Anda di halaman 1dari 9

CABARAN APLIKASI INTERNET DAN CARA MENGATASINYA.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan


sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan
sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji
kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain),
pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa
maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan
seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan,
profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan
seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam bilik darjah namun
di sekolah secara amnya.
Pada kali ini saya akan membincangkan beberapa cabaran-cabaran aplikasi
internet dalam P&P dan cara mengatasi cabaran-cabaran tersebut. Sesungguhnya
masih terdapat ramai guru yang masih mempertikaikan penggunaan ict dalam bilik
darjah dan mengganggap bahawa penggunaan kaedah lisan sudah memadai. Namun
begitu, kita harus sedar bahawa arus perkembangan ICT pada masa kini sangat pesat
berkembang.
Pada bulan November tahun lalu telah membuktikan kepada kita
bahawa meskipun kita tidak melakukan apa-apa kesilapan tetapi kalau kita tidak
berubah mengikut peredaran masa pasti kita akan ketinggalan. Meskipun Nokia pada
suatu ketika dahulu sangat maju dan mendominasi dunia komunikasi namun kini
syarikat tersebut sudah diambil alih oleh syarikat lain akibat produk yang dihasilkan
mereka tidak berkembang selaju syarikat yang lain. Oleh itu, hal yang demikian juga
akan terjadi kepada sistem pendidikan di negara kita sekiranya kita masih belum
mengambil langkah untuk bertindak maka kita akan ketinggalan jauh oleh negaranegara yang lain.
Meskipun ramai guru yang ingin mengaplikasikan ICT dalam pengajaran namun
terdapat beberapa cabaran yang menyebabkan penggunaan ICT semasa pengajaran
sukar dilaksanakan. Berikut merupakan beberapa cabaran yang dihadapi dalam
aplikasi Internet dan ICT di sekolah.

1. KEKURANGAN GAJET DAN PERALATAN ICT

CABARAN
Memang tidak dinafikan bahawa kebanyakan sekolah tidak mempunyai kemudahan ICT
yang

mencukupi

bagi

semua

kelas.

Sekiranya

ingin

menggunakan

Internet

kegunaannya juga terhad kerana kebanyakan sekolah terutamanya kawasan luar


bandar kekurangan infrastruktur ICT. Oleh yang demikian, sangat sukar untuk semua
guru pelatih dan guru dapat menggunakan Internet dalam masa yang sama. Sebagai
contoh, hanya mempunyai 5 buah komputer dalam sekolah. Namun, 2 guru perlu
menggunakan Internet untuk proses pengajaran dan pembelajaran pada masa yang
sama. Walaupun sekolah tersebut mempunyai talian Internet yang baik, tetapi komputer
tidak cukup.
Situasi seperti ini menyukarkan perancangan pengajaran berorientasikan ICT
berikutan kelengkapan ICT yang tidak mencukupi menjadi batas penggunaan Internet
dan teknologi semasa pengajaran dalam bilik darjah. Selain itu, keadaan gajet dan
peralatan ICT yang sudah usang juga menjadi kekangan penggunaan ICT yang
berkesan dalam kelas seperti paparan projector yang tidak ada warna, berkelip-kelip
dan sebagainya.

CADANGAN
PENYELESAIAN
Sesungguhnya agak sukar membuat perancangan yang berorientasikan
Internet sekiranya tidak pasti sama ada semasa waktu pengajaran tersebut ada
kemudahan ICT yang diperlukan. Bagi mengatasi masalah seperti ini berlaku,
penjadualan penggunaan bahan ICT boleh dicadangkan kepada pihak sekolah agar
semua guru dapat bergilir-gilir menggunakan gajet ICT yang terhad. Selain itu, sistem
tempahan mengikut waktu juga boleh dibuat agar guru yang menempah awal boleh
menggunakan peralatan dan kemudahan Internet pada masa yang diperlukan. Dengan
itu, situasi ragu-ragu membuat perancangan akan dapat diselesaikan. Bagi gajet yang

sudah rosak pula bolehlah dicadangkan untuk dihapus kira dan memohon gajet yang
baru untuk keselesaan semua warga sekolah.
2. KEMUDAHAN INTERNET TERHAD DAN TIDAK ADA.

CABARAN
Sesungguhnya keprihatinan KPM dalam membangunkan penggunaan ICT
dalam pengajaran di dalam bilik darjah dapat dilihat melalui penyedian kemudahan ICT
yang menelan belanja berbilion ringgit. Namun begitu masih terdapat sekolah yang
mempunyai semua kemudahan ini namun tidak mempunyai kemudahan internet
terutamanya sekolah di pedalaman. Maka dengan itu, bilik ICT yang penuh dengan
kemudahan dan gajet komputer tidak dapat berfungsi dengan penuh akibat ketiadaan
kemudahan internet. Maka dengan itu, penggunaan aplikasi yang memerlukan internet
sangat sukar dan tidak dapat dijalankan di dalam bilik darjah.

CADANGAN
PENYELESAIAN

Sekiranya tempat mengajar guru mempunyai talian komunikasi, guru boleh

mangambil initiatif lain dengan menggunakan broadband wifi persendirian yang boleh
digunakan untuk tujuan pengajaran menggunakan aplikasi internet di dalam kelas.
Sekiranya tidak ada talian komunikasi, guru boleh menggunakan video yang di muat
turun sedia atau perisian menarik yang boleh digunakan secara offline.
3. TIADA KEMUDAHAN ELEKTRIK

CABARAN

Seperti yang kita sedia maklum, sangat sukar untuk melaksanakan pengajaran

yang menggunakan ICT tanpa bekalan elektrik terutamanya yang menggunakan LCD.
Terdapat juga sekolah yang mempunyai bekalan elektrik yang baik tapi tidak
mempunyai sambungan elektrik di dalam bilik darjah. Situasi seperti ini menyukarkan
pelaksanaan P&P menggunakan ICT di dalam bilik darjah tersebut.

CADANGAN
PENYELESAIAN

Bagi situasi seperti ini, terdapat beberapa langkah penyelesaian yang boleh
dibuat. Sekiranya tidak terdapat punca kuasa di dalam kelas meskipun sekolah tersebut
mempunyai bekalah elektrik, guru boleh menggunakan bilih alternatif yang mempunyai
sambungan elektrik sebagai bilik darjah sementara. Sebagai contoh bilik gerakan, pusat
sumber dan bilik ICT. Di samping itu, guru juga boleh menggunakan portable speaker
atau laptop yang sudah dicas secukupnya agar boleh digunakan di dalam kelas.
Namun, sekiranya lansung tidak ada bekalan elektrik, maka adalah mustahil untuk
melaksanakan sesi pengajaran yang menggunakan ICT.

4. KEADAAN BILIK DARJAH YANG TIDAK KONDUSIF BAGI PENGGUNAAN


INTERNET

CABARAN
Bagi penggunaan Internet, sekiranya keadaan bilik paparan terlalu gelap atau
terlalu terang akan menyebabkan murid-murid untuk sangat menumpukan perhatian
untuk melihat imej di komputer. Situasi seperti ini memberikan impak dan kesan yang
tidak baik semasa sesi pengajaran dijalankan. Namun begitu, situasi seperti ini
memberikan kesan yang tidak baik pada murid yang mempunyai rabun jauh kerana
keadaan bilik darjah yang gelap akan menyusahkan murid tersebut.

CADANGAN
PENYELESAIAN

Beberapa initiatif boleh dibuat oleh guru bagi mengatasi masalah seperti ini.

Guru boleh mencadangkan kepada guru kelas atau pihak sekolah untuk membeli
langsir kelas supaya pencahayaan dalam kelas semasa penggunaan LCD atau Internet
boleh dikurangkan. Dalam masa yang sama, keceriaan bilik darjah juga bertambah baik
dan kondusif. Selain itu, guru juga boleh menggunakan bilik alternatif sekolah seperti
bilik gerakan dan bilik ICT. Bagi mengatasi masalah permukaan silau, guru boleh

menggunakan kertas mahjong sebagai tempat paparan pada papan putih agar tidak
memantulkan cahaya dan selesa bagi semua murid.
5. PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID YANG BEBEZA TENTANG INTERNET

CABARAN
Meskipun kebanyakan murid mempunyai tahap pengetahuan berkenaan ICT
yang baik namun seorang guru tidak boleh lupa akan murid lain. Tidak semua murid
mempunyai tahap pengetahuan Internet yang sama berikutan latar belakang keluarga
yang berbeza. Situasi seperti ini menyebabkan kesukaran guru untuk mengendalikan
pengajaran yang menggunakan Internet dalam bilik darjah.

CADANGAN
PENYELESAIAN
Bagi mengatasi masalah ini, guru boleh menyediakan aplikasi yang mudah
digunakan dan mesra pengguna kepada semua pelajar. Dengan pemilihan aplikasi dan
perisian yang mudah digunakan, situasi risau akan pelbagai tahap pengetahuan akan
dapat diatasi dengan mudah. Selain itu, guru boleh membuat tunjuk cara terlebih
dahulu agar dapat memudahkan para pelajar dapat menggunkan aplikasi yang
disediakan dengan mudah.

6. PENGETAHUAN YANG TERHAD TENTANG ICT.

CABARAN

Tidak semua guru sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini. Oleh itu
sekirannya ada ilmu tentang

ICT yang baharu dan guru tidak mengikutinya akan

menjadi kesukaran dan halangan kepada guru untuk menggunkan ICT di masa
hadapan. Sebagai contoh penggunaan telefon pintar untuk dipaparkan ke LCD
projector. Selain itu, kekurangan pengetahuan tentang cara mengendalikan peralatan
ICT juga menyebabkan keskaran proses pengajaran dan mempunyai kemungkinan
menyebabkan kerosakan gajet ICT. Situasi seperti ini menyebabkan kurangnya
keyakinan para guru untuk menggunkan kemudahan ICT berikutan harga kebanyakan
peralatan ICT adalah mahal.

CADANGAN
PENYELESAIAN

Sebagai seorang guru pada masa kini, pembelajaran sepanjang hayat haruslah

dijadikan amalan. Sekiranya tidak, guru akan ketinggalan ditelan arus perkembangan
teknologi. Sekiranya tidak tahu mengendalikan mana-mana gajet dan peralatan ICT
guru boleh bertanya dan minta ajar daripada mana-mana guru yang mahir dengannya.
Bukan susah untuk belajar dari orang yang mahir. Adalah lebih sukar tidak tahu tetapi
buat-buat tahu sehingga membawa masalah baru kepada sekolah.

7. PIHAK

SEKOLAH

TIDAK

MEMBERI

KERJASAMA

DENGAN

GURU

PRAKTIKUM.

CABARAN
Memang tidak dinafikan, terdapat juga pihak sekolah yang tidak ingin
memberikan kerjasama dengan guru pelah semasa praktikum. Mereka tidak ingin
meminjamkan sebarang peralatan ICT dan kemudahan Internet dengan alasan risau
ianya rosak atau menyalahguna kemudahan yang diberi dan guru pelatih tidak mampu
menggantikannya. Keadaan seperti ini akan menjadikan suasana antara guru pelatih
dan guru ICT menjadi kurang selesa. Pada akhirnya guru pelatih tidak dapat
menggunakan kemudahan Internet yang sepatutnya berhak digunakan oleh semua
warga sekolah.

CADANGAN
PENYELESAIAN
Apabila situasi seperti ini berlaku, komunikasi yang berkesan harus ada antara
guru pelatih dan pihak yang tertentu. Perbincangan secara halus dan baik dapat
menyelesaikan salah faham dan wujudnya situasi seperti ini. Guru pelatih juga boleh
meminta pertolongan mentor untuk berbincang dengan guru tertentu. Sekiranya manamana kaedah perbincangan tidak dapat menyelesaikan kekeruhan tersebut maka guru
pelatih boleh membuat inisiatif lain dengan menggunkan LCD kelas (milik persendirian),
membawa broadband sendiri ataupun berbincang semula dengan pensyarah
pembimbing.

8. KEGUNAAN BILIK KOMPUTER YANG TERHAD BAGI PELAJAR.

CABARAN
Hampir semua sekolah di Malaysia mempunyai bilik komputer yang mempunyai
kelengkapan ICT yang mencukupi. Meskipun bilik komputer tersebut disediakan khas
untuk pembelajaran murid-murid namun ramai pihak sekolah yang menghadkan
penggunaan pelajar pada bilik ICT tersebut. Bilik ICT kini selalunya dijadikan tempat
guru-guru key-in data-data seperti e-markah. Seolah-olah bilik ICT merupakan bilik guru
kedua bagi para guru.

CADANGAN
PENYELESAIAN

Penyelarasan semula oleh pihak sekolah perlu dibuat semula bagi situasi seperti

ini. Adalah menjadi kesalahan bagi guru menghadkan murid menggunakan bilik ICT
bagi tujuan PDP sedangkan ianya disediakan khas untuk kegunaan murid-murid. Selain
itu, tindakan guru juga harus ada. Guru boleh menempah bilik ICT pada masa-masa
tertentu agar bilik ICT digunakan oleh murid secara berkala.

Penutup

Internet merupakan pembaharuan dalam teknologi komputer dan komunikasi. Internet


sekarang ini telah memudahkan proses pencarian maklumat sehingga maklumat yang
dahulunya susah atau tidak boleh didapati hanya terpapar di skrin komputer. Pelbagai
aplikasi ICT yang dapat diperolehi pada hari ini juga bukan sahaja dapat memberikan
maklumat kepada kita malah dapat membantu memudahkan kerja yang dilakukan.
Namun semua aplikasi ini tidak akan dapat membantu sekiranya kita tidak tahu untuk
menggunakan aplikasi tersebut. Penguasaan ICT adalah merupakan satu perkara yang
amat penting pada hari ini, dengan penguasaan inilah akan membantu kita untuk
mendapatkan segala maklumat yang diperlukan dengan cara yang lebih mudah dan
dalam masa yang sama, kita dapat mengetahui cara terbaik untuk melindungi
maklumat-maklumat penting kita daripada diceroboh. Oleh itu, ICT boleh dikatakan
sebagai satu laluan yang akan membawa kita kepada pelbagai jenis maklumat dan
pengetahuan sekiranya kita dapat mengaplikasikan dengan cara yang betul. Namun
apa yang penting untuk menguasai ICT pada hari ini ialah penerokaan yang berterusan
untuk mendapatkan aplikasi-aplikasi terbaru dalam ICT ini.
Tidak dapat dinafikan manusia zaman sekarang tidak dapat hidup tanpa
menggunakan Internet akibat perkembangan pesat teknologi, walaupun ia membawa
banyak kesan biarpun baik atau buruk kepada kita. Namun, kesan negatif yang dibawa
oleh Internet ini masih boleh dibendung dan juga diatasi dengan syarat semua lapisan
masyarakat Malaysia mengambil tindakan yang serius untuk mengatasi. Sekiranya,
langkah atau cara yang sesuai dan dilaksanakan secara betul oleh pihak yang
berkuasa, kesan penggunaan Internet ini boleh menjadi satu faktor kemajuan negara.
Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Bergantung kepada usaha dan inisiatif kita
untuk membendung masalah ini dan menggunakan teknologi Internet sebaik mungkin.

Rujukan
P. A. Brett dan M. Nash (1998). Multimedia Language Learning Courseware,
Journal of Computer and Education.

Rosseni Din. (2002). Kemahiran Komputer Guru Sains Dan Matematik,


Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor

Anda mungkin juga menyukai