Anda di halaman 1dari 3

Kepentingan Air

Oleh: Eric John S. Morales


Air merupakan keperluan, komponen dan sumber utama hidupan di muka bumi
ini. Manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang memerlukan air untuk meneruskan
kelangsungan hidup. Manusia mungkin masih boleh hidup dengan selesa selama
beberapa hari tanpa makanan, media sosial, elektrik, komputer, internet dan apa-apa
sahaja tetapi tidak tanpa air.
Antara kepentingan air ialah air menjadi keperluan harian di dalam
rumahtangga. Air menjadi sumber sebagai pencuci, memasak makanan dan
minuman. Misalnya, air digunakan untuk memasak nasi dan mencuci pakaian. Sekiranya
bekalan air terputus, para ibu sangat susah hati kerana banyak kerja mereka tertanggu
seperti membasuh pakaian, memasak makanan membersihkan rumah dan sebagainya.
Selain itu, air sangat diperlukan dalam bidang pertanian. Tumbuhan-tumbuhan
memerlukan air untuk membesar dan seterusnya menghasilkan buah. Sebagai contoh,
penanaman padi sawah menggunakan banyak air. Jika kekurangan air sudah tentu
bidang pertanian di Negara kita akan lumpuh seperti Negara-negara di Afrika yang
dipenuhi oleh gurun. Tumbuhan pula bergantung kepada air hujan supaya dapat hidup
dengan subur dan menjalankan proses fotosintesis.
Di samping itu, kepentingan air juga penting dalam bidang pengangkutan.
Pengangkutan air telah digunakan lebih awal daripada pengangkutan udara untuk
mengangkut barang-barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sebagai contoh
ialah kapal laut atau ferri yang boleh membawa barang-barang yang banyak dan berat
serta boleh membawa beratus-ratus menusia pada satu masa. Jika pengangkutan air
tidak wujud sudah pasti kegiatan ekonomi dalam sesebuah Negara akan lumpuh.
Justeru itu, air digunakan sebagai sumber untuk menghasilkan tenaga
elektrik. Tenaga elektrik yang dibekalkan ke rumah-rumah diseluruh Negara
kebanyakannya dari pusat penjanakuasa hidroelektrik. Sebagai contoh bekalan elektrik
yang dibekalkan ke Daerah Tuaran adalah dari Penjanaan Kuasa Empangan Pangi
Tenom. Tenaga elektrik sangat penting kepada kehidupan kita dewasa ini kerana
peralatan dirumah atau di pejabat menggunakan kuasa elektrik.
Kesimpulannya, air merupakan sumber yang sangat penting dalam kehidupan
manusia dari dulu sehinggalah sekarang. Oleh itu, kita perlulah menghargai dan bersikap
berjimat cermat terhadap penggunaan air. Semoga bekalan air di negara kita akan
kekal mencukupi untuk dinikmati oleh genarasi akan datang. Bak kata pepatah "Ingat
sebelum kena, jimat sebelum habis”.

(326 patah perkataan)


Kepentingan Air

Air merupakan keperluan utama hidupan di muka bumi ini. Manusia, tumbuh-tumbuhan
dan binatang memerlukan air untuk meneruskan kelangsungan hidup. Manusia mungkin masih
boleh hidup dengan selesa selama beberapa hari tanpa makanan, elektrik, komputer, internet
dan apa-apa sahaja tetapi tubuh kita tidak dapat bertahan lama tanpa minum air.

Antara kepentingan air ialah air menjadi keperluan harian di dalam


rumahtangga. Air menjadi sumber sebagai pencuci, memasak makanan dan minuman.
Misalnya, air digunakan untuk memasak nasi dan mencuci pakaian. Sekiranya bekalan air
terputus, para ibu sangat susah hati kerana banyak kerja mereka tertanggu seperti membasuh
pakaian, memasak makanan membersihkan rumah dan sebagainya.

Selain itu, air sangat diperlukan dalam bidang pertanian. Tumbuhan-tumbuhan


memerlukan air untuk membesar dan seterusnya menghasilkan buah. Sebagai contoh,
penanaman padi sawah menggunakan banyak air. Jika kekurangan air sudah tentu bidang
pertanian di Negara kita akan lumpuh seperti Negara-negara di Afrika yang dipenuhi oleh gurun.
Tumbuhan pula bergantung kepada air hujan supaya dapat hidup dengan subur dan
menjalankan proses fotosintesis.

Di samping itu, kepentingan air juga penting dalam bidang pengangkutan. Pengangkutan
air telah digunakan lebih awal daripada pengangkutan udara untuk mengangkut barang-barang
dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sebagai contoh ialah kapal laut atau ferri yang boleh
membawa barang-barang yang banyak dan berat serta boleh membawa beratus-ratus menusia
pada satu masa. Jika pengangkutan air tidak wujud sudah pasti kegiatan ekonomi dalam
sesebuah Negara akan lumpuh.

Justeru itu, air digunakan sebagai sumber untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Tenaga elektrik yang dibekalkan ke rumah-rumah diseluruh Negara kebanyakannya dari pusat
penjanakuasa hidroelektrik. Sebagai contoh bekalan elektrik yang dibekalkan ke Daerah Tuaran
adalah dari Penjanaan Kuasa Empangan Pangi Tenom. Tenaga elektrik sangat penting kepada
kehidupan kita dewasa ini kerana peralatan dirumah atau di pejabat menggunakan kuasa
elektrik.

Selain daripada itu, air juga sebahagian dari komponen penting dalam proses
metabolisme. Beberapa akan dikeluarkan melalui keringat, buang air kecil, dan buang air besar.
Seseorang yang mengambil air yang mencukupi, mempunyai kadar metabolisme yang tinggi.
Apabila berlakunya peningkatan terhadap kadar metabolisme, badan akan mempunyai berat
badan yang ideal dan ini akan memudahkan pergerakan seharian anda, menjadikan anda yakin
dengan ketrampilan diri. Ini boleh menyebabkan kamu untuk mampu bekerja lebih berat.

Kesimpulannya, air merupakan sumber yang sangat penting dalam kehidupan manusia
dari dulu sehinggalah sekarang. Oleh itu, kita perlulah menghargai dan bersikap berjimat cermat
terhadap penggunaan air. Semoga bekalan air di negara kita akan kekal mencukupi untuk
dinikmati oleh genarasi akan datang. Bak kata pepatah "Ingat sebelum kena, jimat sebelum
habis”.
(403 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai