Anda di halaman 1dari 5

PENGUCAPAN AWAM

Selamat pagi saya ucapkan kepada pensyarah, Encik Balu A/L


Subramaniam dan rakan-rakan yang saya sayangi. Pada hari ini, saya ingin
memberi ucapan tentang isu pembuangan bayi.

Pada era globalisasi ini, kes-kes pembuangan bayi sering didengari dan
berlaku dalam masyarakat Malaysia. Isu ini juga sering dipaparkan di kaca
televisyen dan di surat khabar. Bagi masyarakat yang membangun ini,
membuang bayi merupakan satu cara yang paling mudah dilakukan oleh
pasangan yang melakukan penzinaan. Hal ini akan menyebabkan kadar
jenayah pembuangan bayi semakin meningkat dan menjadi buah mulut orang
ramai. Mengapakah isu ini akan berlaku tanpa berhenti-henti?

Pada pendapat saya, punca pertama yang menyebabkan isu pembuangan


bayi berlaku ialah kesibukan ibu bapa. Hal ini kerana sebagai ibu bapa telah
gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak
menjadi insan yang bersahsiah dan berkeperibadian mulia. Mereka sibuk
dengan tugas-tugas seharian sehingga mengabaikan anak-anak. Anak-anak
yang kekurangan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka lebih
cenderung untuk mencari keseronokan di luar rumah. Hal ini menyebabkan
mereka terjebak ke dalam gejala sosial seperti melakukan seks bebas
sehingga mengandungkan anak luar nikah. Pada masa itu, barulah mereka
sedar bahawa mereka sudah membuat perkara yang amat salah dan jalan
terbaik untuk menyelesaikan permasalahan tersebut adalah dengan
membuang bayi yang dikandungkan. Perbuatan ini adalah untuk
menyembunyikan perbuatan keji mereka daripada pengetahuan ibu bapa dan
orang lain. Jelaslah bahawa kesibukan ibu bapa merupakan punca pertama
berlakunya masalah pembuangan bayi di negara kita.
Selain itu, sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru atau sikap
ingin tahu juga dapat menyebabkan isu pembuangan bayi berlaku. Sikap ingin
tahu tentang sesuatu kelainan memang wujud dalam diri seseorang remaja itu.
Kebiasaannya, mereka gemar mencuba sesuatu benda yang baru dan
menarik. Remaja berfikir bahawa mereka menjadi matang dan lebih dewasa
apabila mencuba sesuatu yang jarang dilakukan oleh orang lain. Mereka juga
beranggapan pada usia remaja mereka patut berseronok dan bergembira
sehingga melakukan perkara seperti seks bebas. Mereka seharusnya
berfikiran rasional dan bijak dalam menilai baik serta buruk apabila membuat
sesuatu perkara supaya tidak menyesal. Bak kata pepatah, “sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.

Pada pandangan saya, kesan pembuangan bayi akan memberikan kesan


yang sangat besar kepada negara. Jika gejala sosial tidak ditangani segera
akan menyebabkan sesebuah negara kehilangan pelapis generasi kepimpinan
pada masa hadapan. Hal ini akan menyebabkan pembangunan negara
terbantut. Tidak dinafikan juga ekonomi negara sukar berkembang. Hal ini
kerana kerajaan terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang banyak
untuk memastikan urusan persatuan kebajikan supaya berjalan dengan lancar.
Semakin banyak penghuni rumah kebajikan ini semakin tinggilah kos yang
diperlukan untuk mentadbirkannya dengan lancar.

Seterusnya, kes pembuangan bayi juga akan memberi impak


terhadap masyarakat sekeliling. Antara kesannya ialah menjejaskan imej
masyarakat sekeliling. Sebagai rakyat yang hidup dalam komuniti yang sama,
mereka pasti akan berasa kecewa dengan apa yang berlaku. Remaja sudah
semestinya dipersalahkan dan dipandang rendah oleh masyarakat kerana
telah melakukan gejala yang tidak moral ini. “Kerana nila setitik, rosak susu
sebelanga”. Peribahasa ini amat bertepatan dengan situasi ini.
Bagi mengatasi masalah ini daripada terus berpanjangan, ibu bapa
seharusnya memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang
sepenuhnya kepada anak-anak terutamanya pada peringkat remaja.
Walaupun ibu bapa sibuk bekerja, tetapi mereka tidak boleh mengabaikan
anak-anak mereka manakala perlu sentiasa meluangkan masa untuk
mengambil berat anak-anak. Ibu bapa mestilah memainkan peranan yang
penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak mereka supaya tidak
terjebak dalam masalah sosial ini.

Di samping itu, badan-badan NGO juga boleh memainkan peranan dalam


mengatasi gejala pembuangan bayi. Badan-badan NGO hendaklah
mengadakan program atau kempen kesedaran kepada masyarakat sama ada
di desa ataupun di bandar-bandar besar yang sedang mengalami proses
pembangunan yang pesat. Kempen ini seharusnya dilakukan secara
berterusan dan bukan hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Kesimpulannya, permasalahan dan gejala pembuangan bayi yang


melanda remaja pada hari ini sememangnya amat membimbangkan dan
mencemaskan masyarakat. Hal ini demikian kerana setiap bayi yang
dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu, semua warga masyarakat
tidak mengira kaum haruslah bersatu padu untuk membantu mencegah dan
membanteras gejala sosial supaya tidak menular dengan lebih serius serta
dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya. Bak kata pepatah ‘bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’.

Sekian terima kasih.


Rujukan:

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2003). Gejala Sosial Dalam Masyarakat


Islam: Punca dan Penyelesaian. Utusan Publications.

Aida Subri. (n.d). Kes Pembuangan Bayi. Diperoleh pada Januari 25, 2016
dari http://www.iptho.edu.my/articles.php?article_id=4

Arra Asri. (2012). Pembuangan Bayi. Diperoleh pada Januari 24, 2016 dari
http://www.slideshare.net/arranaim/pembuangan-bayi-14662250

Bradz Ld. (n.d.). Isu Pembuangan Bayi. Diperoleh pada Januari 25, 2016 dari
http://www.academia.edu/5975582/Isu_Pembuangan_Bayi
Peta I-Think:

Kawan
Pengetahuan am
Kesibukan ibu bapa

Kekurangan kasih sayang


penzinaan

Anak luar nikah Mangabaikan anak-anak Seks bebas

Takut ditahui
Gejala sosial
Bersatu padu
Ingin mencuba
Membuang bayi
Program atau kempen kesedaran

Berseronok
Pembuangan
Sentiasa mengambil berat Bayi Berfikiran tidak rasional
terhadap anak-anak
Negara kehilangan pelapis
generasi kepimpinan
Menjejaskan imej masyarakat
sekeliling Pembangunan negara terbantut

Kecewa Ekonomi negara sukar berkembang


Peranan ibu bapa

Remaja
Dipandang rendah
Peranan badan-badan NGO

Menyedarkan masyarakat

Internet Buku

Peta Bulatan

Anda mungkin juga menyukai