Anda di halaman 1dari 2

Karangan PT3...Kebaikan amalan membaca...

Amalan membaca dalam diri pelajar harus ditekankan oleh semua pihak.
Huraikan kebaikannya.

Amalan membaca ialah sikap suka menelaah bahan bacaan dalam aktiviti harian
seseorang pelajar itu. Antara bahan bacaan itu meliputi novel, majalah dan akhbar
yang banyak dijual di kedai-kedai buku itu. Sebenarnya, amalan ini mempunyai
banyak faedah kepada diri pelajar apabila dilakukan secara kerap.
Kebaikan yang ketara ialah membaca boleh menambahkan ilmu pengetahuan
seseorang itu. Aktiviti membaca pasti membawa pelajar memperoleh maklumat
terkini tentang sesuatu perkara itu seperti penemuan kajian sains yang mengejutkan
itu. Lantaran itu, diri pelajar sering terdedah pada kajian saintis yang sering berubahubah mengikut zaman.
Selain itu, membaca juga boleh meningkatkan kemahiran bahasa pelajar. Penemuan
saban hari istilah atau kosa kata baru yang difahami setelah memeriksa kamus itu
akan meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar tersebut. Sesungguhnya,
penggunaan kosa kata dalam diri pelajar akan menjadi meluas dan menjadikan
pelajar mahir dalam penulisan pula.
Tambahan pula, pemikiran pelajar menjadi lebih baik atau matang apabila kerap
membaca bahan akhbar dan majalah. Pembacaan menjadikan pelajar mengetahui
banyak isu daripada pelbagai sudut pandangan masyarakat itu tanpa mengira positif
atau negatif. Jelaslah, pelajar akan menimbang sendiri semua fakta yang dihuraikan
dalam pembacaan itu lalu mampu membuat kesimpulan yang bernas.
Sikap suka membaca boleh mengisi masa lapang pelajar. Amalan ini memerlukan
tumpuan yang lama seperti berjam-jam untuk menghabiskan sebuah buku terutama
buku pelajaran yang tebal itu. Maka, kemungkinan untuk pelajar tersebut terlibat
dalam sebarang kejadian negatif seperti melepak tidak akan berlaku.
Kajian juga membuktikan bahawa pelajar yang kerap membaca buku akan
memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kejayaan ini berlaku kerana
banyak fakta yang perlu dihafal apabila pelajar menjawab soalan peperiksaan umum
negara ini. Akibatnya, ibu bapa akan berasa bangga dengan kejayaan anak mereka
dalam peperiksaan itu.

Kesimpulannya, semua faedah membaca itu benar-benar berlaku sekiranya


diamalkan secara baik. Ibu bapa perlulah membantu memupuk minat ini dengan
memberi galakan atau membeli bahan bacaan yang berkualiti buat anak mereka.
Bak kata orang tua-tua membaca itu jambatan ilmu yang membuktikan amalan ini
penting dilaksanakan oleh semua pelajar tanpa mengira batasan usia tersebut.

Anda mungkin juga menyukai