Anda di halaman 1dari 5

NAMA: NURUL AZREEN BINTI ZAIDI GINDI

OPSYEN: BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH

Tingkah Laku Seksual Remaja


Perilaku seksual adalah perilaku yang bertujuan untuk menarik perhatian berlawanan
jantina. kegiatan yang dilakukan untuk memenuhi dorongan seksual atau kegiatan
mendapatkan kesenangan organ kelamin melalui berbagai-bagai perilaku. Antara punca
perilaku seksualiti dalam kalangan remaja adalah perasaan ingin mencuba. Sepanjang
proses perkembangan remaja cenderung terpengaruh dengan persekitaran.
Golongan remaja sukar mengawal perasaan untuk sentiasa melibatkan diri dalam
semua perkara. Kecelaruan mencari identiti semasa peringkat remaja sangat aktif agar
sepadan dengan kehendak masing-masing. Implikasi kecelaruan jati diri akan menyebabkan
remaja menurut kehendak hati semata-mata. Contohnya, remaja yang mempunyai
pasangan sekiranya duduk berduaan boleh menyebabkan mereka ingin melakukan
perbuatan seks. Seorang remaja perlu mengatakan tidak terhadap ajakan pasangan yang
ingin melakukan seks luar nikah.
Seterusnya, remaja yang terjebak dalam perilaku seksual berpunca daripada
pengaruh rakan sebaya. Apabila remaja sukar mengawal perasaan ingin mencuba
seterusnya mengakibatkan mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya. Remaja akan mula
melakukan aktiviti seksual yang tidak sihat apabila bersama dengan pasangan. Manakala,
rakan sebaya kebejatan akidah juga akan lebih mendorong dan mencabar rakannya untuk
mencuba. Remaja perlu mencari kawan yang baik seperti sentiasa menasihati dan menegur
kesalahan yang dilakukan.
Di samping itu, kes tingkah laku seksual remaja disebabkan oleh ibu bapa yang
kurang memberi perhatian terhadap aktiviti anak-anak. Remaja yang kurang mendapat
perhatian ibu bapa cenderung melakukan perkara luar jangkaan. Terdapat ibu bapa yang
sibuk bekerja akan letih dan membiarkan anak bebas bergerak. Pergerakan remaja yang
tidak terkawal oleh ibu bapa akan mudah untuk mencari rakan sebaya.

Pembuangan Bayi
Sejak akhir-akhir ini kes pembuangan bayi amat meruncing terutamanya dalam kalangan
remaja. Kes pembuangan bayi ini berpunca daripada individu, keluarga dan masyarakat.
Apabila fenomena ini sukar diatasi mendatangkan impak yang negatif dan akan terus
menjadi jarum dalam daging dalam masyarakat. Oleh itu, modus operandi yang bertepatan
akan diperihalkan daripada sudut tanggungjawab individu, ibu bapa dan kerajaan

Individu yang terlibat dalam kes pembuangan bayi disebabkan oleh pergaulan bebas
remaja lelaki dan perempuan. Remaja yang tidak mengawal hubungan sosial ketika
bersama berlainan jantina akan mengakibatkan mereka melebihi batas pergaulan.
Contohnya, menatap mata antara lelaki dan perempuan akan menimbulkan perasaan berahi
dan sentuhan akan berlaku. Sentuhan yang sedikit seterusnya mendesak golongan remaja
untuk melakukan lebih daripada sentuhan biasa.
Lumrah proses perkembangan remaja tidak dapat dinafikan apabila terdapat
perasaan ingin mencuba yang sangat tinggi. Sentuhan demi sentuhan mengakibatkan
anggota lain juga terdorong melakukan persetubuhan. Persetubuhan luar nikah tersebut
menyebabkan remaja terpaksa melahirkan anak pada usia yang muda. Dalam pada itu,
terpaksa berhadapan dengan keluarga dan masyarakat mendesak remaja untuk tidak
menerima kelahiran bayi. Rentetan itu, menimbulkan kes pembuangan bayi dalam kalangan
remaja.
Isu pembuangan bayi juga terjadi apabila pengaruh daripada rakan sebaya sukar
ditangani. Contohnya, remaja lelaki sentiasa dicabar dengan sifat kelakian dengan
melakukan hubungan seksual bersama perempuan. Remaja lelaki yang tercabar akan
mengajak pasangan untuk melakukan seks untuk menunjukkan kejaguhan tersebut.
Implikasi terhadap pasangan perempuan akan menanggung malu dan lelaki tidak akan
bertanggungjawab kerana keinginan tersebut hanya memenuhi permintaan rakan semartamata. Lantaran itu, remaja perempuan akan terbabit dengan kes pembuangan bayi kerana
tidak mampu menanggung kesalahan tersebut seorang diri.
Selain itu, pembuangan bayi berakar umbi daripada keluarga yang bermasalah.
Faktor keluarga bermasalah akan mempengaruhi sikap remaja yang masih memerlukan
perhatian dan didikan yang cukup. Remaja yang kurang mendapat didikan agama
khususnya, terdorong terlibat pergaulan bebas lantas melakukan hubungan seks untuk
mencari keseronokan. Hasil hubungan seks berleluasa mengakibatkan kelahiran anak luar
nikah dan remaja enggan mengambil risiko serta berhadapan masalah keluarga akan
terlibat kes pembuangan bayi.
Langkah yang perlu diambil individu ialah menggelakkan diri daripada bergaul
dengan berlainan jantina terlalu bebas dan kerap. Seseorang individu perlu berhati-hati
dengan ajakan pasangan. Katakan tidak untuk ajakan berhubungan seks luar nikah
merupakan langkah terbaik menggelakkan pasangan terjebak dalam pembuangan bayi.
Seterusnya, ibu bapa hendaklah menerapkan didikan agama dan sentiasa
memantau aktiviti anak-anak. Ibu bapa wajar bertanya siapa rakan sebaya anak-anak. Oleh
hal yang demikian, amat mustahak agar remaja merasakan diri mereka tidak bebas untuk

melakukan perkara yang tidak bermoral. Bukan itu sahaja, didikan agama juga perlu dalam
membentuk akhlak anak-anak. Apabila remaja berpegang dengan ajaran agama maka
maksiat akan terhindar.
Pihak kerajaan pula perlu memberi khidmat nasihat kepada remaja yang terlibat
dalam kes pembuangan bayi agar mereka merasakan diri masih diterima masyarakat.
Kerajaan juga perlu giat menjalankan ceramah untuk memupuk kesedaran nilai
kemanusiaan dalam kalangan remaja.

Sumbang Muhram
Sumbang muhram merupakan perbuatan keji yang dilakukan dengan darah daging sendiri.
Kes ini menular dalam masyarakat hari ini kerana berpunca daripada kecanggihan
teknologi, ketidakpuasan hubungan intim dan faktor perempuan. Kesan kes ini dapat
menyebabkan individu yang terlibat stress, masalah personaliti dan terasing dalam
masyarakat. Namun, permasalahan ini dapat dibendung dengan sekatan media, peneguhan
iman dan menjaga aurat.
Kecanggihan teknologi menyebabkan seseorang individu cenderung melihat iklaniklan lucah secara langsung atau tidak. Keadaan ini mendorong individu untuk melihat
dengan lebih lanjut kerana perasaan ingin tahu yang mendalam. Lantaran itu, untuk
memuaskan nafsu dan terpengaruh aksi lucah yang ditonton akan menyebabkan anak
perempuan menjadi mangsa. Seterusnya, ketidakpuasan untuk melakukan hubungan intim
dengan isteri menyebabkan si suami melepaskan nafsu dengan anak perempuan. Kes ini
menjadi serius apabila si anak gadis berpakaian yang mengghairahkan.
Kesan penyalahgunaan kecanggihan teknologi menyebabkan seseorang mudah
untuk mengakses bahan-bahan lucah. Apabila perkara ini berlanjutan mengakibatkan anak
perempuan dalam dilema untuk menceritakan dengan orang. Berikutan itu, seseorang itu
akan menjadi stress, bermasalah dan berasa diri tidak diterima masyarakat dek melakukan
hubungan dengan darah daging sendiri.
Langkah yang boleh diambil seperti melakukan sekatan media agar individu tidak
mudah

mengakses

bahan-bahan

lucah.

Sementara

itu,

individu

pula

hendaklah

mengukuhkan keimanan terhadap ibadah agar terpelihara hati dan dapat mengelakkan diri
aktiviti melakukan maksiat. Manakala perempuan hendaklah menjaga pemakaian supaya
tidak menimbulkan keghairahan pihak lelaki.

Anak Luar Nikah


Anak luar nikah adalah anak yang dilahirkan tanpa ikatan yang sah. Perbuatan ini
berpunca daripada remaja yang kurang pegangan agama dan pendedahan bahan lucah.
Implikasi punca tersebut mengakibatkan remaja melakukan seks tanpa ikatan sah. Langkah
yang boleh diambil ialah melakukan amal ibadah wajib dan sunat secara konsisten dan
melakukan banyak riadah sihat.
Remaja yang kurang pegangan agama cenderung melakukan perkara yang tidak
bermoral kerana tidak menghiraukan hukuman dunia atau akhirat. Maka, golongan ini
mudah terpedaya dengan hiburan yang melalaikan bersama pasangan. Rentetan itu, remaja
akan melibatkan diri untuk mengisi kelapangan tanpa ibadah dengan melihat bahan lucah di
internet. Kesan perbuatan tersebut terhadap pasangan yang bercinta ataupun tidak akan
mengikut hawa nafsu demi memenuhi kehendak seks.
Langkah yang boleh diambil seseorang itu ialah melakukan banyak ibadah dan
menghadirkan

diri

ke

program

kerohanian

agar

terpelihara

diri

melakukan

maksiat.Seseorang itu juga boleh melakukan aktiviti fizikal seperti bermain permainan dan
berjogging agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat berbanding menonton bahan
lucah.

Kehamilan Remaja
Kehamilan remaja yang tidak direncanakan akan mengakibatkan perubahan sosioemosi dan
fizikal. Punca kehamilan remaja akibat daripada pengetahuan yang cetek, trend dalam
berpasangan

dan

perubahan

zaman.

Kesan

permasalahan

yang

berlanjutan

ini

mengakibatkan remaja menghadapi masalah psikologi dan masalah pranikah. Langkah


yang boleh diambil seperti pendidikan seks dalam kalangan remaja.
Pengetahuan yang cetek mengakibatkan remaja akan melakukan perhubungan luar
nikah. Hubungan seks dalam lingkungan umur 14-19 tahun berpunca daripada pengetahuan
pendidikan seks yang kurang di rumah ataupun di sekolah. Di samping itu, trend dalam
berpasangan yang menganggap hubungan seks pranikah adalah suatu keperluan setiap
pasangan bercinta. Tambahan pula, perubahan zaman yang berkaitan fahaman hendonisme
mampu mempengaruhi pemikiran remaja. Sehubungan itu, menyebabkan kegiatan seks luar
nikah dan si perempuan menanggung kehamilan pada usia remaja. Kesan kehamilan
remaja ialah masalah psikologi iaitu ketakutan, kecewa, hilang keyakinan dan rendah diri.
Masalah pranikah yang akan dihadapi seperti berisiko kematian bayi, masalah pendarahan,
keguguran dan kesukaran bersalin.

Langkah seperti memberi pendidikan seks kepada golongan remaja amat penting.
Pendidikan seks wajar diberikan sama ada di sekolah ataupun di rumah. Ibu bapa
hendaklah bersikap terbuka untuk memberi didikan tentang seks luar nikah yang dapat
memberi kesan negatif terutamanya usia muda.

Manakala pihak guru di sekolah perlu

memberi penekanan terhadap kesan kehamilan dalam kalangan remaja.

Anda mungkin juga menyukai