Anda di halaman 1dari 7

2.

0 Secara individu menghuraikan strategi-strategi dan kaedah-kaedah


pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan perbezaan individu,
gaya pembelajaran serta motivasi murid untuk mencapai matlamat KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sejak tahun 2011
sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi
memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan
untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21 (Berita
Harian Online, 29 Disember 2011). Hasrat KSSR untuk melahirkan insan yang
seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi,
sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri.
Kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. (Laman Web Rasmi Bahagian
Pembangunan Kurikulum, 23 Februari 2015). Bertitik tolak daripada itu, murid yang
mengikuti KSSR akan mempunyai beberapa asas-asas seperti menjadi insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial, warganegara yang
bertanggungjawab, warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global
Player) dan pekerja berilmu.
Untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan, segalanya bermula dengan
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan. Bagaimana untuk
memastikan agar proses PdP yang dijalankan berkesan? Segalanya bermula
dengan peranan guru disamping kerjasama daripada setiap murid di dalam kelas.
Terdapat tiga aspek penting yang perlu dititikberatkan iaitu perbezaan individu,
gaya pembelajaran dan motivasi murid. Ketiga-tiga aspek berikut merupakan aspek
penting yang tidak boleh dipandang enteng oleh setiap guru. Oleh itu, setiap guru
perlu menghayati ketiga-tiga aspek ini supaya matlamat KSSR dapat dicapai.
2.1 Perbezaan individu
Tidak dapat dinafikan setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza. Oleh
itu, setiap guru perlu memahami setiap perbezaan yang ada dalam kalangan
muridnya.

Menurut

Noriati

(2009),

personaliti

milik

seseorang

individu

menjadikannya berbeza dengan individu lain yang memudahkan kita memahami


pelbagai ragam perlakuan manusia. Perbezaan antara individu ini akan semakin
jelas dan seterusnya membentuk personaliti setiap individu serta corak kehidupan
masing-masing.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru perlu mengenal pasti jenis
personaliti yang ada dalam kalangan pelajar supaya dapat menggunakan strategi
serta kaedah yang sesuai, misalnya personaliti introvert dan ekstrovert.

Oleh itu, setiap guru perlu memahami konsep perbezaan individu ini supaya tidak
berlaku perbandingan antara seorang murid dengan murid lain. Akhir sekali, melalui
perbezaan individu ini juga guru dapat membantu murid untuk mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri masing-masing seterusnya merancang
dan melaksanakan PdP yang berkesan.
2.2 Gaya Pembelajaran
Menurut Noriati (2009), gaya pembelajaran bermaksud cara seseorang menerima
dan memproses maklumat dalam pelbagai cara yang berbeza. Setiap individu
mempunyai peluang untuk menerima dan memproses maklumat dalam cara yang
berbeza-beza. Perbezaan dalam melakukan sesuatu itu diklasifikasikan kepada dua
jenis murid iaitu penerima konkrit dan abstrak serta pemproses yang aktif dan
reflektif (Mohd, 2013).
Menurut Mok (2005) pula, gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar
memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperoleh maklumat, ilmu
atau pengalaman yang baru. Dunn dan Dunn (1982) dalam buku Learning Style
Inventory Development and Research , menghuraikan gaya pembelajaran sebagai
cara bagaimana unsur-unsur daripada lima rangsangan, iaitu persekitaran, emosi,
sosial, fisiologi dan psikologi, dapat mempengaruhi keupayaan seseorang individu
untuk

memahami,

berinteraksi

dan

bertindak

balas

kepada

persekitaran

pembelajarannya (Mok, 2005).


Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa gaya pembelajaran merupakan cara
seseorang individu bertindakbalas terhadap persekitarannya untuk memproses
maklumat, ilmu pengetahuan atau pengalaman baru.

2.3 Motivasi murid


Menurut Mohd (2013), motivasi bermaksud sesuatu kuasa yang mendorong
seseorang untuk melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat atau kejayaan.
Kamarudin (1993) pula berpendapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
motivasi dianggap sebagai salah satu unsur penting yang membolehkan murid-murid
melibatkan diri secara aktif, di samping menjadikan proses pembelajaran itu
berlangsung dalam keadaan yang bermakna, berfaedah dan menggembirakan
(Mohd, 2013).
Terdapat dua jenis teknik motivasi yang boleh digunakan dlaam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
Motivasi intrinsik bermaksud sifat semula jadi untuk untuk belajar serta dorongan
yang terdapat dalam diri seseorang. Bagi motivasi ekstrinsik pula ianya merupakan
motivasi yang diwujudkan daripada faktor persekitaran.
Oleh itu, guru perlu memahami jenis teknik motivasi ini terutamanya motivasi
ekstrinsik supaya dapat diaplikasi semasa proses PdP. Motivasi ekstrinsik ini paling
sesuai digunakan, misalnya memberi pujian, hadiah dan penghargaan kepada murid
apabila mereka berjaya menyelesaikan sesuatu aktiviti atau tugasan yang diberi.
Motivasi ini adalah sebagai suatu inisiatif untuk mendorong murid kea rah kejayaan
serta tingkah laku yang produktif di dalam kelas.
3.0 Strategi dan Kaedah pengajaran dan pembelajaran
Mengikut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur
untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Di dalam bidang pendidikan, konsep
strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan
merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif
pelajaran yang telah ditentukan (Mok, 2005).
Bagi sesuatu PdP, strategi merangkumi pemilihan kaedah dan teknik mengajar
berdasarkan pendekatan, penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara
sistematik mengikut teori dan prinsip pembelajaran. Selain itu, pengagihan masa dan
langkah mengajar untuk setiap kaedah dan teknik mengajar telah disusun, agihan
bahan pelajar mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan teknik mengajar dan
pengurusan kelas mengikut pendekatan, kaedah dan teknik mengajar yang sesuai.

Terdapat empat jenis strategi pengajaran dan pembelajaran iaitu strategi


pemusatan guru, strategi pemusatan murid, strategi pemusatan bahan dan strategi
berasaskan tugasan atau aktiviti.
Bagi kaedah mengajar ianya merujuk kepada satu siri tindakan guru yang
sistematik dan berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih, dengan tujuan
mencapai objektif pelajaran dalam masa jangka pendek (Mok, 2005). Selain itu,
kaedah mengajar juga dapat digunakan sebagai teknik mengajar apabila ianya
dilaksanakan dengan suatu teknik yang sesuai.

Contoh kaedah dan teknik

pengajaran dan pembelajaran ialah belajar sambil bermain, main peranan, bercerita,
simulasi, syarahan dan sebagainya.
3.1 Strategi Pemusatan Guru
Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang telah lama diamalkan di sekolah. Guru memainkan peranan utama apabila
menguasai dan mengawal segala aktivti pelajaran. Guru akan memberikan
penerangan manakala murid hanya mendengar sahaja dan ianya hanya melibatkan
interaksi sehala.
Strategi ini sesuai bagi murid yang mempunyai personaliti introvert kerana
mereka akan lebih memberi tumpuan terhadap penerangan yang diberikan. Selain
itu, murid ini juga lebih pendiam berbanding murid yang mempunyai personaliti
ekstrovert.
Antara kaedah dan teknik yang sesuai untuk digunakan ialah kaedah penerangan,
bercerita, demonstrasi dan syarahan. Sebagai contoh guru menggunakan kaedah
bercerita, pertama guru perlu memilih cerita yang sesuai dengan minat, kebolehan,
umur dan pengalaman murid serta objektif pelajarannya. Hal ini supaya isi pelajaran
dapat difahami, diingati dan dihayati sebaik mungkin.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) seperti
kad-kad perkataan, gambar, patung atau topeng yang bersesuaian dengan isi
pelajaran agar dapat menarik minat dan perhatian murid. Suara dan intonasi guru
juga sangat penting dalam menyampaikan cerita di samping ekspresi wajah supaya
menarik perhatian, mempunyai unsur suspen dan mengembangkan daya imaginasi

murid. Namun begitu, guru perlu memastikan murid-murid bersedia sebelum


memulakan penceritaan. Dalam penceritaan juga, guru perlu memilih perkataan
serta ayat mudah supaya murid tidak terkeliru.
Motivasi murid pula mula terbentuk apabila guru memberi pujian dan
penghargaan kepada murid. Hal ini kerana guru yang mendominasi proses PdP dan
murid hanya memberi fokus kepada guru. Misalnya guru memuji murid yang
memberi tumpuan. Melalui peneguhan positif ini murid akan berasa gembira dan
akan lebih fokus terhadap setiap isi penyampaian guru seterusnya dapat memahami
dan menghayati isi pelajaran.
3.2 Strategi Pemusatan Murid
Strategi ini memfokuskan kepada murid dengan memainkan peranan paling
penting dalam proses PdP. Murid sangat digalakkan untuk melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti PdP manakala guru hanya bertindak sebagai pembimbing murid
dalam menjalankan aktiviti.
Pemusatan murid melibatkan interaksi dua hala iaitu di antara guru dengan murid.
Murid digalakkan memberi pendapat masing-masing melalui kaedah perbincangan.
Selain itu, secara tidak langsung dapat memupuk sifat sosial positif seperti tolongmenolong, bekerjasama dan bertolak ansur.

Strategi ini sangat sesuai bagi

kumpulan murid yang mempunyai gaya pembelajaran aktivtis kerana mereka lebih
cenderung untuk meneroka sendiri sesuatu perkara, mempunyai sifat inkuiri yang
tinggi serta bergerak pntas dan memberi tindak balas dengan cepat.
Antara teknik dan kaedah yang sesuai digunakan ialah inkuiri-penemuan,
bermain, simulasi, main peranan dan sumbangsaran. Sebagai contoh guru memilih
kaedah permainan iaitu belajar sambil bermain. Belajar sambil main ialah sesuatu
kaedah dan teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan
aktiviti bepura-pura di bawah keadaan terkawal (Mok, 2005). Melalui kaedah ini
murid-murid berpeluang untuk mengembangkan potensi intelek, jasmani, rohani,
sosial dan mengukuhkan kemahiran baru yang dipelajari.
Kebiasaanya aktiviti ini akan dijalankan untuk aktiviti pengukuhan , pengayaan
dan pemulihan selepas pembelajaran bahasa, matematik dan sebagainya. Misalnya
guru membuat permainan bahasa iaitu permainan Sahiba. Guru memberi

penerangan ringkas tentang permainan dan murid dibahagikan mengikut kumpulan


kecil dan guru hanya memantau.
Sebagai motivasi kepada murid, pasukan pemenang akan diberi ganjaran seperti
hadiah atau penghargaan manakala galakan dan kata-kata semangat agar kumpulan
lain terus berusaha untuk berjaya.

3.3 Strategi Pemusatan Bahan


Bahan diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan
pembelajaran. Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti
carta, peta, gambar, model, video dan slaid manakala bahan pembelajaran pula ialah
bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks,
bahan bercetak, ala-alat ujikaji dan komputer.
Strategi ini sangat sesuai digunakan kepada golongan pelajar yang memiliki gaya
pembelajaran pragmatis. Kumpulan murid ini lebih gemar menggunakan bahanbahan konkrit untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Oleh itu, dalam proses PdP,
guru akan menggunakan bahan seperti komputer, carta, gambar, rajah dan
sebagainya yang bersesuaian dengan isi pelajaran.
Guru perlu cekap dan kreatif dalam menghasilkan bahan terutamanya seperti
rajah, gambar atau slaid di samping mampu menarik minat murid-murid untuk
belajar. Hal ini kerana penggunaan bahan bantu mengajar ini dapat membantu murid
memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas. Misalnya bagi subjek Sains
tentang tajuk Kitaran Hujan, guru dapat mempamerkan gambar kitaran dari satu
peringkat kepada peringkat seterusnya menggunakan gambar, rajah atau slaid.
Antara kelebihan penggunaan bahan ialah dapat melatih murid belajar tanpa
bantuan daripada guru. Hal ini secara tidak langsung dapat membentuk motivasi
intrinsik dalam diri murid kerana bahan tersebut dapat merangsang murid untuk terus
meneroka dan menghayati isi pengajaran.

3.4 Strategi berasaskan tugasan atau aktiviti


Aktiviti bermaksud gerak kerja atau tindakan. Dalam konteks pendidikan, ia
merupakan segala gerak kerja yang dijalankan oleh guru dan murid-murid untuk
mencapai objektif pelajaran.
Mengikut John Dewey (1910), pelajaran harus berasaskan kepada aktiviti murid
(Mok, 2005). Melalui aktiviti ini potensi seseorang murid dapat dikembangkan
sepenuhnya dengan menyeluruh dan bersepadu. Guru akan melibatkan murid untuk
melakukan aktiviti secara praktikal. Aktiviti ini lebih berkesan kerana penglibatan
murid secara sepenuhnya menyebabkan murid lebih seronok untuk belajar
seterusnya proses PdP lebih berkesan.
Aktiviti ini sesuai untuk semua kategori pelajar kerana tidak memfokuskan kepada
mana-mana kategori murid.. Antara kaedah yang sesuai digunakan ialah kaedah
perbincangan. Misalnya guru memberi tajuk tentang Contoh perbuatan yang baik.
Murid akan diagih mengikut kumpulan kecil dan guru hanya membimbing murid
membuat rumusan tentang isi perbincangan mereka.
Setiap murid akan diberi peluang untuk melontar pendapat masing-masing,
secara tidak langsung memotivasikan murid dengan perasaan ingin tahu. Selain itu,
murid juga akan mencuba untuk membuat rumusan sendiri terhadap isi
perbincangan mereka. Akhir sekali, peneguhan positif dapat diberi supaya murid
akan berusaha untuk menyiapkan tugasan dengan baik.
Sebagai rumusan setiap strategi pengajaran dan pembelajaran ini sesuai untuk
digunakan mengikut tajuk dan isi pelajaran. Bagi memastikan proses PdP berkesan
dan mencapai matlamat KSSR, guru perlu memainkan peranan penting dan lebih
kreatif dengan mempelbagaikan kaedah dan teknik bagi menarik minat murid dan
memudahkan murid memahami setiap yang telah dipelajari seterus mengaplikasikan
dalam kehidupan seharian.

Anda mungkin juga menyukai