Anda di halaman 1dari 4

MINGGU KEENAM

29 OGOS- 2 SEPTEMBER 2016

Tajuk Jurnal : Tahap Penguasaaan Kemahiran Membaca dan Menulis


Jawi Dalam Kalangan Murid

1.Masalah

Setelah menjalani praktikum selama hampir enam minggu di sekolah ini, apa
yang saya dapati saya mengalami masalah yang sangat besar apabila
majoriti murid dalam kelas tersebut tidak dapat menguasai Jawi sepenuhnya.
Walaupun begitu, masih ada murid yang dapat membaca Jawi walaupun tidak
lancar dan segelintir lagi telah menguasai Jawi dengan baik.

Perkara ini semakin berlarutan walaupun saya telah melaksanakan


kelas intensif Jawi kerana beberapa kekangan seperti masa yang tidak
mencukupi dan murid tidak hadir untuk kelas intensif yang saya jalankan pada
setiap hari pada waktu rehat.

2. Analisis

Bermula pada hari pertama lagi saya telah menemu bual guru pembimbing
yang juga merupakan guru Pendidikan Islam kelas tersebut berkaitan
penguasaan murid. Berdasarkan temu bual yang dilaksanakan secara tidak
formal ini, beliau telah memberi maklumat kepada saya tentang penguasaan
murid yang agak lemah dan murid-murid yang perlu diberi perhatian.

Selain itu, saya juga telah membuat pemerhatian bagaimana murid


menulis Jawi dan apa yang saya dapati ialah segelintir murid masih terkial-
kial semasa menulis. Terdapat murid yang menulis Jawi seperti menulis
tulisan Rumi iaitu dari kiri ke kanan. Di samping itu, saya juga mendapati
teknik menulis murid agak lemah walaupun sepatutnya kemahiran psikomotor
halus mereka semakin baik. Kebanyakan murid tidak tahu cara menulis bagi
setiap huruf tunggal dengan betul misalnya huruf Alif perlu ditulis dari atas ke
bawah, namun begitu apa yang saya dapati murid menulis dari bawah ke
atas. Pada hemat saya,teknik menulis yang salah ini juga merupakan faktor
penyumbang kepada kelemahan penguasaan kemahiran menulis Jawi dalam
kalangan murid-murid.

Bagi mengetahui sejauhmanakah tahap penguasaan murid dalam


kemahiran menulis ini, saya telah meminta murid untuk menulis pada
lembaran jawapan setiap kali aktiviti dijalankan dan apa yang saya dapati
rata-rata murid dapat menulis huruf tunggal Jawi dengan baik tetapi apabila
melibatkan huruf yang bersambung, murid akan mula berasa keliru dan tidak
dapat menyambung huruf-huruf tersebut dengan baik.

Seterusnya, bagi kemahiran membaca Jawi pula, apa yang saya


dapati ialah murid mengenal huruf Jawi tunggal tetapi mengalami masalah
apabila membaca petikan atau ayat pendek dalam tulisan Jawi. Hal ini adalah
disebabkan mereka keliru apabila huruf-huruf tersebut bersambung dan tidak
tahu untuk membunyikan suku kata. Melalui aktiviti membaca yang telah saya
jalankan, terdapat murid yang memerlukan bimbingan guru sepenuhnya untuk
membaca.

Melalui proses pelaksanaan ini, seramai lapan orang murid telah dipilih
untuk membimbing rakan-rakan apabila saya melaksanakan aktiviti yang
melibatkan bidang Al-Quran. Saya juga telah memberi penerangan kepada
mentor ini tentang peranan mereka dalam membantu rakan-rakan
sekumpulan. Selain itu, dari semasa ke semasa saya juga memantau
sejauhmanakah keberkesanan pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ini.

Pada hari pertama saya memperkenalkan kaedah ini, saya dapat


perhatikan pembelajaran menjadi semakin lancar dan murid-murid menjadi
lebih bersemangat. Selain itu, saya juga memberi pujian kepada mentor dan
mentee yang berjaya menunjukkan kemajuan mereka semasa dalam sesi
PdP. Di samping itu, saya juga turut memberi amanah kepada setiap mentor
untuk membimbing mentee mereka sebaik mungkin.
3. Cadangan untuk memperbaiki

Antara cara yang saya laksanakan ialah dengan melahirkan rasa


tanggungjawab dalam diri setiap murid yang dilantik sebagai mentor ialah
dengan menetapkan matlamat yang perlu dicapai oleh kumpulan masing-
masing. Sebagai contoh semasa saya mengajarkan bidang tilawah Al-Quran
iaitu ayat hafazan dimana murid-murid dikehendaki untuk menghafaz surah
Al-Zalzalah Ayat 1-4. Oleh itu, saya meminta mentor setiap kumpulan untuk
mengajar mentee mereka membaca terlebih dahulu ayat tersebut. Setelah
beberapa kali mengulang sehingga lancar, maka mereka akan diberi masa
untuk menghafaz. Setelah masa yang diberi tamat, maka saya akan
mentasmik setiap mentor terlebih dahulu kemudian akan disusuli dengan
murid-murid lain.

Sebenarnya, pelaksanaan kaedah ini tidak hanya tertumpu kepada bidang


Tilawah Al-Quran semata-mata tetapi merangkumi bidang lain yang terdapat
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Antara bidang lain yang terdapat
dalam mata pelajaran ini adalah seperti Ulum Syar’iah yang mengandungi
bidang sirah, aqidah, ibadah dan adab. Manakala bidang lain pula ialah Jawi.
Oleh itu, murid-murid akan kekal dalam kumpulan yang sama dan hal ini akan
lebih memudahkan saya untuk melihat kemajuan mereka.

4. Tempoh Masa

Tempoh masa yang diperlukan adalah selama sepanjang saya melaksanakan


praktikum di sekolah ini.

5. Penilaian Kejayaan

Penilaian kejayaan dapat ditentukan apabila murid menunjukkan kemajuan


dan peningkatan prestasi dari semasa ke semasa.
6. Tindakan Susulan

Tindakan susulan yang saya akan ambil ialah dengan meneruskan usaha
yang telah saya laksanakan sehingga murid menunjukkan peningkatan dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam ini.

Tandatangan Pelatih : Tandatangan Pensyarah Pembimbing :

__________________ _______________________________

Anda mungkin juga menyukai