Anda di halaman 1dari 1

KARYA NUR AQILAH NAJLA BT MOHD NAZIR

KARANGAN – Penderaan Terhadap Kanak Kanak

Anak merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya . Namun begitu ,
sesetengah individu tidak menghargai anugerah tersebut , srhinggakan sanggup
mendera kanak kanak yang tidak bedosa . Terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan kes ini berlaku .
Banyak berpunca daripada tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa . Contohnya
seperti menghadapi masalah perselisihan faham , masalah kewangan , masalah
rumah tangga dan sebangainya yang cenderung untuk menjadikan anak sebagai
mangsa untuk melepaskan kemarahan .
Selain itu , kes penderaan ini juga timbul dalam kalangan suami isteri yang
mendapat anak pada usia yang terlalu muda . Dalam usia ini sebahagian dari
mereka tidak dapat berfikir secara rasional dalam mengawal karenah anak anak
dengan cara yang mudah . Mereka sering mengikut hati dan seringkali memukul
anak anak sehingga mendatangkan kecederaan walaupun anak anak melakukan
kesalahan yang sedikit .
Dari itu , sikap masyarakat yang terlalu mementingkan diri sendiri turut
menjadi puncanya . Mereka tidak melaporkan kes penderaan yang dilakukan
oleh jiran atau saudara mara mereka kerana berpegang pada alasan tidak mahu
menjaga tepi kain orang. Faktor inilah yang menyebabkan magsa penderaan
terus teraniaya dan sesetengah daripadanya menemui ajal .
Jadi bagi mengatasi kes ini berlaku . Langkah yang harus dilakuakan ialah
mengadakan kempen kesedaran terhadap orang ramai dan ibu bapa harus
digiatkan melalui penyebaran maklumat menerusi media massa , ceramah dan
sebagainya .

Anda mungkin juga menyukai