Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

TUGASAN PROJEK
PROGRAM: PISMP PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN RENDAH (PIM)

NAMA PELAJAR:

KOD DAN NAMA KURSUS: EDU3033


MURID DAN ALAM BELAJAR

Semester/Tahun: JAN MEI / 2015

TARIKH
MULA

TUGASAN A: 13 FEBRUARI 2015


TUGASAN B: 02 MAC 2015

TARIKH
HANTAR

TUGASAN A: 27 FEBRUARI 2015


TUGASAN B: 13 MAC 2015

Hasil Pembelajaran Kursus:


1.
2.
3.
4.
5.

Menjelaskan konsep alam belajar dan pengajaran dan pembelajaran.


Membincangkan kepentingan alam belajar dalam perkembangan dan pembelajaran
murid.
Menghuraikan teori-teori pembelajaran utama dan implikasi terhadap pengajaran dan
pembelajaran.
Mengaplikasi pengetahuan tentang perbezaan individu, gaya pembelajaran dan
motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Memilih pendekatan serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
berdasarkan keperluan murid.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5.


Objektif Tugasan:
Pelajar dapat menguasai kemahiran berikut:
1.
2.
3.
4.

Menghasilkan satu permainan tradisional atau moden untuk kursus major pelajar serta
menjelaskan peranan permainan tersebut dalam konsep alam belajar.
Membincangkan bagaimana permainan tersebut membantu perkembangan dan
pembelajaran kanak-kanak di sekolah rendah.
Menghuraikan bagaimana permainan tersebut mengintegrasikan satu teori pembelajaran.
Mengaplikasikan pengetahuan tentang perbezaan individu, gaya pembelajaran dan
motivasi murid ke dalam strategi-strategi dan kaedah-kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang dipilih untuk mencapai matlamat KSSR.

Tugasan A (Tugasan Individu) Penulisan Akademik (50%)


1

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sejak tahun 2011 sebagai usaha
menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa
serta menghadapi cabaran abad ke-21 (Berita Harian Online, 29 Disember 2011).
Berdasarkan pernyataan di atas, pilih serta bincangkan strategi-strategi dan kaedah-kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mencapai matlamat KSSR, dengan
mengaplikasikan aspek-aspek perbezaan individu, gaya pembelajaran dan motivasi murid.

Tugasan B (Tugasan Kumpulan) - Projek (30%)


Pembelajaran secara tradisional di mana guru banyak menggunakan kaedah kapur tulis dan
cakap sahaja sering mengakibatkan murid berasa bosan, mengantuk dan kurang fokus terhadap
pengajaran guru. Oleh itu, pembelajaran secara kreatif amat penting untuk menarik minat murid
menjalani sesi pembelajaran semasa di sekolah.
Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki:
a. Menghasilkan satu permainan tradisional atau moden dan seterusnya menghuraikan
bagaimana permainan tersebut dijalankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
kursus major anda
b. Menjelaskan peranan permainan tersebut dalam konsep alam belajar
c. Menghuraikan bagaimana permainan tersebut mengintegrasikan satu teori pembelajaran
d. Membincangkan bagaimana permainan tersebut membantu perkembangan dan
pembelajaran kanak-kanak di sekolah rendah.

Tugasan C (Individu) - Kuiz (20%)


Tarikh: 2 April 2015
Kuiz mengandungi 20 soalan isi tempat kosong. (HP 1-5)

Prosedur:
2

i.

Panjang penulisan akademik (tugasan individu) adalah di antara 1,200 1,500 patah
perkataan. Tugasan B (kumpulan) terdiri daripada 2 orang dalam satu kumpulan. Panjang
tugasan kumpulan adalah tidak ditetapkan tetapi bergantung kepada ketepatan pelajar
menjawab soalan tugasan. Kedua-dua tugasan perlu bertaip dengan saiz fon Arial 11 dan
langkau 1.5 baris.

ii.

Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan dan sumber internet.

iii. Rujukan prosedur mengikut format dan gaya APA (American Psychological Association).
iv. Penulisan harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.
v.

Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

vi. Kedua-dua tugasan ini ditaksir berdasarkan kepada kriteria pemarkahan (sila rujuk
kepada rubrik pemarkahan).

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

_______________________
(REGINA WOON AI LENG)
Penyelaras Kursus EDU3033
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Gaya

_______________________
(NURSALINA ABDULLAH)
Pakar Bidang
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Gaya

Disahkan oleh :
________________________
(GEORGE THOMAS)
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Gaya
Panduan Untuk Tugasan Individu (Penulisan Akademik)
Format
3

(a)

Panjang penulisan akademik adalah di antara 1,200 1,500 patah perkataan, bertaip
dan langkau 1.5 baris. Gunakan fon Arial 11 saiz 11.

(b)

Perlu ada muka depan tugasan yang lengkap dengan maklumat-maklumat berikut:
x
x
x
x
x

Nama pelajar
Angka giliran
No. Kad Pengenalan
Kod & Nama kursus
Tajuk Penulisan Akademik : Secara individu menghuraikan strategi-strategi
dan kaedah-kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai berdasarkan
perbezaan individu, gaya pembelajaran serta
motivasi murid untuk mencapai matlamat KSSR
x Nama pensyarah akademik
x Tarikh hantar
(c)

Lampirkan senarai rujukan. Cara merujuk perlu mengikut Publication Manual of the
American Psychological Association (APA).

Pengenalan
(a)

Memperkenalkan topik. Anda boleh memberi satu penerangan ringkas tentang


perbezaan individu dan model pengajaran.

(b)

Pengenalan ini seharusnya tidak melebihi 150 patah perkataan.

Bahagian Utama Tugasan


(a)

Reviu pelbagai sumber rujukan seperti buku, tesis dan artikel berkaitan dengan topik
anda.

(b)

Integrasikan bahan untuk menentu dan menyokong hujah-hujah spesifik.

(c)

Organisasikan persembahan topik dan subtopik supaya hujah-hujah anda diolah


dengan koheren.

(d)

Bahagian utama penulisan anda perlu ada subtopik supaya penulisan anda
diorganisasi dengan lebih baik.

(e)

Anda digalakkan untuk membuat rumusan pada akhir setiap bahagian untuk mengait
balik kepada tugasan. Ini adalah memastikan anda mengolah pada landasan yang
betul.

(f)

Jika boleh, gunakan perkataan sendiri untuk maklumat yang dirujuk daripada sumber
rujukan. Pastikan anda mencatatkan sumber rujukan jika mengambil sesuatu
daripada bahan rujukan.

(g)

Gunakan kata hubung (sentence connectors) yang ketara untuk beralih daripada
hujah yang bertentangan kepada hujah-hujah yang menyokong atau sebaliknya.

(h)

Pastikan anda mencatatkan sumber rujukan terhadap maklumat yang diguna dengan
menggunakan format APA.

Rumusan
(a)

Secara ringkas, rumuskan maklumat yang dipersembahkan dalam bahagian utama


penulisan.

(b)

Nyatakan rumusan utama anda.

(c)

Anda seharusnya tidak mengemukakan hujah-hujah baharu dalam rumusan.

(d)

Rumusan anda seharusnya tidak lebih daripada 150 patah perkataan.

Rujukan
(a)

Lampirkan senarai rujukan. Cara merujuk perlu mengikut Publication Manual of the
American Psychological Association (APA).

Panduan Untuk Tugasan Kumpulan (Projek)


Format
5

(a)

Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang ahli. Penulisan hendaklah bertaip dan
langkau 1.5 baris. Gunakan fon Arial 11 saiz 11.

(b)

Perlu ada muka depan tugasan yang lengkap dengan maklumat-maklumat berikut:
x
x
x
x
x

Nama ahli kumpulan


Angka giliran pelajar
No. Kad Pengenalan pelajar
Kod & Nama kursus
Tajuk Projek : Secara berkumpulan mencadangkan satu permainan
tradisional atau moden yang menggalakkan perkembangan
dan pembelajaran kanak-kanak untuk kursus major
x Nama pensyarah akademik
x Tarikh hantar
(c)

Lampirkan senarai rujukan. Cara merujuk perlu mengikut Publication Manual of the
American Psychological Association (APA).

Pengenalan
(a)

Memperkenalkan topik. Anda boleh memberi satu penerangan ringkas tentang


konsep main serta kepentingannya dalam proses perkembangan kanak-kanak.

Bahagian Utama Penulisan


(a)

Reviu pelbagai sumber rujukan seperti buku, tesis dan artikel berkaitan dengan topik
anda.

(b)

Integrasikan bahan untuk menentu dan menyokong hujah-hujah spesifik.

(c)

Organisasikan persembahan topik dan subtopik supaya hujah-hujah anda diolah


dengan koheren.

(d)

Bahagian utama penulisan anda perlu ada subtopik supaya penulisan anda
diorganisasi dengan lebih baik.

(e)

Sertakan grafik / gambar permainan yang dicadangkan.

(f)

Anda digalakkan untuk membuat rumusan pada akhir setiap bahagian untuk mengait
balik kepada tugasan. Ini adalah memastikan anda mengolah pada landasan yang
betul.

(g)

Jika boleh, gunakan perkataan sendiri untuk maklumat yang dirujuk daripada
sumber rujukan. Pastikan anda mencatatkan sumber rujukan jika mengambil
sesuatu daripada bahan rujukan.

(h)

Gunakan kata hubung (sentence connectors) yang ketara untuk beralih daripada
hujah yang bertentangan kepada hujah-hujah yang menyokong atau sebaliknya.

(i)

Pastikan anda mencatatkan sumber rujukan terhadap maklumat yang diguna


dengan menggunakan format APA.

Rumusan
(a)

Secara ringkas, rumuskan maklumat yang dipersembahkan dalam bahagian


utama penulisan.

(b)

Nyatakan rumusan utama anda.

(c)

Anda seharusnya tidak mengemukakan hujah-hujah baharu dalam rumusan.

Rujukan
(a)

Lampirkan senarai rujukan. Cara merujuk perlu mengikut Publication Manual of


the American Psychological Association (APA).

EDU3033 MURID DAN ALAM BELAJAR


RUBRIK PEMARKAHAN UNTUK TUGASAN INDIVIDU (PENULISAN AKADEMIK)
JUMLAH
SKALA
MARKAH
KRITERIA

Amat Cemerlang
90-100
(A+)

(50%)
45 - 50

Liputan dan Kandungan


Liputan kandungan tepat, relevan dan terperinci.
Skop kandungan luas dan menyeluruh.
Kualiti Penulisan
Penulisan yang komprehensif dan menyeluruh.
Huraian idea dan implikasi yang tepat dan padat.
Idea dikembang secara menyeluruh dan jelas dengan bukti-bukti sesuai dan jelas.
Hubungkait idea sangat jelas.
Organisasi
Susunatur amat baik, logikal dan koheren.
Kualiti Sumber
Kemahiran membuat rujukan sangat baik.
Mempunyai pelbagai sumber utama dan sekunder (10 atau lebih sumber rujukan;
sekurang-kurangnya 5 buah buku rujukan).

Cemerlang
75-89
(A-, A)

37.5 - 44.9

Liputan dan Kandungan


Liputan kandungan tepat, relevan dan mencukupi.
Skop kandungan luas dan sesuai.
Kualiti Penulisan
Penulisan yang komprehensif dan baik.
Huraian idea dan implikasi yang tepat dan lengkap.
Idea dikembang dengan baik dan mengandungi fakta serta contoh.
Perhubungan idea jelas.
Organisasi
Susunatur baik dengan kesilapan yang minima.
Kualiti Sumber
Kemahiran membuat rujukan sangat baik dengan sedikit kesilapan.
Mempunyai lebih daripada mencukupi bahan sumber utama dan sekunder (8-9
sumber rujukan; sekurang-kurangnya 4 buah buku rujukan).

Kepujian
60-74
(B-, B, B+)

30 - 37.4

Liputan dan Kandungan


Liputan dan skop kandungan yang relevan dan baik.
Kualiti Penulisan
Penulisan yang agak komprehensif dan baik.

SKALA

JUMLAH
MARKAH
(50%)

KRITERIA
Huraian idea dan implikasi agak tepat dan mendalam.
Idea dikembang dengan agak baik dan disokong dengan contoh/fakta.
Perhubungan idea agak jelas.

Organisasi
Susunatur agak baik dengan beberapa kesilapan.
Kualiti Sumber
Kemahiran membuat rujukan baik.
Mempunyai jumlah bahan rujukan yang mencukupi (6-7 sumber rujukan;
sekurang-kurangnya 3 buah buku rujukan).
Lulus
50-59
(C, C+)

25 29.9

Liputan dan Kandungan


Liputan kandungan relevan dan mencukupi.
Skop kandungan terbatas.
Kualiti Penulisan
Penulisan yang agak baik.
Huraian idea dan implikasi yang mencukupi.
Beberapa idea dikembang dengan sokongan fakta/contoh-contoh yang sesuai.
Sebahagian perhubungan idea jelas.
Organisasi
Susunatur agak baik dengan sedikit kesilapan yang ketara.
Kualiti Sumber
Kemahiran membuat rujukan agak baik dengan beberapa kesilapan.
Mempunyai bilangan sumber yang agak mencukupi (4-5 sumber rujukan;
sekurang-kurangnya 2 buah buku rujukan).

Gagal
0-49
(F, D, D+ & C-)

0 - 24.9

Liputan dan Kandungan


Liputan kandungan tidak mencukupi dan tidak relevan.
Kualiti Penulisan
Penulisan yang ringkas, tidak mencukupi dan kurang relevan.
Huraian idea dan implikasi tidak logikal dan kurang meyakinkan.
Idea dikembang secara lemah dengan sedikit huraian tambahan.
Perhubungan idea tidak jelas.
Organisasi
Susunatur lemah dengan kesilapan yang nyata.
Kualiti Sumber
Kemahiran membuat rujukan lemah.
Kekurangan bahan sumber (0-3 sumber rujukan).
EDU3033 MURID DAN ALAM BELAJAR

RUBRIK PEMARKAHAN UNTUK TUGASAN KUMPULAN (PROJEK)


SKALA

JUMLAH
MARKAH
(30%)

KRITERIA

Cemerlang
75-100
(A-, A, A+)

22.5 - 30

Persembahan fizikal
Reka letak fizikal teratur dengan amat baik.
Ilustrasi yang kreatif dan sangat signifikan dalam membantu
meningkatkan kualiti persembahan idea.
Isi kandungan
Kefahaman yang menyeluruh serta mendalam tentang idea-idea utama
pada tahap cemerlang.
Persembahan idea
Sangat jelas dan berfokus.
Kualiti Sumber
Kemahiran membuat rujukan sangat baik.
Mempunyai pelbagai sumber utama dan sekunder (8 atau lebih sumber
rujukan; sekurang-kurangnya 4 buah buku rujukan).

Sederhana
60-74
(B-, B, B+)

18 22.4

Persembahan fizikal
Reka letak fizikal teratur dengan baik.
Ilustrasi yang baik dalam membantu meningkatkan kualiti persembahan
idea
Isi kandungan
Kefahaman tentang idea-idea utama pada tahap sederhana.
Persembahan idea
Jelas dan berfokus.
Kualiti Sumber
Kemahiran membuat rujukan baik.
Mempunyai jumlah bahan rujukan yang mencukupi (6-7 sumber
rujukan, sekurang-kurangnya 3 buah buku rujukan).

Lulus
50-59
(C, C+)

15 17.9

Persembahan fizikal
Reka letak fizikal agak teratur.
Ilustrasi yang kurang baik dan kurang berstruktur dalam persembahan
idea.
Isi kandungan
Kefahaman tentang idea-idea utama pada tahap memuaskan.

SKALA

JUMLAH
MARKAH
(30%)

KRITERIA
Persembahan idea
Idea terputus-putus.
Kualiti Sumber
Kemahiran membuat rujukan yang sederhana dengan beberapa
kesilapan.

10

Mempunyai bilangan sumber yang agak mencukupi (4-5 sumber


rujukan; sekurang-kurangnya 2 buah buku rujukan).
Gagal
0-49
(F, D, D+ & C-)

0 - 14.9

Persembahan fizikal
Reka letak fizikal kurang teratur.
Ilustrasi yang tidak tepat dan tidak berstruktur dalam persembahan
idea.
Isi kandungan
Kefahaman tentang idea-idea utama pada tahap minimum.
Persembahan idea
Idea yang mengelirukan.
Kualiti Sumber
Kemahiran membuat rujukan lemah.
Kekurangan bahan sumber (0-3 sumber rujukan).

11

(Logo IPG)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
KOTA KINABALU SABAH
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
(PISMP)

PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH (PIM)


(AMBILAN JUN 2014)
SEMESTER/TAHUN : 1/1
SESI : JUN NOVEMBER 2014

Nama Pelajar

Angka Giliran

No. Kad Pengenalan

Kod dan Nama Kursus

: EDU3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Tajuk Tugasan
(Penulisan Akademik)

: TEORI-TEORI PERKEMBANGAN KANAKKANAK DAN IMPLIKASI TERHADAP


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI
SEKOLAH RENDAH

Nama Pensyarah Akademik : REGINA WOON AI LENG


Jabatan

: ILMU PENDIDIKAN (JIP)

Tarikh Hantar

: 05 September 2014

(Logo IPG)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
12

KOTA KINABALU SABAH


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
(PISMP)

PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH (PIM)


(AMBILAN JUN 2014)
SEMESTER/TAHUN : 1/1
SESI : JUN NOVEMBER 2014
Nama Pelajar

: 1.
2.
3.

Angka Giliran

: 1.
2.
3.

No. Kad Pengenalan

: 1.
2.
3.

Kod dan Nama Kursus

: EDU3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Tajuk Tugasan
(Peta Minda)

: KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


DI MALAYSIA

Nama Pensyarah Akademik : REGINA WOON AI LENG


Jabatan

: ILMU PENDIDIKAN (JIP)

Tarikh Hantar

: 12 September 2014

13

Anda mungkin juga menyukai