Anda di halaman 1dari 13

BANGUNAN SULTAN

ABDUL SAMAD

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah ibarat ‘icing on the cake’ untuk
bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan ini tersergam indah di hadapan
Dataran Merdeka, anda boleh bersantai untuk menikmati pemandangannya
yang lebih-lebih lagi memukau jiwa pada waktu malam sambil menikmati
angin bandar.
GALERI SENI JOHOR

Bagi pencinta seni, lawatan ke Galeri Seni Johor pasti dapat menjadi satu
highlight yang terindah anda ketika di Johor. Di samping pameran lukisan
yang menarik untuk dilihat, reka bentuk bangunan ini sendiri dapat
membuatkan jiwa seni anda bahagia.
ISTANA LAMA SERI MENANTI

Istana Lama Seri Menanti ini adalah sebuah istana 4 tingkat yang dibina
untuk menggantikan Istana Pulih yang telah terbakar sewaktu Perang Bukit
Putus. Istana ini telah direka oleh dua orang tukang iaitu Taib dan Kahar
dengan arahan Yang di-Pertuan Besar yang mahu istana ini dibina dengan
reka bentuk alam Minangkabau.
MUZIUM PERANG KELANTAN (BANK
KERAPU)

Ketika Perang Dunia Ke-2, bangunan ini telah digunakan oleh polis Jepun
sebagai ibu pejabat, penjara, bilik siasatan serta tempat untuk mendera
tahanan perang. Setelah kejatuhan Jepun, ia digunakan semula sebagai
bank sehingga tahun 1981 sebelum dijadikan Balai Seni Lukis & Kraftangan
Kelantan.
Mulai tahun 1992, fungsinya telah diubah kepada Muzium Memorial Perang
Dunia Ke-2 yang mempamerkan banyak barangan berkaitan dengan
peperangan yang terdiri daripada artifak, foto dan artikel.
ISTANA BANDAR

Dibina pada penghujung abad ke-19 dan siap pada tahun 1905,
Istana Bandar (Alaeddin) adalah sebuah peninggalan antik yang
memiliki seni binaan yang unik. Sewaktu pembinaan istana, tukang-
tukang Cina yang mahir turut terlibat dimana mereka menghasilkan
ragam hiasan serta ukiran dengan pengaruh Cina sendiri. Secara
keseluruhannya, istana ini memiliki pengaruh Islam dari Timur
Tengah dan juga India.
ISTANA JAHAR (MUZIUM DIRAJA
NEGERI KELANTAN)

Bangunan yang kelihatan sungguh menarik di pandangan mata dengan warna hitam
dan kuning ini, merupakan pada asalnya dibina oleh Sultan Muhammad II pada tahun
1887 untuk cucuandanya yang bernama Long Kundur Bendahara. Pembinaannya
disambung oleh Sultan Ahmad selepas Sultan Muhammad II mangkat.
Pada tahun 1889, Long Kundur telah menjadi Sultan Muhammad III dan menjadikan
Istana Jahar sebagai Balai Besar dan tempat bersemayam baginda dan Sultan-sultan
yang. Bangunan ini kini digunakan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan.
.
BANGUNAN SULTAN IBRAHIM

Reka bentuk bangunan ini agak unik dengan gabungan seni bina
Kolonial, Islam dan Melayu Johor. Di hadapan istana ini terdapat
lukisan 8 bintang yang menjadi simbol kepada 8 buah daerah yang
terdapat di dalam negeri Johor. Pada bahagian pintu masuknya pula
terdapat ukiran dengan motif flora yang termasuklah lada hitam serta
bunga cengkih yang merupakan hasil utama Johor.
THE STADTHUYS

The Stadthuys adalah antara tarikan di Melaka yang tak patut anda
lupa untuk singgahi sebab kat sinilah anda dapat bergambar dengan
menarik bukan sahaja oleh kerana reka bentuk dan warna bangunan
ini, tapi juga disebabkan oleh barisan beca yang penuh warna-warni
dan berbunga-bunga yang beratur panjang di dinding luar
bangunan..
ISTANA BALAI BESAR

Istana Balai Besar ataupun Istana Susmana Besar adalah sebuah


bangunan lama yang telah dibina pada tahun 1840 oleh Sultan
Muhammad II sebagai menggantikan pusat pentadbiran dari Kota
Saba ke Kota Bharu.
Istana ini telah menjadi tempat bersemayam Sultan-sultan Pahang
yang lalu. Sehingga kini, bangunan ini masih kekal digunakan untuk
menjalankan sebarang upacara rasmi negeri.
MUZIUM DIRAJA NEGARA

Terletak di Jalan Istana, Muzium Diraja Negara telah berdiri di sini sejak dari tahun
1928 lagi. Bangunan yang bersejarah ini pada asalnya merupakan rumah agam milik
seorang jutawan Cina, Chan Wing. Bangunan muzium ini telah direka bentuk oleh
sebuah firma seni bina Swan & MacLaren yang terkenal dari Singapura.
Muzium yang dahulunya sebuah rumah kediaman ini memiliki keluasan 11.34 hektar.
Rumah dengan gaya seni bina Palladian ini pada ketika itu merupakan rumah agam
dengan saiz yang tidak dapat ditandingi oleh rumah lain di sekitar Tanah Melayu.
MUZIUM TELEKOM

Muzium Telekom ataupun Muzium Telekomunikasi Negara adalah lokasi di


mana anda sekeluarga dapat melihat perkembangan dunia telekomunikasi
Malaysia dari tahun 1870-an sehinggalah ke dunia moden. Di muzium ini,
anda dapat melihat bagaimana sistem kod Morse wujud di Tanah Melayu
yang bermula daripada sambungan kabel ke Hindia Timur Belanda yang
kemudiannya berkembang ke London dari Melaka dan Pulau Pinang.
KOTA A FAMOSA

Memang banyak bangunan bersejarah di Malaysia tetapi Kota A Famosa


boleh dikatakan yang selalu menjadi sebutan ramai. Kota A Famosa adalah
sebuah kota yang telah dibina pada tahun 1511 menggunakan buruh-buruh
paksaan sewaktu dibawah taklukan Portugis
MEMORIAL
PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN

Bangunan yang dibina pada tahun 1911 ini kini menjadi tempat
penyimpanan pelbagai dokumen-dokumen, artifak, majalah, keratan akhbar
dan lain-lain lagi yang penting kepada negara dari zaman Kesultanan
Melayu Melaka sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957.

Anda mungkin juga menyukai