Anda di halaman 1dari 1

Laporan Berkenaan Lawatan ke Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja

Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja merupakan salah satu muzium di Brunei pada masa ini dan ter;letak di
Bandar Seri Begawan. Bangunan ini telah dibina khas dalam merealisasikan visi negara dan falsafah Melayu Islam
Beraja. Bangunan ini mempamerkan berbagai jenis alat-alat kebesaran diraja Brunei merangkumi alat-alat kebesaran
diraja yang digunaksn oleh Sultan Brunei pada masa ini.

Tambahan pula, tujuan lawatan ini adalah untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke bangunan ini
kerana kami pasti pemilihan bangunan ini tidak akan menghampakan para peserta yang mengikuti lawatan sambil
belajar ini. Selain itu, perjalanan dari sekolah kami ke kilang ini hanya mengambil masa 45 minit sahaja. Butiran
tentang lawatan tersebut adalah tarikh iaitu 3 Oktober 2022 pada hari Isnin daripada pukul 9.00 pagi hingga 11.00
pagi. 80 orang peserta, kebanyakannya pelajar-pelajar Tahun 9A dan Tahun 9B dan tiga guru pengiring akan hadir di
lawatan ini dan pengangkutan kami adalah berjalan kaki kerana jarak sekolah kami dan tempat lawatan sangat
dekat.

Selain daripada itu, apabila, kami pergi ke pintu massuk, kami melihat Usongan Diraja yang digunakan
semasa Istiadat Perarakan Diraja pada tahun 1968. Kenaikan ini dihias dengan Panji-Panji dan motif reka bentuk
Negara Brunei Darussalam, dan ditarik oleh 40 Pengiran-Pengiran Kebanyakan yang berpakaian seragam hitam.
Usongan Diraja ini juga digunakan semasa lawatan rasmi Queen Elizabeth II ke Brunei pada tahun 1972. Selain itu,
kami juga melihat alat-alat kebesaran diraja seperti mahkota, tongkat ajai, sinipit, taming dan sebagainya yang
digunakan dalam upacara yang penuh beradat istiadat seperti istiadat berpuspa, istiadat perkahwinan dan lain-lain.

Selain daripada itu, Payung Diraja merupakan elemen terpenting diambil dari panji-panji peribadi Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga merupakan
salah satu alat kebesaran yang menjadi simbol pada pemerintahan baginda. Manakala kubah diambil dari bangunan
yang sedia yang menyimpan alat-alat kebesaran diraja. Penukaran nama tersebut adalah sesuai dengan status
bangunan berkenaan sebagai sebuah muzium yang mempamerkan khazanah-khazanah warisan diraja khususnya
tentang Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Di samping itu, kami mahu melawat empat pecahan galeri bangunan ini, iaitu Galeri Pameran Alat-alat
Kebesaran Diraja, Galeri Pameran Diraja, Galeri Pameran Jubli Perak dan Galeri Pameran Jubli Emas. Galeri Pameran
Alat-Alat Kebesaran Diraja mempamerkan alat-alat kebesaran diraja yang digunakan baginda naik takhta pada 1
Ogos 1968. Selain itu, Galeri Pameran Diraja yang mempamerkan secara ringkas sejarah baginda dari zaman kecil
baginda hingga baginda naik takhta manakala Galeri Pameran Jubli Perak yang meraikan 25 tahun baginda
memerintah negara pada 5 Oktober 1992. Akhirnya, Galeri Pameran Jubli Emas mempunyai Lima Dekad Menaiki
Takhta memberi fokus kepada sejarah dan perkembangan negara selama 50 tahun dibawah pemerintahan dan
kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Kesimpulannya, keindahan yang ditawarkan oleh Bangunan Alat Kebesaran Diraja membuat tempat ini
tidak pernah sepi oleh pelawat. Oleh itu, kita mesti sentiasa melawat tempat ini untuk memelihara kepentingan
sejarah tempat ini. Kami berharap abangunan akan lebih aktif pada tahun depan di bawah kepimpinan baru. Akhir
kata, kami mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Aqilah selaku guru penasihat atas segala bimbingan dan tunjuk
ajar yang diberikan kepada kami.

Laporan disediakan oleh, 3 Oktober 2022

Eric John
(ERIC JOHN S. MORALES)

Setiausaha Persatuan Saint George

(504 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai