Anda di halaman 1dari 4

Dalam tugasan ini, saya dan kumpulan saya telah membuat satu kajian

terhadap pensyarah-pensyarah di IPG Kampus Kent Tuaran tentang "Perbelanjaan


kenderaan yang digunakan oleh pensyarah di IPG Kampus Kent Tuaran".Kami telah
mengkajikan jarak antara rumah ke tempat kerja, harga minyak yang digunakan
dalam seminggu, bilangan CC, bilangan servis kereta dalam 6 bulan, bilangan cuci
kereta dalam satu minggu, tempat tinggal, jenis minyak yang digunakan, keluaran
kereta dan bilangan kereta dimiliki.Dalam kajian ini, kami telah membahagikan
beberapa kajian yang telah dikaji untuk membuat rumusan diri sendiri.Justeru, saya
telah memilih kajian antara jarak antara rumah ke tempat kerja dan harga minyak
yang digunakan dalam satu minggu.

Jarak antara rumah ke tempat kerja yang dikaji ialah dari 1km hingga ke
60km.Manakala harga minyak yang digunakan dalam satu minggu yang dikaji ialah
dari RM1 hingga RM 100 ke atas.Saya telah membahagikan kepada 5km, 15km,
25km, 35km, 45km dan 55km.Manakala harga minyak pula dibahagikan kepada RM
25, RM 75 dan RM 100 ke atas.Hal ini supaya memudahkan saya untuk membuat
kajian dan rumusan.

Dalam jarak 5km, terdapat 14 orang yang menggunakan sebanyak RM 25
harga minyak, 4 orang menggunakan sebanyak RM 75 harga minyak dan hanya 1
orang sahaja yang menggunakan sebanyak RM 100 harga minyak untuk pergi ke
tempat kerja dari rumah.Manakala jarak 15km, 7 orang menggunakan sebanyak RM
25 harga minyak, 2 orang menggunakan sebanyak RM 75 harga minyak dan tiada
orang menggunakan sebanyak RM 100 harga minyak untuk pergi ke tempat kerja
dari rumah.Jarak 25km pula, 3 orang menggunakan sebanyak RM 25 harga minyak,
7 orang menggunakan sebanyak RM 75 harga minyak dan tiada orang
menggunakan sebanyak RM 100 harga minyak untuk pergi ke tempat kerja.Dalam
jarak 35km, 4 orang menggunakan sebanyak RM 25 harga minyak, 11 orang
menggunakan sebanyak RM 75 harga minyak dan 3 orang menggunakan sebanyak
RM 100 harga minyak untuk pergi ke tempat kerja.Dalam jarak 45km pula, tiada
orang menggunakan sebanyak RM 25 harga minyak, 1 orang menggunakan
sebanyak RM 75 harga minyak dan 2 orang menggunakan sebanyak RM 100 harga
minyak untuk pergi ke tempat kerja.Akhirnya, dalam jarak 55km, tiada orang
menggunakan sebanyak RM 25 harga minyak, 1 orang menggunakan RM 75 harga
minyak dan tiada orang menggunakan sebanyak RM 100 harga minyak untuk pergi
ke tempat kerja.Jumlah keseluruhan pensyarah yang terdapat di IPG Kampus Kent
Tuaran adalah sebanyak 60 orang.Selain itu, jumlah harga minyak yang digunakan
oleh pensyarah dalam jarak 5km ialah sebanyak RM 750, jarak 15km ialah sebanyak
RM 325, jarak 25km ialah sebanyak RM 600, jarak 35km ialah sebanyak RM 1225,
jarak 45km ialah sebanyak RM 275 dan jarak 55km ialah sebanyak RM 75.

Dalam kajian ini, saya mendapati bahawa terdapat 19 orang tinggal antara
jarak yang paling pendek iaitu jarak 5km dan terdapat 18 orang tinggal antara jarak
yang sederhana iaitu 35km.Dalam kedua-dua jarak ini, jarak 5km ke tempat kerja
dari rumah, pensyarah-pensyarah telah menggunakan jumlah harga minyak
sebanyak RM 750 (jumlah harga minyak yang kedua tinggi dalam kajian ini).Hal ini
dapat dirumuskan bahawa pensyarah-pensyarah bukan sahaja menggunakan kereta
mereka untuk pergi ke tempat kerja dari rumah, manakala juga menggunakan kereta
mereka untuk pergi ke tempat lain dalam satu minggu.Di samping itu, bagi jarak 35
km ke tempat kerja dari rumah, pensyarah-pensyarah telah menggunakan sebanyak
RM 1225 (jumlah harga minyak yang paling tinggi dalam kajian ini).Hal ini kerana
jarak yang jauh daripada jarak 5km ke tempat kerja dari rumah.Jumlah harga minyak
yang banyak digunakan ini adalah disebabkan mereka mengalami kesesakan lalu
lintas semasa pergi ke tempat kerja atau pergi ke tempat lain dengan menggunakan
kereta mereka.Mungkin juga bahawa pensyarah-pensyarah tersebut hanya
mempunyai bilangan CC kereta yang tinggi dan menyebabkan penggunaan harga
minyak yang banyak dalam satu minggu.Jarak 25km pula ke tempat kerja dari
rumah, pensyarah-pensyarah telah mengunakan sebanyak RM 600 (jumlah harga
minyak yang ketiga tinggi dalam kajian ini).Hal ini dapat dirumuskan bahawa
pensyarah-pensyarah juga mengalami situasi yang sama iaitu mengalami
kesesakan lalu lintas semasa pergi ke tempat kerja dari rumah.Selain itu, bagi jarak
15km dan 45km ke tempat kerja dari rumah, pensyarah-pensyarah telah
menggunakan sebanyak RM 325 dan RM 275 (jumlah harga minyak yang keempat
dan kelima tinggi dalam kajian ini).Hal ini boleh dirumuskan bahawa pensyarah-
pensyarah mungkin menggunakan kereta yang berbeza untuk pergi ke tempat kerja
dari rumah.Contohnya, menggunakan bilangan CC yang berbeza untuk pergi ke
tempat kerja atau berganti kereta dengan isteri atau suami dengan bilangan CC
yang berbeza.Akhirnya, jarak 55km iaitu jarak yang paling jauh untuk pergi ke
tempat kerja dari rumah, pensyarah hanya menggunakan sebanyak RM 75 sahaja
(jumlah harga minyak yang paling rendah dalam kajian ini).Hal ini disebabkan jarak
yang sangat jauh lalu pensyarah menggunakan kereta bilangan CC yang rendah
atau terus pergi ke tempat kerja tanpa singgah di tempat-tempat lain.

Saya telah membuat satu kajian tentang jarak.Mode bagi jarak tidak dapat
dicari kerana nilai yang tidak diberikan kepada formula atau fungsi, mean dan
median bagi jarak ialah 30 (jarak 25 tambah dengan jarak 35 dan dibahagikan
kepada 2), minima bagi jarak ialah 5 manakala maxima bagi jarak tersebut ialah
55.Julat bagi jarak ialah 50 (maxima tolak dengan minima iaitu 55 tolak dengan 5),
sisihan piawai bagi jarak ialah 18.71 manakala varians pula ialah 350.Tambahan
pula, saya juga telah mengkaji jumlah purata harga minyak iaitu jumlah harga
minyak per jarak dibahagikan dengan jumlah pensyarah per jarak.Justeru, mode
bagi jumlah purata harga minyak tidak dapat dicari kerana nilai yang tidak diberikan
kepada formula atau fungsi, mean ialah 61.72, median ialah 64.03, minima jumlah
purata harga minyak ialah 36.11 manakala maxima ialah 91.67.Julatnya ialah 55.56,
varians ialah 453.39 dan sisihan piawai ialah 21.29.



Selepas saya mencari mode, mean, median, minima, maxima, julat, varians
dan sisihan piawai kedua-dua tersebut, saya telah membuatkan satu kolerasi bagi
kedua-dua keputusan tersebut.Kolerasi adalah salah satu teknik statistik yang
digunakan untuk mencari hubungan antara dua variabel atau lebih yang sifatnya
kuantitatif.Misalnya saya mempunyai dua variabel dan , ingin menguji apakah
hubungannya berbanding lurus atau terbalik atau bahkan tidak mempunyai
hubungan sama sekali.Pada pandangan saya, kolerasi antara jarak antara rumah ke
tempat kerja dan jumlah purata harga minyak yang saya dapati ialah 0.88 (kolerasi
positif yang tinggi).Kolerasi 0.88 dipanggil kolerasi positif yang tinggi adalah
disebabkan kolerasi 0.88 sangat mendekati dengan kolerasi positif 1.Kecerunan
garisan kolerasi tersebut adalah cerun.Justeru, jarak antara rumah ke tempat kerja
dan jumlah purata harga minyak adalah berhubung kait.Semakin jauh jarak dari
rumah ke tempat kerja, semakin tinggi jumlah purata harga minyak.

Anda mungkin juga menyukai