Anda di halaman 1dari 2

Faktor-Faktor Pembuangan Bayi pada masyarakat masa kini

Mutakhir, masalah pembuangan bayi pada golongan masyarakat masa kini amatlah
membimbangkan. Hal ini berikutan kerana kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang
asing untuk didengari di negara kita. Malah isu ini semakin bertambah dari hari ke hari dek
kelihatan seperti tiada noktahnya. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang membuatkan kes
pembuangan bayi seperti ini semakin berleluasa pada masa kini?

Antara faktor utamanya adalah kerana pihak ibu-bapa tidak menerapkan unsur-unsur
nilai murni pada diri anak-anak sejak mereka kecil. Hal ini dapat kita buktikan melalui
perilaku anak-anak pada zaman sekarang yang amatlah membimbangkan. Sebagai contoh,
kita dapat lihat bahawa terdapat ramai golongan muda yang terjebak ke dalam pelbagai
masalah sosial seperti pergaulan bebas dan sebagainya. Akan tetapi, hal ini juga dapat kita
bendung sekiranya ibu bapa memberikan perhatian yang penuh kepada anak-anak seperti
bertanyakan soalan kepada mereka jikalau mempunyai sebarang kemusykilan atau masalah di
sekolah. Ibu bapa juga mestilah memantau aktivi seharian yang dilakukan oleh anak-anak
agar mereka dapat merasakan bahawa ada individu-individu yang mengambil berat terhadap
kebajikan diri mereka. Scenario ini juga persis dengan peribahasa melayu iaitu melentur
buluh biarlah dari rebungnya, yakni ibu bapa mestilah menerapkan nilai-nilai murni dalam
diri anak-anak mereka sejak kecil lagi. Sebagai penegasan, ibu bapa wajiblah memberi acuan
yang terbaik kepada anak-anak agar dapat menjamin mereka menjadi orang yang berjaya dan
tidak terjebak ke dalam masalah sosial pada masa hadapan.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga telah menimbulkan masalah golongan muda
membuang bayi. Rakan-rakan yang negatif tidak akan teragak-agak untuk mengajak anak
muda melakukan perkara-perkara di luar norma agama dan sosial, seperti pergi ke tempat
hiburan, mengambil dadah, melepak, pertukaran percuma antara lelaki dan wanita, dan
sebagainya. Remaja yang terjerumus ke dalam adegan negatif ini melakukan hubungan
seksual yang tidak bertanggungjawab, dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mengetahui
bahawa mereka hamil. Dalam keadaan terdesak, mereka terpaksa membuang anak-anak
mereka bagi mengelak mencemarkan maruah diri dan keluarga.

Di samping itu, kurangnya didikan dan kefahaman agama dalam diri juga merupakan
salah satu faktor kepada kes pembuangan bayi. Kekurangan didikan agama yang merupakan
panduan dan pedoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam
kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas dan
sebagainya. Remaja yang melibatkan diridalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan sudah semestinya menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini mengakibatkan
remaja perempuan hamil sebelum mereka mempunyai hubungan yang sah. Dalam hal ini,
remaja yang hilang pegangan agama tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan dan
meninggalkan anak-anak mereka selepas dilahirkan. Lebih memburukkan keadaan,
sebilangan kecil remaja membunuh dan membakar bayi mereka semata-mata untuk
menghilangkan bukti hubungan luar nikah mereka.
Secara tuntasnya, semua pihak khusunya ibu bapa haruslah bersama-sama berganding
bahu bagi memastikan isu pembuangan bayi di negara ini dapat dikurangkan semampu yang
boleh. Hal ini kerana gejala pembuangan bayi merupakan satu perbuatan yang teramat keji
serta terukutuk. Kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab haruslah mencegah daripada
gejala ini menjadi semakin serius lantas membuatkan negara kita iatu Malaysia dipandang
enteng oleh negara-negara membangun yang lain.

Anda mungkin juga menyukai