca daripada koronavirus
sindrom pernafasan akut teruk 2
(SARS-CoV-2).

Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember


2019 di bandar raya Wuhan,Hubei,China dan telah diiktiraf
sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada
11 Mac 2020.Sehingga 30 Mac 2021, lebih daripada 128 juta kes telah
disahkan, dengan lebih daripada 2,800,000 kematian disebabkan
oleh COVID-19.

Cara utama jangkitan pada manusia adalah penularan manusia ke


manusia, yang biasanya terjadi melalui titisan pernafasan dari
individu yang dijangkiti apabila mereka bersin, atau batuk. Penyakit
ini mempunyai tempoh inkubasi antara 2 dan 14 hari. Penularan
boleh dikurangkan dengan kerap mencuci tangan, mengamalkan
kebersihan dengan baik, dan memakai pelitup muka.

Usaha untuk mencegah penyebaran termasuk sekatan perjalanan,


kuarantin, pengurungan, penangguhan acara dan pembatalan,
serta penutupan kemudahan.
Selesema babi [h1ni]

Pada tahun 2009, selesema babi telah mengakibatkan wabak


selesema yang berpunca di Mexico dan tersebar ke kebanyakan
negara di seluruh dunia. Mujurlah ia tidak seteruk yang
dianggap dan pada tahun 2010, Pertubuhan Kesihatan Sedunia
mengisytiharkan wabak itu telah tamat.

Selesema babi adalah virus selesema yang tersebar dengan cara


yang sama seperti selema biasa – melalui sentuhan dengan
mereka yang telah dijangkiti, menghirup udara yang
mengandungi partikel virus individu yang telah dijangkiti apabila
mereka batuk atau bersin, serta menyentuh barang-barang yang
telah dicemari oleh seseorang yang dijangkiti virus selesema.

Influenza H1N1 adalah wabak selesema utama yang terus


tersebar di kalangan warga emas, wanita mengandung dan
mereka yang mengalami masalah jantung, paru-paru, buah
pinggang dan hati adalah golongan berisiko mendapatkan
jangkitan ini.

Bagi orang dewasa, tempoh jangkitan mungkin berlanjutan


sehingga lima atau tujuh hari, sementara bagi kanak-kanak ia
mungkin bertahan selama dua minggu.
Cacar air

Caca air ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-


kanak disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai
virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap.
Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan
timbul ruam lepuh .Ianya merebak:

• Melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air


itu mengalami batuk atau bersin.
• Dengan menyentuh atau bernafas masuk “partikel virus”
yang terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh

Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan pada
orang yang di jangkiti sehingga semua ruam kering.
Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak
serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa,remaja
serta anak kecil kurang dari setahun boleh menjadi lebih serius.

Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur


hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin berulang sebagai
kayap kepada orang dewasa dan kadang-kala kepada kanak-
kanak.Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian, iaitu
vaksin varicella.
kusta

Penyakit kusta merupakan penyakit yang digeruni ramai.


Penyakit kusta merupakan disebabkan oleh jangkitan kuman
‘Mycobacterium leprae’. Jangkitan kuman ini boleh
menyebabkan kesan sampingan serius pada kulit, saraf, mata
serta bahagian dalam hidung.

Faktor genetik dipercayai boleh menjadi punca berlakunya


penyakit kusta ini. Jika seseorang dalam keluarga mempunyai
penyakit kusta maka kemungkinan gen mereka akan diwarisi
oleh anak mereka sekali gus menyebabkan anak mereka
berisiko mendapat penyakit kusta.

Terdapat tiga jenis penyakit kusta iaitu:

1. ‘Tuberculoid’. Ini merupakan keadaan yang tidak begitu


serius dan masih dalam tahap awal.

2. ‘Lepromatous’. Keadaan ini lebih serius dan selalunya


melibatkan benjolan pada keseluruhan kulit.

3. ‘Borderline’. Mempunyai kombinasi simptom kedua-dua


jenis penyakit kusta yang dinyatakan di atas.
leptospirosis

Leptospirosis terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada


kuman yang terdapat di dalam air yang tercemar dengan
kencing binatang. Biasanya terjadi di negara beriklim panas.

Faktor risiko termasuklah:


• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas
• Aktiviti rekreasi dalam air di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah seperti mengambil
makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai
dan arnab.

Jangkitan bakteria disebarkan melalui air kencing haiwan yang


jinak mahupun haiwan liar yang dijangkiti bakteria. Bakteria
boleh bertahan di dalam air tawar dan tanah selama berbulan-
bulan.

Tempoh berjangkit untuk leptospirosis bergantung kepada


berapa lama bakteria tersebut boleh hidup dalam air kencing.
Kebanyakan individu akan menyingkirkan bakteria dalam air
kencing selama beberapa minggu tetapi ada manusia
menyingkirkan bakteria tersebut dalam air kencing selama 11
bulan.
penutup
Kita sewajarnya mengutamakan kesihatan diri dalam
apa jua keadaan kerana tanpa kesihatan yang baik
segala aktiviti yang ingin dilaksanakan akan terganggu
dan menghalang kita melakukan sesuatu perkara
dengan sebaiknya yang kita mampu sebenarnya.

Kita perlu mempunyai sifat prihatin kepada orang lain.


Sekiranya kita menghidap penyakit berjangkit, elakkan
bergaul dengan orang lain seolah-olah kita sihat seperti
mereka sebaliknya kita harus mendapatkan rawatan
lanjut. Hal ini demikian penting agar rantaian
penyebaran penyakit berjangkit dapat diputuskan.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai