Anda di halaman 1dari 2

Kebaikan Membaca

Pada era globalisasi ini, membaca merupakan salah satu tabiat dan hobi yang
bermanfaat. Bahan bacaan yang boleh kita baca ialah buku cerita, majalah, surat khabar dan
sebagainya. Kita juga boleh memperolehi bahan bacaan di perpustakaan, kedai-kedai buku atau
melalu internet. Isu-isu yang berkaitan tabiat membaca kerap dibincangkan dan tabiat membaca
di kalangan masyarakat masih lagi rendah. Dengan ini, isu tabiat membaca tidak boleh
dipandang ringan. Sebenarnya, amalan ini mempunyai lebih banyak kebaikan daripada
keburukan.

Antara kebaikan membaca ialah kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Dengan
ini, kita dapat menulis dan berkomunikasi dengan baik serta lancer apabila mempunyai ilmu
pengetahuan yang luas. Kita juga akan memperolehi ilmu pengetahuan berkaitan dengan
pengalaman, peristiwa dan apa-apa sahaja yang berlaku di dalam dan di luar negara. Ilmu
pengetahuan yang diperolehi boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Contohnya, pelajar
mengetahui tentang penemuan kajian sains yang mengejutkan dunia seperti pemakanan
seimbang. Oleh yang demikian, diri pelajar sering terdedah pada kajian-kajian saintis yang sering
menjadi isu pada masa ini.

Di samping itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan membaca. Pasti setiap orang
mempunyai masa lapang setiap hari. Jika tidak digunakan dengan sebaiknya, ia akan merugikan
kita. Dengan itu, ibu bapa perlu mendorong anak mereka untuk membaca. Contohnya, dengan
membaca, kita boleh mengelakkan daripada membuang masa dan terlibat dengan gejala yang
tidak sihat seperti mencuri.

Selain itu, kita juga boleh mengembangkan atau mencerdaskan minda dan otak kita.
Ransanggan pada minda juga akan mencerdaskan minda. Dengan itu, fikiran seseorang akan
menjadi lebih berpandungan jauh dan kreatif. Contohnya, minda kita akan berfikir yang
membolehkan kita memahami dan mengingati apa-apa yang dibaca. Selain daripada itu,
imaginasi dan idea-idea baru yang diketahui akan menjadi lebih kreatif.

Sebagai seorang pelajar, amalan membaca membolehkan mereka cemerlang dalam


peperiksaan. Terdapat banyak mata pelajaran yang memerlukan pelajar untuk banyak membaca
seperti Sains, Melayu Islam Beraja dan sebagainya. Ini boleh memudahkan pelajar untuk
mengingati dan memahami sesuatu topik. Contohnya, dengan membaca, ini membolehkan
pelajar untuk berjaya seterusnya melanjutkan pelajaran yang lebih tahap tinggi.

Kesimpulannya, amalan ini merupakan amalan yang mulia. Ibu bapa merupakan insan
yang penting untuk menggalakkan anak-anak mereka dengan amalan membaca ini. Dengan itu,
mereka akan melahirkan anak-anak yang berilmu, bersahsiah baik dan dihormati oleh orang
lain. Seseorang yang rajin membaca akan menjadi pandai dan mempunyai pekerjaan yang baik
di masa akan datang. Selain itu, rakyat yang rajin membaca akan membantu sesebuah negara
itu maju. Bak kata pepatah, “Membaca jambatan ilmu” dijadikan sebagai cara hidup kita.

(393 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai