Anda di halaman 1dari 11

BAB 1: NORMA MASYARAKAT GLOBAL MEMBENTUK

KEHARMONIAN SEJAGAT
(LAM HUI PING DAN JESWINDA KASSANDRA)
BAHAGIAN A:
SOALAN 1
1 (a) (i) Nilai rasional/ nilai hemah tinggi / nilai
bertanggungjawab/nilai hormat / nilai kebebasan
(i) Nilai kesederhanaan

(b) (i) Masyarakat global tidak perlu membawa jumlah wang


tunai yang banyak bagi mengelakkan berlakunya kes kecurian
atau rompakan. / menjimatkan masa untuk membuat
pembayaran/mengelakkan berlakunya keciciran wang
akibatnya tidak dapat membuat pembayaran/

(ii) Masyarakat global dapat menikmati potongan harga


ketika menggunakan perkhidmatan pembayaran tanpa
tunai.

(c) (i) Masyarakat global cenderung untuk berbelanja boros


tanpa kawalan dan menyebabkan mereka dibelenggu
hutang./tiada simpanan untuk kegunaan masa depan/akaun
peribadi mudah diakses dan dipergunakan oleh pengguna yang
tidak bertanggungjawab

(ii) Masyarakat global berbelanja mengikut kehendak


bukan keperluan dan mengakibatkan berlakunya aliran
wang tunai negatif yang akan menambahkan beban
kewangan./ Meningkatkan kadar inflasi negara yang
membebankan masyarakat global

(d) (i) Masyarakat global menerima, menghormati dan


menguruskan kepelbagaian adat dan tradisi./ mematuhi
peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh
antarabangsa/ berkongsi kemajuan teknologi untuk
kesejahteraan sejagat/ Mengurus isu alam sekitar global secara
sistematik

(ii) Masyarakat global bekerjasama dalam mengawal


penyakit berjangkit./ mengamalkan budaya mesra alam
untuk kelestarian alam sekitar /

SOALAN 2
2 (a) (i) Dapat meningkatkan penguasaan teknologi dalam
masyarakat global.
(ii) Dapat mewujudkan perpaduan dan persefahaman
antara anggota masyarakat global.
(b) (i) Nilai hormat. Pakar perubatan dari China memahami,
dan menerima amalan norma masyarakat Malaysia.

(ii) Nilai toleransi. Pakar perubatan dari China


menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi
dengan pakar perubatan Malaysia kerana bahasa tersebut
merupakan bahasa antaranbangsa yang masyarakat global
mahir.

iii) Nilai Kerjasama. Dua negara saling berganding bahu


dalam mengawal penyakit berjangkit. Kesannya dapat
mengurangkan kadar penularan penyakit berjangkit.

(c) (i) Saya bersetuju dan menerima suntikan vaksin wabak


COVID-19 bagi bekerjasama dengan masyarakat global untuk
memutuskan rantaian wabak tersebut. / berkongsi informasi
kesihatan dengan masyarakat global untuk memberi kesedaran
kepada masyarakat. / mematuhi aspek SOP bagi
mengurangkan risiko jangkitan

(ii) Saya mengamalkan konsep 5R bagi menjaga


kelestarian alam sekitar.
SOALAN 3:
Cadangan nilai:
nilai rasional
nilai bertanggungjawab
nilai kerjasama
nilai kesederhanaan
F1 Kempen Earth Hour dapat mencetuskan
kesedaran kepada masyarakat global
tentang kepentingan menjaga kelestarian
alam.
H1 How Kempen Earth Hour memberi kesempatan
kepada generasi kini untuk
menyelamatkan bumi daripada pelbagai
kesan rumah hijau.
Why Dengan ini masyarakat global dapat
mengelakkan suhu pemanasan global
meningkat secara mendadak agar bumi
tidak mengalami perubahan iklim yang
sangat ketara.
C1 Contohya,semasa kempen Earth Hour
berlangsung,semua anggota masyarakat
akan memberhentikan penggunaan
elektrik, keberkesanan kempen ini dapat
dilihati sekiranya semua masyarakat global
bekerjasama untuk menjalankannya.
K1 Kesannya, sumber tenaga elektrik serta
kelestarian alam sekitar terpelihara.

F2 Kempen Earth Hour dapat melahirkan


pesefahaman masyarakat global serta
mewujudkan perpaduan antara satu sama
lain.
H2 How Semua anggota masyarakat bersikap
terbuka untuk menerima serta menyokong
kempen ini.
Wh Dengan ini, masyarakat dapat melahirkan
y sikap keterbukaan dalam menerima budaya
dan tradisi masing-masing.
C2 Anggota masyarakat bekerjasama untuk
menjayakan kempen ini tanpa mengira
keberadaan mereka di negara masing-
masing.
K2 Tamsilnya,keharmonian serta keamanan
masyarakat global dapat dikekalkan.

F3 Kempen Earth Hour dapat memberi


pengajaran kepada masyarakat global
untuk mempraktikkan amalan budaya
mesra alam dalam kehidupan seharian.
H3 How Melalui kempen Earth Hour,masyarakat
global dapat belajar untuk menggunakan
sumber tenaga elektrik dengan berhemah.
Why Hal ini kerana masyarakat global
mengambil berat terhadap kesan sekiranya
menggunakan sumber tenaga elektrik
tenpa had.
C3 Misalnya,masyarakat menggunakan tenaga
solar bagi mengurangkan pencemaran
berlaku.
K3 Kesannya,kesan rumah hijau dapat
dielakkan.
Jawapan:
Antara nilai universal ialah nilai rasional,nilai
bertanggungjawab ,nilai kerjasama dan nilai
kesederhanaan.Kepentingan kempen Earth Hour kepada
masyarakat global ialah Kempen Earth Hour dapat mencetuskan
kesedaran kepada masyarakat global tentang kepentingan menjaga
kelestarian alam.Kempen Earth Hour memberi kesempatan kepada
generasi kini untuk menyelamatkan bumi daripada pelbagai kesan
rumah hijau.Dengan ini masyarakat global dapat mengelakkan
suhu pemanasan global meningkat secara mendadak agar bumi
tidak mengalami perubahan iklim yang sangat
ketara.Contohya,semasa kempen Earth Hour berlangsung,semua
anggota masyarakat akan memberhentikan penggunaan elektrik,
keberkesanan kempen ini dapat dilihati sekiranya semua
masyarakat global bekerjasama untuk menjalankannya.Kesannya,
sumber tenaga elektrik serta kelestarian alam sekitar
terpelihara.Seterusnya, Kempen Earth Hour dapat melahirkan
perefahaman masyarakat global serta mewujudkan perpaduan
antara satu sama lain.Semua anggota masyarakat bersikap terbuka
untuk menerima serta menyokong kempen ini.Dengan ini,
masyarakat dapat melahirkan sikap keterbukaan dalam menerima
budaya dan tradisi masing-masing.Anggota masyarakat
bekerjasama untuk menjayakan kempen ini tanpa mengira
keberadaan mereka di negara masing-masing.Tamsilnya,
keharmonian serta keamanan masyarakat global dapat dikekalkan.
Akhir sekali, Kempen Earth Hour dapat memberi pengajaran
kepada masyarakat global untuk mempraktikkan amalan budaya
mesra alam dalam kehidupan seharian. Melalui kempen Earth
Hour, masyarakat global dapat belajar untuk menggunakan
sumber tenaga elektrik dengan berhemah. Hal ini kerana
masyarakat global mengambil berat terhadap kesan sekiranya
menggunakan sumber tenaga elektrik tenpa had.Misalnya,
masyarakat menggunakan tenaga solar bagi mengurangkan
pencemaran berlaku. Kesannya, kesan rumah hijau dapat
dielakkan.

4 (a) Nilai:
nilai kerjasama
nilai kebebasan
nilai kesederhanaan
nilai bertangunggjawab
F1 Norma masyarakat global dapat menjamin
keharmonian sejagat.
H1 How Anggota masyarakat global tidak
menyentuh isu sensitif dan tidak
menimbulkan ketidakpuasan antara satu
sama lain.
Why Hal ini dapat mengelakkan berlakunya
persengketaan dan pergaduhan antara
masyarakat global.
C1 Contohya,masyarakat tidak memuat naik
isu sensitif berkaitan agama,bangsa dan
budaya atas media sosial.
K1 Kesannya,tiada persengketaan yang boleh
mengugat ketenteraman masyarakat
global.

F2 Norma masyarakat global mewujudkan


hubungan baik antara masyarakat global.
H2 How Teknologi yang semakin berkembang
memudahkan kita berhubung dengan orang
di seluruh dunia tanpa sempadan.
Wh Interaksi sosial yang baik antara
y masyarakat global secara tidak langsung
mengeratkan hubungan persahabatan
sesama kita.
C2 Misalnya,masyarakat global saling
berkongsi kehidupan seharian mereka serta
adat dan tradisi mereka di media sosial.
K2 Tamsilnya,media sosial dapat mewujudkan
perpaduan antara anggota masyarakat
global serta mengekalkan keamanan dunia.
F3 Norma masyarakat global dapat
melahirkan masyarakat global yang
prihatin serta penyayang.
H3 How Masyarakat global menghulurkan bantuan
kepada negara yang mengalami kesusahan.
Wh Dengan ini dapat memupuk masyarakat
y yang bersatu padu serta mewujudkan
kerjasama antara satu sama lain.
C3 Misalnya,masyarakat global menjadi
sukarelawan untuk membantu mangsa
Palestin akibat peperangan.
K3 Kesannya,masyarakat global dapat
melahirkan rasa simpati dan bertimbang
rasa terhadap orang yang mengalami
kesusahan.

Jawapan:

Antara nilai universal ialah nilai kerjasama, nilai


kebebasan, nilai kesederhanaan dan nilai
bertangunggjawab. Norma masyarakat dapat mengeratkan
hubungan sesama manusia kerana Norma masyarakat
global dapat menjamin keharmonian sejagat. Anggota
masyarakat global tidak menyentuh isu sensitif dan tidak
menimbulkan ketidakpuasan antara satu sama lain. Hal ini
dapat mengelakkan berlakunya persengketaan dan
pergaduhan antara masyarakat global. Contohya,
masyarakat tidak memuat naik isu sensitif berkaitan
agama, bangsa dan budaya atas media sosial. Kesannya,
tiada persengketaan yang boleh mengugat ketenteraman
masyarakat global. Selain itu, Norma masyarakat global
mewujudkan hubungan baik antara masyarakat
global.Teknologi yang semakin berkembang memudahkan
kita berhubung dengan orang di seluruh dunia tanpa
sempadan.Interaksi sosial yang baik antara masyarakat
global secara tidak langsung mengeratkan hubungan
persahabatan sesama kita. Misalnya,masyarakat global
saling berkongsi kehidupan seharian mereka serta adat dan
tradisi mereka di media sosial.Tamsilnya,media sosial
dapat mewujudkan perpaduan antara anggota masyarakat
global serta mengekalkan keamanan dunia.Akhir sekali,
Norma masyarakat global dapat melahirkan masyarakat
global yang prihatin serta penyayang.Masyarakat global
menghulurkan bantuan kepada negara yang mengalami
kesusahan.Dengan ini dapat memupuk masyaratkan yang
bersatu padu serta mewujudkan kerjasama antara satu
sama lain.Misalnya,masyarakat global menjadi
sukarelawan untuk membantu mangsa Palestin akibat
peperangan.Kesannya,masyarakat global dapat melahirkan
rasa simpati dan bertimbang rasa terhadap orang yang
mengalami kesusahan.

(b)
F1 Majlis Hak Asasi Manusia haruslah prihatin dan
ambil peduli akan sensitiviti masyarakat global.
H1 HOW Majlis Hak Asasi Manusia misalnya Majlis
Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu memastikan tiada
diskriminasi berdasarkan warna kulit, kaum
serta keturunan.
WHY Hal ini bagi memastikan layanan yang sama
rata diberi kepada anggota masyarakat
global serta menjamin hak asasi setiap
manusia terjaga.
C1 Majlis Hak Asasi Manusia PBB memberi hak
kebebasan bersuara untuk anggota masyarakat
global menyuarakan pendapat mereka serta
mengadu nasib mereka.Malah,pada zaman kini
semua kanak-kanak diberi hak untuk menuntut ilmu
bagi meningkat taraf hidup mereka tanpa mengira
latar belakang dan salasiah masalah global.
K1 Tamsilya, dunia tanpa diskriminasi dapat
melahirkan masyarakat gobal yang lebih prihatin
dan penyayang.

F2 Kerajaan haruslah menjalin hubungan


persahabatan serta diplomatik dengan negara-
negara luar.
H2 HOW Dengan adanya hubungan persahabatan
serta diplomatik dengan negara luar,
kerajaan dapat berkongsi kepakaran dalam
pelbagai bidang seperti
perubatan,teknologi serta adat dan tradisi.
WHY Hal ini dapat mewujudkan perpaduan
masyarakat global serta dapat merangsang
pasaran ekonomi global.
C2 Misalnya, pakar perubatan dari sekitar dunia
berkongsi kepakaran mereka dalam bidang
perubatan untuk mencipta vaksin wabak COVID-
19 seperti vaksin Pfizer serta Sinovac.Dengan
suntikan vaksin ini masyarakat dapat
mengurangkan risiko dijangkiti wabak tersebut.
K2 Sudah terang lagi bersuluh bahawa hubungan baik
antara negara dapat meningkatkan
ekonomi,kemajuan dalam teknologi serta
memperbanyakkan kaedah baharu dalam bidang
perubatan.

F3 Anggota masyarakat global haruslah mematuhi


undang-undang serta peraturan antarabangsa yang
diterima serta dilulus semua negara global.
H3 HO Anggota masyarakat haruslah akur dan
W tidak mencabuli undang-undang yang
telah digubal.
WH Undang-undang akan menjadi panduan
Y pemerintah untuk menjalankan hal
pentadbiran serta panduan tingkah laku
masyarakat global dalam kehidupan.
C3 Misalnya lampu isyarat digunakan oleh semua
negara,semua anggota masyarakat peka dan
faham akan maksud warna-warna lampu
isyarat.Bagi pemandu yang melanggarkan lampu
isyarat akan dikenakan saman.Hal ini bagi
memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
K3 Hasilnya,undang-undang dan peraturan
antarabangsa dapat mengurangkan kadar kes
jenayah di negara kita serta meningkatkan imej
negara di persada dunia.

JAWAPAN:
Peranan Majlis Hak Asasi Manusia dalam menghayati dan
mengamalkan norma masyarakat global bagi mewujudkan suasana
masyarakat dunia yang aman dan harmoni ialah haruslah prihatin
dan ambil peduli akan sensitiviti masyarakat global. Majlis Hak
Asasi Manusia misalnya Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu memastikan tiada diskriminasi
berdasarkan warna kulit, kaum serta keturunan. Hal ini bagi
memastikan layanan yang sama diberi kepada anggota masyarakat
global serta menjamin hak asasi setiap manusia terjaga. Misalnya,
Majlis Hak Asasi Manusia PBB memberi hak kebebasan bersuara
untuk anggota masyarakat global menyuarakan pendapat mereka
serta mengadu nasib mereka. Malah, pada zaman kini semua
kanak-kanak diberi hak untuk menuntut ilmu bagi meningkat taraf
hidup mereka tanpa mengira latar belakang dan salasiah masalah
global. Tamsilya, dunia tanpa diskriminasi dapat melahirkan
masyarakat gobal yang lebih prihatin dan penyayang. Seterusnya,
Kerajaan haruslah menjalin hubungan persahabatan serta
diplomatik dengan negara-negara luar. Dengan adanya hubungan
persahabatan serta diplomatik dengan negara luar, kerajaan dapat
berkongsi kepakaran dalam pelbagai bidang seperti
perubatan,teknologi serta adat dan tradisi. Hal ini dapat
mewujudkan perpaduan masyarakat global serta dapat merangsang
pasaran ekonomi global. Misalnya, pakar perubatan dari sekitar
dunia berkongsi kepakaran mereka dalam bidang perubatan untuk
mencipta vaksin wabak COVID-19 seperti vaksin Pfizer serta
Sinovac.Dengan suntikan vaksin ini masyarakat dapat
mengurangkan risiko dijangkiti wabak tersebut. Sudah terang lagi
bersuluh bahawa hubungan baik antara negara dapat
meningkatkan ekonomi, kemajuan dalam teknologi serta
memperbanyakkan kaedah baharu dalam bidang perubatan. Akhir
sekali, anggota masyarakat global haruslah mematuhi undang-
undang serta peraturan antarabangsa yang diterima serta dilulus
semua negara global. Anggota masyarakat haruslah akur dan tidak
mencabuli undang-undang yang telah digubal. Hal ini kerana
undang-undang akan menjadi panduan pemerintah untuk
menjalankan hal pentadbiran serta panduan tingkah laku
masyarakat global dalam kehidupan.Misalnya lampu isyarat
digunakan oleh semua negara,semua anggota masyarakat peka dan
faham akan maksud warna-warna lampu isyarat.Bagi pemandu
yang melanggarkan lampu isyarat akan dikenakan saman.Hal ini
bagi memastikan keselamatan pengguna jalan
raya.Hasilnya,undang-undang dan peraturan antarabangsa dapat
mengurangkan kadar kes jenayah di negara kita serta
meningkatkan imej negara di persada dunia.

Anda mungkin juga menyukai