Anda di halaman 1dari 52

BAB 1

PENDAHULUAN
1.1

Pengenalan

Perkembangan dunia dalam pelbagai aspek terutama daripada aspek ekonomi, sosial,
politik, dan teknologi perlu sentiasa diikuti oleh para pendidik. Semua pihak perlu
sentiasa membuat environmental scanning bagi mengenal pasti keperluan-keperluan
yang terkini dari pelbagai sudut. Bidang pendidikan perlu sentiasa mengenal pasti
indikator-indikator asas yang berkaitan sistem pendidikan bagi tujuan peningkatan atau
perubahan (Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2003). Umumnya bidang pendidikan
di negara ini memang telah bersedia dari semasa ke semasa dalam memikirkan langkahlangkah yang perlu bagi menghadapi zaman yang penuh dengan kemajuan dan cabaran.
Sehubungan dengan itu, konsep dan proses pendidikan mestilah merangkumi aspek
intelek, jasmani, rohani dan emosi seperti yang digariskan dalam Dasar Pendidikan
Negara. Atan Long (1984) menegaskan bahawa pendidikan perlu difokuskan terhadap
memperkembangkan potensi kanak-kanak ke peringkat optimum bagi menjadikan mereka
rakyat yang berguna kepada masyarakat dan negara. Dalam hal ini, persekitaran
pembelajaran serta kemudahan-kemudahan prasarana persekolahan yang sedia ada
mampu memperkembangkan potensi pembelajaran kanak-kanak. Di samping itu,
penekanan yang setimpal juga harus diberikan terhadap tahap kebolehan dan kesediaan
pelajar, serta gaya belajar kanak-kanak tersebut. Ini nyata penting kerana setiap individu
yang bersekolah adalah berbeza.
Apabila persoalan mengenai pendidikan difokuskan, maka secara langsung ianya
akan melibatkan pelajar dan pendidik. Para pelajar ini khasnya, yang datang dari pelbagai
latar belakang, sudah tentu mempunyai wawasan serta matlamat yang berlainan. Justeru
itu, generasi pelajar hari ini perlu diberikan pendedahan serta bimbingan khususnya
dalam aspek gaya belajar masing-masing untuk membolehkan mereka menguasai ilmu
pengetahuan dengan cara yang lebih sistematik, tersusun, dan mengikut kemampuan
sendiri. Ini adalah supaya mereka mampu berdaya saing di peringkat global dan
seterusnya memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan negara.

Persoalan mengenai gaya belajar muzik bukan sahaja berlaku di negara ini malah
berlaku di kebanyakan negara di seluruh dunia. Fenomena global ini merupakan satu isu
pendidikan yang semakin ketara serta perlu diberi perhatian (Othman Lebar, 2004).
Namun begitu, guru perlu sedar bahawa dalam banyak hal, teknik yang digunakan oleh
guru juga akan mempengaruhi pelajar belajar walaupun pada masa yang sama gaya
belajar pelajar perlu difokuskan terlebih dahulu oleh guru. Ini kerana guru merupakan
agen kepada keberkesanan pendidikan. Betapa baik sistem pendidikan ataupun betapa
efisiennya gaya belajar pelajar sekalipun, kalau agen yang meyampaikan itu tidak efektif
ia tidak akan mencapai matlamat kesempurnaan insan. Dalam erti kata yang lebih luas,
kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran,
keinsafan dan tanggungjawab sebagai pendidik dan sebagai seorang pelajar.
Kesediaan pembelajaran di antara seseorang individu dengan seseorang individu
yang lain biasanya tidak setara. Ini adalah kerana tahap atau proses pertumbuhan dan
perkembangan mereka tidak sama dan tidak searah (Kamarudin Hj. Husin, 1997). Ada
pelajar yang suka belajar berseorangan dan ada yang suka belajar secara berkumpulan.
Ada pula pelajar yang suka belajar sambil mendengar muzik atau radio, manakala yang
lain pula ada yang hanya dapat memberi tumpuan kepada pelajaran dalam keadaan yang
sunyi senyap tanpa sebarang gangguan. Sesetengah pelajar pula gemar belajar melalui
bacaan dan rujukan sendiri, ramai juga pelajar memilih untuk belajar melalui
perbincangan, pemerhatian dan membuat penemuan sendiri. Kebanyakan pelajar juga
dapat belajar dengan berkesan dalam keadaan tenang dan tidak tertekan, manakala ada
pula pelajar yang hanya akan belajar dalam keadaan yang terdesak dan tertekan. Justeru
itu, bolehlah dirumuskan bahawa kriteria gaya belajar muzik ini sangat penting dalam
bidang pendidikan muzik kerana kebanyakan kajian mengenai gaya belajar muzik
dikaitkan dengan pencapaian pelajar secara spesifik (Diaz dan Cartnel, 1999).
Gaya belajar merupakan cara belajar dan berfikir yang berbeza yang mana dipraktikkan
oleh kanak-kanak dan orang dewasa (Litzinger & Osif, 1992 dalam Othman Lebar,
2004:3). Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa gaya belajar adalah cara
belajar yang konsisten. (Ellis, 1985 dalam Richards, 1994:138) pula telah berpendapat
bahawa gaya belajar merupakan the more or less consistent way in which a person
perceives, conceptualizes, organizes and recalls information. Berdasarkan kepada

pendapat pengkaji-pengkaji di atas, maka bolehlah dikatakan bahawa gaya belajar itu
sangat penting dalam pembelajaran. Ianya mampu mempertingkatkan pencapaian para
pelajar di sekolah. Selain daripada itu, pemilihan gaya belajar yang sesuai juga mampu
mendorong para pelajar untuk belajar mengikut kemampuan sendiri. Manakala guru pula
dapat menyediakan suasana pembelajaran yang jitu dan menyampaikan pembelajaran
dengan berkesan.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis maka tumpuan
memahami perbezaan individu

harus difokuskan

di kalangan

kepada kepentingan

pelajar bagi meningkatkan potensi

pengajaran dan pembelajaran (p & p). Perbezaan inilah merupakan ciri yang
membezakan

seorang individu dengan individu yang lain. Jika kita lihat dari segi

kognitif, perbezaan dilihat dari segi keupayaan melakukan persepsi, pemahaman,


menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan bertindak balas terhadap maklumat
yang diterima. Perbezaan individu dari segi kognitif

ini memberi kesan terhadap

perkembangan potensi pembelajaran dan gaya belajar di kalangan pelajar Sekolah Rendah
(SR).
Dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah mengambil kira
aspek-aspek gaya belajar yang dimiliki oleh pelajar-pelajar mereka waktu itu. Aspekaspek gaya belajar perlu difahami dan dititikberatkan oleh guru supaya apa sahaja
perencanaan yang akan dirancangkan dan dilaksanakan dapat memenuhi selera dan
keperluan para pelajar. Dengan hal yang demikian, penyelidik ingin menjalankan kajian
terhadap gaya belajar muzik di kalangan pelajar SR yang mana terdiri daripada pelajarpelajar yang mempunyai ciri yang berbeza antara seorang individu dengan individu yang
lain (Litzinger & Osif, 1992 dalam Othman Lebar, 2004:2).

1.2

Pernyataan Masalah

Pada masa kini, persoalan pencapaian akademik yang tidak seimbang di kalangan
pelajarpelajar adalah merupakan satu isu pendidikan yang

semakin

ketara.

Ketidakseimbangan ini berkemungkinan dipengaruhi oleh gaya belajar pelajar yang

berbeza-beza yang mana akan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar seterusnya


memberi kesan terhadap polisi pendidikan di masa akan datang.
Memandangkan pengetahuan tentang gaya belajar di kalangan pelajar adalah
sangat penting, maka generasi pelajar hari ini perlu didedahkan dengan gayabelajar muzik
yang sememangnya berkesan dalam pembelajaran mereka. Pendedahan terhadap gayagaya ini seharusnya bermula pada peringkat awal lagi. Sewajarnya pelajar-pelajar perlu
mengambilkira faktor-faktor yang boleh membantu mereka memilih gaya belajar muzik
yang sesuai serta dapat membantu dalam penguasaan pembelajaran mereka. Oleh kerana,
tidak terdapat banyak kajian tempatan yang menyentuh tentang gaya belajar muzik, maka
ia menarik untuk dikaji. Justeru itu, kajian ini meninjau sama ada para pelajar di sekolah
rendah mempunyai gaya belajar tertentu dalam mengharungi proses pembelajaran muzik
seharian di sekolah. Tetapi sejauh manakah para pelajar mempunyai pengetahuan tentang
gaya belajar muzik.
1.3

Objektif Kajian

Fokus utama kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh mana para pelajar sekolah
rendah menggunakan gaya belajar muzik yang sesuai semasa proses pembelajaran. Secara
khususnya objektif kajian ini adalah seperti berikut:
(i)

Untuk menentukan sama ada pelajar sekolah rendah mempunyai gaya belajar
tersendiri.

(ii)

Untuk mengenalpasti gaya belajar muzik yang diamalkan oleh pelajar-pelajar


sekolah rendah.

(iii)

Untuk melihat sejauh mana pelajar sekolah rendah menghadapi masalah dalam
memilih gaya belajar muzik.

1.4

Persoalan Kajian

Soalan-soalan kajian adalah seperti berikut :


(i)

Adakah para pelajar sekolah rendah mempunyai gaya belajar muzik tersendiri?

(ii)

Bagaimanakah gaya belajar muzik pelajar sekolah rendah?

(iii)

Adakah para pelajar sekolah rendah menghadapi masalah dalam pemilihan gaya
belajar muzik yang sesuai dengan mereka?

1. Kepentingan Kajian
Adakalanya, penyelidik mempertahankan kaedah pengajaran yang memberi kesan
terhadap pembelajaran pelajar. Dengan perkembangan penyelidikan dalam gaya
belajar ini, ada pula penyelidik memfokuskan kajiannya terhadap pembelajaran
individu yang berbeza

dengan gaya (Pettigrew & Zakrajsek, 1984 dalam Keri

2005:5). Oleh kerana, ahli-ahli psikologi lebih berminat terhadap gaya

efikasi

seseorang, maka kajiannya lebih memfokuskan perkaitan di antara perbezaan individu


dengan gaya efikasi (Picou, et.al., 1998 dalam Keri, 2005:5). Pada umumnya,
keseluruhan kajian yang berhubung dengan gaya belajar ini dikaitkan dengan
pencapaian akademik pelajar yang menjadi kunci kepada pembelajaran sempurna
(Keri, 2002). Manakala (Keefe, 1979 dalam Richards 1994:59) pula menyatakan
bahawa . learning styles as the composite of characteristic cognitive, affective,
and physiological factors that serve as relatively stable indicators of how a learner
perceives, interacts with, and responds to the learning environment .
Sebaliknya (Jonassen dan Grabowski, 1993) berpendapat Individual differ in
their general skills, aptitudes, and preferences for processing information,
constructing meaning from it, and applying it to new situations.
Memandangkan perbezaan individu dari segi kognitif memberi kesan terhadap
perkembangan potensi individu terhadap gaya belajar muzik,

maka wujudlah

ketidakseimbangan yang begitu ketara dalam pencapaian akademik pelajar (Othman


Lebar, 2004). Oleh yang demikian, kepentingan kajian ini adalah untuk melihat sejauh
manakah keberkesanan gaya belajar

di kalangan pelajar sekolah rendah dalam

mempertingkatkan potensi pembelajaran muzik mereka. Untuk itu, guru harus


bertanggungjawab mendedahkan kepada pelajar tentang kepentingan gaya belajar muzik
dalam mencorakkan aktiviti pembelajaran. Sebab individu yang faham akan gaya belajar,
akan mampu mengawal aktiviti kognitif dengan baik, lantaran ini akan lebih bersikap
positif terhadap pembelajaran muzik di samping menunjukkan potensi akademik yang
lebih baik (Keefe, 1991).

Kajian ini juga diharapkan dapat dimanafaatkan oleh guru-guru di sekolah untuk
menyampaikan pengajaran muzik mereka dengan berkesan di samping mengambil kira
kepentingan aspek-aspek gaya belajar yang berbeza pada setiap pelajar. Selain itu, kajian
ini juga diharap dapat membantu guru-guru untuk memikirkan kaedah dan strategi
pengajaran yang sesuai dengan gaya belajar muzik pelajar dan tahap kebolehan pelajar
yang berbeza. Ini memandangkan penggunaan strategi dan kaedah yang melibatkan
pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik membuatkan
mereka berasa seronok dan dihargai. Di samping itu, ia dapat membantu guru untuk
mengenal pasti gaya belajar pelajar dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar yang mampu
berdaya saing di peringkat global.
Dari dapatan kajian ini juga, diharapkan pihak pentadbir sekolah akan
menyediakan suatu prasarana pengajaran dan pembelajaran yang menitikberatkan gaya
belajar muzik yang berbeza pada setiap pelajar agar pelajar-pelajar dapat menimba ilmu
pengetahuan yang bersifat futuristik, di samping pelajar-pelajar sekolah belajar dengan
gaya belajar masing-masing. Justeru itu, penerimaan ilmu akan dapat dimaksimumkan.
Pihak Kementerian Pelajaran pula diharapkan akan mengambil langkah-langkah yang
sewajarnya dalam menyediakan kursus-kursus, buku-buku teks, bahan-bahan bantu
mengajar serta bahan-bahan rujukan muzik lain yang mampu menjana minda pelajar ke
arah pembelajaran muzik yang berkesan. Dapatan kajian ini juga diharap dapat dijadikan
maklum balas oleh ibu bapa serta penjaga pelajar dalam usaha untuk menyediakan
keperluan-keperluan asas serta tambahan kepada anak-anak mereka dalam usaha
menimba ilmu pengetahuan dengan lebih berketrampilan dan berdinamik dalam bidang
dan pengetahuan muzik mereka..
1.6

Definisi Istilah

Menurut pandangan para ahli psikologi, pelbagai definisi boleh ditakrifkan berhubung
dengan istilah dan konsep gaya belajar muzik. Dalam kajian ini pengkaji telah
mengkhususkan istilah gaya belajar ini secara lebih umum iaitu gaya belajar pelajar.
Maka definisi-definisi yang berikut memberi makna yang lebih jelas berkaitan dengan
istilah gaya belajar muzik.
(i)

Gaya

Didefinisikan sebagai cara, sikap dan tingkah laku seseorang. (Kamus Dewan,
Edisi Ketiga, 2002).
(ii)

Belajar
Didefinisikan sebagai mempelajari sesuatu untuk memperolehi ilmu pengetahuan
yang tinggi (Kamus Dewan, Edisi Ketiga, 2002). Manakala Kamarudin Hj, Husin
(1997) mengatakan bahawa belajar atau pembelajaran merupakan proses
pemerolehan kebiasaan, pengetahuan dan sikap. Ia melibatkan cara-cara baru
untuk melakukan sesuatu kerja dan bertindak sebagai percubaan-percubaan
individu mengatasi rintangan untuk menyesuaikan diri dalam satu situasi baru.
Menurut (Stalling, 1973 dalam Kamarudin Hj Husin 1997:39) berpendapat
bahawa pembelajaran berdasarkan tiga kriteria yang penting. Pertama,
pembelajaran harus menampakkan perubahan dalam tingkah laku. Kedua,
pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran. Ketiga, pembelajaran harus
menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan. Dalam hal ini (Crow
dan Crow, 1983 dalam Kamarudin Hj Husin 1997:39) pula menyatakan
pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran
melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu
untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru.

(iii)

Gaya Belajar
Merujuk kepada aktiviti atau gaya tertentu seseorang yang bersungguh-sungguh
untuk memperolehi pengetahuan dengan cara bertindak terhadap persekitarannya
semasa memperoleh pembelajaran iaitu cara memproses informasi ( Lee Shok
Mee, 1997). Di samping itu, (Litzinger & Osif, 1992 dalam Othman Lebar,
2004:2) pula mendefinisikan gaya belajar sebagai cara berfikir dan belajar yang
berbeza yang mana diamalkan oleh kanak-kanak dan orang-orang dewasa supaya
dapat memahami proses pembelajaran. Manakala Lourdursamy (1994) pula
menyatakan bahawa gaya belajar merupakan satu konsep multidimensi yang
kompleks yang mana terhasil daripada tindakan dengan persekitaran, emosi,
sosial, fizikal dan psikologi.

(iv)

Pelajar

Merujuk kepada pelajar-pelajar sekolah rendah yang berada dalam Tahun Enam
yang juga merupakan responden dalam kajian ini.
Daripada definisi-definisi di atas, maka jelaslah bahawa gaya belajar muzik
merupakan suatu cara yang diaplikasikan oleh pelajar untuk belajar. Ia berlaku samada
disedari atau tanpa disedari untuk menerima pelajaran yang diajar oleh guru. Ia juga
merupakan cara di mana pelajar belajar untuk menyelesaikan masalah pembelajaran di
sekolah, di rumah atau pun membuat persediaan menghadapi peperiksaan.
1.7

Limitasi Kajian

Kajian gaya belajar ini berbentuk soal selidik melibatkan 32 orang pelajar Tahap Dua
sekolah rendah. Daripada 32 orang pelajar, enam orang pelajar sekolah rendah dari Tahun
Enam dipilih sebagai responden untuk pemerhatian dan temu bual. Memandangkan hanya
32 orang pelajar sahaja dipilih dalam kajian ini berbanding jumlah pelajar sekolah kajian
seramai 270 orang, keputusan yang diperolehi adalah benar bagi sampel-sampel yang
digunakan sahaja.
Perlu juga dihuraikan di sini bahawa hasil keseluruhan kajian ini tidak boleh
digunakan untuk membuat kesimpulan secara keseluruhan tentang gaya belajar pelajar
muzik

sekolah rendah di sekolah-sekolah lain. Ini adalah kerana sekolah kajian

merupakan sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di

bandar dan

persekitaran serta komuniti tidak banyak membantu mereka dalam proses pembelajaran
muzik berbanding dengan sekolah-sekolah lain di bandar.

1.8

Kesimpulan

Secara ringkasnya, kajian ini berfokus kepada gaya belajar pelajar sekolah rendah,
mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini dalam pemilihan
gaya belajar muzik dan apakah yang menyebabkan gaya belajar ini merupakan satu aspek
yang begitu penting dalam proses pembelajaran muzik. Dengan kajian yang lebih
mendalam mengenai fenomena ini, maka ianya diharapkan dapat memberi pemahaman
dan pendedahan tentang pentingnya gaya belajar muzik terhadap para pelajar sekolah

rendah khususnya. Sifat tidak menentu tentang pembelajaran di sekolah serta bilik darjah
adalah amat simptomatik, walaupun pelbagai penyelidikan tentang aktiviti guru telah
dilakukan namun, sedikit sahaja yang berkaitan dengan cara bagaimana pelajar,
khususnya sekolah rendah belajar. Pada peringkat paling asas, jika strategi guru tidak
sehaluan dengan gaya murid itu belajar, akan berlaku ketidakseragaman yang
mengakibatkan kurangnya kesefahaman dalam pemahaman muzik pada diri pelajar.
Kapasiti untuk belajar seringkali merupakan hasil interaksi interpretif antara guru
dan pelajar. Kejayaan interaksi itu bergantung kepada sejauh mana berlakunya gagasan
idea yang dikongsi bersama. Pemahaman tentang gaya belajar mungkin menjadi
sumbangan yang besar dalam mengoptimakan interaksi pembelajaran yang efektif.
Adalah satu perkara yang menarik bila melihat bagaimana pelajar di dalam bilik darjah,
jika diberi peluang, akan tertarik secara semula jadi kepada golongan yang dapat bekerja
bersama mereka dengan harmoni. Kecenderungan begini dapat dijelaskan kerana adanya
gaya belajar. Apa yang diperlukan dalam hal ini, ialah pelbagai kaedah pembelajaran
diagnostik yang dapat membantu kita mengenal pasti gaya-gaya belajar bagi beberapa
peringkat perkembangan pelajar-pelajar di sekolah (Christopher Bowring-Carr dan John
West-Burnham, 1999).

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Gaya Belajar

Dunn dan Dunn (1994) merupakan pengkaji-pengkaji terawal yang terlibat dalam
mengkaji bagaimana pelajar belajar. Pada peringkat permulaan Dunn dan Dunn (1994)
mengenalpasti dua belas pembolehubah yang signifikan di kalangan pelajar. Seterusnya
Dunn dan Dunn (1994), telah menggabungkan dua puluh satu elemen dengan
mengutamakan kecenderungan secara analitik atau pun global dalam Model Gaya Belajar
mereka (Rujuk Rajah 2.1 ).

Rajah 2.1
Model Gaya Belajar Dunn & Dunn
Rangsangan
Persekitaran
Emosi
Sosiologi
Fisiologi
Psikologi

Elemen-elemen
bunyi
cahaya
suhu
rekabentuk
motivasi ketekunan tanggungjawab
struktur
diri
pasangan
rakan
kumpulan dewasa berbagai
persepsi
tempoh
masa
mobiliti
global
analitik
hemisfera
impulsif
reflektif
Sumber: Model Gaya Belajar Dunn dan Dunn, 1994

Sehubungan dengan itu, (Andrews ,.et.al. 1990, dalam Dunn dan Dunn 1994:3)
pula mendapati apabila pelajar diajar melalui gaya belajar mereka, terbukti terdapat
peningkatan dalam pencapaian. Mereka juga mematuhi arahan yang diberi oleh guru dan
lebih berdisiplin berbanding dengan pengajaran yang tidak mengutamakan gaya belajar.
Seterusnya Dunn & Dunn (1994) merangkumkan dua puluh satu elemen dalam
model gaya belajar mereka dan mendapati pelajar-pelajar dipengaruhi oleh persekitaran
pembelajaran, keadaan emosi, sosiologi, tingkahlaku psikologi dan kecenderungan
memproses. Dalam model gaya belajar ini elemen persepsi dibahagikan kepada empat
jenis gaya belajar iaitu visual, auditori, sentuhan dan kinestetik (Rujuk Jadual 2.2).

Jadual 2.2
Gaya Belajar Mengikut Elemen Persepsi Dunn dan Dunn (1994)
Dunn & Dunn

Visual

(1994)

penuh semangat dan seronok

bertemu muka

lihat buku

sentiasa menerima pendapat

guna senarai untuk organisasi


pemikiran

Auditori

ingat kembali maklumat

beri panduan secara verbal

gemar, dialog, perbincangan

selesaikan masalah dengan


cara berbincang

gunakan rentak dan bunyi

terlibat secara aktif

hadapi kesukaran dalam

Kinestetik

jangkamasa panjang

lebih pergerakan

gunakan penulisan, melukis

Sentuhan

dan memori

buat projek dan demonstrasi

Di samping itu, Lee Shok Mee (1997) pula telah menyatakan bahawa kebolehan
seseorang dan perbezaan individu amat mempengaruhi gaya pembelajaran. Sehubungan
dengan itu, (Litzinger & Osif, 1992 dalam Othman Lebar, 2004:2) menjelaskan gaya
belajar sebagai ..the different ways in which children and adults think and learn. They
see that each of us develops a preferred and consistent set of behaviors or approaches to
learning. Selain daripada itu, (Litzinger & Osif, 1992 dalam Othman Lebar, 2004:2) juga
telah merangka gaya belajar muzik ini kepada beberapa proses supaya dapat memahami
proses pembelajaran

dengan lebih mendalam. Proses-proses tersebut adalah seperti

berikut:
(i)

kognitif - bagaimana memperoleh pengetahuan

(ii)

pengertian konsep - bagaimana informasi diproses dan dilihat perkaitan dan antara
maklumat yang tidak releven serta memperbanyakkan idea baru

(iii)

afektif - motivasi, gaya membuat keputusan, nilai dan emosional juga


mempengaruhi gaya pembelajaran muzik seseorang.
Menurut Lourdursamy (1994) pula gaya belajar merupakan satu konsep

multidimensi yang kompleks, terhasil akibat saling tindakan antara beberapa


pembolehubah iaitu persekitaran, emosi, sosial, fizikal dan psikologi.
Sehubungan itu, (Ellis, 1985 dalam Richards 1994:138) pula menjelaskan bahawa,
a learning style as the more or less consistent way in which a person perceives,
conceptualizes, organizes and recalls information. Menurutnya lagi, students
learning styles will be influenced by their genetic make-up, their previous learning
experiences, their culture and the society they live in.
Dalam pada itu, Keefe (1991) berpendapat individu yang faham akan gaya
belajar mereka akan dapat mengawal aktiviti kognitif dengan baik, akan lebih bersikap
positif terhadap pembelajaran muzik disamping menunjukkan potensi akademik yang
lebih baik. Sehubungan dengan itu, Crozier (1997) pula mendapati bahawa pelbagai jenis
gaya belajar yang dikaji oleh ahli psikologi adalah bergerak dari tindakbalas tingkahlaku
terhadap situasi yang tertentu sehinggalah ke tret yang mempengaruhi pembelajaran
merentasi tugasan pembelajaran yang luas. Ast (1998) pula mencadangkan supaya guru

memberi maklumat dan kemahiran tentang gaya belajar muzik kepada pelajar melalui
pengaplikasian pelbagai teori dan gaya kognitif. Menurutnya lagi, pelajar perlu diberi
peluang untuk menentukan gaya belajar yang sesuai. Ini boleh dilaksanakan melalui
sumber rujukan dan kaedah penyampaian yang berkesan oleh guru sehinggalah mereka
dapat mengenalpasti kaedah manakah yang sesuai bagi diri mereka.
Richards (1994) pula mencadangkan bentuk soal selidik yang boleh dikemukakan
kepada pelajar untuk menentukan gaya belajar mereka. Beliau telah mencadangkan
supaya unsur gaya belajar berkumpulan dan individu dimasukkan sebagai gaya belajar
tambahan.
2.2

Jenis-jenis Gaya belajar

Terdapat pelbagai jenis gaya belajar. McCarthy (1979) menjelaskan empat jenis gaya
belajar iaitu, belajar secara inovatif (students as innovative learners), belajar secara
analitik ( analytic learners),belajar secara berbudi bicara (common sence learners) dan
belajar secara dinamik ( dynamic learners) (Rujuk Jadual 2.3).
Jadual 2.3
Kerangka Kerja Gaya Belajar McCarthy (1979)
GAYA BELAJAR
Gaya Belajar Inovatif

fokus makna persoalan

catat nilai pembelajaran

terima interaksi sosial

sangat koperatif

membentuk dunia yang selesa

Gaya Belajar Analitik

mempertingkatkan keintelektualan

catat fakta

penyabar dan reflektif

ingin mengetahui perkara penting untuk menambah pengetahuan dunia

mencari jalan penyelesaian

Gaya Belajar Atas Budi bicara

menghargai aspek yang berguna

kinestetik

lebih praktikal dan secara langsung

membuat sesuatu perkara itu berlaku

Gaya Belajar Dinamik

lihat kepada kemungkinan

menilai sesuatu perkara melalui tindakbalas

membuat sintesis terhadap maklumat daripada sumber yang berbeza

James & Gardner (1995) pula telah mencadangkan dua jenis gaya belajar
berdasarkan Grasha-Riechmann Student Learning Style Scales (GRSLSS) iaitu Bidang
Pergantungan dan Bidang Kebebasan. Individu yang dikategorikan dalam Bidang
Pergantungan biasanya mengamati sesuatu situasi atau corak secara keseluruhan. Ia
mempengaruhi kesukaran mengasing dan memfokuskan

satu-satu unsur atau aspek

daripada seluruh situasi atau corak itu, untuk mengerti butirnya atau menganalisiskan
corak ke dalam pelbagai bahagian. Manakala individu yang dikategorikan dalam Bidang
Kebebasan pula biasanya boleh mengamati bahagian-bahagian yang membentuk sesuatu

corak yang lengkap. Bahkan ia boleh menganalisiskan corak itu mengikut komponennya
(Rujuk Jadual 2.4).

Jadual 2.4
Skel Gaya Belajar Grasha-Riechmann (GRSLSS)
Perbandingan Gaya Pembelajaran Bidang Pergantungan dengan Bidang Kebebasan

Bidang Pergantungan
Mengamati secara keseluruhan

Bidang Kebebasan
Mengamati secara analitik

Menerima idea yang merangkumi

Mengenal pasti konsep yang spesifik

konsep umum muzik

Tidak mementingkan perhubungan

Menggemari interaksi sosial

peribadi

Bahan pelajaran muzik yang

Belajar isi kandungan berunsur


maujud

berunsur maujud

Matlamat pembelajaran muzik

Kadang-kadang matlamat ditentukan


diri sendiri

ditentukan oleh guru

Organisasi pembelajaran ditentukan

Mampu mengelolakan organisasi


pembelajaran muzik sendiri

oleh guru

Kurang dipengaruhi oleh kritikal

Perolehan konsep melalui ujian

Sangat dipengaruhi oleh kritikan

Perolehan konsep melalui


pendekatan peninjauan muzik

Dipengaruhi oleh motivasi seperti


penggredan , saingan, aktiviti pilihan

Sangat digalakkkan melalui

dan kegunaan tugasan itu kepada

motivasi luaran seperti pujian, lisan,

diri sendiri

ganjaran dan penghargaan oleh


orang lain

Satu lagi gaya belajar muzik ialah atas desakan (impulsive) berbanding dengan
kereflektifan. Pelajar yang mempunyai tingkahlaku berfokus biasanya melakukan tugasan
dan mencapai keputusan dengan cepat tetapi kadang-kala membuat banyak kesilapan.
Pelajar yang reflektif pula bekerja dengan perlahan, sentiasa memikirkan pelbagai pilihan
secara teliti dengan itu kurang melakukan kesilapan (Kolb, 1986).
Pembelajaran Arah Kendiri juga merupakan sejenis gaya belajar yang tidak diatur
dan diawasi oleh orang lain, berbeza dengan pembelajaran berguru dan bilik darjah biasa.
Dalam pembelajaran kendiri ini, pelajar belajar satu-satu aktiviti yang diminatinya dan
guru cuma memberi bimbingan, nasihat, membekalkan maklumat untuk membuat rujukan
dan menyediakan peralatan (Lee Shok Mee, 1997).
Satu lagi gaya belajar muzik adalah gaya pembelajaran koperatif yang mana
menekankan interaksi sosial di kalangan pelajar supaya pelajar dapat saling berinteraksi
antara satu sama lain. Dalam proses pembelajaran ini wujudlah sikap bekerjasama,
bertoleransi terhadap latar belakang dan kebolehan yang berlainan dan menggunakan
kemahiran menyelesaikan masalah secara kumpulan (Diaz dan Cartnal, 1999).
2.3

Kenapa Guru Harus Mengetahui Gaya Belajar Pelajar

Guru muzik sebagai pendidik seharusnya mengetahui gaya belajar pelajar. Kamarudin
Hj Husin (1997) telah mencadangkan beberapa sebab kenapa guru harus mengetahui
tentang gaya belajar:
(i)

pelajar belajar dengan lebih baik dan cepat sekiranya kaedah guru muzik sesuai
dengan gaya belajar pelajar

(ii)

memperbaiki pembelajaran dan mempertingkatkan keyakinan diri yang mana


memberi pembelajaran berkesan

(iii)

pelajar akan rasa lebih berminat dan terdorong untuk belajar muzik

(iv)

mengeratkan hubungan guru dengan pelajar yang mana menyempurnakan


pembelajaran muzik

2.4

Gaya Belajar Kolb

Model Gaya Belajar Kolb (1986) menjelaskan gaya belajar dalam pelbagai cara supaya
guru dapat mengenalpasti gaya pelajar dengan mudah.
Model Gaya Belajar Kolb (1986) ini menjelaskan pelbagai cara untuk mengajar
sepertimana yang ditunjukkan dalam Jadual 2.5. Berpandukan kepada model-model
tersebut guru haruslah memilih gaya mengajar yang sesuai dengan gaya belajar pelajar.
Ciri-ciri dalam Model Gaya Belajar Kolb (1986) dijelaskan dengan lebih
terperinci sepertimana yang ditunjukkan dalam Jadual 2.5
Jadual 2.5
Gaya Belajar Kolb dan ciri-cirinya
Gaya Belajar
Diverger

Ciri-ciri
Gemar membuat persepsi terhadap maklumat yang konkrit,
jelas serta nyata, dan memprosesnya dengan cara membuat
pemerhatian muzik yang reflektif bagi melahirkan idea

Asimilator

baru tanpa sebarang praktikal


gemar melakukan persepsi terhadap maklumat bersifat
abstrak yang memerlukan analisis lebih mendalam, tetapi

memproses maklumat tersebut secara pemerhatian reflektif


Gemar membuat persepsi terhadap maklumat yang abstrak

Konverger

tetapi memprosesnya dengan cara membuat percubaan dan


latihan yang aktif
gemar membuat persepsi terhadap maklumat yang konkrit

Akomodator

sahaja dan memprosesnya dengan cara membuat percubaan


Sumber:

dan latihan yang aktif


Claxton dan Murell, (1987). Learning Styles: Implication for
improving education practice. ASHE-ERIC Higher Education Report,4.
Washington D.C:Association for study of Higher Education. (diubahsuai)

Manakala (DeBello, 1990 dalam Othman Lebar, 2004:7) pula menjelaskan sebelas model
dalam kertas kerjanya. Pada masa yang sama (Michael Gurian, 2001 dalam Othman
Lebar, 2004:8) menjelaskan terdapat sepuluh aspek yang berbeza dari segi gaya belajar
yang berjaya dikesan melalui kajian berkaitan dengan otak. Aspek-aspek tersebut adalah
seperti berikut :
i.

Pentaakulan Deduktif dan Induktif


Pelajar lelaki lebih cenderung kepada pentaakulan deduktif dalam proses
pentaakulan mereka iaitu bermula dengan prinsip umum dan menggunakannya
kepada kes-kes individu. Pelajar perempuan pula lebih cenderung menggunakan
pemikiran induktif. Mereka biasanya bermula dengan contoh yang konkrit dan
kemudian membina teori umum.

ii.

Pentaakulan Abstrak dan Konkrit


Pelajar lelaki lebih suka persoalan atau prinsip yang abstrak. Otak lelaki yang
banyak meneroka dunia abstrak.seperti. Pelajar perempuan pula lebih cenderung
kepada perkara-perkara konkrit yang ada kaitan dengan dunia nyata.

iii.

Penggunaan bahasa
Semasa proses pembelajaran, didapati pelajar perempuan menggunakan perkataan
sedangkan pelajar lelaki biasanya bekerja secara senyap

iv.

Logik dan bukti


Pelajar perempuan biasanya adalah pendengar yang baik daripada lelaki,
mendengar lebih apa yang diperkatakan dan lebih reseptif kepada perkara-perkara
yang terperinci semasa pengajaran ataupun perbualan tentang muzik. Pelajarpelajar lelaki berkecenderongan kurang mendengar.

v.

Kecenderongan merasa bosan


Pelajar lelaki lebih mudah merasa bosan. Manakala pelajar perempuan pula lebih
baik dalam menguruskan rasa bosan semasa pengajaran dan lain-lain aspek
pendidikan muzik. Ini memberi kesan yang penting dalam semua aspek
pembelajaran. Pelajar lelaki sudah tentu memerlukan pelbagai rangsangan untuk
mengekalkan perhatian serta tumpuan mereka.

vi.

Penggunaan ruang
Pelajar lelaki lebih cenderong menggunakan ruang fizikal yang lebih semasa
belajar muzik terutama pada usia yang muda jika dibandingkan dengan pelajar
perempuan. Ini mungkin ada kaitan dengan otak spatial pelajar lelaki yang lebih
dibandingkan dengan pelajar perempuan. Tapi ini mungkin selalu disalah ertikan
oleh guru yang menganggap murid lelaki sebagai tidak bersopan, sukar dikawal.

vii.

Pergerakan
Pergerakan dapat membantu pelajar lelaki merangsang otak dan mengurus
perlakuan impulsive mereka. Semasa bergerak dalam pengajaran muzik ketika
dalam nyanyian, otak pelajar lelaki dirangsangkan dan mereka berasa selesa.
Berbanding dengan pelajar perempuan yang biasanya tidak perlu bergerak begitu
banyak semasa pembelajaran

viii.

Sensitiviti dan Dinamika Kumpulan


Dalam pembelajaran koperatif biasanya pelajar perempuan mudah menguasai
memandangkan mereka lebih baik dalam memahami kod interaksi sosial daripada
pelajar lelaki. Pelajar lelaki lebih cenderong memberi tumpuan kepada

melaksanakan tugasan muzik dengan baik dan kurang sensitiviti kepada emosi
orang lain.
ix.

Penggunaan simbolisme
Terutama di kelas, pelajar lelaki lebih cenderong kepada kepada teks simbolik,
gambarajah dan peralatan muzik. Mereka lebih suka menggunakan kod daripada
pelajar perempuan yang lebih suka

kepada teks penulisan. Kedua-dua pelajar

lelaki dan perempuan suka gambar, tetapi pelajar lelaki lebih banyak bergantung
kepadanya dalam pembelajaran. Ini disebabkan gambar merangsang bahagian
kanan hemisfera otak yang merupakan bahagian yang lebih berkembang.
x.

Penggunaan Pembelajaran Secara Berpasukan


Kedua - dua pelajar lelaki dan perempuan mendapat

faedah

belajar muzik

secara berpasukan. Pelajar lelaki lebih cenderong mengadakan pasukan yang


berstruktur dan pelajar perempuan pula membentuk organisasi yang sedikit
longgar. Pelajar lelaki kurang mengambil masa dalam mengurus proses pasukan
dibandingkan dengan pelajar perempuan, melantik pemimpin dengan cepat dan
terus memfokus kepada orientasi matlamat.

2.5

Kesimpulan

Tinjauan literatur yang dilaporkan ini merangkumi definisi, jenis-jenis, model-model gaya
belajar dan kepentingan guru mengetahui tentang gaya belajar pelajar. Di samping itu,
kajian-kajian yang berkaitan dengan gaya belajar baik dalam negara mahu pun luar
negara juga telah dinyatakan oleh pengkaji.
Sehubungan itu, pelbagai definisi telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh pendidik
berhubung dengan gaya belajar. Jika kita memfokus definisi-definisi yang dibuat oleh
ahli-ahli pendidik yang awal (Dunn & Dunn, 1994) didapati bahawa terdapat dua puluh
satu elemen yang mempengaruhi gaya belajar pelajar yang mana digabungkan dengan
mengutamakan kecenderungan secara analitik atau pun global dalam kerangka konseptual
mereka.

Menurut Andrews,.et.al. (1990) pula mendapati pelajar yang melalui gaya belajar
membuktikan terdapat peningkatan dalam pencapaian. Dalam pada itu, Kolb (1986) pula
menjelaskan gaya belajar dengan pelbagai cara melalui modelnya. Manakala, McCarthy
(1979) juga mengenal pasti empat jenis gaya belajar yang mana guru mudah mengetahui
dan amat berkesan dalam proses pembelajaran.
Seterusnya jika kita lihat terhadap perkaitan di antara gaya belajar dengan
pembelajaran, jelas terbukti bahawa gaya belajar membantu seseorang pelajar mengamati
proses pembelajaran dengan lebih berkesan dan bermakna.
Dalam hal ini, guru juga harus mengetahui mengenai gaya belajar supaya dapat
membantu pelajar mempelajari dengan lebih baik dan cepat dengan menggunakan kaedah
yang sesuai dengan gaya belajar. Selain daripada itu, guru juga berpeluang untuk
mempertingkatkan efikasi kendiri yang mana memberi kesan yang positif kepada pelajar
di samping mengeratkan hubungan di antara mereka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Penyelidikan merupakan salah satu cara untuk memperoleh maklumat supaya dapat
memahami secara lebih mendalam tentang sesuatu kajian. Lebih jelas lagi, Mertens
(1998) telah menghuraikan bahawa penyelidikan adalah satu proses inkuiri yang
sistematik yang telah direkabentuk untuk mengumpul data, membuat analisis,
menterjemah dan seterusnya menggunakan data tersebut untuk memahami, menerangkan,
meramal, atau mengawal pendidikan atau fenomena psikologi atau untuk memberi kuasa
kepada individu dalam sesuatu konteks.
Dalam kajian muzik ini, pengkaji mengenalpasti gaya belajar yang diamalkan oleh
pelajar-pelajar sekolah rendah, menentukan sama ada pelajar sekolah rendah mempunyai
gaya belajar tersendiri

dan melihat sejauh mana pelajar-pelajar sekolah rendah

menghadapi masalah dalam memilih gaya belajar dalam pembelajaran pendidikan muzik.
Pengkaji juga berpendapat bahawa melalui kajian gaya belajar ini pelajar dapat
memperkembangkan pengetahuan dan mempertingkatkan pencapaian pengetahun
pendidikan muzik mereka.
3.2

Rekabentuk Kajian

Sebahagaian besar kajian ini menggunakan kaedah kualitatif kerana kesesuaiannya untuk
memaparkan realiti subjektif isu yang dikaji, iaitu untuk menentukan sama ada pelajar
sekolah rendah mempunyai gaya belajar muzik tersendiri dan melihat sejauh mana pelajar
sekolah rendah menghadapi masalah dalam memilih gaya belajar muzik tersebut..

Menurut Denzian dan Lincoln (1994), penyelidikan kualitatif melibatkan deskriptif ,


pendekatan dan keadaan yang sebenar dengan kajian. Ia juga melibatkan pelbagai kaedah
yang empirikal yang mana menjelaskan masalah semasa dan makna dalam kehidupan
individu.

Penyelidik

kualitatif

pula

berusaha

untuk

menghuraikan

atau

menginterpretasikan makna tersebut dalam keadaan yang sebenar.


Berhubung itu, kaedah yang dipilih oleh pengkaji ini adalah kajian kes kerana.
case-studies have been adopted as they best portray the form of inquiry
conducted as well as the type of practitioner - researcher relationship necessary to
develop such rich data. (Connelly dan Cladinin, 1990 dalam Loughran,1996: 120)
Dalam hal ini (Bogdan & Biklen, 1982 dalam Wellington 2000: 90)
menyumbangkan definisi yang lebih tepat mengenai kajian kes seperti berikut:
A case study is a detailed examination of one setting, or one single subject, or one
single depository of documents, or one particular event.
Seterusnya, (Stenhouse, 1985 dalam Wellington 2000: 91) pula mempertahankan
kekuatan kajian kes di mana,
Case study reaches after the restoration of prudence, and also of perceptiveness,
the capacity to interpret situations rapidly and at depth and to revise
interpretations in the light of experience.
Selain daripada itu, kaedah ini juga memberi peluang kepada penyelidik untuk
menilai individu atau pun sesuatu unit secara mendalam. Di samping itu, penyelidik juga
boleh menemui sesuatu yang berbeza yang mana sangat penting dalam mempertingkatkan
sesuatu subjek (Ary et.al. 2002).
Merujuk kepada kajian ini yang melibatkan enam orang pelajar SR sebagai
responden, maka kaedah kajian kes ini amat sesuai untuk digunakan dalam kajian ini
dengan harapan responden memberi respon dengan jujur berdasarkan the validity of
information is contigent on the honesty of the respondent (Mertens, 1998:105).

Kajian ini adalah sebahagian besarnya berbentuk kualitatif. Penyelidikan kualitatif


ini akan menjawab persoalan kajian dalam kajian ini. Kaedah yang digunakan adalah
teknik pemerhatian dan temubual untuk menganalisis adakah pelajar sekolah rendah ini
mempunyai gaya belajar yang tersendiri, dan adakah para pelajar sekolah rendah
menghadapi masalah dalam pemilihan gaya belajar yang sesuai dengan mereka dalam
penidikan pelajaran muzik? Menurut Amir Hasan Dawi (1999) maklumat-maklumat hasil
penyelidikan kualitatif perlu dicatatkan semasa atau sebaik sahaja kerja lapangan
dijalankan. Ini terutamanya untuk mengelak penyelidik misalnya terlupa akan
maklumat-maklumat yang baru diperolehinya. Penganalisaan dapat dibantu dengan
penggunaan carta, jadual, graf, rajah, transkrip dan sebagainya.
3.3

Responden
Dalam pemilihan sampel, responden terdiri daripada 32 orang pelajar sekolah rendah
di sebuah sekolah jenis kebangsaa Tamil di zon Pudu, Kuala Lumpur.. Daripada 32
orang pelajar ini, enam orang pelajar yang terdiri daripada tiga orang pelajar lelaki
dan tiga orang pelajar perempuan dari Tahun Enam dipilih untuk ditemubual.
3.4 Kaedah dan Prosedur Pengumpulan Data

Kajian ini sebahagian besarnya berbentuk kualitatif dan instrumen kajian yang digunakan
terdiri daripada kaedah soal selidik, pemerhatian dan temubual (Rujuk Jadual 3.1). Dalam
hal yang demikian, pengkaji membuat lima kali pemerhatian secara spontan terhadap
pergerakan pelajar. Borang pemerhatian juga turut disediakan oleh pengkaji supaya
mudah membuat pemerhatian dalam kelas. Di samping itu, sesi temubual sebanyak dua
kali juga diadakan bersama pelajar sepanjang kajian ini untuk mengumpul maklumat.
Jadual 3.1

Bil

Persoalan Kajian

Instrumen kajian

Adakah para pelajar sekolah rendah mempunyai

Soal selidik

gaya belajar tersendiri?


2

Bagaimanakah gaya belajar pelajar sekolah

Pemerhatian 1,2,3,4,5

rendah?
3

Adakah para pelajar sekolah rendah menghadapi

Pemerhatian 1,2,3,4,5 dan

masalah dalam pemilihan gaya belajar muzik

temubual

yang sesuai dengan mereka?

Berdasarkan kepada Jadual 3.1 di atas, pengkaji menggunakan borang soal selidik
untuk menjawab persoalan kajian pertama (Rujuk Lampiran 1). Manakala untuk
menjawab persoalan kajian kedua, pengkaji menggunakan teknik pemerhatian natural
atau spontan sebanyak lima kali terhadap pergerakan pelajar. Dalam pada itu, pengkaji
menggunakan teknik pemerhatian dan temubual sebanyak dua kali untuk menjawab
persoalan kajian ketiga.
Dengan menggunakan kaedah dan prosedur pengumpulan data seperti yang
tersebut (Rujuk Jadual 3.1), maka responden-responden yang dipilih akan memberikan
maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Sepertimana yang dikatakan oleh Brown &
Dowling (1998:68) bahawa,
The researcher can enhance response rate by more closely

supervising the

administration of the questionnaire or becoming more personally involved in its


distribution and completion.

3. 4 Soal Selidik
Instrumen kajian yang dipilih oleh pengkaji seterusnya terdiri daripada soal selidik.
Menurut Mohd. Majid Konting (1998), soal selidik sesuai digunakan dalam kajian
penyelidikan yang melibatkan populasi yang besar sebab ia lebih praktikal dan berkesan.
Keupayaan soal selidik menggunakan sampel yang banyak juga akan meningkatkan

ketepatan anggaran statistik sampel untuk menganggar parameter populasi dan seterusnya
mengurangkan ralat persampelan. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan soal selidik
yang telah di ubahsuai daripada Richards (1994) (Rujuk Lampiran 1). Pengkaji juga telah
membuat sedikit pengubahsuaian kerana item-item dalam soal selidik mempunyai tujuan
yang sama walaupun soal selidik asalnya adalah berbentuk soal selidik skala likert.

3.4.2

Pemerhatian

Sebanyak lima pemerhatian dilakukan oleh pengkaji dalam kajian ini. Pemerhatianpemerhatian ini dilakukan di dalam kelas atau di pusat sumber sekolah sewaktu
responden-responden terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui
pemerhatian ini pengkaji dapat menentukan sama ada pelajar mempunyai gaya belajar
tersendiri serta melihat sejauh manakah pelajar menghadapi masalah dalam memilih gaya
belajar.
Dalam pada itu, pengkaji akan menggunakan Garis Panduan Pemerhatian bagi
setiap orang pelajar semasa membuat pemerhatian (Lampiran 2). Jadi, pengkaji membuat
pemerhatian berdasarkan Garis Panduan yang telah disediakan terlebih dahulu.
Pengalaman

membuat pemerhatian terhadap sesi pengajaran tersebut biasanya

merangsang pemerhati untuk memperolehi pengalaman bagi pendekatan pengajaran


tertentu atau pun sesuatu episod (Loughran,1996:8).
Menurut (MacKinnon, 1989a dalam Loughran, 1996) pula, pemerhatian terhadap
pengajaran seseorang dalam suasana bilik darjah yang kondusif merupakan perkaitan
yang bernilai. Maka data yang diperolehi hasil daripada pemerhatian ini, lebih sistematik,
mengkaji praktis sendiri dan menstimulasikan seseorang melihat secara lebih baik atau
see better. Sepertimana yang dikatakan oleh (Eisner, 1988 dalam Hughes, 1991:98)
..By see, I mean observing and attempting to make sense of what is observed. It is to
attempt to generate meaning by attending actively to the primacy of experience. Selepas
melalui pemerhatian terhadap sesi pengajaran, pengkaji dapat memperolehi maklumatmaklumat penting untuk menjawab persoalan kajian.

3.4.3

Temubual

Teknik temubual dipilih sebagai salah satu alat dalam kajian ini kerana teknik ini
merupakan satu proses yang digunakan untuk menambah pemahaman seseorang untuk
menginterpretasi dan

memberi makna kepada pengalaman dalam hidup (Bogdan &

Biklen, 1982). Menurut (Patton, 1990 dalam Wellington 2000:79) pula mengatakan
bahawa,
The fundamental principle of qualitative interviewing
is to provide a framework within which respondents
can express their own understanding in their own terms.
Instrumen kajian yang dipilih oleh pengkaji terdiri daripada temubual. Teknik
temubual ini dijalankan sebanyak dua kali iaitu yang pertama pada masa sebelum sesi
pengajaran. Temubual yang kedua pula, pada masa selepas sesi pengajaran. Kedua-dua
sesi temubual yang dijalankan ini dianggarkan selama 20 minit setiap satu sesi.
Temubual dijalankan berpandukan kepada protokol temubual (Rujuk Lampiran 3)
yang mana terdiri daripada persoalan seperti berikut:
(i)

Adakah anda mengulangkaji pelajaran muzik yang diajar oleh guru?

(ii)

Bagaimana anda mengulangkaji pelajaran muzik?

(iii)

Adakah anda mempunyai gaya belajar muzik sendiri?

(iv)

Pernahkah

anda

menghadapi

masalah

atau

kesukaran

dalam

menyelesaikan sesuatu masalah dalam pelajaran muzik?


(v) Jika ada, nyatakan bagaimana anda menyelesaikan masalah
tersebut?
(vi)
3.5

Analisis Data

Data diperoleh dari tiga sumber iaitu soal selidik, pemerhatian dan temubual. Data yang
diperoleh dari tiga sumber ini dianalisis secara kuantitatif dan

kualitatif dengan

mengenalpasti kategori-kategori berdasarkan kepada persoalan kajian. Manakala proses


penganalisisan data ini dibuat secara induktif.

3.6

Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini ditentukan oleh proses triangulasi daripada tiga
sumber iaitu soal selidik, pemerhatian dan temubual. Data ditranskrip kemudian disemak
dengan responden untuk memastikan bahawa ada kesahan dan kebolehpercayaan. Selain
daripada itu, pengkaji sendiri melibatkan diri dalam pengumpulan data supaya kesahan
dan kebolehpercayaan kajian ini terus kekal.
3.7

Kesimpulan

Teknik soal-selidik, pemerhatian dan temu bual merupakan tiga teknik kajian yang amat
penting dalam pembelajaran bermakna dan berkesan. Ketiga-tiga pendekatan ini akan
menentukan sama ada pelajar sekolah rendah mempunyai gaya belajar muzik tersendiri.
Seterusnya pengkaji juga akan mendapat maklumat untuk mengenal pasti gaya belajar
yang diamalkan oleh pelajar-pelajar sekolah rendah. Di samping itu, pengkaji juga akan
mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar sekolah rendah dalam
memilih gaya belajar dalam pendidikan muzik.

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1

Pengenalan

Gaya belajar muzik merupakan suatu ikhtiar yang mana diperlukan oleh setiap orang
pelajar kerana aspek ini sangat penting dan petunjuk dalam mempertingkatkan
kecemerlangan pencapaian diri seseorang pelajar. Kajian ini menjawab persoalanpersoalan seperti bagaimanakah gaya belajar pelajar sekolah rendah, adakah para pelajar
sekolah rendah mempunyai gaya belajar tersendiri dan adakah para pelajar sekolah
rendah menghadapi masalah dalam pemilihan gaya belajar muzik yang sesuai dengan
mereka. Untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut pengkaji mendapatkan data-data
yang diperlukan melalui soal-selidik yang diedarkan kepada 32 orang pelajar Tahap Dua,
teknik pemerhatian dan mengadakan temu bual dengan enam orang pelajar yang dipilih
oleh pengkaji di kalangan pelajar-pelajar tahun enam. Mereka terdiri daripada tiga orang
pelajar lelaki dan tiga orang pelajar perempuan. Pelajar-pelajar ini telah dilabelkan oleh
pengkaji seperti berikut: (Rujuk Jadual 4.1).

Jadual 4.1
Responden dan Jantina
BIL
P1
P2
P3
P4
P5
P6

4.2

RESPONDEN
PELAJAR 1
PELAJAR 2
PELAJAR 3
PELAJAR 4
PELAJAR 5
PELAJAR 6

JANTINA
LELAKI
PEREMPUAN
PEREMPUAN
PEREMPUAN
LELAKI
LELAKI

Persoalan 1: Adakah para pelajar sekolah rendah mempunyai gaya belajar muzik

tersendiri?
Untuk menjawab persoalan pertama, pengkaji telah mengumpul data melalui soal selidik
terhadap 32 orang pelajar tahap dua. Persoalan kajian pertama ini dijawab berpandukan
kepada soal selidik yang telah diubahsuai daripada Richards (1994). Hasil dapatan adalah
seperti beriku:

Jadual 4.2.1
Pemilihan Gaya Belajar Kumpulan
Gaya Belajar

Soalan

Setuju
(f)

Tidak
Setuju
(f)

Kumpulan

Saya boleh menyelesaikan

26

81

18

29

91

26

81

18

20

63

12

37

28

88

12

129

80

31

20

banyak latihan teori muzik


apabila membuat latihan
dengan rakan-rakan.
Saya lebih menumpukan
perhatian dan suka belajar
muzik dalam kumpulan.
Saya mampu membuat banyak
latihan muzik di dalam kelas
apabila bersama dengan rakanrakan.
Saya seronok membuat
tugasan muzik bersama dua tau
tiga orang rakan.
Saya suka belajar muzik
dengan rakan-rakan yang lain.

Jumlah

Jadual 4.2.2

Pemilihan Gaya Belajar Auditori


Gaya Belajar

Soalan

Setuju

(f)

Tidak

Setuju
(f)

Auditori

Saya mudah danlebih

29

91

15

47

17

53

19

59

13

41

25

78

22

26

81

19

114

71

46

29

memahami apabila guru


memberikan arahan.
Saya mudah memahami
sesuatu sekiranya rakan
membantu saya di dalam kelas.
Saya mudah ingat perkara
yang disebut di dalam kelas
daripada membacanya.
Saya lebih memahami
pelajaran sekiranya guru
memberikan penerangan di
dalam kelas.
Saya mudah mempelajari
sesuatu apabila saya
mendengar pada seseorang.

Jumlah

Jadual 4.2.3
Pemilihan Gaya Belajar Kinestetik
Gaya Belajar

Soalan

Setuju
(f)

Tidak
Setuju
(f)

Kinestetik

Saya lebih selesa belajar dan

27

84

16

29

91

32

100

32

100

32

100

153

96

membuat sesuatu di dalam


kelas.
Saya mudah mempelajari
sesuatu apabila membuatnya di
dalam kelas.
Saya merasa seronok belajar di
dalam kelas apabila membuat
sesuatu praktikal muzik.
Saya mudah memahami
sesuatu perkara apabila
mengambil bahagian dalam
sesuatu
lakonan/nyanyian/permainan
muzik.
Saya lebih mudah belajar
apabila saya mengambil
bahagian dalam sesuatu aktiviti
muziik

Jumlah

Jadual 4.2.4
Pemilihan Gaya Belajar Visual
Gaya Belajar

Soalan

Setuju

(f)

Tidak

Setuju
(f)

Visual

Saya lebih selesa belajar

10

31

22

69

16

27

84

15

47

17

53

20

63

12

37

12

37

20

63

sekiranya guru menulis


maklumat di atas papan hitam.
Saya mudah mengingat sesuatu
apabila membaca arahan.

Saya lebih memahami sesuatu


apabila membaca arahan.

Saya mudah memahami


sesuatu dengan bacaan
daripada mendengar .

Saya lebih mempelajari


sesuatu dengan membaca buku
teks daripada mendengar
penerangan guru.

Jumlah

62

39

98

61

Tidak

Jadual 4.2.5
Pemilihan Gaya Belajar Sentuhan Tactile
Gaya Belajar

Soalan

Setuju
(f)

Setuju
(f)

Sentuhan

Saya mudah belajar apabila

Tactile

membuat model untuk sesuatu

25

78

22

29

91

15

47

17

53

26

81

19

20

63

12

37

115

72

45

28

perkara.
Saya lebih memahami dan
belajar di dalam kelas apabila
membuat sesuatu secara
praktikal/ujikaji.
Saya mudah memahami
sesuatu apabila saya belajar
sambil melukis.
Saya lebih mempelajari
sesuatu apabila merekacipta
susuatu hasilan muzik.

Saya seronok membuat sesuatu


untuk projek muzik kelas.

Jumlah

Jadual 4.2.6

Pemilihan Gaya Belajar Individu


Gaya Belajar

Soalan

Setuju

(f)

Tidak

Setuju
(f)

Individu

Saya lebih memahami sesuatu

10

31

23

69

25

24

75

16

27

84

28

23

72

28

23

72

apabila belajar muzik secara


bersendirian.

Saya lebih mempelajari muzik


secara bersendirian.
Saya mudah mempelajari
muzik di dalam kelas apabila
saya membuatnya
bersendirian.
Saya lebih gemar membuat
sesuatu projek muzik
bersendirian.

Saya lebih gemar membuat


sesuatu berkaitan muzik secara
bersendirian.

Jumlah

41

26

120

74

Dapatan daripada soal selidik ini menunjukkan gaya belajar yang paling diminati oleh
pelajar-pelajar sekolah rendah adalah belajar dalam gaya pembelajaran kinestetik.. Ianya
merangkumi peratus kekerapan yang paling tinggi iaitu 96% setuju dan cuma 4% tidak
setuju. Pada pandangan pengkaji ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar sekolah rendah
memilih gaya belajar kinestetik untuk membolehkan mereka berkongsi masalah serta
dapat bantu-membantu antara satu sama lain dalam menyelesaikan kesukaran yang
dihadapi dalam pembelajaran. . Dapatan juga menunjukkan cuma 4% sahaja responden
tidak bersetuju dengan cara belajar kinestetik. Ini mungkin disebabkan oleh gaya belajar
pelajar-pelajar tersebut yang cenderung kepada gaya belajar yang lain.
Pengkaji juga mendapati bahawa 71% pelajar sekolah rendah tahap dua telah
memilih gaya belajar yang berbentuk auditori yang mana gaya ini menitikberatkan gaya
belajar seperti ingat kembali maklumat, beri panduan secara lisan, gemar berdialog,
perbincangan, penyelesaian masalah dengan cara berbincang dan menggunakan rentak
dan bunyi dalam proses pembelajaran (Dunn dan Dunn, 1994). Dapatan juga
merumuskan bahawa 29% pelajar tidak setuju dengan gaya belajar berbentuk auditori ini.
Perbezaan ini jelas menunjukkan bahawa pelajar-pelajar juga memilih gaya belajar yang
berbeza dan bersesuaian dengan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dilakukan.
Seterusnya, pengkaji dapat merumuskan bahawa 80% pelajar tahap dua ini
memilih gaya belajar berbentuk kumpulan. Gaya pembelajaran ini memerlukan pelajarpelajar khasnya mengamalkan cara-cara belajar seperti melibatkan diri dalam
pembelajaran secara aktif, hadapi kesukaran dalam jangka masa panjang dan yang lebih
kepada pembelajaran dengan pergerakan (Dunn dan Dunn, 1994). Didapati pelajar-pelajar
sedemikian suka belajar sambil menggerakkan anggota badan serta melakukan aktivitiaktiviti fizikal. Golongan pelajar ini juga sangat aktif dalam bilik darjah. Mereka perlu
diberikan perhatian yang sewajarnya oleh guru dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang

mencabar minda serta tidak membosankan. Pengkaji juga mendapati 20% pelajar tidak
gemar akan gaya belajar kumpulan ini.
Walaupun gaya belajar secara berkumpulan, auditori dan kinestetik merupakan
gaya belajar yang digemari oleh kebanyakan pelajar sekolah rendah, namun demikian
hasil dapatan juga menunjukkan 39% pelajar memiliki gaya belajar berbentuk visual.
Pelajar-pelajar dalam golongan ini menurut (Dunn dan Dunn, 1994) merupakan seseorang
yang penuh semangat dan seronok untuk belajar, suka melihat dan mendengar apa yang
guru beritahu, bertemu muka, suka membaca buku, sentiasa menerima pendapat dan lebih
cenderung kepada penggunaan senarai semak untuk mengorganisasikan pemikiran visual
mereka. Namun begitu, ianya tidaklah merupakan gaya belajar yang dimiliki atau
digemari oleh pelajar sekolah rendah.
Gaya belajar sentuhan tactile merangkumi 72% setuju dan 28% tidak setuju.
Gaya belajar ini memerlukan seseorang pelajar menggunakan penulisan dan melukis
untuk mengingati sesuatu, mereka juga gemar membuat projek dan melakukan ujikaji
eksperimen atau meneroka terhadap sesuatu perkara (Dunn dan Dunn, 1994).
Gaya belajar yang paling tidak digemari dan dimiliki oleh kebanyakan pelajar
tahap dua sekolah rendah di sekokolah jenis kebangsaan Tamil adalahbelajar secara
visual. Ianya cuma merangkumi 39% setuju dibanding dengan 98% tidak setuju. Dapatan
ini jelas menunjukkan gaya belajar secara visual adalah amat tidak digemari oleh para
pelajar sekolah rendah khasnya.

Kesimpulannya, sebahagian daripada pelajar sekolah rendah tidak mengalami


masalah yang berat dalam pemilihan gaya belajar muzik malah sebahagian lagi masih

menghadapi kesukaran dalam pemilihan gaya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh gaya
kognitif yang dimiliki oleh setiap orang pelajar yang mana merangsang kecenderungan
individu untuk memproses maklumat secara global atau pun analitik (Rahil., et. al,. 2000).

BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Bab ini akan merangkumi rumusan dapatan kajian dan perbincangan dapatan kajian,
kesimpulan kajian dan implikasi kajian. Pada akhir bab akan diberikan beberapa
cadangan bagi penyelidikan selanjutnya yang boleh diselidiki oleh penyelidik-penyelidik
pada masa akan datang.
5.2

Rumusan Dapatan Kajian

Kajian ini adalah sebahagian besarnya berbentuk kualitatif. Data-data telah dikumpul
melalui soal selidik untuk menentukan sama ada pelajar sekolah rendah mempunyai gaya
belajar muzik tersendiri, manakala teknik pemerhatian telah digunakan untuk

mengenalpasti gaya belajar yang diamalkan oleh pelajar-pelajar sekolah rendah.


Temubual juga telah digunakan oleh pengkaji untuk melihat sejauh mana pelajar sekolah
rendah menghadapi masalah dalam memilih gaya belajar dalam pembelajaran muzik.
Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah rendah yang terletak di kawasan
bandar. Seramai 32 orang murid Tahap Dua terlibat dalam kajian ini. Pengkaji juga telah
memilih seramai enam orang pelajar yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan tiga orang
perempuan untuk sesi temubual.
Gaya belajar (GB) merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi
pendidikan muzik diri seseorang murid. Di samping itu, (Ellis, 1985 dalam Richards,
1994:138) telah mengatakan bahawa gaya pembelajaran merupakan satu cara yang
konsisten di mana seseorang menerima, membuat konsep, menyusun-atur dan mengingat
semula maklumat.
Dalam bilik darjah pelajar mempunyai GB yang berbeza-beza. Perbezaan dalam
GB berlaku disebabkan oleh perbezaan individu itu sendiri yang mana ianya berkaitan
dengan gaya kognitif dan GB (Gregorc & Ward, 1977). Selain daripada itu, GB pelajar
juga dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik yang diwarisi, pengalaman pembelajaran yang
lalu, budaya dan komuniti di persekitarannya.
Dalam kajian ini pengkaji mengenal pasti bagaimanakah gaya belajar pelajar
sekolah rendah, adakah pelajar sekolah rendah mempunyai gaya belajar tersendiri dan
adakah para pelajar sekolah rendah menghadapi masalah dalam pemilihan gaya belajar
muzik yang sesuai dengan diri mereka. Dapatan kajian hasil daripada teknik pemerhatian
dan temubual menjelaskan bahawa sebahagian pelajar sahaja memahami gaya belajar
manakala sebahagian lagi kurang pendedahan mengenai gaya belajar muzik yang
berkesan. Seterusnya, kajian ini juga mengenal pasti jenis-jenis gaya belajar yang
dipraktikkan oleh pelajar-pelajar sekolah rendah ini. Pengkaji mendapati pelajar sekolah
rendah mempunyai pelbagai gaya belajar yang mana terdiri daripada Gaya Belajar
Auditori, Visual, Kinestetik dan Sentuhan Tactile (Dunn dan Dunn, 1994). Di samping
itu pengkaji juga mendapati pelajar sekolah rendah mempunyai gaya belajar iaitu belajar
secara innovatif, analitik, budi bicara dan dinamik (McCarthy, 1979). Gaya belajar muzik

di kalangan pelajar-pelajar ini berbeza antara satu sama lain kerana manusia biasanya
berbeza dalam cara mereka belajar. Jadi mereka menggunakan atau mengubahsuai gaya
belajar yang berbeza mengikut minat mereka tersendiri..
Hasil dapatan menjelaskan bahawa pelajar sekolah rendah mempunyai gaya
belajar muzik mereka yang tersendiri. Pelajar-pelajar juga mengamalkan gaya belajar
yang pelbagai semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran muzik. Dengan ini, dapat
dirumuskan bahawa pelajar sekolah rendah mempunyai pelbagai gaya belajar muzik
tetapi gaya belajar secara kinesteti adalah yang paling diminati oleh para pelajar.

5.2.3

Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar-pelajar Sekolah Rendah


Dalam Pemilihan Gaya Belajar

Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah rendah dalam pemilihan


gaya belajar adalah berdasarkan kepada faktor-faktor pengalaman pembelajaran yang
lalu, budaya dan komuniti. Dalam pada itu, dapatan kajian menjelaskan P1, P5 dan P6
yang mempunyai gaya belajar auditori, pada awalnya memang menghadapi kesukaran
untuk menentukan satu gaya belajar yang tetap dan berkesan. Ketiga-tiga pelajar ini
didapati belajar mengikut mood masing-masing di mana P1 duduk sebentar dan
memerhatikan bukunya kemudian bergerak ke tempat duduk P5. Di sini P1 dan P5 buat
perbincangan dan menyelesaikan beberapa tugasan . P6 pula menuju ke tempat P1 dan P5
serta menyertai mereka. Ini menggambarkan ketiga-tiga pelajar ini menghadapi masalah
dalam pemilihan gaya pembelajaran. Dalam pada itu, dapatan kajian juga menjelaskan P3
yang mempunyai gaya belajar kinestetik.
Dengan ini pengkaji membuat kesimpulan bahawa pelajar-pelajar sekolah rendah
memang menghadapi masalah dalam memilih gaya belajar yang sesuai dengan diri
mereka. Namun demikian, setelah mereka diberi pendedahan yang sempurna tentang gaya
belajar muzik, pelajar-pelajar dapat memilih gaya belajar yang sesuai mengikut
kesesuaian belajar mereka..

Kesimpulannya, unsur gaya belajar ini merupakan aspek yang sangat penting
dalam proses pembelajaran. Aspek ini perlu diberi penekanan pada peringkat sekolah
rendah lagi. Individu yang faham akan gaya belajar mereka akan dapat mengawal aktiviti
kognitif dengan baik dan akan lebih bersikap positif terhadap pembelajaran di samping
potensi akademik yang lebih baik (Keefe, 1991).
5.3

Kesimpulan dan Implikasi Kajian

Berdasarkan huraian serta dapatan kajian, jelaslah bahawa gaya belajar memainkan
peranan yang amat penting dalam membantu pelajar memperbaiki dan mempertingkatkan
pembelajaran pendidikan muzik mereka. Di samping itu, pengkaji juga mengenalpasti
bahawa pelajar mempunyai gaya belajar muzik yang berbeza di antara satu sama lain.
Dengan hal demikian, pelajar-pelajar tidak dapat memilih gaya belajar yang sesuai
dengan mereka. Mereka juga kurang arif untuk menyesuaikan gaya belajar muzik dengan
pembelajaran. Justeru itu, masalah utama yang dihadapi oleh pihak guru dan pelajar di
sekolah pada hari ini untuk meningkatkan potensi pengajaran dan pembelajaran muzik
disebabkan kurangnya kefahaman tentang pentingnya gaya belajar dalam mencorakkan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Pengajaran guru yang hanya
berpandukan kepada rancangan pelajaran tahunan dan rancangan pelajaran harian
berkemungkinan tidak akan memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar mengikut
gaya belajar yang tersendiri. Walaupun penekanan pembelajaran dalam KBSR adalah
menitikberatkan kepada penggunaan bahan bantu mengajar muzik serta pembelajaran
secara kumpulan namun ianya masih tidak memberi kesan yang menyeluruh kepada para
pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Ini berkemungkinan disebabkan oleh
pengagihan pelajar kepada kumpulan-kumpulan mengikut tahap kebolehan mereka dan
bukannya berpandukan kepada gaya belajar pelajar-pelajar tersebut. Sebagai contoh,
seorang pelajar yang ditempatkan dalam kumpulan lemah, akan menunjukkan kelainan
sekiranya pelajar tersebut dapat dibimbing dengan pendekatan atau gaya belajar muzik
yang sesuai dengannya. Sebaliknya, seorang pelajar yang pintar mungkin akan
mengalami kemerosoton sekiranya pendekatan yang digunakan oleh guru adalah
berlainan dengan gaya belajarnya. Dengan kajian yang mendalam mengenai fenomena
ini, dapatlah memberi pemahaman mengenai gaya belajar supaya ianya dapat

memperbaiki dan mempertingkatkan gaya belajar ke arah peningkatan dalam potensi


pembelajaran muzik yang berkesan dan efektif pada masa akan datang.
.
5.4

Cadangan-cadangan

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia disaran agar menggubal rancangan pelajaran guru
yang turut memberi tumpuan terhadap pengetahuan yang mendalam dalam gaya belajar
yang berbeza pada setiap pelajar. Ini adalah penting kerana pengetahuan yang luas tentang
gaya belajar ini akan mampu mendorong guru-guru menyediakan bahan-bahan bantu
pengajaran yang lebih berkesan dan guru juga mampu menggunakan pendekatan serta
strategi pengajaran yang berbeza dan menarik minat murid untuk belajar matapelajaran
muzik.
Pihak sekolah juga perlu menyediakan kursus-kursus dalaman sekerap yang boleh
untuk mendedahkan kepada guru muzik tentang gaya pembelajaran muzik yang ada pada
pelajar. Dengan ini guru dapat menggunakan kaedah dan strategi pengajaran muzik yang
sesuai. Pihak sekolah juga diharapkan dapat menyediakan sudut-sudut pembelajaran
muzik yang membina di dalam kawasan sekolah untuk membolehkan para pelajar akses
kepada bahan-bahan yang terdapat dalam pusat tersebut. Dengan ini akan memberi ruang
dan peluang kepada para pelajar untuk belajar muzik dengan gaya masing-masing. Pada
masa yang sama mereka juga perlu diawasi oleh guru agar pembelajaran mereka di pusatpusat ini terancang dan bermakna. Kepelbagaian bahan atau media pembelajaran muzik
juga mampu menarik minat para pelajar untuk menggunakan sudut-sudut pembelajaran
muzi ini dengan lebih berkesan.
Guru juga harus sentiasa berfikiran kreatif dan berinovatif dalam pengajarannya
muzik. Para guru perlu mengenali gaya belajar muzik pelajar-pelajarnya dan sentiasa
mendedahkan kepada mereka keberkesanan pembelajaran muzi dengan memahami gaya
belajar muzik tersendiri. Untuk ini para guru perlu didedahkan dengan mendalam tentang
aspek-aspek gaya belajar

muzik dengan mengadakan kursus-kursus muzik dalam

perkhidmatan yang mengkhususkan kepada gaya belajar. Pengetahuan yang mendalam ini
akan mendorong para guru untuk menyediakan rancangan pelajaran yang bersistematik

dan berupaya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik


dengan berkesan kepada anak murid kita..
5.5

Cadangan Untuk Penyelidikan Akan Datang

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Zon
Pudu, Kuala Lumpur. Bilangan sampel yang digunakan adalah kecil. Oleh itu kajian
mendalam yang merangkumi sekolah jenis campuran atau yang terletak di pusat bandar
atau bandaraya perlu dilakukan supaya pemahaman tentang gaya belajar muzik di
kalangan guru dan pelajar dapat dimaksimumkan. Kajian juga perlu dibuat dengan
menyeluruh iaitu meliputi beberapa buah sekolah rendah dengan menggunakan sampel
yang lebih besar bagi mendapatkan hasil yang lebih tepat. Dalam hal ini, sumbangan
idea-idea dan juga pandangan-pandangan yang membina adalah sangat-sangat diperlukan.
Selain daripada itu, kajian akan datang juga dicadangkan meliputi aspek-aspek
gaya belajar yang lain untuk tujuan pendedahan yang berkesan terhadap pemilihan gaya
belajar oleh pelajar dan perancangan guru menghadapi gaya belajar muzik pelajar yang
berbeza-beza dalam bilik darjah.

5.6

Penutup

Kajian jelas menunjukkan bahawa pemilihan gaya belajar muzik pelajar di kalangan
pelajar sekolah rendah sangat penting dalam membantu pelajar mempertingkatkan dan
memperbaiki pembelajaran pendidikan muzik mereka. Dengan maklumat yang disalurkan
dari penyelidikan ini, diharapkan para guru memahami gaya belajar pelajar dan
menyediakan pengajaran muzik yang bersesuaian dengan mereka. Di antara langkahlangkah yang boleh dilakukan oleh guru ialah guru perlu mengadakan gerakerja
berkumpulan. Para pelajar ditempatkan ke dalam beberapa kumpulan mengikut gaya
belajar muzik yang ada pada mereka. Guru akan menyediakan aktiviti-aktiviti tertentu,
latihan-latihan dan sebagainya mengikut gaya belajar muzik masing-masing. Sebelum

pelajar-pelajar ini ditempatkan ke dalam kumpulan mereka, satu usaha telah dijalankan
untuk menentukan gaya belajar pendidkan muzik mereka.
Di samping itu, guru boleh mengadakan pelbagai jenis aktiviti untuk memberi
peluang kepada pelajar-pelajar menjalankan aktiviti yang digemarinya. Guru boleh
mengendalikan kelas tersebut secara berkumpulan dan mengikut pusingan, iaitu satu
kumpulan berpindah ke kumpulan lain untuk menjalankan aktiviti-aktiviti muzik yang
berlainan.
.
Dalam proses menyediakan persediaan mengajar, guru sentiasa bergerak daripada
yang senang kepada susah, daripada yang konkrit kepada yang abstrak dan sebagainya.
Melalui cara ini pelajar-pelajar tidak akan menghadapi masalah dalam memilih gaya
belajar mereka. Dalam hal ini, guru perlu menggunakan banyak contoh, alat-alat bantu
mengajar, gerakerja lisan dan bertulis, ulangan dan latih tubi, pembelajaran koperatif dan
sebagainya dalam pengajarannya. Ini secara tidak langsung akan memberi manfaat
kepada para pelajar yang mempunyai gaya belajar tersendiri.

RUJUKAN
Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum.
Tanjong Malim: Quantum Books.
Abu Bakar Nordin (1994). Reformasi Pendidikan Dalam Menghadapi Cabaran 2020.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Cetaklama Sdn. Bhd.
Allen. J. J. & Christenberry, N. J (1994). Learning Style Preferences of Low and HighAchieving Young African-American Males. A paper presented November 1994 at
the Annual Meeting of Mid-South Educational Research Association in Nashville,
Tennessee.
Amir Hasan Dawi (1999). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjong Malim.
Quantum Books.
Ary, Donald., Jacobs, L.C. & Razarieh, Ashgar. (2002). Introduction to research in
education (6th Ed.). Thomson Learning; Australia.
Ast, H. J. (1998). Learning Styles: Implications for Curriculum and Instruction. (ERIC
Document Reproduction Services No. ED302280).

Asmah Ahmad (2003). Leadership Management Styles and Educational Effectiveness.


Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan., 29, Jilid 13, Bil.01, 1511-4147.
Atan Long (1984). Pendidik dan Pendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Baker, M. (1994). Media coverage of education. British Journal of Educational Studies,
42(3), 286-97.
Blackmon, T. C., & Durm, M. W. (1997). Childrens Self-esteem and Their Parents
Education. Psychological Report. 80. 114.
Bogdan, Robert, C. & Biklen, Sari, K. (1982). Qualitative research for education; An
introduction to theory and practice. Boston; Allyn and Bacon.
Brown & Dowling (1998). Doing Research: A mode of Interrogation for Education.
London: Falmer Press.
Christopher Bowring-Carr& John West-Burnham. Penterjemah : Annuar Ayub (1999).
Pembelajaran Berkesan di Sekolah. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara
Malaysia Berhad.

Dunn, R, & Dunn, K, & Perrin, J. (1994). Teaching Young Children Through Their
Individual Learning Styles. Allyn & Bacon. USA.
Dunn, R., & Dunn, K. (1999). The Complete Guide to the Learning Styles Inservice
System. Allyn & Bacon. USA.
Ee Ah Meng (1988). Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih. Petaling Jaya: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. New York:
Basic Books.
Geoghegan, S.M. (1996). Modality and learning Styles Among Basic Skills Students.
College of New Jersey, Masters Theses (042).
Gadzella, B. M., Stphens, R. & Baloglu, M.( 2002). Prediction of educational psychology
course grades by age and learning style scores Statistical Data Included.
College Student Journal.
Hughes, P. (1991). Teachers Professional Development: Individual and group reflection
as a basis for teacher development. Australian Council for Educational Research.
Victoria, Australia.

Gurnam K. S. (2003). Managing Learner Autonomy For Life-Long Learning. Jurnal


Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 48, Jilid 13, Bil. 01, 1511-4147.
James, W. B. & Gardner, D.L. (1995). Learning Styles: Implications for distance
learning. (ERIC Document Reproduction Service No.EJ 514356).
Jonassen, D. H. & Grabowski, B. L. (1993). Handbook of Individual Differences,
Learning and Instruction. Hillsdale, NJ: Erlbaum.
Joyce, B, & Weil, M,. & Calhoun, E. (2000). Models of Teaching. Fifth Edition. Allyn &
Bacon. Boston. London.
Julismah Jani. (2004). Stail Pembelajaran Perseptual dan Pencapaian Akademik Pelajar
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Paper presented at the
Persidangan Kebangsaan Pengajaran Pembelajaran Kemahiran Berfikir 2004:
Intekma Resort Convention Centre, Shah Alam.
Kamarudin Hj. Husin (1997). Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan : Psikologi Bilik
Darjah Asas Pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Kamus Dewan (2002). Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Kolb, D.A. (1986). Learning Style Inventory: Technical Manual (Rev. ed.). Boston, MA:
McBer.
LeCompte, Margaret, D. & Pressle, Judith. (1993). Ethnography and Qualitative Design
in Educational Research. (2nd Ed.). San Diego:Academic Press.
Lee Shok Mee (1997). Psikologi Pendidikan 2. Teori dan Aplikasi Psikologi Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Loudursamy, A.(1994).Perbezaan Gaya Kognitif dan Implikasinya Terhadap Pendidikan.
(Siri Syarahan Perlantikan Profesor 1995 Bil.3). Pulau Pinang; Universiti Sains
Malaysia. [online] Available: http://www.lib.usm.my/press/SSU/lourd. (Diperoleh
Disember 15, 2005).
Loughran. (1996). Developing Reflective Practice: Learning about teaching and
Learning Through Modelling. London: Falmer Press.
McCarthy, B. (1979). Learning Styles: Identification and matching teaching formats. Unpublished doctoral dissertation. Evanston, Illinois.

McCarthy, B. (1987). The 4MAT System: Teaching to learning styles with right/left mode
techniques. Revised Edition.Oak Book,Il: Excel, Inc.
McCarthy, B. (1990). Using the 4MAT System to bring learning styles to Schools.
Educational Leadership 48(2), 31-37. (ERIC: EJ416429).
Mertens, (1998). Research Methods in Education and Psychology: Integrating Diversity
With Quantitative and Qualitative Approaches. London: Sage Publications.
Ministry of Education Malaysia (2001). Education in Malaysia. A Journey To Excellence.
Prepared by the Educational Planning and Research Division. Kuala Lumpur:
Cataloging-in-Publication-Data.
Mohd. Majid Konting (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Murugiah, Velayutham. (1997). Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

http://www.teachingenglish.org.uk/think/methodology/learning_style.shtml .
(Diperoleh Januari 8, 2006)

Anda mungkin juga menyukai