Anda di halaman 1dari 1

COVID 19, SATU PENGAJARAN

Dasawarsa ini, negara Malaysia telah dilanda dengan virus Covid 19. Penyebaran virus ini telah
menjadi tumpuan utama terhadap semua pihak. Disebabkan kritikalna wabak ini, kerajaan telah
mengambil tindakan dengan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 mac
yang lalu bagi membendung wabak ini daripada terus merebak.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan, rakyat semakin dibiasakan


untuk mengamalkan satu norma baru dalam kehidupan. Kita diperintahkan untuk kekal
duduk di rumah masing-masing dan hanya keluar apabila mempunyai urusan penting sahaja.
pelbagai langkah-langkah pencegahan mesti kita patuh dan amalkan. Antaranya seperti
menjaga jarak 1 meter, tidak bersentuhan, sering mencuci tangan dan memakai pelitup muka.

Kita disuruh untuk meningkatkan kebersihan kawasan dan diri di mana sahaja kita
berada. Sebagai contoh, perlu kerap mandi, mencuci tangan dengan sabun atau sanitasi
tangan sebelum dan selepas menyentuh sesuatu. Ini kerana, virus merbahaya ini sangat
mudah merebak.

Kita juga disarankan untuk sentiasa mengamalkan jarak sosial apabila berada di
tempat orang ramai seperti pasaraya dan tempat tumpuan membeli makanan. Kita juga perlu
memakai pelitup muka terutamanya jika bergejala. Jika kita bersin atau batuk, virus boleh
berjangkit kepada orang lain. Oleh itu, menutup mulut ketika batuk adalah paling tepat.

Selepas 4 bulan pelaksanaan PKP dengan bebetapa fasa, Malaysia telah berjaya
membendung Penularan covid 19. Kini negara sedang memasuki fasa pemulihan. Sekarang
kelonggaran telah diberikan kepada rakyat ketika melakukan aktiviti namun masih perlu
mematuhi garis panduan tertentu.

Kesimpulannnya, kita berharap agar virus Covid 19 yang membawa maut ini
dilenyapkan. Semoga kita dapat kembali menjalankan kehidupan seperti biasa. Oleh itu, rakyat
perlulah terus berdisiplin dan istiqomah mematuhi norma baharu. Hal ini penting bagi
memastikan tidak berlaku peningkatan terhadap kes Covid 19 ini.

Anda mungkin juga menyukai