Anda di halaman 1dari 2

Murid sihat, komuniti sekolah cergas

Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia yang amat menitikberatkan


keseimbangan pelajar dari segi jasmani, emosi , rohani, intelek dan sosial. Usaha mencapai
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan peranan yang amat penting dalam komuniti
sekolah iaitu antara pelajar dan guru. Meminjam pepatah Melayu yang berbunyi masakan
pokok bergoyang jika tiada angin dapat dikaitkan dengan kesihatan pelajar mampu
mewujudkan komuniti sekolah cergas. Keseimbangan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial(JERIS) memberi impak dalam menjamin mutu kesihatan komuniti sekolah.
Bahkan juga, kesihatan juga bukan berkaitan dengan bebas sebarang penyakit malahan
merangkumi kesihatan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Menurut Pertubuhan
Kesihatan Sedunia atau World Health Organisation (WHO) menakrifkan kesihatan yang
sempurna , sihat dari segi fizikal, mental, rohani dan sosial(JERIS).
Konsep murid sihat dapat mewujudkan komuniti sekolah cergas kerana dalam
kurikulum sekolah terdapat matapelajaran Pendidikan Jasmani. Subjek ini melibatkan
semua pelajar dalam aktiviti fizikal. Murid yang banyak melakukan aktiviti fizikal mampu
meningkatkan tahap kecergasan secara optimum . Aktiviti fizikal sewaktu di luar kelas
matapelajaran Pendidikan Jasmani adalah seperti berasaskan kesihatan, daya tahan
kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan dan komposisi badan. Penglibatan
pelajar secara aktif dalam Pendidikan Jasmani dapat mewujudkan komuniti sekolah yang
cergas. Selain itu, tahap kemahiran psikomotor pelajar akan meningkat secara tidak
langsung memberi kesan terhadap kecergasan jasmani. Kecergasan jasmani pula mampu
mendatangkan kebaikan kepada kecregasan psikologi pelajar seperti intelek, emosi dan
rohani. Hal demikian kerana latihan fizikal seperti bersenam menghasilkan sejenis bahan
kimia yang dinamakan endorfin yang mampu mengubah mood seseorang atau emosi.
Mental murid juga akan bertambah cerdas kerana bak kata pepatah badan cergas, otak
cerdas. Selain itu, apabila pelajar dapat mengurangkan tekanan melalui aktiviti fizikal maka
dapat membantu komunikasi antara komuniti sekolah kerana sikap positif yang lahir dalam
diri. Tambahan pula, apabila emosi mudah dikawal dalam kehidupan, memberi impak
terhadap aspek kerohanianya apabila mereka mampu untuk keluar dari kepompong
mementingkan diri sendiri setelah berupaya berinteraksi dengan komuniti sekolah. Oleh
yang demikian, matapelajaran Pendidikan Jasmani amat penting terhadap kesihatan
komuniti sekolah terutamanya pelajar.
Aktiviti kokurikulum juga boleh memberi impak terhadap kesihatan pelajar serta
komuniti sekolah yang cergas. Malahan kesan positif terhadap aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial (JERIS) bagi menjamin mutu kesihatan komuniti sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan semua pelajar melibatkan diri dalam kegiatan
kokurikulum demi melahirkan insan yang seimbang. Contohnya dalam unit berunfirom
pelajar dapat melengkapkan emosi dalam membina keyakinan diri dan sikap kepimpinan
dalam memegang jawatan. Kebaikan terhadap jasmani pelajar juga apabila menguasai
pergerakan asas dalam kawad. Tahap keintelektual pelajar juga meningkat apabila mereka
diminta untuk menyelesaikan masalah sepanjang menjalankan aktiviti berpasukan secara
tidak langsung mengeratkan hubungan. Hubungan yang erat ini membantu pelajar dalam
pembangunan sosial dalam komuniti sekolah. Kegiatan kokurikulum dapat mewujudkan
komuniti sekolah cergas juga apabila semua pelajar dan guru bergiat aktif dalam aktiviti
sukan tahunan misalnya.
Selain itu, murid yang sihat dapat mewujudkan komuniti sekolah yang cergas
apabila mereka menyertai 1 Murid 1 Sukan. Dasar ini menyokong Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang aspek jasmani, emosi,
rohani , intelek dan sosial. Dasar ini berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.
Pelajar yang banyak melakuka pergerakan fizikal mampu meningkatkan kecergasan
jasmani , membentuk sahsiah, jati diri disiplin dan nilai murni dan memupuk perpaduan.
Komuniti sekolah yang cergas juga dapat diwujudkan melalui perkhidmatan
kesihatan sekolah. Perkhidmatan kesihatan sekolah ini menggalakkan penglibatan
masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi
membolehkan pembelajaran yang berkesan. Perkhidmatan ini menyediakan pakej
pemeriksaan kesihatan. Kebaikan perkhidmatan tersebut dapat mewujudkan komuniti
sekolah yang cergas kerana dapat memeriksa tahap kesihatan murid agar mereka sihat dari
semua aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial untuk melakukan aktiviti yang
dinyatakan di atas.
KesImpulannya, bagi menjamin mutu kesihatan sekolah hendaklah seimbang dalam
kokurikulum dan kurikulum supaya murid sihat dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial. Pencapaian tahap keseimbangan JERIS dapat mewujudkan komuniti sekolah
yang cergas dari subjek Pendidikan Jasmani, kegiatan kokurikulum, penyertaan dasar 1
Murid 1 Sukan dan perkhidmatan kesihatan sekolah yang disediakan.Oleh itu berpeganglah
pada prinsip badan cergas, otak cerdas.

Anda mungkin juga menyukai