Anda di halaman 1dari 8

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Klang, Selangor

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz ialah galeri mengenai koleksi peribadi yang dikumpulkan oleh
Sultan Selangor yang kelapan iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni
Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj. Galeri ini dibuka hasil dari buah fikiran
baginda sendiri.
       Lokasi asal galeri ini ialah di Jalan Kota Raja, Syahbandaraya (Kampung Jawa) di Klang
yang dahulunya dikenali sebagai 'Muzium Kenangan' dan siap dibina pada tahun 1988.
Pembinaan muzium ini, dibiayai sepenuhnya oleh baginda. Pada tahun 1996, baginda telah
menitahkan kerja-kerja pengubahsuaian agar muzium ini dapat dibuka kepada rakyat jelata.
Seterusnya pada tahun 1998, baginda telah berkenan menukar nama Muzium Kenangan
kepada Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz mengambil sempena nama kelahiran baginda. Dengan
sokongan kerajaan negeri, Galeri Diraja siap diubahsuai dan dibuka kepada umum pada tahun
2000. Walau bagaimanapun setelah baginda  kembali ke rahmatullah pada tahun 2001, Galeri
Diraja telah ditutup buat sementara.
 Setelah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menaiki tahta pada
tahun 2001, baginda telah menitahkan agar inisiatif Almarhum ayahanda beliau diteruskan.
Maka baginda telah menitahkan agar bangunan Sultan Suleiman iaitu bangunan 2 tingkat yang
dibina pada tahun 1909 untuk dijadikan lokasi Galeri Diraja yang baru.
 Bermula tahun 2005 kerja-kerja konservasi dimulakan dengan kerjasama dari Jabatan
Kerja Raya Negeri dan pihak perunding. Selepas setahun lima bulan, semua kerja-kerja
pembinaan dan pengubahsuaian selesai dilaksanakan. Konservasi selesai dengan penambahan
ruang bangunan pentadbiran dan stor ke atas bangunan  seluas 17,000 kaki persegi dan dua
tingkat.
Galeri Diraja ini telah dirasmikan pada 17 Oktober 2007 dan dibuka kepada umum pada
1 November 2007. Antara kandungan dari pameran Galeri Diraja adalah berkisar riwayat hidup
Almarhum Sultan Abdul Aziz yang telah memerintah Selangor selama lebih 39 tahun sebagai
Sultan Selangor kelapan dan lebih dari 2 tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke Sebelas.
            Galeri ini menyimpan lebih 1,500 koleksi peribadi Almarhum Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah Alhaj, hadiah rakyat jelata dan sumbangan pemimpin, raja-raja dan ketua-ketua
negara dari seluruh dunia. Selain itu, terdapat juga barangan peninggalan daripada sultan-sultan
dan kerabat diraja Selangor sebelum ini. 
            Setiap koleksi yang dipamerkan di galeri ini dikelaskan berdasarkan jenis barangan
supaya pengunjung boleh menghayati keunikannya secara lebih dekat kerana setiap satu bahan
pameran itu ada ceritanya yang tersendiri. 

Antara artifak yang terdapat dalam galeri ini ialah:

Mahkota Leleng 

- Digunakan pada era zaman Sultan Muhamad iaitu Sultan Selangor yang ketiga hingga kini.
- Mahkota itu dipakai pada acara rasmi seperti Hari Pertabalan dan Hari Keputeraan Sultan
- Mahkota itu dihiasi dengan permata, intan dan berlian dari Pontianak, Indonesia serta delima yang
diikat dengan emas 10 iaitu emas asli dari Pahang.
Cop mohor      
- Pelbagai jenis cap mohor rasmi yang digunakan oleh Sultan-sultan Selangor yang terdahulu dan juga
kerajaan Selangor.
- Cop mohor tertua yang masih kekal dan dipamerkan di galeri itu adalah cop mohor yang digunakan
oleh Sultan Selangor yang keempat iaitu Sultan Sir Abdul Samad Ibni Raja Abdullah yang memerintah
negeri Selangor dari tahun 1857 hingga 1898.

Koleksi topi besi pahlawan Jepun  


- kotak yang dihias cantik dan di negara Jepun
- kotak itu digunakan hanya untuk menyimpan abu mayat pahlawan yang gugur di medan perang.

Antara barang lain yang turut dipamerkan ialah koleksi lukisan, gambar-gambar keluarga
diraja, barangan kaca, kristal, seramik, tembaga, pewter, darjah kebesaran, model bangunan dan
istana, model kereta api, peralatan kapal laut, basikal, cenderahati, jam, senjata, binatang
peliharaan, buku dan pelbagai barangan peninggalan diraja.

TUJUAN

Sultan Abdul Aziz ialah galeri mengenai koleksi peribadi yang dikumpulkan oleh Sultan
Selangor yang kelapan iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni
Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj. Galeri ini dibuka hasil dari buah fikiran
baginda sendiri. Tujuan utamanya agar barang-barang seni dan warisan diraja dipelihara dengan
baik dan dapat diwarisi kepada waris dan dipertonton kepada rakyat jelata.

Galeri ini wujud hasil dari buah fikiran Yang di-Pertuan Agong XI, Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah Alhaj. Lokasi asal ialah di Jalan Kota Raja, Syahbandaraya (Kampung Jawa) di Klang.
Bertempat di dalam kawasan istana, Galeri Diraja dahulunya dikenali sebagai Muzium Kenangan.
Ia siap dibina pada tahun 1988 dan dibiayai sepenuhnya oleh baginda. Pada tahun 1996, kerja-kerja
pengubahsuaian dimulakan agar premis ini dapat dibuka kepada rakyat jelata.

Pada tahun 1998, baginda telah berkenan menukar nama Muzium Kenangan kepada Galeri Diraja
Sultan Abdul Aziz mengambil sempena nama kelahiran baginda. Dengan sokongan kerajaan negeri,
Galeri Diraja siap diubahsuai dan dibuka kepada umum pada tahun 2000. Setahun kemudian
baginda telah kembali ke rahmatullah dan Galeri Diraja telah ditutup buat sementara.

Setelah Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menaiki tahta pada tahun 2001, baginda telah
menitahkan agar inisiatif almarhum ayahanda baginda diteruskan. Baginda telah menitahkan agar
Bangunan Sultan Suleiman, bangunan yang dibina pada tahun 1909, dijadikan lokasi Galeri Diraja
yang baru.
Pada awal tahun 2005, dengan kerjasama dari Jabatan Kerja Raya Negeri dan pihak perunding,
kerja-kerja konservasi dimulakan. 17 bulan kemudian, semua kerja-kerja pembinaan dan
pengubahsuaian selesai dilaksanakan ke atas bangunan seluas 17,000 kaki persegi ini termasuk
pembinaan bangunan pentadbiran dan stor baru.

Pada tanggal 17 Oktober 2007, Sultan Sharafuddin merasmikan Galeri Diraja dan dibuka kepada
umum pada 1 November tahun yang sama.

Link Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz

Senarai Langkah Memelihara Bangunan Bersejarah

Pengekalan dan pemeliharaan bangunan bersejarah perlulah dilakukan oleh semua pihak. Panduan
dan iktibar kepada generasi muda dan bahan penyelidikan, rujukan dan kajian tentang evolusi
sejarah yang berlaku dapat dijadikan menerusi kewujudan dan peninggalan bangunan bersejarah
ini. Persoalannya, apakah langkah yang harus dilakukan untuk memelihara dan mengekalkan
bangunan bersejarah ini?

Rata-rata pengunjung dan pelancong yang bertandang sangat tertarik akan keunikan bangunan
sejarah contohnya seperti Kota A’Famosa, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kota Cornwallis, tapak
kaki Hang Tuah, Istana Kellis, Penjara Pudu dan Bangunan Stadhuys. Oleh itu, sebagai tarikan dan
tatapan pelancong asing, bangunan bersejarah mesti dipelihara dan dipulihara. Bangunan
bersejarah ini mempunyai daya penarik yang kuat kerana ia berkaitan dengan evolusi manusia dan
sejarah yang berlaku di tanah air kita.

Seperti yang kita semua sedia maklum, para pelancong tidak mengira dalam dan luar negara sangat
berminat untuk melawat dan berkunjung ke bangunan bersejarah. Selain itu, pengubahsuaian juga
boleh dilakukan terhadap bangunan bersejarah dengan menjadikannya sebagai bangunan muzium
yang memaparkan peninggalan dan sejarah tertentu. Contohnya yang boleh dilihat adalah Muzium
Diraja Kedah yang merakamkan dan memaparkan sejarah susur galur raja-raja yang memerintah
negeri Kedah yang pada dahulunya merupakan Istana Lama Kedah. Pada masa yang sama, ia
boleh dijadikan sebagai tontonan dan panduan generasi muda akan datang menerusi keindahan
seni bina Bangunan Istana Lama Kedah.

Tambahan pula, bangunan pentadbiran boleh dijadikan daripada bangunan lama bersejarah ini.
Contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur pernah dijadikan mahkamah. Dengan
langkah seperti ini, kos pembinaan baharu dapat dikurangkan oleh pihak yang berkenaan dan
menjadi kebanggaan dan mercu tanda orang ramai yang pernah berurusan di situ. Selain itu,
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan mercu tanda Kuala Lumpur dan menjadi kebanggaan
seluruh rakyat Malaysia. Justeru, pusat jagaan dan rumah kebajikan juga boleh turut dijadikan
daripada bangunan bersejarah ini. Badan kebajikan tidak perlu membina bangunan baru atau
menyewa tempat lain. Bangunan bersejarah tersebut boleh diubah suai oleh mereka mengikut
keperluan tanpa perlu merobohkan dan melupuskan bangunan bersejarah berkenaan. Dengan ini,
golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik mendapat pembelaan.

Selain itu, jika bangunan tersebut masih selamat digunakan, bangunan bersejarah dapat dijadikan
sebagai pusat perniagaan. Pelanggan akan mudah dan lebih tertarik dengan bangunan bersejarah.
Peniaga juga dapat merasai suasana yang unik dan berbeza dalam berniaga.

Bangunan bersejarah juga penting dalam industri perfileman dalam mengkomersialkan dan
menaikkan nama Malaysia ke peringkat global. Hal ini kerana, sesebuah filem banyak bergantung
dan mementingkan latar belakang sesuatu tempat dan lokasinya. Bangunan bersejarah perlu
digunakan sekiranya sesuatu filem itu berkonsepkan dan bertemakan peritiwa bersejarah.
Contohnya, lakonan Jacky Chan di dalam filem ‘Police Story III’ yang berlatar belakangkan Stesen
Kereta Api dan Mahkamah Persekutuan. Jadi jelaslah di sini bahawa terdapat syarikat perfileman
luar negara yang menjalankan penggambaran di Malaysia. Secara natijahnya, Malaysia dapat
diperkenalkan di persada dunia dan berdiri sama tinggi dengan negara membangun dan maju yang
lain.

Di samping itu, bangunan bersejarah juga mempunyai nilai estetika yang tinggi dan nilai-nilai seni
yang penting. Seni bina yang halus yang bercorakkan warisan budaya bangsa boleh dilihat dengan
teliti pada bangunan bersejarah. Kreativiti dan kehalusan seni bina bangsa kita pada zaman silam
dapat dihayati oleh kita semua. Keistimewaan dan keindahan budaya juga boleh kita hayati. Contoh
terdekat yang boleh diambil adalah ukiran unik dan indah pada dinding kayu rumah Melayu
tradisional yang terdapat di Malaysia ini. Sebahagian besarnya penjajah yang menjajah dan
menakhluk sesuatu negeri tersebut yang banyak mempengaruhi seni bina dan nilai seni sesuatu
bangunan. Istana Seri Menanti dipengaruhi oleh pengaruh Minangkabau. Jadi, penjagaan rapi
hendaklah diberikan terhadap bangunan bersejarah ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas.

Di samping itu, bahan penyelidikan juga dapat dijadikan menerusi bangunan bersejarah ini. Bagi
mereka yang meminati sejarah terutamanya bagi para pengkaji sejarah dan para ilmuwan sejarah,
perkara ini sangat penting bagi mereka. Hal ini kerana, sejarah yang berlaku di Tanah melayu
sebelum kemerdekaan tercapai dapat dibuktikan dengan bahan bukti sejarah yang ada. Sebagai
contoh, kedatangan Portugis memerintah di negara kita bukanlah dongeng mahupun kisah mitos
semata-mata tetapi cerita yang benar berlaku. Hal ini dapat dibuktikan apabila bangunan A’Famosa
yang didirikan semasa peperangan Tiga Segi yang membabitkan Acheh, Johor dan Melaka.
Jelaslah bangunan A’Famosa masih boleh dilihat dan berdiri dengan gahnya sehinggalah ke hari ini.

rumusan Galeri ini wujud hasil dari buah fikiran Yang di-Pertuan Agong XI, Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah Alhaj. Lokasi asal ialah di Jalan Kota Raja, Syahbandaraya (Kampung Jawa) di Klang.
Bertempat di dalam kawasan istana, Galeri Diraja dahulunya dikenali sebagai Muzium Kenangan.
Ia siap dibina pada tahun 1988 dan dibiayai sepenuhnya oleh baginda. Pada tahun 1996, kerja-kerja
pengubahsuaian dimulakan agar premis ini dapat dibuka kepada rakyat jelata.

Pada tahun 1998, baginda telah berkenan menukar nama Muzium Kenangan kepada Galeri Diraja
Sultan Abdul Aziz mengambil sempena nama kelahiran baginda. Dengan sokongan kerajaan negeri,
Galeri Diraja siap diubahsuai dan dibuka kepada umum pada tahun 2000. Setahun kemudian
baginda telah kembali ke rahmatullah dan Galeri Diraja telah ditutup buat sementara.

Setelah Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menaiki tahta pada tahun 2001, baginda telah
menitahkan agar inisiatif almarhum ayahanda baginda diteruskan. Baginda telah menitahkan agar
Bangunan Sultan Suleiman, bangunan yang dibina pada tahun 1909, dijadikan lokasi Galeri Diraja
yang baru.

Pada awal tahun 2005, dengan kerjasama dari Jabatan Kerja Raya Negeri dan pihak perunding,
kerja-kerja konservasi dimulakan. 17 bulan kemudian, semua kerja-kerja pembinaan dan
pengubahsuaian selesai dilaksanakan ke atas bangunan seluas 17,000 kaki persegi ini termasuk
pembinaan bangunan pentadbiran dan stor baru.

Pada tanggal 17 Oktober 2007, Sultan Sharafuddin merasmikan Galeri Diraja dan dibuka kepada
umum pada 1 November tahun yang sama.

Link Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz

kesimpulan

Kesimpulannya, pelbagai manfaat dan faedah masih boleh diperolehi daripada kwujudan dan
pengekalan binaan bangunan bersejarah ini. Ia merupakan sebahagian warisan bangsa Malaysia
dan peninggalan berharga pahlawan dan orang-orang terdahulu. Sudah semestinya wang ringgit
pun tidak dapat menggantikan tinggalan-tinggalan bersejarah ini. Banyak kisah yang tersingkap di
dalamnya yang tidak dapat diperikan ke dalam buku-buku sejarah. Oleh yang demkian, dalam
pengekalan dan untuk langkah-langkah memulihara bangunan bersejarah di Malaysia, semua pihak
haruslah berganding bahu dan bekerjasama antara satu sama lain.

Harapan

Besar harapan agar bangunan Galeri……….dapat dipelihara dan di jaga keasliannya agar dapat
dijadikan warisan yang hebat untuk tontonan dan panduan generasi baru. Bahan sejarah yang asli
sebegini patut dijaga bersama –sama dan dipulihara sekiranya berlaku kerosakkan.harapan saya
agar Galeri Di Raja……ini bakal antara yang terkenal di dunia dan ingin dilawati oleh pelancong
asing. Galeri yang sebegini hebat mampu memberikan info dan pengalaman yg sangat beharga
kepada para pengunjung.
Perbara Tembaga yang diwarisi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah
Alhaj sejak turun temurun yang digunakan oleh istana untuk upacara keagamaan

Anda mungkin juga menyukai