Anda di halaman 1dari 1

Pendekatan berpusatkan guru dilihat sebagai pengajaran kurang berkesan apabila

berteraskan kepada mazhab behaviourisme. Guru yang hanya menggunakan kaedah


tersebut dijustifikasikan sebagai tahap kesedaran yang kurang memberangsangkan.
Menurut Shamsina Bt Shamsuddin (2010) menyatakan bahawa ciri-ciri guru yang dalam
kategori Tahap I (lemah) akan mengajar secara tidak berstruktur dari aspek perkembangan
isi kandungan malahan penyataan hasil pembelajaran tidak dikongsikan dengan murid serta
tiada rancangan untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman murid.
Corak pengajaran dan pembelajaran bagi guru yang menerapkan tahap kesedaran
tinggi pula berbeza. Buktinya, guru akan mengaplikasikan teori pembelajaran dan
pengajaran secara subordinat dan superdinat agar keberkesanannya menyumbang kepada
hasrat kurikulum dalam bidang pendidikan (Alice Kong et. al, 2009). Di samping itu, guru
akan melibatkan pelajar secara aktif melalui gabungan pembelajaran psikomotor dan
intelektual agar tidak mendominasikan sesi pengajaran dalam bilik darjah. Kaedah tersebut
akan memberangsangkan pengetahuan pelajar dan kefahaman yang utuh.

Anda mungkin juga menyukai