Anda di halaman 1dari 15

BANTU KAMI DENGAN KLIK LIKE

Google search

? Jumlah Post : 192

Punca-Punca Berlakunya Penderaan Kanak-Kanak




Rate this (9 Votes)


 Fadli Ismail  Rabu, 16 Oktober 2013 Print
Like
Tekan Like jika anda suka dengan esei ini
Marcapada ini, sering meniti dari bibir ke bibir seantero rakyat Malaysia
mengenai kes penderaan kanak-kanak yang semakin mencatatkan angka
yang membimbangkan. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Media
massa tidak pernah terlepas daripada memaparkan isu penderaan yang
sering dilakukan oleh ibu bapa kandung anak itu sendiri. Mengapakah
fenomena ini berlaku? Wajarkah kita menyalahkan anak-anak yang tidak
tahu apa-apa dalam hal ini? Terdapat beberapa faktor yang boleh kita
kaitkan dengan kes penderaan kanak-kanak.

Tekanan di tempat kerja merupakan salah satu pemangkin berlakunya kes penderaan
kanak-kanak. Bagi ibu bapa yang bekerja, mereka pastinya menghadapi tekanan di
tempat kerja. Ibu bapa yang tidak dapat mengawal emosi mereka akan menjadikan
anak-anak sebagai medium melepaskan geram dan tekanan yang mereka hadapi. Ibu
bapa yang tidak berfikir panjang berisiko tinggi melakukan kes penderaan ke atas anak-
anak seperti menerajang, mencucuk puntung rokok atau sebagainya. Patutkah anak-
anak yang tidak berdosa ini diperlakukan seperti binatang? Tepuk dada tanyalah selera.
Kes penderaan kanak-kanak turut ditunjangi oleh faktor tekanan ekonomi yang dihadapi oleh
para orang tua. Kes hidup yang semakin meningkat pada masa ini, memaksa golongan ini
berhutang demi memastikan kelangsungan hidup seisi keluarga. Masalah yang kewangan
sering berlaku menyebabkan para ibu bapa berasa terbeban. Semua ini dilepaskan kepada
sang kecil yang saat itu membutuhkan kasih sayang daripada kedua-dua insan mulia ini.
Keadaan ini pasti menyedihkan sesiapa sahaja yang mendengar kes penderaan ini. Anak yang
sepatutnya diberi perlindungan dan dibelai oleh ibu bapa, kini menjadi mangsa sepak terajak
mereka yang terbeban dengan krisis kewangan yang dihadapi.

Kurangnya didikan gama dalam kalangan ibu bapa turut menyumbang kepada berlakunya
masalah penderaan kanak-kanak. Ilmu agama merupakan tunggak utama yang menjamin
kepada keutuhan serta perpaduan sesebuah institusi kekeluargaan. Ia juga memberi panduan
yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Bengkok bayang bengkoklah batangnya.
Kedangkalan ilmu agama akan menyebabkan sesebuah keluarga itu dipandu  dengan cara
yang kontra dengan didikan agama. Hal ini yang menyebabkan terdapat segelintir ibu bapa
yang menghukum anaknya sehingga meninggalkan kesan seperti luka, lebam dan mungkin
juga berlaku pendarahan dalam otak. Di sini kita dapat lihat betapa didikan agama
mementaskan peranan yang signifikan dalam kehidupan seharian kita.

Intihanya, penderaan kanak-kanak merupakan suatu tindakan yang keji dan


sangat ditegah oleh mana-mana agama pun. Semua pihak harus
bekerjasama menggalas obligasi membendung fenomena ini demi
mewujudkan masyarakan madani menjelang tahun 2020. Kanak-kanak hari
ini harus dipelihara dan diberikan sepenuh perhatian keranan mereka
merupakan aset dan pewaris negara yang akan menerajui tampuk
kepimpinan negara di hari muka. Oleh itu, hargailah anugerah Ilahi yang
tidak ternilai ini.
 Label : Eseiviews 2663

Next
Kesan Pembalakan Haram

Previous
Penderaan
Related Posts
 Kebaikan & Keburukan Laman Sosial
 Kesan-Kesan Buruk Penggunaan Laman Sosial Terhadap Masyarakat
 Konsep Hujan Asid
 Masalah Pengangkutan Awam Di Negara Kita
 Kesan Positif dan Negatif Industri Pelancongan
 Punca dan langkah mengatasi jenayah ragut

Ads 300 x 250

studystpm@gmail.com

ESEI MINGGU INI


 Kesan Pengambilan Makanan Segera
 Kebaikan Mengamalkan Makanan Seimbang
 Kepentingan Makanan Seimbang
 Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Penderaan Kanak-Kanak Dan Masalah
Pembuangan Bayi
 Punca-Punca berlakunya Pemerdagangan Orang
 Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Rakyat Dan Negara
 Punca-Punca Berlakunya Obesiti
 Langkah-Langkah Mengatasi Jenayah
 Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam
 FOLLOW BY EMAIL
GET UPDATE NEWSLETTER

Submit

 
Penderaan Kanak-Kanak

Penganiayaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang di lakukan kepada
golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan. Ini termasuk penderaan kepada bayi yang mampu
menyebabkan sindrom mengoncang bayi. Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu
yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-
kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi
memuaskan diri mereka secara psikologi.
Pada masa kini terdapat peningkatan mengenai mangsa dera akibat terdapat mangsa dera yang
meninggal. Belum dapat dipastikan samada peningkatan jumlah ini adalah disebabkan peningkatan
dalam jumlah kes penderaan kanak-kanak atau akibat meningkatnya kesedaran yang lebih mendalam
mengenai penderaan kanak-kanak.
Sebagai contoh, adakah kanak-kanak yang mati akibat kes penderaan pada masa dahulu tidak pernah
berlaku, ataupun kes kematian itu gagal dikesan disebabkan mereka yang mengendalikan mayat kanak-
kanak tersebut tidak menyiasat kesan pada mayat disebabkan jahil mengenai kes penderaan kanak-
kanak.

Punca Penderaan
 Penderaan sering berlaku apabila ibu bapa kurang mendapat sokongan sosial
seperti mempunyai pendapatan dan pendidikan rendah, apabila suasana persekitaran
adalah tidak stabil, apabila ibu merupakan penjaga tunggal, juga apabila tidak adanya
tempat penjagaan anak.
 Apabila ibu bapa yang pendera “abusive” gagal menggunakan pertimbangan
(reasoning) mereka, maka anak-anak tidak dapat menerima “meresapkan” segala
peraturan dan undang-undang kerana pertimbangan adalah cara terbaik untuk mengajar
sesuatu. Akibatnya anak itu menjadi lebih agresif dan menentang.
 Selalunya anak lelaki menjadi mangsa deraan, mungkin kerana anak lelaki
dianggap lebih tahan daripada anak perempuan bagi ibu bapa melepaskan kekecewaan
mereka.
Kesan daripada penderaan fizikal biasanya mengakibatkan mangsa sukar untuk mempercayai orang
dewasa, menjalin persahabatan yang tidak mendalam, dan sering meninggalkan kawan baru jika ia
merasakan bahawa ia tidak diterima. Di sekolah pula, mereka merupakan pelajar lemah, kesepian dan
tidak mempunyai kawan.

Penderaan Fizikal

Penderaan fizikal sebagai suatu fenomena sosial ditakrifkan sebagai


keganasan secara fizikal terhadap kanak-kanak oleh ibu bapa, penjaga atau
sesiapa saja yang bertanggungjawab melindungi kanak-kanak tersebut.
Definisi penderaan fizikal adalah sukar dan kompleks kerana pelbagai faktor
yang terlibat dalam perlakuan seseorang kanak-kanak.

Ammerman dan Hersen (1990:26) berpendapat bahawa: �Faktor tambahan


yang memainkan peranan dalam mendisiplinkan penderaan fizikal termasuk
pendekatan disiplin di kalangan ibu bapa, kecederaan yang dialami, kesan
pada tingkah laku dan keseriusan kecederaan kanak-kanak. Pemboleh ubah
penting yang perlu diuji adalah bentuk niat yang menyebabkan mereka
dideraataupun kecederaan fizikal dan digabungkan dengan situasi keluarga
yang melakukannya menyebabkan definisi penderaan fizikal menjadi
kompleks.�

Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 pula mentakrifkan bahawa seseorang


kanak-kanak dicederakan daripada segi fizikal jika ada kecederaan dan boleh
dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu yang didalilkan
antara lain, laserasi, konstusi, lelasan, parut, patah atau kecederaan tulang
yang lain, dislokasi, seliuh, pendarahan, pecah viskus, luka terbakar, melecur,
hilang atau berubah kesedaran atau fungsi fisiologi seperti gugur rambut atau
patah gigi.

Pakar perubatan juga mendefinisikan penderaan fizikal sebagai tindakan yang


boleh menyebabkan kecederaan seperti pendarahan otak (Birrell & Birrell
1968), lebam yang teruk (Silverman 1968 dan Cafey 1972), kecacatan akibat
penderaan fizikal (Camerin 1972), retak dan patah tulang (O�Neil et al.
1973), bekas gigitan (Sims et al. 1973), lecur dan terbakar dicucuh puntung
rokok (Smith & Hanson 1974). Di samping itu, Oates (1993:57)
membuktikan penderaan fizikal boleh membawa maut kepada dua kumpulan
kanak-kanak iaitu kanak-kanak cacat sejak dilahirkan dan juga kanak-kanak
cacat akibat penderaan tersebut.

Namun begitu banyak lagi cara dan alat yang digunakan untuk mendera
fizikal kanak-kanak. Menurut Mohd. Sham Kasim (1994) cara dan alat yang
digunakan untuk mendera selain memukul menggunakan tangan, dirotan,
disebat, digigit, disimbah cecair panas, dicucuh dengan besi atau benda
panas, puntung rokok atau ubat nyamuk, dirantai, diikat, dikurung, dikunci di
dalam bilik atau rumah, ditumbuk, disepak, diterajang, dicubit, dikepit atau
dipulas dan sebagainya.

Takrif Akta Perlindungan Kanak-kanak dan diagnosis pakar perubatan perlu


diberi perhatian bagi menentukan kanak-kanak tersebut terlibat dalam kes
penderaan fizikal. Pakar perubatan juga mendapati kadang kala penderaan
fizikal mempunyai hubung kait dengan lain-lain jenis penderaan seperti
penderaan seksual, emosional dan pengabaian kanak-kanak.
Penderaan Seksual

Penderaan seksual merujuk segala bentuk aktiviti seksual yang mempunyai


tujuan memenuhi nafsu seks orang dewasa, melalui pornografi, gambar,
perakam suara, filem, perakam video atau mengeksploitasi bahagian sulit
kanak-kanak. Penderaan seksual melibatkan kanak-kanak adalah dengan cara
mencabul kehormatannya, dirogol dan dipaksa melacur.

Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 mentakrifkan bahawa seseorang yang


terlibat dalam kes penderaan seksual kanak-kanak adalah apabila dia
mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati dalam apa-apa
aktiviti yang bersifat seks bagi maksud apa-apa bahan, fotograf, rakaman,
filem, pita video atau persembahan yang bersifat pornografi, lucah atau
eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu
atau orang lain.

Menurut Schechter dan Roberge (1976), dalam sesetengah hal kanak-kanak


menjadi mangsa penderaan seksual di dalam keluarga seperti sumbang
muhrim contohnya atau bagi upacara ritual tertentu. Menurut Finkelhor pula
(1979:23) faktor-faktor lain yang perlu diberi perhatian mengenai penderaan
seksual adalah umur pelaku, bentuk perlakuan atau kejadian, sama ada
mangsa mengizinkan perlakuan tersebut, umur mangsa, jantina dan hubungan
mangsa dengan pelaku dan akibat perlakuan tersebut atau kejadian terhadap
kanak-kanak tersebut. Beberapa ahli psikologi berpendapat bentuk penderaan
ini akan membawa implikasi buruk kepada perkembangan emosi seseorang
kanak-kanak yang mangsa penderaan (Davidson & Nicol, 1993:47). Oleh
yang demikian penderaan seksual mempunyai kaitan erat dengan penderaan
emosional.

Penderaan Emosional

Penderaan emosi merujuk kepada bentuk gangguan psikologi terutama


daripada segi mental dan emosional, sama ada didera dan dianiayai oleh ahli
keluarga yang terlibat. Emosi adalah rasa dalaman yang dapat dilihat sebagai
sedih, marah, meradang, geram, benci, sakit dan sebagainya (lihat Kieran
O� Hagan, 1993:22). Penderaan emosional merangkumi tidak memberi
kasih sayang yang cukup atau membenci kanak-kanak tersebut, kanak-kanak
tidak dihiraukan, tidak dilayan karenahnya, pergaulan mereka disekat
misalnya tidak dibenarkan berkawan atau bermain sesama mereka, mereka
sering dimarahi, ditengking, ditakut-takuti dan ahli keluarga bermusuhan
dengan kanak-kanak.

Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 mentakrifkan bahawa seseorang


kanak-kanak dicederakan daripada segi emosi apabila ada gangguan yang
ketara atau boleh dilihat pada fungsi mental dan emosi kanak-kanak itu yang
didalilkan antara lain, kecelaruan mental atau tingkah laku, termasuk
keresahan, kemurungan, penyendirian, atau tumbesaran yang lambat.

Penderaan emosional diklasifikasikan sebagai penderaan atau pengabaian


apabila ianya mencapai tahap ekstrem atau melibatkan bentuk penderaan
yang lain. Menurut Whiting (1976:3), punca utama kanak-kanak terganggu
secara emosi adalah disebabkan oleh ibu bapa; penderaan bentuk ini berlaku
apabila kanak-kanak tersebut dihalang atau tidak memberi rawatan yang
sewajarnya oleh ibu bapa atau penjaganya. Bentuk penderaan ini sukar
dikenal pasti. Ianya dapat dilihat bertahap-tahap melalui tingkah laku
mengikut perkembangan umur kanak-kanak. Menurut Skuse (1993:28),
penderaan emosi bermula sejak mangsa berumur 6 hingga 8 bulan, umur pra-
sekolah, umur persekolahan dan umur remaja. Setiap perkembangan umur
kanak-kanak akan menunjukkan perubahan tingkah laku yang aneh.
Contohnya, pada umur persekolahan mangsa sering ponteng sekolah, tidak
berminat terhadap pelajaran, kelihatan murung, suka mengasingkan diri dan
sebagainya. Implikasi yang lain dapat dilihat pada kes penderaan emosi
adalah pengabaian ibu bapa atau pendera terhadap kanak-kanak tersebut.

Pengabaian Kanak-kanak

Pengabaian kanak-kanak merujuk pada pengabaian terhadap penjagaan


kanak-kanak daripada segi keperluan asas seperti keselamatan, makanan
berkhasiat, pendidikan, rawatan emosi dan fizikal (Ammerman & Hersen,
1990:28). Salah satu contoh adalah kanak-kanak yang dipaksa bekerja.
Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 mentakrifkan pengabaian kanak-kanak
sebagai membiarkan seseorang kanak-kanak tanpa pengawasan dan
pemeliharaan yang berpatutan bagi kanak-kanak itu, termasuk tidak
menyediakan makanan dengan secukupnya, memberi pakaian, rawatan
kesihatan atau tempat kediaman yang sempurna. Keadaan ini menyebabkan
kanak-kanak akan berasa tersisih dan tidak tentu arah. Oleh itu kanak-kanak
berkenaan mempunyai perasaan takut apabila berhadapan dengan orang lain
dan mereka akan berkelakuan ganjil. Mereka takut menjalani kehidupan ini
dan sentiasa mengasingkan diri.

Daripada aspek psikologi, menurut Kieran O� Hagan (1993:101) keadaan


seumpama itu menyebabkan tekanan jiwa kepada kanak-kanak mangsa
penganiayaan. Kanak-kanak yang teraniaya terutama yang berumur 6 hingga
9 tahun ke atas selalunya mengalami gangguan emosi dan personaliti.
Kebanyakan pendera adalah ibu bapa kandung atau penjaga rapat kepada
kanak-kanak yang menghadapi masalah tekanan jiwa atau pemabuk.

Pengabaian kanak-kanak bukan sahaja mengganggu psikologi kanak-kanak,


malah boleh mengganggu perkembangan tumbesaran mereka. Menurut
Skuse, (1993:31) kanak-kanak didera dan diabaikan untuk jangka masa yang
lama akan membantutkan tumbesaran; dikenali sebagai �disorders of
biological rhythms� contohnya kanak-kanak menjadi pendek dan kurus.
Konsep penderaan dan pengabaian yang saling berkait ini dipengaruhi oleh
pelbagai faktor. Runtunan faktor-faktor itu dapat dikupas dalam kerangka
teori dan ianya membantu analisis data kajian penderaan dan pengabaian
kanak-kanak.

Kes penderaan kanak-kanak yang sering kali dilaporkan cukup meruntun perasaan sekali gus
menjadi isu masyarakat yang wajar ditangani segera.

Penderaan kanak-kanak adalah satu pencabulan serius terhadap hak golongan itu meneruskan
kelangsungan hidup mereka. Secara umumnya, penderaan itu boleh dikategorikan kepada empat
bahagian iaitu fizikal, emosi, seksual dan pengabaian. Ia dikaitkan dengan kesan jangka panjang
dan jangka pendek yang merangkumi kerencatan otak, perkembangan terbantut, kesukaran
belajar, masalah menjalin persahabatan, tabiat agresif dan kemurungan.

Mangsa penderaan kanak-kanak mungkin mengalami risiko lebih tinggi untuk bermasalah di
kemudian hari seperti pencapaian akademik yang teruk, penggunaan dadah, kehamilan remaja
dan perbuatan jenayah yang bukan sekadar menjejaskan kanak-kanak dan keluarga malah
masyarakat keseluruhannya.

Statistik yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


menunjukkan kes ini meningkat setiap tahun. Hampir 3,900 kes penderaan kanak-kanak
dilaporkan pada 2013 malah lebih parah apabila ia bertambah sekurang-kurangnya 1,023 kes
dilaporkan hingga Mac tahun ini.

Kes penderaan kanak-kanak perempuan terjadi lebih daripada 50 peratus berbanding


semua kes penderaan kanak-kanak lain. Pengabaian adalah punca utama kes ini
berlaku diikuti dengan penderaan fizikal dan seksual.

Pengalaman global menunjukkan hanya sebahagian kecil kes penderaan kanak-kanak


dilaporkan dan disiasat manakala hanya segelintir pendera yang dibawa ke muka peÂ-
ngadilan. Sebagai contoh, kanak-kanak dalam usia lingkungan empat dan lima tahun
kurang berupaya melaporkan penderaan fizikal atau seksual.

Bukti anecdotal menunjukkan hanya kes penderaan kanak-kanak yang serius saja
dilaporkan kepada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Kos bagi menanggung kes penderaan kanak-kanak juga agak tinggi dan merangkumi
kos perubatan untuk kecederaan atau malnutrisi, penjagaan kesihatan mental untuk
mangsa penderaan, urusan perundangan dan lain-lain lagi. Sehubungan itu, terdapat
juga kos terselindung seperti kerosakan terhadap ekonomi negara akibat kehilangan
produktiviti di dalam tenaga kerja serta kos kesakitan yang ditanggung oleh kanak-
kanak dan keluarga.

Kanak-kanak adalah kesinambungan kehidupan kita. Mereka perlu dilindungi dan diberi
hak sewajarnya. Manakala masyarakat juga boleh membantu mengekang kes
penderaan daripada terus berleluasa. Hubungi talian bantuan 24 jam, Talian Nur 15999
untuk membuat aduan dan menangani kes ini dengan penuh tanggungjawab.

Penjenayah juga boleh dihukum mengikut Akta Kanak-kanak (2001) dan Kod Penal
(dipinda 1997) serta dikenakan denda maksimum RM50,000 atau dipenjarakan
sehingÂga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.

> Penulis siswa Pengajian Media Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri
Sembilan.

> Warga kampus yang ingin menyumbang penulisan mengenai isu semasa boleh
menghantarnya keruhaizarusmin@mediaprima.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 5:00 AM


DISYORKAN
- See more at: http://www1.hmetro.com.my/node/16247#sthash.qzDbVkgd.dpuf

 
 
79
O U M
TOPIK 4ISU MORAL TEMPATAN
Masyarakat
Sementara itu, kes jenayah seksual ini bukan sahaja memberi kesan kepada mangsa
danperogol, malah menyebabkan masyarakat hidup dalam ketakutan dan kerisauanterutamanya
anak-anak gadis. Di samping itu, norma-norma hidup masyarakat jugaterjejas dengan kes-kes
pembuangan bayi ataupun pengguguran bayi yang semakinmeningkat setiap hari. Ini kerana,
mangsa-mangsa malu hendak mengaku ataupunmenjaga bayi itu kerana masyarakat
menganggapnya sebagai anak luar nikah dandipandang hina seumur hidup.
Cadangan Mengatasi
1.
Tindakan Tegas ke atas Penjenayah
 Memandangkan kes jenayah seksual remaja semakin serius, beberapa langkahpencegahan perlu
difikirkan bagi membendungnya daripada berleluasa. Kawalan lebihketat adalah perlu bagi mengawal
penjualan dan pengedaran bahan-bahan lucah dikalangan pelajar, remaja dan orang dewasa.
Hukuman lebih berat perlu dikenakan ke atasmereka yang terlibat dengan kegiatan ini serta kepada
remaja yang disabitkan kesalahanmelakukan jenayah seksual.Hukuman yang lebih berat daripada
segi undang-undang dan mengurangkan had umurdijatuhi hukuman tidak memberi impak jangka
panjang, malah menjana reaksipenentangan yang lebih destruktif. Penguatkuasaan hukuman akan
menimbulkankemarahan golongan muda kepada sistem undang-undang dan kepada
masyarakat.Keadaan ini tidak membantu menyelesaikan masalah. Walau bagaimanapun,
hukumanadalah faktor pencegahan yang tidak dapat dikesampingkan begitu sahaja. Sekurang-
kurangnya hukuman berat boleh berfungsi sebagai amaran supaya mereka yang inginmelakukan
jenayah seks itu ‘berfikir dua kali’.2.
Pendidikan Keselamatan
 Walau bagaimanapun, perlaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang serta hukumanperlu
diiringi dengan langkah-langkah pencegahan ke atas golongan wanita, gadis, pelajarsekolah dan
kanak-kanak perempuan yang semakin terdedah dengan jenayah
seksual. Aspek keselamatan di sekolah, tempat kerja, premis persendirian dan kawasan 
awamperlu dipertingkatkan. Oleh yang demikian, persekitaran yang sihat perlu
diwujudkan.Sekiranya tidak, masalah jenayah seksual ini akan terus berlaku dan mungkin
dalambentuk yang lebih dahsyat serta menakutkan. Gadis remaja perlu diberi
pengetahuanmengenai bentuk salah laku seksual, cara menghadapi dan sedia berkongsi dengan
orangdewasa apabila ia berlaku pada dirinya.3.
Khidmat Perlindungan dan Kaunseling
 Remaja yang menjadi mangsa sebaik-baiknya tidak dibiarkan bersendirian dalammenyelesaikan
masalahnya tanpa bantuan daripada mana-mana pihak. Kerjasama dantanggungjawab bersama
daripada ibu bapa, guru, masyarakat dan remaja itu sendiriadalah perlu bagi membantunya
menghadapi masalah itu.
 
 
80
OUM
TOPIK 4ISU MORAL TEMPATAN
4.
Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa sebaik-baiknya tidak menunggu remaja menghadapi ataupun meluahkanmasalah
kepada mereka. Sebaliknya, ibu bapa perlu mendekati mereka setiap masa.
Inimemudahkan mereka mengenali perubahan remaja daripada segi pergaulan
mahupunpembelajaran. Ini membolehkan kedua-dua pihak sama-sama berusaha mencari
jalanpenyelesaian. Ibu bapa juga perlu mempelajari teknik keibubapaan supaya mereka tidakcepat
menempelak ataupun menunjukkan reaksi yang tidak menyenangkan kepadaremaja. Remaja
tidak akan meluahkan masalah sebaliknya menyembunyikan masalah itu.Dengan itu,
cara-cara keibubapaan yang berkesan perlu dianjurkan dan disebarkanmelalui risalah, akhbar,
seminar dan pelbagai media cetak dan elektronik supaya ia dapatdipraktikkan. Pendidik atau
pengajar juga adalah kumpulan terhampir dengan remaja. Inikerana, hampir setiap hari guru
bersemuka dengan remaja. Secara tidak langsung, remajayang bermasalah dapat dikenali walaupun
remaja itu tidak menceritakan masalahnyakepada mereka.5.
Khidmat Pembimbing Rakan Sebaya
 Tidak semua remaja dapat menerima khidmat kaunselor kerana mereka lebihmempercayai rakan
sebaya. Biasanya, remaja akan merujuk kepada pembimbing rakansebaya bagi mengatasi
masalah mereka.Pembimbing rakan sebaya (PRS) bertindak sebagai penghubung atau perantara
remajadengan kaunselor. Oleh yang demikian, kaunselor, pengajar dan pendidik perlu
sentiasamemberi bimbingan kepada PRS supaya mereka berupaya membimbing rakan
remajamereka.6.
Masyarakat Penyayang dan Prihatin
 Satu lagi kelompok yang bertanggungjawab adalah masyarakat itu sendiri. Masyarakatsebagai
kelompok terbesar sering menuding kesalahan kepada remaja. Walhal,masyarakat turut memainkan
peranan tersendiri dalam menangani masalah ini.Keprihatinan dan pergaulan dengan remaja adalah
perlu. Dengan ini, masalah remajadapat difahami. Selain itu, perlu diadakan perbincangan atau forum
yang melibatkankehadiran masyarakat dan remaja bersama-sama. Masyarakat tidak
perlu membuatperbandingan zaman remaja dahulu dengan zaman sekarang. Ini kerana,
terdapatperbezaan ketara antara kedua-dua zaman itu. Pada zaman dahulu, kehidupan
remajakurang mencabar berbanding zaman sekarang. Pengaruh budaya barat dan media
massahari ini semakin berleluasa dan remaja pula mudah terpengaruh.7.
Pembentukan Jati Diri Remaja
  Akhir sekali, dalam usaha mengatasi pencemaran budaya remaja, beban ini sebaik-
baiknya tidak diletakkan atas tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat sahaja tetapi jugakepada
remaja itu sendiri. Perkara pertama yang perlu diteliti oleh remaja adalahpembentukan
peribadi. Dengan ini, setiap perbuatan yang dilakukan lebih bermanfaat.Remaja perlu
membangun dan dibangunkan. Penerapan nilai-nilai murni dalam diri sepertiamalan berdisiplin,
adil, bertanggungjawab, kerjasama dan toleransi perlu dicanai dalamdiri mereka. Nilai
murni seperti ini dapat mengukuhkan keimanan, seterusnya menguatkanumat menuju ke
arah pembangunan negara.

 
 
81
O U M
TOPIK 4ISU MORAL TEMPATAN
Menurut teori Erik Erikson (1963), terdapat lapan tahap perkembangan yang
berlakusepanjang hayat manusia dan setiap tahap mempunyai tugas perkembangan yang
unik.Remaja kini berada pada tahap perkembangan identiti melawan kekeliruan identitiataupun
peranan. Perubahan besar yang dialami remaja adalah perkembangan sosial.Mereka sedang
meneroka identiti yang sesuai dengan jiwa mereka. Hubungan dengandunia luar selain anggota
keluarga kini bertambah penting dan memainkan peranan yangbesar dalam pembentukan
identiti.Remaja adalah golongan yang sentiasa memerlukan bim-bingan dan sokongan. Oleh
itu,mereka perlu dibantu supaya tidak terkeliru sepanjang membuat keputusan dalamkehidupan.
Kesilapan memilih ‘jalan’ pada usia remaja akan menghancurkan hidupmereka kecuali mereka
menemui pintu taubat sendiri.8.
Pendidikan Seks
Pendidikan memainkan peranan penting khususnya pendidikan tidak formal
melaluiaktiviti-aktiviti kemasyarakatan, pembacaan dan pergaulan. Dalam konteks
perlakuan jenayah seks yang didorong oleh unsur-unsur keghairahan berfantasi akibat 
keinginanmencuba dan ketidakpuasan seks, sikap ‘merahsiakan’ maklumat-maklumat
seks dankaedah-kaedah meredakan keinginan melakukannya di luar batasan
kemanusiaanmungkin sudah tidak relevan. Sikap keterbukaan yang terkawal dalam
membincangkanisu-isu berkaitan seks tidak dapat dipertikaikan lagi. Perspektif seks
yang lebih positif perludisebarkan dengan mengkaji semula kaedah dan matlamat pendidikan
seks yang sediaada. Pendekatan formal dan indoktrinasi yang digunakan juga perlu dikaji
semula selarasdengan fenomena kebebasan semasa dan perubahan nilai kehidupan
moden.Kurikulum pendidikan seks perlu dibentuk dan diajarkan kepada remaja.
Maklumatberkenaan seks yang disampaikan secara formal sebagai ilmu sains
reproduktifmenambahkan pengetahuan mengenai fungsi seks sebagai kaedah pembiakan
semula jadi demi kelangsungan spesies. Ilmu kesihatan reproduktif perlu memberi pene
kananmengenai aktiviti seks yang tidak sihat yang mendedahkan manusia kepada pelbagai
jenispenyakit. Selain itu, para pendidik juga perlu berfikiran lebih terbuka dalam
menyampaikanmaklumat-maklumat pendidikan seks.
Kesimpulan
 Salah laku seksual perlu ditangani dengan serius kerana perlakuan jenayah yangdilakukan bukan
sahaja merosakkan diri sendiri malah mengganggu orang lain.Pendekatan secara bersepadu
melibatkan semua pihak perlu dilakukan segera keranapenjenayah seperti ini seolah-olah bom
jangka yang berbahaya dan menjejaskanketenteraman awam

Anda mungkin juga menyukai