Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN PERBINCANGAN

Ada pendapat mengatakan bahawa aktiviti kokurikulum membuang masa dan


mengganggu waktu belajar. Bincangkan.

Kokurikulum ialah aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah. Aktiviti


kokurikulum terdiri daripada kelab dan persatuan, unit beruniform serta sukan
dan permainan. Akhir - akhir ini, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
semakin berkurangan kerana mereka mengganggap bahawa aktiviti ini
membuang masa dan mengganggu waktu mereka mengulang kaji pelajaran
atau menghadiri kelas tuisyen di luar waktu sekolah. Bagitu juga dengan ibu
bapa yang mengganggap bahawa aktiviti kokurikulum membazirkan masa dan
mengganggu waktu belajar anak - anak mereka. Walau bagaimanapun,
pendapat tersebut salah sama sekali.

Kokurikulum merupakan satu cara pengajaran dan pembelajaran yang


dijalankan secara tidak formal. Aktiviti kokurikulum sebenarnya memberikan
banyak kebaikan, antaranya melahirkan pelajar yang sihat dan cergas. Pelajar
yang sihat dapat belajar dengan cemerlang berbanding dengan pelajar yang
lembam, bak kata pujangga " otak yang cerdas ada pada badan yang cergas ".
Selain itu, dengan menyertai kelab dan persatuan, para pelajar dapat mengisi
masa lapang mereka dengan kegiatan yang berfaedah. Hal ini dapat
mengelakkan pelajar mengisi masa lapang mereka dengan melakukan
kegiatan yang tidak bermoral dan membuang masa seperti melepak dan
melakukan perbuatan negatif lain.

Anda mungkin juga menyukai