Anda di halaman 1dari 2

Kebaikan Amalan Membaca

Amalan membaca ialah sikap suka menelaah bahan bacaan dalam aktiviti harian
seseorang pelajar itu. Antara bahan itu meliputi novel, majalah dan akhbar yang
banyak dijual di kedai-kedai buku itu. Sebenarnya, amalan itu menpunyai banyak
faedah kepada diri pelajar apabila dilakukan secera kerap.

Kebaikan yang ketara ialah membaca boleh menambahkan ilmu


pengetahuan seseorang itu. Aktiviti membaca pasti mambawa pelajar memperolah
maklumat terkini tentang sesuatu perkara itu seperti penemuan kajian sains yang
mengejutkan itu.Lantaran itu,diri pelajar sering terdedah pada kajian saintis
yang sering berubah-ubah mengikut zaman.

Selain itu,membaca juga boleh meningkatkan kemahiran bahasa


pelajar.Penemuan saban hari istilah atau kosa kata baru yang difahami setelah
memeriksa kamus itu akan meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar
tersebut.Sesungguhnya,penggunaan kosa kata dalam diri pelajar akan menjadi
meluas dan menjadikan pelajar mahir dalam penulisan pula.

Tambahan pula,pemikiran pelajar menjadi lebih baik atau matang apabila


kerap membaca bahan akhbar dan majalah.Pembacaan menjadikan pelajar
mengetahui banyak isu daripada pelbagai sudut pandangan masyarakat itu tanpa
mengira positif atau negatif. Jelaslah,pelajar akan menimbang sendiri semua
fakta yang dihuraikan dalam pembacaan itu lalu mampu membuat kesimpulan yang
bemas.

Sikap suka membaca boleh mengisi masa lapang pelajar.Amalan ini


memerlukan tumpuan yang lama seperti berjam-jam untuk menghabiskan sebuah
buku terutama buku pelajaran yang tebal itu.Maka,kemungkinan untuk pelajar
tersebut terlibat dalam sebarang kejadian negatif seperti melepak tidak akan
berlaku.

Kajian juga membuktikan bahawa pelajar yang kerap membaca buku akan
memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang.Kejayaan ini berlaku kerana
banyak fakta yang perlu dihafal apabila pelajar menjawab soalan peperiksaan
umum negara ini. Akibatnya, ibu bapa akan berasa bangga dengan kejayaan anak
mereka dalam peperiksaan itu.

Kesimpulannya,semua faedah membaca itu benar-benar berlaku sekiranya


diamalkan secara baik.Ibu bapa perlulah membantu memupuk minat ini dengan
memberi galakan atau membeli bahan bacaan yang berkualiti buat anak
mereka.Bak kata orang tua-tua membaca itu jambatan ilmu yang membuktikan
amalan ini penting dilaksanakan oleh semua pelajar tanpa mengira batasan usia
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai