Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN

“PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SK IPGM ROLL OUT”


26 JAN – 27 JAN 2024 (Jumaat - Sabtu)
TEMPAT : SK IPGM DAN PUSAT KOKURIKULUM IPG KAMPUS PERLIS.
MAJLIS PENUTUP
-UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS
-BACAAN DOA : ABDULLAH BIN MOHD RIZAL
-UCAPAN GURU BESAR
-UCAPAN PERASMIAN PENUTUP :
-PENYAMPAIAN HADIAH
1: PESERTA TERBAIK L (INDIVIDU)
2: PESERTA TERBAIK P (INDIVIDU)
1: KUMPULAN TERBAIK TEROKA ALAM
2: KUMPULAN TERBAIK LDK
3: KUMPULAN TERBAIK KERJASAMA
4: KUMPULAN TERBAIK SAHSIAH
5: KUMPULAN TERBAIK DISIPLIN
6 : KUMPULAN PALING VERSATILE
7 : KUMPULAN PALING AWSOME
8 : KUMPULAN PALING INOVATIF
-PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN
-SESI BERGAMBAR

HANNAH

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Yang berusaha, Cikgu nur zaitun binti ibrahim, Guru Besar Sk ipgm

Yang berusaha Cikgu Amirul Syazmi Bin Mohd Basri, Guru Penolong Kanan, Hal
Ehwal Murid,sk ipgm

Yang berusaha Cikgu Muhd Helmi bin Ramlan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
skipgm

Yang dihormati para siswa dan siswi IPG kampus perlis,

Para fasilitator, Kem Komandan Perkhemahan, Ahli jawatankuasa penyelaras


PERKHEMAHAN,

Guru-guru dan seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian


Assalamualaikum WRT.......................salam sejahtera dan salam skipgm rollout

HUMAIRA

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnia,


taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita berkumpul bagi menjayakan Majlis
Penutupan PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SKIPGM ROLL OUT”
bagi sesi 2023/2024 pada hari ini.
Hadiri yang dihormati, Seperti yang kita sedia maklum, Perkhemahan ini telah
berlangsung selama 2 hari bermula 26-27 Jan 2024. Sepanjang perkhemahan ini
banyak aktiviti yang telah di jalani oleh rakan-rakan seperti pemasangan khemah,
kembara burung hantu, senamrobik,masakan rimba, spider web dan sebagainya.
Semua ini bersesuaian dan sejajar dengan objektif yang ingin dicapai iaitu : yang
pertama (1) Melahirkan murid-murid yang bersemangat, yakin serta mampu
menghadapi segala cabaran hidup walau berada dalam situasi apa jua pun. 2.
Memberikan kesedaran kepada murid tentang pentingnya pengurusan masa yang
betul dan sentiasa bertanggungjawab terhadap diri sendiri. 3. Memupuk semangat
toleransi dan kerjasama di samping memberi gaya imej kepimpinan yang dihormati
dan disegani di sekolah. 4. Sentiasa menghormati rakan dan patuh kepada arahan
ketua serta mewujudkan hubungan tali persaudaraan yang lebih erat.

HANNAH

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon agar selamat

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan ABDULLAH BIN MOHD RIZAL untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
-Bacaan doa-
Amin, amin ya rabbal ‘alamin. Semoga majlis kita pada hari ini berjalan lancar
hendaknya.
Hadirin yang dihormati sekalian…

Majlis kita terus berlayar ke destinasi utamanya. Sebagai pembuka bicara, pihak
majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Cikgu nur zaitun
binti Ibrahim Guru Besar Sk ipgm untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
menutup rasmi PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SKIPGM” bagi sesi
2023/2024..
Majlis mempersilakan.

-ucapan GB-
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan perasmian penutup yang telah
di sampaikan oleh Yang Berusaha Cikgu nur zaitun binti Ibrahim Guru Besar Sk
ipgm sebentar tadi.

HUMAIRA

ACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Hadirin yang dihormati. Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian
hadiah kepada peserta yang bertungkus lumus menjalani aktiviti pertandingan
sepanjang perkhemahan dijalankan serta sesi penyampaian sijil penyertaan kepada
peserta perkhemahan.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang


Berusaha Cikgu Muhd Helmi bin Ramlan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
skipgm bagi menjemput dan mengiringi Yang Berusaha Cikgu nur zaitun binti
Ibrahim Guru Besar Sk ipgm untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

BACA SENARAI NAMA PEMENANG - tgu cikgu bagi senarai pemenang.


Buat pengetahuan semua pemenang yang dipilih adalah berdasarkan penilaian yang
telah dibuat oleh kem komandan, fasilitator dan beberapa orang guru sepanjang
perkhemahan ini berlangsung.

Bagi (1) PESERTA TERBAIK kategori Lelaki dimenangi oleh….


_____________________________________________ dipersilakan…….
Baiklah seterusnya pula adalah (2)PESERTA TERBAIK kategori perempuan
dipersilakan __________________________________________________

Tahniah diucapkan….

Seterusnya hadiah bagi pertandingan (1) KUMPULAN TERBAIK TEROKA ALAM


dimenangi oleh
__________________________________________________.dipersilakan seorang
wakil untuk mengambil hadiah.

Baiklah rakan-rakan sekalian, seterusnya bagi pertandingan (2) KUMPULAN


TERBAIK LDK pula dimenangi oleh ___________________________________
dipersilakan seorang wakil.

HANNAH
Kita teruskan pula dengan pertandingan (3) KUMPULAN TERBAIK KERJASAMA
dimenangi oleh __________________________________________

Seterusnya… Bagi pertandingan (4) KUMPULAN TERBAIK SAHSIAH pula


dimenangi oleh _______________________________________. Seterusnya bagi
pertandingan (5) KUMPULAN TERBAIK DISIPLIN, telah dimenangi oleh
____________________________________. dipersilakan tampil ke pentas untuk
menerima hadiah.

Seterusnya (6)KUMPULAN PALING VERSATILE telah dimenangi oleh kumpulan


_________________________________________
Seterusnya hadiah (7) KUMPULAN PALING AWSOME akan diberikan kepada
________________________________. dipersilakan…

Baiklah rakan-rakan sekalian, bagi pertandingan yang terakhir iaitu (8) KUMPULAN
PALING INOVATIF disandang oleh
kumpulan_______________________________,
dijemput wakil untuk menerima hadiah..syabas dan tahniah diucapkan kepada
rakan-rakan yang telah berjaya memperoleh kemenangan. Bagi yang tidak berjaya
usaha lagi di lain masa, innshaaAllah….

Seterusnya pula adalah PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN kepada semua


peserta yang terlibat. Dengan itu dijemput seorang wakil dari setiap kumpulan untuk
menerima sijil penyertaan, dipersilakan…..

*murid kumpulan 1-8 beratur utk terima sijil*

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Cikgu nur
zaitun binti ibrahim, Guru Besar Sk ipgm atas kesudiaan menyampaikan hadiah
kepada para pemenang..

HUMAIRA

Usai sudah majlis penutup PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SKIPGM


ROLL OUT” bagi sesi 2023/2024 pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada
semua yang telah menjayakan perkhemahan ini dengan jayanya. Kami memohon
seribu kemaafan diatas tutur kata mahupun lakucara sepanjang kami
mengendalikan majlis pada hari ini

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua
Lain masa bersua lagi……………..
Kami sudahi majlis ini dengan. Wabillah hi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai