Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN RKT SRI LEDANG

KERTAS CADANGAN HARI ORIENTASI MURID TAHUN SATU SESI 2019


______________________________________________________________________

1.0 Nama Program

Hari Orientasi Murid Tahun Satu sesi persekolahan 2019 SK RKT Sri Ledang

2.0 Pengenalan

Murid-murid tahun satu yang baru masuk ke SK RKT Sri Ledang perlu didedahkan dengan
maklumat-maklumat yang asas sejak awal lagi. Pendedahan ini perlu supaya murid-murid
baru ini dapat merasai budaya dan suasana alam persekolahan sebenar dengan baik.
Penerapan dan penghayatan nilai, disiplin serta budaya sekolah akan memudahkan murid-
murid mengasimilasikan diri mereka sekaligus proses pengajaran dan pembelajaran akan
dapat berjalan dengan baik dan berkesan. Selain daripada itu ia juga bertujuan
memudahkan urusan pihak sekolah bagi urusan bayaran awal persekolahan, bayaran
sumbangan PIBG, serahan buku teks dan serahan Borang Maklumat Murid (BMM). Diharap
program ini dapat berjalan dengan jayanya.

3.0 Matlamat

3.1 Mendedahkan bakal murid-murid Tahun satu kepada suasana persekolahan sebenar.

3.2 Memberi penerangan kepada ibubapa mengenai hal ehwal sekolah yang perlu mereka

ketahui.

4.0 Objektif

4.1 Memberi suntikan kepada murid-murid yang akan menempuh alam persekolahan supaya
lebih bersedia menjelangnya hari persekolahan sebenar.
4.2 Mengenalkan suasana persekolahan dengan lebih dekat lagi dengan membawa mereka
bertemu dengan guru-guru serta melihat persekitaran sekolah seperti bilik darjah, pusat
sumber, tandas, kantin, pejabat, surau dan bilik-bilik khas.

4.3 Menjelaskan kepada ibubapa hal-hal berkaitan persekolahan anak-anak yang perlu mereka
ketahui bagi mereka yang anak-anaknya baru melangkah ke alam persekolahan demi
menjalinkan hubungan yang lebih rapat di antaras ekolah dengan ibubapa serta untuk kebaikan
bersama.

5.0 Jangkamasa Program

Program ini dijalankan satu hari pada 31 Disember 2018

6.0 Tempat

Pusat Akses SK RKT Sri Ledang, Tangkak

7.0 Kumpulan Sasaran

Semua murid tahun satu ambilan 2019 dan ibubapa atau penjaga.

8.0 Kaedah Perlaksanaan

8.1 Taklimat ibubapa

8.2 Bayaran Awal Persekolahan/Sumbangan PIBG

8.3 Serahan Borang Maklumat Murid (BMM)

8.4 Agihan buku teks SPBT


9.0 Kos dan Perbelanjaan

Tanda Nama Sementara 25 X RM1 = RM25

Banner 1 X RM50 = RM50

Jumlah RM75

10.0 Jawatankuasa Induk


Penasihat : PegawaiPendidikan Daerah Tangkak
Pengerusi : Pn Zubaidah binti Kahir (Guru Besar)
TimbalanPengerusi 1 : En Rizal bin Ahmad (PK HEM)
TimbalanPengerusi 2 : PnSyarifahNorizanbinti Syed Hassan (PK Pentadbiran)
TimbalanPengerusi 3 : Pn Anisah binti Mat Ali (PK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn Haslilah Binti Selamat
AJK
Pendaftaran : Pn Haslilah Binti Selamat
Pn Ummu Syifak binti Abdul Hadi
Pengacara : Pn Siti Rosnah binti Selamat
BacaanDoa : En Badrunnaim bin Mohd Ali
Buku Program/ : Pn Haslilah Binti Selamat
Dokumentasi : En. Norahizal bin Nordin
PersiapanTempat : En Suhaimi bin Mohamed
En Zulfikar bin Mohd Salleh
Pn Salmiah binti Ab Rahim
Pn Hajah Warilah binti Senin
Pekerja Swasta
PA Sistem : En Ahmad Nurran bin Khamis
Rakaman Peristiwa : Pn Zurina binti Abu Samah
Pn Zalifa binti Jalil
Pengagihan Buku Teks : Pn Azizan binti Yunos
Ustaz Badrunnaim bin Mohd Ali
Pn Faizah binti Md Dom
Bayaran Awal Persekolahan/ : Pn Siti Rosnah binti Selamat
Agihan BMM Pn Siti Afifah Tunnur binti Mohd Asrab
Bayaran Sumbangan PIBG : En Norsahizal bin Nordin

11.0 Tentatif Program


8.15 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa
8.30 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
(Ustaz Badrunnaim bin Mohd Ali)
: Ucapan Perasmian
(Pn Zubaidah binti Kahir)
: Suaikenal Guru Kelas Tahun 1
: Taklimat HEM
(En Rizal bin Ahmad)
: Sesi soal jawab
9.30 pagi : Bayaran Awal Persekolahan
: Bayaran Sumbangan PIBG
: Serahan Borang Maklumat Murid (BMM)
: Serahan Buku Teks SPBT
10.00 pagi : Bersurai

12.0 Penutup
Adalah diharapkan murid-murid yang telah mengikuti Hari Orientasi Murid Tahun 1 SK RKT Sri
Ledang mencapai objektifnya serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………… …………………………
(PN HASLILAH BINTI SELAMAT) (EN RIZAL BIN AHMAD)
PK Hal EhwalMurid
SK RKT Sri Ledang

Di sahkan oleh

………………………
(PN ZUBAIDAH BINTI KAHIR)
Guru Besar,
SK RKT Sri Ledang.

Anda mungkin juga menyukai