Anda di halaman 1dari 2

ISU GURU MASIH MENGGUNAKAN KAEDAH TRADISIONAL

Setelah KBSM berusia lebih dari 10 tahun, didapati amalan guru dalam melaksanakan kurikulum  tersebut,
pada keseluruhannya adalah masih berpusatkan kepada guru dan terikat dengan kaedah tradisional (Abdul
Razak & rakan-rakan 1996). Masalah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dihadapi oleh
pelajar di Malaysia tetapi ia juga adalah masalah sejagat. Walaupun pelbagai kaedah telah didedahkan namun
terdapat sebilangan guru yang masih menggunakan kaedah tradisional seperti pengajaran yang berpusatkan
guru dan bukannya berpusatkan pelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru
dan bergantung seratus peratus kepada buku teks adalah antara faktor yang dikenal pasti menyebabkan
pelajar cepat merasa bosan dan hilang minat. Sememangnya para guru dinasihatkan menggunakan buku teks
tetapi guru juga seharusnya menambah isi pengajaran mereka dari sumber-sumber lain seperti internet, buku
rujukan dan persekitaran.
Tambahan pula, ada juga buku teks yang tidak mempunyai ilustrasi menarik sekaligus membuatkan
pelajar bosan. Kaedah ‘chalk and talk’ adalah kaedah yang sangat popular di kalangan guru. Kaedah ini
bukannya tidak bagus tetapi cikgu sepatutnya pandai mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka agar tidak
bosan. Para guru juga lebih menekankan pembelajaran yang boleh meningkatkan prestasi sekolah daripada
menumpukan pembelajaran sepanjang hayat. Oleh itu kaedah chalk and talk digunakan kerana ia lebih
menjimat masa dan peralatan bahan mengajar tidak diperlukan. Terdapat guru yang masih menggunakan
pendekatan latih tubi tanpa memberi penerangan konsep yang mencukupi. Misalnya pengajaran dan
pembelajaran sains banyak melibatkan kemahiran proses sains dan manipulatif yang memerlukan daya
pemikiran dan kreativiti yang tinggi. (Mohamad Khatim, 2001). Pembelajaran memerlukan kefahaman
konsep yang lebih tinggi. Tanpa kefahaman, pelajar hanya menghafal. Amalan menghafal ini masih mengikut
dasar kurikulum lama (KLSM) yang menekan kaedah ini. Tanpa sedar, para guru menekankan teknik hafalan
tanpa penerangan konsep yang betul dan tepat. Teknik ini bukan sahaja menghasilkan pelajar yang kuat
menghafal tetapi membantutkan semangat inkuiri mereka. Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan
penghayatan kurang diberi perhatian sewajarnya.

Kesan
Penggunaan cara tradisional secara seratus peratus di dalam kelas membuatkan pelajar
hilang tumpuan seterusnya membuatkan mereka bosan. Mungkin untuk lima belas minit
pertama, mereka boleh fokus. Bagi pelajar yang menggunakan imaginasi mereka untuk
memahami sesuatu konsep, penggunaan buku teks secara sepenuhnya membantutkan
semangat inkuiri mereka.
Pendekatan hafalan pula yang mana melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas
telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak bermakna
(Ibrahim, 1994). Pelajar lebih banyak menghafal rumus yang sedia ada ataupun petua yang
dicipta guru tanpa mengetahui konsep sebenar. Tanpa kita sedari, situasi sebegini akan
membuatkan pelajar hanya menghafal kandungan pelajaran sebelum masuk ke dewan
peperiksaan. Jadi, gagal sudah peranan guru untuk menjadikan proses pengajaran  dan
pembelajaran yang berpusatkan pelajar malah situasi ini telah menghasilkan pelajar
yang exam-oriented. Disebabkan semangat inkuiri pelajar tidak dicungkil dengan lebih
mendalam, mereka tidak dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Mereka hanya menerima
apa sahaja yang diperkatakan guru tanpa ada keraguan.

Langkah Mengatasi
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa kaedah pengajaran guru
mempengaruhi pemahaman konsep dan keseronokan untuk belajar. Jadi, untuk mencapai
matlamat Wawasan 2020, guru mestilah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Mereka perlu meningkatkan ilmu pengetahuan seiring dengan
perkembangan semasa. Untuk mengelakkan pelajar berasa bosan di dalam kelas, guru
perlu mengaplikasikan pembelajaran secara kontekstual. Pembelajaran secara kontekstual
ini adalah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan, pengetahuan sedia
ada dan persekitaran. Dengan menggabungkan elemen-elemen tersebut, pelajar tidak
akan bosan dan sekaligus guru telah menggalakkan pelajar berfikir dan dapat
meningkatkan semangat inkuiri mereka. Brunner (1960), telah menekankan bahawa
pembelajaran merupakan satu proses dimana pelajar membina idea baru atau konsep
berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Brooks & Brooks (1993) menyatakan
bahawa pelajar membina makna tentang dunia dan mensintesiskan pengalaman baru
kepada apa yang mereka fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui
refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Sehubungan itu wajarlah
pengajaran amali berasas inkuiri penemuan diketengahkan bagi meningkatkan
pemahaman pelajar.
Seiring dengan zaman moden ini, proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
pelajar sangat bersifat praktikal. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di dalam kelas untuk
mengelakkan pelajar hanya menghafal sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Oleh itu,
kita mampu melahirkan pelajar yang mampu menyelesaikan masalah harian yang
melibatkan konsep atau kemahiran berkaitan mana-mana subjek. 

Anda mungkin juga menyukai