Anda di halaman 1dari 2

Sebagai pemimpin kepada generasi akan datang, pengetahuan dan kemahiran guru

mengenai teknologi maklumat mesti mencapai suatu tahap yang melebihi pengetahuan
umum. Tidak mustahil perubahan budaya guru dalam era infotek pada masa kini mampu
meruntuhkan dinding-dinding kelas kerana pembelajaran bersifat langit terbuka melalui
perisian multimedia, internet, emel, audio-video dan sebagainya berpotensi menjangkaui 59
tahun setelah wawasan 2020 kelak (Hamdan Said & Nasrudin Talib, 2000). Namun
demikian, kajian menunjukkan bahawa hanya 40% sahaja guru yang menggunakan
teknologi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada tahun 2013 (Sandra Rahman,
Abu Bakar Nordin & Norlidah Alias, 2013). Hasil tinjauan tersebut menunjukkan tahap
kesedaran guru kurang memuaskan untuk berubah dalam meningkatkan kualiti pendidikan
murid sekolah. Pada umumnya, halangan tersebut berakar umbi dari guru veteran dan
mengajar di kawasan luar bandar. Johan@ Eddy Luaran (2013) membuktikan bahawa guru
di kawasan pedalaman kurang menggunakan teknologi kerana faktor jarak, kemudahan
telekomunikasi serta pengaksesan. Manakala guru veteran kurang kompeten teknologi
maklumat dan komunikasi kerana keselesaan cara tradisional. Albaugh (1997) menyatakan
bahawa keraguan guru akan timbul untuk mengimplementasikan idea-idea baru kerana
merasa selesa dengan kaedah yang dilakukan selama proses perkhidmatan.
Menyingkap pula tahap kesedaran guru yang tinggi untuk berubah demi kualiti
pendidikan dalam kalangan pelajar pada masa kini berbeza apabila berketerampilan
menguasai teknologi maklumat dan komunikasi. Keupayaan berubah seiring dengan
kemajuan membolehkan guru lebih fleksibel walau bagaimanapun atmosfera sekolah
mahupun veteran atau luar bandar. Menurut Hamdan Said dan Nasruddin Talib
berdasarkan parafrasa Hoffer 1992 dalam Proctor 1996 menegaskan bahawa individu
berkeinginan untuk menyesuaikan diri sahaja dapat mewarisi kemajuan dunia pada detik
perubahan zaman, manakala cendiakawan ego akan terkapai-kapai di atmosfera yang tidak
dikenali oleh sendiri. Keberhasilan membudayakan teknologi dalam kalangan guru mampu
melahirkan pelajar yang bukan sahaja berintelektual malahan mampu membincangkan
tentang konsep dunia tanpa sempadan pada suatu ketika nanti.

Rujukan:
Hamdan Said, & Nasrudin Talib. (2000). Cabaran Era Globalisasi Ke Atas Warga
Pendidikan di Malaysia. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 6,
35-46
Johan@Eddy Luaran. (2013). Perkembangan, Cabaran Dan Aplikasi Teknologi
Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Malaysia.Kertas kerja
yang dibentangkan di Seminar
Sandra Rahman, Abu Bakar Nordin & Norlidah Alias. (2013). Penggunaan ICT
Merentas Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK): Tinjauan Di
Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Jurnal Kurikulum Pengajaran
Asia Pasifik,1, 1-9

Anda mungkin juga menyukai