Anda di halaman 1dari 3

Kepada ;

Ibu bapa / penjaga

…………………………………………………………………………

PENEMPATAN ASRAMA SESI 2020.

Perkara di atas adalah dirujuk ;

2. Sukacita adalah dimaklumkan bahawa permohonan untuk tinggal di asrama SMA Kota Tinggi telah
diluluskan dan diterima. Pihak pengurusan asrama mengucapkan tahniah atas tawaran tersebut.

Nama: ___________________________________________________________
Tingkatan: ___________________________

3. Sehubungan itu pendaftaran kemasukan ke asrama bagi sesi baharu tahun 2020 adalah seperti ketetapan
berikut:
Tarikh : 31 Disember 2019 (Selasa)
Masa : 8.30 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat : Dewan Makan Asrama SMA Kota Tinggi

4. Bersama ini disertakan lampiran senarai semak peralatan / pakaian dan bayaran keperluan untuk tinggal di
asrama bagi tahun 2020. Kerjasama ibu bapa / penjaga agar dapat memastikan tiada barang larangan
dibawa masuk ke asrama. Bagi pelajar putera hendaklah rambut pendek (tapak dua keseluruhan) dan tidak
berfesyen sepertimana yang termaktub di dalam peraturan disiplin sekolah / asrama.

5. Pelajar yang gagal melapor diri pada tarikh yang ditetapkan tanpa nyataan bertulis adalah dianggap tidak
berminat dengan tawaran untuk tinggal di asrama bagi tahun 2020.

Sekian diakhiri dengan ucapan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………….
( FAHARIAH BINTI PUNGUT )
Pegetua
SMA Kota Tinggi
Assalamualaikum W.B.T

Kepada ;

Ibu bapa / penjaga

…………………………………………………………………………

KEPUTUSAN PERMOHONAN ASRAMA SESI 2020.

Perkara di atas adalah dirujuk ;

2. Dukacita adalah dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke asrama bagi tahun 2020 adalah tidak
diterima disebabkan perkara berikut :

Nama : ___________________________________________________________
Tingkatan : ________________________________

Bil. Kategori Kenyataan


1. Tidak menghantar borang permohonan.
2. Maklumat borang tidak lengkap.
3. Lewat menghantar borang pada tarikh yang ditetapkan.
4. Masalah disiplin.
5. Tunggakan yuran asrama / sekolah.
6. Prestasi pelajaran agama / akademik sangat merosot.
7. Penyakit kronik dan memudaratkan / masalah kesihatan.
8. Tidak dapat mengurus diri di asrama.
9. Tidak dapat memberikan kometmen yang baik di asrama.
10. Tidak berminat untuk tinggal di asrama.

3. Sehubungan itu jika ada sebarang pertanyaan boleh terus berhubung kepada pihak pentadbiran sekolah dan
untuk maklumat lanjut.

Sekian diakhiri dengan ucapan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………….
( FAHARIAH BINTI PUNGUT )
Pegetua
SMA Kota Tinggi
Assalamualaikum W.B.T

Kepada ;

Ibu bapa / penjaga

…………………………………………………………………………

PENDAFTARAN AHLI JAWATANKUASA ASRAMA SESI 2020.

Perkara di atas adalah dirujuk ;

2. Sukacita adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran ahli jawatankuasa asrama sesi 2019 akan pulang ke
asrama pada seperti ketetapan berikut

Nama : ____________________________________________________
Tingkatan : __________________________
Jawatan : ____________________________________________________

3. Sehubungan dengan itu pihak tuan / puan di kehendaki untuk menghantar anak ke asrama pada ketetapan
berikut :
Tarikh : 29 Disember 2019 ( Ahad )
Masa : 8.30 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat : Asrama SMA Kota Tinggi

4. Bersama ini disertakan bersama lampiran senarai semak peralatan / pakaian dan bayaran untuk tinggal di
asrama bagi tahun 2019. Kerjasama ibu bapa / penjaga agar dapat memantau tiada barang larangan dibawa
masuk ke asrama. Bagi pelajar putera rambut hendaklah pendek dan tidak berfesyen sepertimana yang
termaktub di dalam peraturan disiplin sekolah / asrama.

5. Sehubungan itu segala pembayaran yuran sekolah dan asrama hendaklah dibuat pada 31 Disember 2019
(selasa) iaitu pada hari pendaftaran sekolah.

Sekian diakhiri dengan ucapan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………….
( FAHARIAH BINTI PUNGUT )
Pegetua
SMA Kota Tinggi

Anda mungkin juga menyukai