Anda di halaman 1dari 32

JABATAN PENGKHUSUSAN BAHASA INGGERIS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

PENDIDIKAN MORAL

SEMESTER: 8 TAHUN: 2015

PENDIDIKAN MORAL (ELM 3043E )

DISEDIAKAN OLEH:
Haslilah binti hj. Selamat
No. K/P: 790731-01-5708
Program: PPG Ambilan FEB 2012
Kumpulan Akademik: ANGKA GILIRAN:
PPG TESL COHORT 2
2012171360108
P8.3 (sem. 8)

PENSYARAH:
PUAN NORLELA BINTI MAD ALI
TARIKH SERAHAN: TARIKH DITERIMA:
19 SEPTEMBER 2015 8 OGOS 2015

JABATAN PENGKHUSUSAN BAHASA INGGERIS


TUGASAN 1-anda diminta memilih satu contoh kes terkini yang melibatkan salah laku moral
terhadap murid-murid dan membuat ulasan berkaitan kes tersebut.

Dewasa kini, kita saling dipaparkan dengan pelbagai isu moral yang melibatkan
kanak-kanak seperti pembuangan bayi, penderaan kanak-kanak, perlanggaran hak yang
melibatkan kanak-kanak semakin menular di negara kita pada masa kini. Keadaan ini
semakin meruncing serta amat membimbangkan serta memberikan satu gambaran bahawa
nilai-nilai perikemanusiaan semakin mengalami ketirisan dan perkadarannya semakin
mengurang dalam diri masyarakat dewasa ini. Isu yang saya akan ketengah dan kupas
adalah mengenai penderaan kanak-kanak termasuk dari segi fizikal, mental, emosi rohani
dan juga penderaan secara seksual. Penganiayaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun
satu perbuatan zalim yang di lakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan
mencederakan. Ini termasuk penderaan kepada bayi yang mampu menyebabkan sindrom
mengoncang bayi. Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam
yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-
kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun
disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi. Penderaan fizikal sebagai suatu
fenomena sosial ditakrifkan sebagai keganasan secara fizikal terhadap kanak-kanak oleh
ibu bapa, penjaga atau sesiapa saja yang bertanggungjawab melindungi kanak-kanak
tersebut. Definisi penderaan fizikal adalah sukar dan kompleks kerana pelbagai faktor yang
terlibat dalam perlakuan seseorang kanak-kanak.
Ammerman dan Hersen (1990:26) berpendapat bahawa faktor tambahan yang
memainkan peranan dalam mendisiplinkan penderaan fizikal termasuk pendekatan disiplin
di kalangan ibu bapa, kecederaan yang dialami, kesan pada tingkah laku dan keseriusan
kecederaan kanak-kanak. Pemboleh ubah penting yang perlu diuji adalah bentuk niat yang
menyebabkan mereka didera ataupun kecederaan fizikal dan digabungkan dengan situasi
keluarga yang melakukannya menyebabkan definisi penderaan fizikal menjadi kompleks.
Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 pula mentakrifkan bahawa seseorang kanak-kanak
dicederakan daripada segi fizikal jika ada kecederaan dan boleh dilihat pada mana-mana
bahagian tubuh kanak-kanak itu yang didalilkan antara lain, laserasi, konstusi, lelasan,
parut, patah atau kecederaan tulang yang lain, dislokasi, seliuh, pendarahan, pecah viskus,
luka terbakar, melecur, hilang atau berubah kesedaran atau fungsi fisiologi seperti gugur
rambut atau patah gigi.
Pakar perubatan juga mendefinisikan penderaan fizikal sebagai tindakan yang boleh
menyebabkan kecederaan seperti pendarahan otak (Birrell & Birrell 1968), lebam yang teruk
(Silverman 1968 dan Cafey 1972), kecacatan akibat penderaan fizikal (Camerin 1972), retak
dan patah tulang (ONeil et al. 1973), bekas gigitan (Sims et al. 1973), lecur dan terbakar
dicucuh puntung rokok (Smith & Hanson 1974). Di samping itu, Oates (1993:57)
membuktikan penderaan fizikal boleh membawa maut kepada dua kumpulan kanak-kanak
iaitu kanak-kanak cacat sejak dilahirkan dan juga kanak-kanak cacat akibat penderaan
tersebut. Namun begitu banyak lagi cara dan alat yang digunakan untuk mendera fizikal
kanak-kanak. Menurut Mohd. Sham Kasim (1994) cara dan alat yang digunakan untuk
mendera selain memukul menggunakan tangan, dirotan, disebat, digigit, disimbah cecair
panas, dicucuh dengan besi atau benda panas, puntung rokok atau ubat nyamuk, dirantai,
diikat, dikurung, dikunci di dalam bilik atau rumah, ditumbuk, disepak, diterajang, dicubit,
dikepit atau dipulas dan sebagainya.
Takrif Akta Perlindungan Kanak-kanak dan diagnosis pakar perubatan perlu diberi
perhatian bagi menentukan kanak-kanak tersebut terlibat dalam kes penderaan fizikal.
Pakar perubatan juga mendapati kadang kala penderaan fizikal mempunyai hubung kait
dengan lain-lain jenis penderaan seperti penderaan seksual, emosional dan pengabaian
kanak-kanak.
Manakala penderaan seksual pula merujuk kepada segala bentuk aktiviti seksual
yang mempunyai tujuan memenuhi nafsu seks orang dewasa, melalui pornografi, gambar,
perakam suara, filem, perakam video atau mengeksploitasi bahagian sulit kanak-kanak.
Penderaan seksual melibatkan kanak-kanak adalah dengan cara mencabul kehormatannya,
dirogol dan dipaksa melacur. Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 mentakrifkan bahawa
seseorang yang terlibat dalam kes penderaan seksual kanak-kanak adalah apabila dia
mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati dalam apa-apa aktiviti yang
bersifat seks bagi maksud apa-apa bahan, fotograf, rakaman, filem, pita video atau
persembahan yang bersifat pornografi, lucah atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang
bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain. Menurut Schechter dan Roberge
(1976), dalam sesetengah hal kanak-kanak menjadi mangsa penderaan seksual di dalam
keluarga seperti sumbang muhrim contohnya atau bagi upacara ritual tertentu. Menurut
Finkelhor pula (1979:23) faktor-faktor lain yang perlu diberi perhatian mengenai penderaan
seksual adalah umur pelaku, bentuk perlakuan atau kejadian, sama ada mangsa
mengizinkan perlakuan tersebut, umur mangsa, jantina dan hubungan mangsa dengan
pelaku dan akibat perlakuan tersebut atau kejadian terhadap kanak-kanak tersebut.
Beberapa ahli psikologi berpendapat bentuk penderaan ini akan membawa implikasi buruk
kepada perkembangan emosi seseorang kanak-kanak yang mangsa penderaan (Davidson
& Nicol, 1993:47). Oleh yang demikian penderaan seksual mempunyai kaitan erat dengan
penderaan emosional.
Penderaan emosi merujuk kepada bentuk gangguan psikologi terutama daripada
segi mental dan emosional, sama ada didera dan dianiayai oleh ahli keluarga yang terlibat.
Emosi adalah rasa dalaman yang dapat dilihat sebagai sedih, marah, meradang, geram,
benci, sakit dan sebagainya (lihat Kieran O Hagan, 1993:22). Penderaan emosional
merangkumi tidak memberi kasih sayang yang cukup atau membenci kanak-kanak tersebut,
kanak-kanak tidak dihiraukan, tidak dilayan karenahnya, pergaulan mereka disekat misalnya
tidak dibenarkan berkawan atau bermain sesama mereka, mereka sering dimarahi,
ditengking, ditakut-takuti dan ahli keluarga bermusuhan dengan kanak-kanak. Akta
Perlindungan Kanak-kanak 1991 mentakrifkan bahawa seseorang kanak-kanak dicederakan
daripada segi emosi apabila ada gangguan yang ketara atau boleh dilihat pada fungsi
mental dan emosi kanak-kanak itu yang didalilkan antara lain, kecelaruan mental atau
tingkah laku, termasuk keresahan, kemurungan, penyendirian, atau tumbesaran yang
lambat. Penderaan emosional dapat diklasifikasikan sebagai penderaan atau pengabaian
apabila ianya mencapai tahap ekstrem atau melibatkan bentuk penderaan yang lain.
Menurut Whiting (1976:3), punca utama kanak-kanak terganggu secara emosi
adalah disebabkan oleh ibu bapa; penderaan bentuk ini berlaku apabila kanak-kanak
tersebut dihalang atau tidak memberi rawatan yang sewajarnya oleh ibu bapa atau
penjaganya. Bentuk penderaan ini sukar dikenal pasti. Ianya dapat dilihat bertahap-tahap
melalui tingkah laku mengikut perkembangan umur kanak-kanak. Menurut Skuse (1993:28),
penderaan emosi bermula sejak mangsa berumur 6 hingga 8 bulan, umur pra-sekolah, umur
persekolahan dan umur remaja. Setiap perkembangan umur kanak-kanak akan
menunjukkan perubahan tingkah laku yang aneh. Contohnya, pada umur persekolahan
mangsa sering ponteng sekolah, tidak berminat terhadap pelajaran, kelihatan murung, suka
mengasingkan diri dan sebagainya. Implikasi yang lain dapat dilihat pada kes penderaan
emosi adalah pengabaian ibu bapa atau pendera terhadap kanak-kanak tersebut.
Di antara punca-punca terjadinya kes penderaan ke atas kanak-kanak adalah
tekanan di tempat kerja merupakan salah satu pemangkin berlakunya kes penderaan kanak-
kanak. Bagi ibu bapa yang bekerja, mereka pastinya menghadapi tekanan di tempat kerja.
Ibu bapa yang tidak dapat mengawal emosi mereka akan menjadikan anak-anak sebagai
medium melepaskan geram dan tekanan yang mereka hadapi. Ibu bapa yang tidak berfikir
panjang berisiko tinggi melakukan kes penderaan ke atas anak-anak seperti menerajang,
mencucuk puntung rokok atau sebagainya.
Kes penderaan kanak-kanak turut ditunjangi oleh faktor tekanan ekonomi yang
dihadapi oleh para orang tua. Kes hidup yang semakin meningkat pada masa ini, memaksa
golongan ini berhutang demi memastikan kelangsungan hidup seisi keluarga. Masalah yang
kewangan sering berlaku menyebabkan para ibu bapa berasa terbeban. Semua ini
dilepaskan kepada sang kecil yang saat itu membutuhkan kasih sayang daripada kedua-dua
insan mulia ini. Keadaan ini pasti menyedihkan sesiapa sahaja yang mendengar kes
penderaan ini. Anak yang sepatutnya diberi perlindungan dan dibelai oleh ibu bapa, kini
menjadi mangsa sepak terajak mereka yang terbeban dengan krisis kewangan yang
dihadapi.
Kurangnya didikan gama dalam kalangan ibu bapa turut menyumbang kepada
berlakunya masalah penderaan kanak-kanak. Ilmu agama merupakan tunggak utama yang
menjamin kepada keutuhan serta perpaduan sesebuah institusi kekeluargaan. Ia juga
memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Bengkok bayang bengkoklah
batangnya. Kedangkalan ilmu agama akan menyebabkan sesebuah keluarga itu dipandu
dengan cara yang kontra dengan didikan agama. Hal ini yang menyebabkan terdapat
segelintir ibu bapa yang menghukum anaknya sehingga meninggalkan kesan seperti luka,
lebam dan mungkin juga berlaku pendarahan dalam otak. Di sini kita dapat lihat betapa
didikan agama mementaskan peranan yang signifikan dalam kehidupan seharian kita.
Pelbagai kesan negatif boleh berlaku apabila kanak-kanak menjadi mangsa deraan
emosi. Kesan negatif ini boleh timbul dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
Kesan yang timbul, sama ada dalam bentuk perubahan tingkah laku atau salah laku atau
gangguan emosi, biasanya tidak mudah dikenal pasti. Hanya dengan penelitian setiap kes
secara halus dan terperinci melalui pengambilan sejarah (Kasmini 1993) yang teliti boleh
membantu seseorang mengesyaki atau mengesahkan wujudnya kaitan antara masalah
tingkah laku yang dibentangkan dengan deraan emosi yang dialami oleh kanak-kanak.
Gangguan psikiatri yang timbul akibat penderaan emosi ialah kemurungan, gangguan reaktif
pertalian kasih sayang (reactive attachment disorder), masalah salah laku (Rabaiah 1994;
Kasmini 1991) dan aduan psikosomatik (Kasmini 1992b). Gangguan negatif lain adalah
gangguan tingkah laku seksual, penyalahgunaan dadah dan cuba membunuh diri (Hart,
Germain & Brassard 1987). Kanak-kanak yang mengalami pelbagai jenis penderaan (emosi,
fizikal, seksual) didapati mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kemurungan dan distimia
(dysthymia) berbanding dengan kanakkanak lain apabila umur mereka meningkat (Kaufman
1991). Dalam siasatan lanjut semasa kanak-kanak ini masih kecil lagi, mereka didapati
kerap datang ke klinik dengan pelbagai masalah tingkah laku dan emosi seperti kerap
kencing malam atau kerap meninggalkan tanda najis dalam seluar (Hart, Germain &
Brassard 1987; Garbarino, Guttman & Sealey 1986). Ada juga menyebabkan keadaan yang
lebih dikenali dahulu sebagai kes kanak-kanak yang tidak membesar bukan kerana masalah
organik (non-organic failure to thrive, NOFT) (Mrazek & Mrazek 1985). Gangguan
Perkembangan Fizikal Ini merupakan gangguan yang boleh diukur. Akibat deraan emosi
kanak-kanak ini tidak membesar seperti kanak-kanak lain. Ketinggian dan berat badan
mereka didapati berada di bawah persentil yang ketiga untuk umur kanak-kanak (3rd centile
for age) dan ini bukan disebabkan masalah organik. Ini dianggap sebagai satu jenis
kekerdilan psikososial (psychosocial dwarfism) yang dulunya lebih dikenali sebagai non-
organic failure to thrive. Ini kerana apabila kanak-kanak ini ditempatkan dalam suasana yang
sihat, diperkayakan dengan kasih sayang serta mendapat kemudahan dan keperluan fizikal
yang lain, perkembangan mereka akan pulih seperti biasa. Penderaan emosi saolah-olah
telah merencatkan perkembangan fizikal kanak-kanak itu. Kajian juga menunjukkan ada
korelasi yang tinggi antara penderaan emosi dengan perkembangan fizikal di kalangan
kanak-kanak (Skuse 1989).
Diantara langkah-langkah pencegahan untuk mengatasi penderaan di kalangan
kanak-kanak adalah mengadakan satu kawalan dan perlindungan kepada kanak-kanak
yang berisiko tinggi supaya mereka tidak terus-menerus menjadi mangsa deraan. Ini dapat
dilakukan menerusi penganjuran aktiviti-aktiviti sosial yang bertujuan untuk mengurangkan
kadar bilangan kes dan kejadian yang berlaku dalam masyarakat. Langkah pencegahan
merupakan salah satu inisiatif yang perlu dijalankan oleh pelbagai pihak bagi mengatasi
masalah penderaan ini. Pada bulan Mac 2010 yang lalu, negara dikejutkan dengan berita
mengenai kematian seorang kanak-kanak berusia tiga tahun. Kanak-kanak ini telah menjadi
mangsa penderaan teman lelaki kepada ibu kandung sendiri. Allahyarham adik Syafia
Humairah Sahari telah didera dengan kejam sehingga mengalami kecederaan dalaman
yang kritikal sehingga menyebabkan kematian. Pendera tersebut telah didapati bersalah dan
telah dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah. Kejadian ini sepatutnya tidak boleh diambil
ringan oleh semua pihak dan seharusnya ditangani dengan kadar yang segera. Oleh itu,
pelbagai langkah pencegahan haruslah dijalankan. Apabila masalah penderaan kanak-
kanak dapat diselesaikan, maka kadar berlakunya penderaan di setiap negara akan
semakin berkurangan dan kesejahteraan kanak-kanak akan lebih terjamin. Kanak-kanak
akan hidup dalam dunia keseronokan mereka tanpa perlu memikirkan hukuman yang bakal
mereka terima sekiranya mereka melakukan kesalahan. Keperluan asas mereka juga akan
dipenuhi dan tidak terabai..
Penganjuran sesuatu aktiviti yang bertemakan keluarga juga adalah salah satu cara
terbaik bagi mengatasi masalah ini. Hal ini demikian kerana, melalui aktiviti-aktiviti
kekeluargaan ini akan menyebabkan sesebuah institusi kekeluargaan akan lebih harmoni
dan bertambah erat. Jadi, masalah penderaan kanak-kanak tidak akan berlaku. Ibu bapa
akan sentiasa bertanggungjawab dalam memastikan anak mereka dalam keadaan yang
baik dan tidak berada dalam situasi keluarga yang tertekan. Nilai-nilai murni akan dipupuk di
dalam sesebuah keluarga. Ibu bapa akan menjadi ‘role model’ kepada anak-anak dengan
mempamerkan imej yang baik.
Selain itu juga, pendekatan kaunseling yang dianjurkan oleh pihak-pihak kerajaan
dan swasta serta pihak sekolah dan pihak institut juga membuka jalan penyelesaian bagi
mengatasi masalah ini dengan sebaiknya. Kaunseling merupakan salah satu cabang ilmu
yang haruslah dimulakan pada peringkat persekolahan dan tidak tertumpu pada pembinaan
kerjaya tetapi juga harus menitikberatkan kesihatan emosi seseorang itu. Kini, di setiap
sekolah dan institut telah mempunyai seorang guru kaunseling atau kaunselor yang
ditugaskan untuk membantu dan membimbing para pelajar dalam menangani isu
permasalahan yang dihadapi. Peranan kaunselor ini sangat penting dalam membantu
perkembangan psikologi pelajar secara sihat. Tidak tertakluk kepada guru kaunseling
sahaja, guru-guru yang lain juga menghadapi cabaran yang sukar untuk menerapkan nilai-
nilai murni di kalangan ibu bapa. Kerana itulah Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan
setiap PIBG di sekolah menubuhkan SARANAN iatu pemuafakatan diantara para guru serta
ibu bapa. Kerana terserlah kesombongan ibubapa terhadap guru menyukarkan proses
permuafakatan nilai-nilai murni di kalangan pelajar.

2. Bincangkan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam
masyarakat.

Mengukuhkan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat Malaysia amat penting


bagi menangani pelbagai isu dan masalah yang dihadapi. Ketandusan nilai-nilai murni
merupakan salah satu sebab utama meningkatnya gejala keruntuhan moral dan krisis sosial
yang begitu meluas dan sukar dibendung. Walaupun terdapat banyak nilai murni yang
menjadi amalan dan tuntutan, namun terdapat beberapa nilai murni yang utama yang
menjadi agenda penting kepada pembangunan masyarakat dan negara. Antaranya
ialah nilai hormat menghormati, nilai berhemah tinggi, nilai kejujuran dan amanah, nilai
berdikari serta nilai kerajinan dan daya usaha, Hormat-menghormati merupakan nilai murni
yang perlu dipupuk bagi menguatkan hubungan dan kemesraan. Disinilah cabaran para
guru yang amat besar. Masyarakat yang bermoral dan berhemah ialah masyarakat yang
amat penting dalam masyarakat berbilang kaum yang mempunyai perbezaan
dari segi kebudayaan dan agama. Cabaran guru untuk menerapkan nilai-nilai murni
berlandaskan konsep hormat-menghormati dan berhemah tinggi dalam masyarakat.
Berhemah tinggi juga merupakan nilai murni yang terdapat dalam masyarakat Malaysia.
Nilai ini merupakan nilai peribadi atau nilai personal yang ada pada orang yang mempunyai
cita-cita dan perjuangan yang mulia. Nilai berhemah tinggi dapat menguatkan keazaman
seseorang untuk mengangkat diri menjadi terbilang dan disanjungi. Dengan idealisme dan
nilai-nilai murni yang dimiliki, seseorang dapat mengangkat diri ke mercu kejayaan dan
kegemilangan. Masyarakat yang berhemah tinggi mempunyai idealisme dan
falsafah hidup untuk membina kebaikan. Mereka berjuang ke arah kebaikan dan menolak
sebarang kemungkaran atau kejahatan. Pendidikan perlu membentuk individu supaya
mempunyai nilai berhemah tinggi. Orang yang berhemah tinggi mempunyai kualiti moral dan
sahsiah yang baik. Jujur dan amanah turut merupakan nilai murni yang amat penting dalam
kehidupan individu dan masyarakat. Masyarakat perlu menghargai dan mempertahankan
nilai jujur dan amanah supaya tidak timbul perbuatan dan tingkah laku yang tidak bermoral
dan tidak berakhlak seperti menipu, mencuri, pecah amanah, tidak boleh dipercayai dan
tidak bertanggungjawab. Masyarakat tidak boleh memandang ringan perbuatan keji yang
melanggar nilai kejujuran dan amanah. Golongan muda perlu dilatih supaya jujur dan
amanah dalam semua urusan, pekerjaan, hubungan dan tanggungjawab. Pengaruh
kebendaan, perasaan tamak haloba dan keinginan cepat kaya menyebabkan golongan
peniaga sanggup melanggar etika dengan bersikap tidak jujur dan tidak amanah dalam
urusan perniagaannya. Nilai jujur dan amanah merupakan nilai etika yang sangat penting
dalam semua profesion yang perlu dipertahankan. Masyarakat dan negara akan musnah
sekiranya nilai kejujuran dan amanah tidak menjadi prinsip dalam membina kehidupan dan
menegakkan keadilan. Oleh itu, institusi pengurusan, kewangan dan institusi sosial lain yang
bertanggungjawab menjaga kepentingan orang ramai dan kepentingan negara perlu
bertindak berasaskan kepada lunas-lunas kejujuran dan amanah.

3. Cadangkan 3 agensi temptan dan antarabangsa dan huraikan peranan agensi tersebut
dalam menangani isu ini.

Kes penderaan kanak-kanak bukan lagi menjadi tugas teras Jabatan Kebajikan
Masyarakat, malahan Kementerian Pelajaran Malaysia juga ditugaskan untuk menggalas
tanggungjawab dalam mengambil langkah yang proaktif dan efektif untuk menangani
masalah penderaan yang semakin serius dalam masyarakat kita. Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat perlu
berganding bahu dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mengorak langkah
merancang satu strategi program penyediaan latihan kemahiran dan peningkatan
pengetahuan yang sewajarnya kepada guru-guru, pentadbir sekolah, pihak persatuan ibu
bapa dan komuniti setempat dalam mengendalikan kes penderaan kanak-kanak. Selain itu
juga, langkah pencegahan seperti memperkenalkan skim jawatan pekerja sosial di sekolah
serta mewajibkan sekurang-kurangnya seorang pekerja sosial di hantar ke setiap sekolah
bagi membantu pihak sekolah menangani kes-kes yang melibatkan kanak-kanak yang
didera dan teraniaya.
Kemahiran guru dalam membuat penilaian terhadap kanak-kanak yang didera dan
dianiaya adalah amat penting bagi menangani masalah tersebut dengan lebih berkesan.
Guru-guru yang berkemahiran kerja sosial dapat menjalankan tugas ini dengan baik dan
teratur kerana mereka telah memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam
mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan masalah sosial. Kajian di Amerika Syarikat
mendapati bahawa guru-guru mencatatkan kadar tertinggi tidak melaporkan kes penderaan
dan penganiayaan kanak-kanak kepada pihak berkuasa. Faktor utama tidak melaporkan
kejadian penderaan dalam kalangan guru kerana kurangnya pengetahuan mengenai isu ini
(Smith, 2005). Hasil kajian ini melaporkan bahawa guru-guru di sekolah juga mempunyai
tahap pengetahuan dan kemahiran rendah dalam menilai kes penderaan dan pengabaian
kanak-kanak di sekolah. Justeru itu, sekumpulan guru dan kakitangan sekolah telah
mengikuti kursus latihan kerja sosial. Setelah kursus tersebut dijalankan, hasil kajian
mendapati guru dan kakitangan sekolah menunjukkan peningkatan pengetahuan dan sikap
bertanggungjawab untuk melaporkan kes yang berkaitan dengan penderaan kanak-kanak
(Smith 2005). Sehubungan itu, latihan dan pendedahan yang bersesuaian dengan isu
penderaan kanakkanak amat penting. Maka setiap sekolah harus melantik pekerja sosial
sekolah yang berkemahiran dalam membantu menangani masalah sosial di sekolah yang
semakin rumit. Pekerja sosial di sekolah juga boleh melatih guru-guru, kakitangan dan
pentadbir sekolah dalam mengenal pasti pelbagai bentuk penderaan dan penganiayaan
kanak-kanak, prosedur melaporkan kes penderaan dan menerangkan akan tanggungjawab
undang-undang dalam melaporkan kes penderaan kanak-kanak (Dupper 2003).
Kini setiap sekolah menengah telah pun mempunyai guru kaunseling atau kaunselor
di sekolah. Mereka ditugaskan untuk membantu dan membimbing pelajar menangani isu
dan permasalahan yang dihadapi sama ada isu akademik mahupun isu yang bersifat
peribadi. Peranan kaunselor sekolah amat penting dalam membantu perkembangan
psikologi pelajar secara sihat dan peranan kaunselor sekolah sememangnya tidak dapat
dinafikan kepentingannya. Sungguhpun begitu, peranan kaunselor sekolah mungkin
terbatas kepada beberapa limitasi peranan dan tugas yang diamanahkan kepada mereka.
Kaunselor sekolah lebih bertanggungjawab membantu pelajar secara amalan bimbingan
dan kaunseling, terikat dengan etika sebagai seorang kaunselor dan kod amalan yang agak
terhad kepada peranan di bilik kanseling dan sekolah. Contohnya konflik mungkin timbul dari
aspek kerahsiaan sekiranya ia melibatkan pelajar, ibubapa atau pihak sekolah sendiri.
Selain itu, sekiranya wujud keperluan untuk menangani kes pelajar di luar sekolah, maka
kaunselor sekolah mungkin berhadapan dengan konflik peranan dan kod etika amalan
sebagai seorang kaunselor. Sekiranya wujud keperluan untuk melibatkan ibubapa,
kaunselor sekolah melalui pihak sekolah perlu mencadangkan kepada pengetua untuk
menghubungi ibubapa melalui surat atau telefon untuk berjumpa dengan ibubapa di
sekolah. Kaunselor sekolah tidak boleh bertindak sendirian tanpa 33 melalui sekolah demi
menjaga kebajikan kaunselor sekolah sekiranya timbul sesuatu isu (Amla Salleh, Zuria
Mahmud & Salleh Amat 2006).
Terdapat banyak akta yang melindungi kanak-kanak diantaranya, di bawah Sekyen
46 Akta Kanak-Kanak 2001, Ibu bapa / penjaga yang tidak dapat menjalankan kawalan
sepatutnya ke atas kanak-kanak membolehkan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak
memohon kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) secara bertulis bagi menahan
kanak-kanak tersebut di sesuatu sekolah yang diluluskan, tempat perlindungan, asrama
akhlak atau pusat atau meletakkan kanak-kanak tersebut di bawah pengawasan seorang
Pegawai Akhlak. Mahkamah boleh membuat perintah ke atas seorang kanak-kanak supaya
diletakkan di Sekolah Diluluskan, Tempat Perlindungan, Asrama Akhlak atau Pusat
mengikut kesesuaian atau dibawah pengawasan Pegawai Akhlak atau seseorang lain yang
dilantik oleh mahkamah selama tempoh tidak melebihi 3 tahun.
Berhubungan dengan prosiding jenayah, ertinya seseorang yang sudah mencapai
umur 10 tahun bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam Seksyen
82 Kanun Keseksaan ( Akta 574 ). Dalam pengendalian kes kanak-kanak yang terlibat
dengan jenayah, JKM melalui Pegawai Akhlak yang diwartakan bertanggungjawab:-
• i. Menyediakan dan membentangkan Laporan Akhlak di Mahkamah.
• ii. Memberi penerangan kepada ibubapa/penjaga dan kanak-kanak berkiatan perintah
selepas mahkamah mengeluarkan perintah.
• iii. Menguruskan kemasukan kanak-kanak ke institusi pemulihan di bawah JKM dan
penyediaan Laporan Kemajuan Semasa Bercuti jika kanak-kanak pulang bercuti serta
bertindak sebagai penghubung antara ibubapa/penjaga dengan pihak institusi.
• iv. Menjalankan seliaan bag perintah percubaan/pengawasan atau seliaan lanjutan selepas
pembebasan dari institusi.
Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) merupakan satu dokumen yang memberi perlindungan
kepada kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, eksploitasi danmenjamin kanak-kanak mendapat
haknya. Konvensyen ini dibentang dalamPerhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-44
pada 20 November 1989 dan telah di terima pakai di seluruh dunia. Konvensyen ini telah diterima pakai
pada Perhimpunan Agung PertubuhanBangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 bagi mengiktiraf
hak kanak-kanak.Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak atau CRC mempunyai 54 perkara dan
dapatdibahagikan kepada bahagian iaitu Bahagian 1 (Perkara 1-41), Bahagian II ( Perkara42-45) dan
Bahagian III (Perkara 46-54). Bahagian I Konvensyen ini mengandungi hak-hak yang perlu diberi kepada
seseorang kanak –kanak, manakala bahagian II dan lebih kepada tanggungjawab Negara dalam
mempromosi serta perancangan masa depan mengenai hak tersebut.
Kesimpulannya, Sesungguhnya kanak-kanak memerlukan perlindungan dan jagaan
yang sempurna, termasuk perlindungan undang-undang kerana mereka masih belum
matang dari segi zahir dan batin serta perlu dilindungi hak asasi mereka. Kanak-kanak
seharusnya menikmati satu keadaan yang selamat di mana sahaja mereka berada. Mereka
harus dibesarkan dalam keadaan sihat, tenteram dan ibubapa serta guru-guru mereka perlu
memberi perlindungan yang sepenuhnya. Inilah kehidupan kita dalam era modenisasi di
mana anak-anak membesar dalam dua tangan iaitu separuh hari bersama ibubapa di rumah
dan separuh hari lagi bersama guru-guru atau kakitangan sekolah. Jika persekitaran rumah
atau keluarga kanak-kanak tidak lagi selamat, maka guru dan kakitangan sekolah adalah
tempat anak-anak mengadu dan berlindung. Maka guru dan kakitangan sekolah
terutamanya pekerja sosial sekolah merupakan pihak yang amat penting dalam membantu
menangani pencegahan awal kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Satu lagi fakta
yang mungkin sukar untuk diterima oleh masyarakat mengenai penderaan ialah semua
orang tidak kira apa jua latar belakang, jantina, tahap pendidikan atau sosio ekonomi
mereka, berpotensi melakukan penderaan. Mungkin dalam fikiran kita perwatakan mereka
yang melakukan penderaan ialah seorang yang kejam, garang dan muka bengis, tidak
semestinya. Ini kerana ada juga kes terdiri daripada mereka yang kelihatan baik dan
berpendidikan tinggi. Kebanyakan kes berlaku secara spontan, berikutan dengan
pertengkaran ibubapa atau penjaga (Sham Kasim 2004). Pada hakikatnya, krisis keluarga
yang kompleks boleh memberi kesan negatif kepada kanak-kanak dan remaja. Implikasi
yang jelas dalam kalangan kanak-kanak dan remaja menyebabkan penderitaan emosional
serta gangguan kesihatan mental. Lama-kelamaan ia akan berkembang menjadi bentuk
kenakalan yang dikenali sebagai delinkuen juvenil (juvenile delinquency). Kenakalan ini
adalah produk daripada keadaan sekeliling masyarakat dan keluarga yang penuh dengan
pergolakan sosial dalam era globalisasi.

TUGASAN 2
KERTAS CADANGAN MINGGU ANTI DADAH
PERINGKAT SEKOLAH SK RKT SRI LEDANG 2015

1. PENGENALAN

Masalah penyalahgunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan
golongan dewasa tetapi menular kepada golongan kanak-kanak. Kejadian ini menjadi lebih
genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin
bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam
keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini, program ini dijalankan bagi
memberi pendedahan kepada murid-murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah serta
menanam budaya membenci dadah. Pencegahan merupakan strategi jangka panjang
bertujuan mencegah seseorang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Ini merupakan
langkah pencegahan yang terbaik bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk melahirkan murid yang mampu menangkis bahana Dadah.

2. OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah


kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada
terjebak dengan dadah.

2.2 Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi,
mental dan rohani.

2.3 Membentuk budaya dan tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni di
kalangan murid-murid.

2.4 Meningkatkan motivasi dan jati diri murid supaya menjadi cemerlang dalam kerjaya dan
kehidupan.

3. SASARAN
Semua murid SK RKT Sri Ledang Jementah Johor bermula daripada tahun 1 hingga 6
seramai 190 orang murid.

4. CADANGAN TARIKH

26 Julai 2015 (Ahad) hingga 30 Julai 2015 (Khamis)

5. TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran A

6. PERLAKSANAAN PROGRAM

Rujuk Lampiran B

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perbelanjaan Anggaran kos Jumlah

1
Hadiah pertandingan

Mewarna poster Tahun 1 3 orang x RM3 RM9.00

Teka silangkata Tahun 1 3 orang x RM3 RM9.00

Mewarna poster Tahun 2 3 orang x RM3 RM9.00

Teka silangkata Tahun 2 3 orang x RM3 RM9.00

Mewarna Poster Tahun 3 3 orang x RM3 RM9.00


Tekasilangkata Tahun 3 3 orang x RM3 RM9.00

Penanda Buku Tahun 4 3 orang x RM3 RM9.00

Mencipta Pantun 4 kerat Tahun 4 3 orang x RM3 RM9.00

Penanda Buku Tahun 5 3 orang x RM3 RM9.00

Mencipta Pantun 4 kerat Tahun 5 3 orang x RM3 RM9.00

Penanda Buku Tahun 6 3 orang x RM3 RM9.00

Mencipta Pantun 4 kerat Tahun 6 3 orang x RM3 RM9.00

Mewarna Poster Prasekolah NILAM 3 orang x RM3 RM9.00

Mewarna Poster Prasekolah PERMATA 3 orang x RM3 RM9.00

Kuiz Rumah Sukan 4 kump x RM40.00


RM10.00

2 Cenderahati penceramah RM30 x 1 RM30.00

3 Jamuan penceramah RM5 x 6 RM30.00

4 Banner RM49 x 1 RM49.00

5 Persiapan Gimik perlancaran Minggu Anti RM50.00 x 1 RM50.00


Dadah 2015

JUMLAH RM325.00
BESAR

8. JAWATANKUASA KERJA GURU

Rujuk Lampiran C

9. PENUTUP
Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan,
kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan
bahaya penyalahgunaan dadah supaya mereka menjauhinya dan berupaya menentang
ancaman dadah selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran .Menerusi kerjasama Unit
Pendidikan Pencegahan Dadah dengan agensi-agensi luar serta hasil dapatan daripada
soal selidik yang dijalankan, diharap lebih dapat memberikan impak dan maklum balas yang
positif sejajar dalam usaha mencapai matlamat “Negara Bebas Dadah 2015‟.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

.............................................. .................................................
PN. HASLILAH BINTI SELAMAT PN HELEN MURNI BINTI SULAIMAN
PENYELARAS MINGGU ANTI DADAH 2015 PENOLONG KANAN HEM
SK RKT SRI LEDANG

Disahkan Oleh:

.....................................................
TN. HJ. ABDUL GHAFFAR BIN HASSAN
GURU BESAR SK RKT SRI LEDANG
LAMPIRAN A
AKTIVITI MINGGU ANTI DADAH
SK RKT SRI LEDANG 2015

BIL AKTIVITI SASARAN

1 Pertandingan mewarna Poster Tahun 1, 2, 3

2 Pertandingan Teka silangkata Tahun 1, 2, 3

3 Pertandingan merekacipta penanda Buku Tahun 4, 5, 6

4 Pertandingan mencipta Pantun 4 kerat Tahun 4, 5, 6

5 Pertandingan mewarna Poster Prasekolah Prasekolah NILAM & PERMATA

6 Pertandingan Kuiz antara Rumah Sukan Murid Tahap 2

7 Perlancaran Minggu Anti Dadah 2015 Semua murid dan guru

8 Pameran Bahaya Dadah Semua murid dan guru

9 Ceramah Anti Dadah Murid Tahap 2

10 Majlis Penutupan Minggu Anti Dadah 2015 Semua Murid dan Guru
LAMPIRAN B
PERJALANAN AKTIVITI MINGGU ANTI DADAH
SK RKT SRI LEDANG 2015
BI HARI AKTIVITI SASARAN TARIKH/MASA AJK
L BERTUGAS

1 AHAD 1. MAJLIS SEMUA 7.20 PG SEMUA GURU


PERLANCARAN MURID
MINGGU ANTI
DADAH
2 2. PERTANDINGAN PRASEKOLAH PDP GURU
MEWARNA PRASEKOLAH PRASEKOLAH
POSTER
PRASEKOLAH
2 ISNIN 1. PERTANDINGAN MURID TAHAP PDP BAHASA GURU
TEKA SILANGKATA 1 MELAYU BAHASA

3 SELASA 1. PERTANDINGAN MURID TAHAP PDP BAHASA GURU


MENCIPTA 2 MELAYU BAHASA
PANTUN 4 KERAT
2. PERTANDINGAN MURID TAHAP 7.20 PG RUJUK AJK
KUIZ ANTARA 2
RUMAH SUKAN
4 RABU 1. PAMERAN SEMUA 9.00 PG SEMUA GURU
BAHAYA DADAH MURID HINGGA 1.00
OLEH AADK PTG
LEDANG
2. CERAMAH ANTI MURID TAHAP 1.20 PTG SEMUA GURU
DADAH OLEH 2
AADK LEDANG
5 KHAMIS 1. MAJLIS SEMUA 7.00 PG RUJUK AJK
PENUTUPAN MURID
MINGGU ANTI
DADAH
2. PENYAMPAIAN SEMUA 7.00 PG RUJUK AJK
HADIAH KEPADA MURID
PEMENANG
6 - PERTANDINGAN TAHAP 1 PDP DSV GURU DSV
MEWARNA
POSTER
PERTANDINGAN TAHAP 2 PDP PSV GURU PSV
MEREKA
PENANDA BUKU
LAMPIRAN C

JK KERJA GURU
MINGGU ANTI DADAH SK RKT SRI LEDANG 2015

PENGERUSI
TN HJ ABD GAFFAR B. HASSAN (GURU BESAR SK RKT SRI LEDANG)

PEN. PENGERUSI
PN HJH MAZNAH BT HJ ALI OTHMAN (GPK HEM)
PN HELEN MURNI BT SULAIMAN (GPK KO-KU)

PENYELARAS PROGRAM
PN. HASLILAH BINTI HAJI SELAMAT

SETIAUSAHA/DOKUMENTASI
EN AHMAD NURRAN B. KHAMIS

PERSIAPAN TEMPAT
EN MOHD AZMI B. MAMAT PENGACARA DAN BUKU PROGRAM
EN SUHAIMI B. MOHAMED PN ZURINA BT ABU SAMAH
EN ZULKIFLI B. MOHAMED
HJH WARILAH BT SENIN PENGGAMBARAN
PN SALMIAH BT AB RAHIM EN MUHAMMAD ZAKI B. ABD AZIZ
PEKERJA SWASTA
P.A SISTEM
HADIAH EN AHMAD AIMAN B. ABDULLAH
EN ZULFIQAR B. MOHD SALLEH
EN BADRUNAIM B. MUHAMMAD ALI JURI
PN SITI ROSNAH BT SELAMAT 1. MEWARNA POSTER PRASEKOLAH
PN SITI ‘AFIFAH TUNNUR BT MOHD GURU PRASEKOLAH
ASRAB
PN UMMU SYIFAK BT ABD HADI 2. MEWARNA POSTER TAHAP 1
GURU DSV
JAMUAN PENCERAMAH
PN NORRINDA BT ABD MAJID 3. MEREKACIPTA PENANDA BUKU
PN FAIZAH BT MD DOM GURU PSV
4. TEKASILANGKATA TAHAP 1
GURU BAHASA MELAYU

5. MENCIPTA PANTUN 4 KERAT


GURU BAHASA MELAYU

6. KUIZ ANTARA RUMAH SUKAN


- PEMBACA SOALAN
EN AHMAD NURRAN B. KHAMIS

PENJAGA MASA
EN BADRUNNAIM B. MUHAMMAD ALI

PENCATAT MARKAH
PN HASLILAH BT SELAMAT
LAPORAN & REFLEKSI MINGGU ANTI DADAH 2015

1.0 PENDAHULUAN

Minggu Anti Dadah telah dilancarkan oleh pihak sekolah untuk semua warga SK RKT
Sri Ledang. Pelbagai maklumat telah disampaikan dan aktiviti telah dapat dianjurkan oleh pihak
sekolah pada masa yang telah ditetapkan. Kesemua kumpulan sasaran serta objektif program
dapat disampaikan dengan efektif. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan
pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru
dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah. Ia
juga untuk membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal,
emosi, mental dan rohani. Selain itu, ia juga untuk membentuk budaya dan tingkah laku positif
dan mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan murid-murid. Seterusnya untuk meningkatkan
motivasi dan jati diri murid supaya menjadi cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan.

2.0 PROSES PENILAIAN PROGRAM

Proses penilaian Program Minggu Anti Dadah telah dibuat ketas kumpulan
sasaran iaitu murid-murid SK RKT Sri Ledang yang telah dipilih secara rawak untuk mengisi
boring penilaian. Penilaian program telah dibuat berdasarkan skala permarkahan seperti jadual
dibawah.

5 4 3 2 1

Sangat Baik Baik Sedarhana Lemah Sangat Lemah

Perkara yang dinilai adalah merangkumi aspek yang berkaitan Program Minggu Anti
Dadah. Di antaranya adalah:

 Pelancaran program
 Tempat program
 Aktiviti program
 Pendedahan tentang bahaya dadah
 Menanam sikap bencikan dadah.
 Meningkatkan pengetahuan tentang bahaya dadah
 Memberi banyak kebaikan
 Kesesuaian program yang dijalankan di sekolah
 Berminat menyertai aktiviti yang dianjurkan
 Saya suka program ini
 Mendapat manfaat dari program ini.

3.0 HASIL PENILAIAN PROGRAM

Berikut adalah merupakan hasil penilaian Minggu Anti Dadah yang telah dinilai oleh para
pelajar.

5 4 3 2 1
ASPEK DINILAI SANGAT BAIK SEDERHANA LEMAH SANGAT JUMLAH
BAIK LEMAH

Pelancaran program 26 7 1 - - 34

Tempat program 12 16 6 - - 34

Aktiviti program 24 9 1 - - 34

Pendedahan bahaya dadah 26 6 2 - - 34

Menanam sikap benci dadah 30 3 1 - - 34

Meningkatkan pengetahuan 31 3 - - - 34
tentang bahaya dadah

Memberi banyak kebaikan 31 1 1 1 - 34

Sesuai dilaksanakan di 23 8 2 1 - 34
sekolah
Berminat menyertai aktiviti 15 16 3 - - 34
dianjurkan

Saya suka program ini 22 7 4 1 - 34

Mendapat banyak kebaikan 25 7 1 1 - 34


dari program ini

Secara keseluruhannya, penilaian program yang diperolehi daripada kumpulan sasaran


menggambarkan bahawa setiap aspek yang dinilai menunjukkan sambutan serta pengisian
yang dibuat semasa program tersebut berlangsung adalah baik, namun ianya perlu diberi
penambahbaikan untuk meningkatkan lagi minat dan penglibatan murid-murid untuk menyertai
kesemua aktiviti yang dianjurkan.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Hasil daripada penilaian Program Minggu Anti dadah yang telah dilangsungkan, bebrapa
penambahbaikan telah dicadangan melalui perbincangan diantara para guru terlibat iaitu Pn
Haslilah Binti Selamat selaku penyelaras projek, Pn Helen Murni Binti Sulaiman selaku Guru
Penolong Hal Elwal Murid, dan Encik Ahmad Nurran Bin Kamis selaku Naib Setiausaha
program. Beberapa penambahbaikannya untuk meningkatkan lagi kesedaran dan pendedahan
tentang dadah di kalangan murid-murid sekolah adalah mengadakan aktiviti ini secara
berterusan supaya murid sekolah sentiasa peka tentang bahaya penyalahgunaan dadah.
Sehubungan dengan ini, Pn Helen Murni selaku GPK HEM menetapkan bahawa setiap minggu
iaitu pada hari Selasa dari pukul 7.00-7.20 pagi adalah merupakan program RAHSIA. Program
RAHSIA adalah singkatan daripada Rokok, Alkohol, dadaH, Sex bebas, Inhalan dan AIDS.
Guru yang bertugas adalah Pn Haslilah Binti Selamat serta En Ahmad Nurran Bin Kamis.
(Lampiran 1). Didalam program RAHSIA ini, sewaktu perhimpunan guru yang terlibat perlu
memberikan penerangan mengenai Rokok, Alkohol, dadaH, Sex bebas, Inhalan dan AIDS.
Lantaran daripada itu, kami menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah untuk meningkatkan
kefahaman para pelajar tentang implikasi, kesan hasil daripada penyalahgunaan dadah.
Program Minggu Anti Dadah pula telah dijadikan satu program tahunan di sekolah. Sekolah
kami juga telah menjadi sekolah anak angkat kepada agensi AADK Segamat. Ini secara tidak
langsung, para pelajar memang sentiasa terdedah dengan input bahaya dadah kerana pegawai
AADK sentiasa memberikan penerangan kepada para pelajar tentang implikasi
penyalahgunaan dadah.
Selain daripada itu, untuk memantapkan lagi program minggu Dadah ini, guru
penyelaras perlulah memperbanyakkan aktiviti yang akan menyedarkan serta melibatkan
kesemua murid dengan cara mempelbagaikan hadiah yang bakal dimenangi. Perbanyakan
aktiviti. Hadiah yang diberikan perlulah yang membanggakan pelajar contonya pemberian
medal dan tropi daripada memberikan hadiah berupa hamper makanan ringan.

5.0 LAPORAN KUIZ PPDA 2015

Kuiz PPDA telah dijalankan sewaktu pada hari Rabu 29 Julai 2015. Hasil dapatan
daripada kuiz tersebut adalah:

18

16

14

12
BILANGAN MURID

10
TAHUN 4
TAHUN 5
8 TAHUN 6

2
SK
0
O
0-20 21-40 41-60 61-80 81-100
R
M
A
Jadual 1: Kuiz PPDA pelajar tahap 2 SK RKT SRI LEDANG
RK
A
H
Daripada graf diatas dapat disimpulkan kebanyakan pelajar mendapat markah yang
agak tinggi dalam kuiz yang telah diberikan. Ini disebabkan kebanyakan para pelajar memang
betul-betul fokus memberikan jawapan yang tepat. Kekuatan kuiz ini adalah walaupun soalan
yang diberikan adalah soalan KBAT tetapi pelajar mampu memberikan jawapan dengan tepat,
kerana keefektifan program ini yang memudahkan para pelajar untuk menjawab kuiz yang
diberikan.

6.0 KELEMAHAN PROGRAM MINGGU ANTI DADAH

Dapat disimpulkan kelemahan Program Minggu Anti Dadah adalah dari segi alat
pembesar suara yang kadangkala berfungsi dan kadangkala tidak berfungsi. Keadaan ini amat
menghilangkan fokus dan tumpuan para pelajar untuk mendengar penerangan daripada para
penceramah. Sebagai langkah penyelesaian, penyelaras program telah meminjam pembesar
suara tanpa wayar daripada Tuan Haji Abdul Ghaffar Bin Hasan selaku Gurubesar SK RKT SRI
LEDANG. Alhamdulilah masalah pembesar suara dapat diselesaikan dengan cepat.

7.0 KEKUATAN PROGRAM MINGGU ANTI DADAH

Banyak kekuatan hasil dapatan Program Minggu Anti Dadah ini, dapat dilihat dari segi
peratusan para pelajar untuk menjawab soalan kuiz adalah tinggi iaitu melebihi 80%. Ini kerana
mereka faham, fokus serta memahami implikasi, jenis-jenis dadah dan bahaya penyalahgunaan
dadah. Disamping itu, penggunaan pelbagai gambar-gambar aktiviti penyalahgunaan dadah
memang ternyata sangat memberi informasi kepada para pelajar. Di samping itu, peralatan
untuk menghisap dadah juga dipamerkan agar para pelajar lebih faham. selain daripada itu.
Agensi AADK juga mempamerkan peralatan yang digunakan untuk menyebat para pengedar
najis dadah serta tali hukuman gantung. Ini bertujuan untuk memberitahu dan menyampaikan
kepada para pelajar betapa sakit dan peritnya hukuman penyalahgunaan dadah. Lagu-lagu
untuk Program Minggu Anti Dadah juga memainkan peranan yang besar contohnya lagu ‘hitam
putih kehidupan, ‘Dadah Pemusnah’ dan ‘Lagu Kami Benci Dadah’. Dengan menyanyikan lagu-
lagu dadah. Para pelajar lebih memahami, pendekatan serta strategi menggunakan teknik lagu
amat berkesan dan sangat efektif dalam memahamkan para pelajar tentang penyalahgunaan
dadah.
8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya para pelajar mempunyai banyak peluang, masa serta tenaga untuk
mendalami, memahami, menyelami kesengsaraan daripada aktiviti penyalahgunaan dadah.
Terlalu banyak implikasi yang ternyata memusnahkan masa depan. Oleh yang demikian untuk
menghindari para pelajar daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak berfaedah serta
mendatangkan banyak kesan buruk ini, Program Minggu Anti Dadah diadakan sejajar dengan
kehendak kerajaan untuk meninimumkan penglibatan para pelajar dalam aktiviti yang sangat
memusnahkan masa depan.

LAMPIRAN
Rujukan
Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001. JPM Malaysia.
Amla Salleh, Zuria Mahmud & Salleh Amat. (2006). Bimbingan dan kaunseling sekolah.
Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ann Wang Seng & Khadijah Alavi. (1997). Penderaan Kanak-kanak di Malaysia. Shah
Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Berita Harian. 28 Mei 2004.

Berita Harian. 20 Ogos 2007.

Hart S.N. & M. R. Brassard. 1991. Psychological maltreatment : Progress achieved.


Development and Psychopathology 3: 71-78.

Hart S.N., R. Germain & M. R. Brassard. 1987. The challenge: to better understand and
combat psychological maltreatment of children and youths. New York : Pergamon Press.

Jal Zabdi Mohd Yusoff. (2008). Tugas Untuk Melaporkan Kes Penderaan atau Pengabaian Di
bawah Akta Kanak-Kanak 2001: Kenapakah Guru Perlu Dimasukkan Sebagai Pelapor
Statutori? Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Undang-Undang
KanakKanak 2008 di Primula Hotel Terengganu: 13 Julai 2008

Kasmini K. 1992b. Family role in the management of psychosomatic complaints in children. The
Family Physician 4 (213): 25-27.

Kasmini K. 1991. Cases of Conduct Disorders seen in Child and Family Consultation Services
Clinic, Dept. of Psychiatry, UKM. In Psychiatry in the 90’s, ASEAN perspective (ed. MP
Deva). Kuala Lumpur: MPA publication.

Khadijah Alavi. (2007). Penderaan kanak-kanak; cabaran, cegahan dan membantu.


Kuala Lumpur: Unit Penerbitan Institut Sosial Malaysia Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kaufman J. 1991. Depressive Disorders in maltreated children. J. of the American Academy of


Child and Adolescent Psychiatry, 30: 257- 265.

Laporan Akhbar Mingguan Malaysia, 28 Februari 2010


Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 2008.
http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=1135
http://azemi09.wordpress.com/2010/02/28/esei-membanteras-penderaan-ke-atas-kanak-kanak/

Skuse D. 1989. Emotional Abuse and Delay in Growth. British Med. Journal 299: 113-115.
3rd ed. Oxford: Blackwell Scientific.

Anda mungkin juga menyukai