Anda di halaman 1dari 5

TEKS MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERKHEMAHAN PERDANA UNIT

BERUNIFORM SK PUTERI 2022


BI AGENDA TEKS
L.
1. PENGUMUMAN Para hadirin diminta bersedia kerana majlis akan dimulakan
sebentar lagi.

2. PEMBUKAAN/
KATA ALUAN Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.r.b.k.t, Salam


Sejahtera, dan Salam 1 Malaysia

Yang Dihormati EN HASANOL BOLKIAH BIN HJ. ZAINAL,


YANG DIPERTUA PIBG SK PUTERI,

Yang Berusaha PUAN HJH SITI ZALEHA BT OTHMAN,


GURU BESAR SK PUTERI,

Yang Dihormati PUAN ZAILANI BT ZAKARIA, GURU


PENOLONG KANAN KOKURIKULUM,

Yang Dihormati PUAN FARAH, PENGURUS KEM


SETARACITA ADVENTURE SDN. BHD, RANTAU AGRO
PARK

Yang dihormati Kem Komandan Perkhemahan Unit Beruniform


PUAN NORHANA BT RAMLI ,
Ahli Jawatankuasa Pelaksana,Barisan Guru-guru, Fasilitator,
serta murid-murid peserta kem yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan


Perdana Badan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Puteri,
bagi tahun 2022.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan izin


dan limpah kurniaNya dapat kita sama-sama berkumpul pada
petang ini dalam majlis penutup Perkhemahan Perdana Badan
Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Puteri.

3. BACAAN DOA Bagi memula dan memuliakan majlis, kini majlis


mempersilakan Ustaz Muhammad Izwan untuk memimpin
bacaan doa, dipersilakan. (bacaan doa) Amin Ya Rabbal
Alamin.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Hadiri yang dihormati,


4. UCAPAN
PENGENALAN Seperti yang kita sedia maklum, Perkhemahan ini telah
PROGRAM berlangsung selama 2 hari bermula 11-12 November 2022.

Sepanjang perkhemahan ini banyak aktiviti yang telah di jalani


oleh murid-murid seperti aktiviti ice breaking, malam
kebudayaan, jungle trekking dan masakan rimba.

Semua ini bersesuaian dan sejajar dengan objektif yang ingin


dicapai iaitu :

1. Melahirkan murid-murid yang bersemangat, yakin serta


mampu menghadapi segala cabaran hidup walau berada
dalam situasi apa jua pun.

2. Memberikan kesedaran kepada murid tentang peri


pentingnya pengurusan masa yang betul dan sentiasa
bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

3. Memupuk semangat toleransi dan kerjasama di samping


memberi gaya imej kepimpinan yang dihormati dan
disegani di sekolah.

4. Sentiasa menghormati rakan dan patuh kepada arahan ketua


serta mewujudkan hubungan tali persaudaraan yang lebih
erat.

5. UCAPAN KEM Seterusnya, majlis akan diteruskan dengan mendengar laporan


KOMANDAN sepanjang berlangsungnya perkhemahan
daripada______________________________________
Selaku Kem Komandan bagi perkhemahan kali ini untuk
menyampaikan laporan.
Dipersilakan.

Selesai ucapan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


_______________________ ________________di atas ucapan
sebentar tadi.

6. UCAPAN GURU Yang awal kita dahulukan,


BESAR Yang dahulu kita alu-alukan,
Ucapan perasmian kita nantikan,
Pelengkap majlis yang kita adakan.
Untuk tidak melengahkan masa majlis menjemput Yang
Berusaha PUAN HJH SITI ZALEHA BT OTHMAN, GURU
BESAR SK PUTERI,
untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan majlis
penutupan Perkhemahan Perdana Badan Unit Beruniform
Sekolah Kebangsaan Puteri, bagi tahun 2022.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
***************************************************
**** SELESAI UCAPAN.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada PUAN HJH


SITI ZALEHA BT OTHMAN di atas ucapan dan perasmian
penutupan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Semoga amanat yang disampaikan dapat dijadikan pedoman
untuk kita di masa akan datang.

6. PENYAMPAIAN Hadirin yang dihormati sekalian, majlis diteruskan dengan


SIJIL/ HADIAH/ upacara penyampaian sijil dan hadiah.
CENDERAMAT
A Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput
dan mempersilakan Yang Berusaha PUAN HJH SITI ZALEHA
BT OTHMAN, GURU BESAR SK PUTERI,

Diiringi oleh EN HASANOL BOLKIAH BIN HJ. ZAINAL,


YANG DIPERTUA PIBG SK PUTERI,
PUAN ZAILANI BT ZAKARIA, GURU PENOLONG
KANAN KOKURIKULUM
untuk menyempurnakan acara.

Majlis mempersilakan.

Kita mulakan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada


wakil setiap unit.

Dipersilakan.

1. Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM)


2. Pandu Puteri Tunas (PPT)
3. Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
4. Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)

Seterusnya, kita teruskan dengan penyampaian hadiah bagi


pertandingan yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan kali
ini.

BAGI PERTANDINGAN MALAM KEBUDAYAAN


Tempat ke 5 dimenangi
oleh_____________________________________
Tempat ke 4 dimenangi oleh
______________________________________

Tempat ke 3 dimenangi oleh


______________________________________

Naib Johan dimenangi oleh


______________________________________

Johan dimenangi oleh


______________________________________

BAGI PERTANDINGAN MASAKAN RIMBA


Tempat ke 5 jatuh
kepada_____________________________________

Tempat ke 4 jatuh kepada


______________________________________

Tempat ke 3 jatuh kepada


______________________________________

Naib Johan jatuh kepada


______________________________________

Johan jatuh
kepada______________________________________

SETERUSNYA, BAGI KUMPULAN TERBAIK PULA


Tempat ke 5 jatuh
kepada_____________________________________

Tempat ke 4 jatuh kepada


______________________________________

Tempat ke 3 jatuh kepada


______________________________________

Manakala Naib Johan jatuh kepada


______________________________________

Dan, kumpulan terbaik program Perkhemahan unit beruniform


2022 jatuh kepada
______________________________________

Majlis merakamkan, setinggi-tinggi penghargaan kepada guru


besar di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah itu tadi.
Seterusnya, penyampaian cenderahati tanda kenang-kenangan
kepada Puan Farah selaku PENGURUS KEM SETARACITA
ADVENTURE SDN. BHD,

DIPERSILAKAN

Hadirin sekalian,

dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah dan


cenderamata itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis Perasmian
Penutup Program Perkhemahan unit beruniform 2022.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak


sekolah, PIBG, guru-guru, dan semua yang terlibat di dalam
menjayakan program Perkhemahan unit beruniform ini.
Terima kasih di atas segala kerjasama dan sumbangan yang
telah diberikan.
Di kesempatan ini juga kami ingin memohon ribuan kemaafan
andai ada salah dan silap sepanjang majlis ini berlangsung.

Burung kedidi terbang di awan,


Hinggap sebentar di bibir perigi,
Terima kasih hadirin sekalian,
Panjang usia berjumpa lagi.

Sekian , Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum


Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai