Anda di halaman 1dari 2

Fakta: Faedah-faedah Memanfaatkan Perpustakaan

Murid-murid digalakkan pergi ke perpustakaan. Berikan pandapat kamu


tentang faedah-faedah yang diperolehi jika seseorang itu memanfaatkan
perpustakaan.

**   **   **   **   **

Perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Di perpustakaan terdapat


banyak buku-buku yang boleh dibaca seperti seperti buku cerita, novel,
majalah, buku rencana dan lain-lain lagi. Dengan membaca, pengetahuan
murid-murid semakin bertambah dan ini tentu membantu murid-murid
dalam pelajaran. 

Murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan


perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan akan terhindar
daripada gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain
lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa
depan mereka akan lebih cerah. Sebaliknya, gejala yang tidak sihat akan
mengelapkan masa depan mereka.

Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri.


Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti
larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun
semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat
berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap akan menjadi
amalan dalam kehidupan mereka. 

Perpustakaan juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-


murid tidak perlu membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh
dipinjam di perpustakaan. Ini tentu dapat menjimatkan wang ibu bapa
murid-murid.

Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu,


menfaatkanlah perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam
pelajaran. Tambahan pula, murid-murid juga dapat menghilangkan rasa
bosan setelah penat belajar dengan membaca buku-buku tertentu di
perpustakaan.

Anda mungkin juga menyukai