Anda di halaman 1dari 13

Isi

Kandungan
Perkara

Muka
surat

Biodata Diri
Isi Kandungan
Tugasan 1 Penulisan Akademik

Sinopsis The Freedom Writers


Menganalisis
dan
membincangkan

I
II

konsep/model/teori pengurusan bilik darjah


yang digunakan oleh guru dalam cerita
The Freedom Writers bagi mengatasi
masalah tingkah laku murid-muridnya.
Rujukan

1
3

Sinopis

Freedom Writers merupakan film dari kisah nyata perjuangan seorang guru di Amerika Serikat dalam
membangkitkan kembali semangat pelajarnya untuk belajar. Dikisahkan, Erin Gruwel, seorang wanita yang
berpendidikan tinggi, datang ke Woodrow Wilson High School sebagai guru Bahasa Inggris di kelas 203, di
mana terdapat beragam gank ras yang selalu mengelompok, seperti ras kamboja, kulit hitam, latin, dan kulit
putih, dan pada saat itu sedang hangat diperbincangkan tentang isu rasisme.
Pada awal kedatangan Erin, para pelajar sama sekali tidak tertarik dengan kehadirannya kerana mereka
tidak senang terhadap orang berkulit putih. Mereka menganggap bahawa Erin tidak mengerti apapun tentang
kehidupan mereka yang keras, kehidupan yang selalu berada di bawah bayang-bayang perang dan kekerasan.
Bagi mereka, kehidupan adalah bagaimana caranya mereka selamat dari kekerasan.
Banyak cabaran yang harus dihadapi oleh Erin, baik dari pihak sekolah, hingga pihak suami dan
ayahnya. Diskriminasi yang dilakukan oleh pihak sekolah, seperti pemisahan kelas, serta perbedaan fasilitas
yang terlihat antara ras kulit putih dan kaum di luar itu membuat Erin miris. Erin mencari cara untuk melakukan
pendekatan dan metode pengajaran yang tepat supaya diterima oleh pelajarnya. Namun, sejak Erin disibukkan
dengan pendekatan terhadap pelajarnya dan bekerja paruh waktu. Dan ini telah menyebabkan dia diceraikan
oleh suaminya.
Erin faham dengan kondisi pelajarnya yang selalu berkelompok dengan kaum mereka masing-masing.
Akhirnya, dia menemukan cara untuk menjangkaui kehidupan mereka dengan memberikan mereka buku, dan
meminta mereka mengisinya dengan jurnal harian. Sejak membaca jurnal harian pelajarnya yang bercerita
tentang kehidupan mereka yang keras, Erin semakin bersemangat untuk mengubah kehidupan pelajarnya,
serta menghapus batas yang tidak dapat terlihat dengan cara-cara yang mengagumkan.
Untuk menambah motivasi belajar Erin mendatangkan Mrs. Miep Gies, seorang wanita penolong Anne
Frank, anak Yahudi yang hidup pada zaman Hitler dan holocaust-nya. Ia mendatangkan Mrs. Miep Gies untuk
berkongsi pengalaman kepada para pelajar tentang sebuah tragedi yang berlaku kerana diskriminasi, serta
usaha-usaha Erin lainnya yang mendapat tentangan dari pihak sekolah.
Akhirnya, keteguhan Erin dalam mendidik mereka berbuah hasil. Para pelajar, yang dari benci satu sama
lain, akhirnya menjadi berteman dan menghapus sekat-sekat ras di antara mereka. Jurnal harian yang telah
mereka tulis, telah dikumpulkan dan menjadi satu buku. Erin menamakan kumpulan buku harian pelajarnya
dengan nama The Freedom Writers .

Esei

The Freedom
Writers

Teori Motivasi
Intrinsik &
Ekstrinsik
Model Tingkah
Laku B.F.
Skinner
Model Disiplin
Asertif Canter
Model Akibat
Logika Dreikurs

Teori Motivasi Intrinsik & Motivasi Ekstrinsik


Seperti yang telah dipaparkan dalam film The Freedom Writer, semua pelajar Erin merupakan pelajar
yang dianggap sebagai pelajar yang bermasalah. Mereka berasal dari latar belakang keluarga dan juga
mempunyai pengalaman yang sangat keterlaluan dan dididik dalam kehidupan yang masih menonjolkan bangsa
masing-masing. Semua pelajar Erin diajar supaya dapat mempertahankan hidup mereka dalam apa-apa
keadaan dan juga agar dapat mempertahankan kumpulan mereka di lingkungan yang penuh dengan
persaingan sejak kecil lagi. Ajaran sebegini dibawa sehingga mereka dewasa, sehingga mereka harus hidup
dalam dunia sosial seperti sekolah, dalam sekolah mereka berkelompok-kelompok berdasarkan bangsa
mereka, bangsa kulit putih, bangsa kulit hitam, bangsa asia, kamboja, Vietnam dan lain sebagainya. Setiap
kolompok ini selalu ingin mempertahankan kewujudan mereka dan ingin menjadi bangsa yang paling unggul
dengan pelbagai cara telah mereka lakukan semua.
Oleh itu, pelajar-pelajar Erin tidak mempunyai apa-apa pun motivasi untuk belajar. Mereka pergi ke
sekolah hanya formaliti. Ini merupakan salah satu faktor kepada masalah pelajar yang sentiasa ponteng ke
sekolah. Motivasi dalam kehidupan mereka hanya untuk mempertahankan kaum masing-masing dan selalu
bersaing untuk menjadi kaum yang terbaik. Inilah keadaan yang tidak dapat menimbulkan sebarang minat
pelajar dalam belajar.
Motivasi merupakan suatu proses dalam diri manusia yang menyebabkan individu tersebut bergerak ke
arah tujuan yang diingini, atau bergerak menjauh dari situasi yang tidak menyenangkan. Motivasi dalam diri
manusia mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kejayaannya dalam mencapai suatu tujuan yang mereka
inginkan. Namun, motivasi pada setiap orang adalah berbeza dan ini bergantung kepada tujuan masing-masing
individu.
Di samping itu, motivasi juga dipengaruhi oleh aspek-aspek lain seperti minat, jangkaan, harapan dan
nilai, pengiktirafan dan sebagainya. Minat merupakan sebuah tanggapan bahawa suatu aktiviti yang
menimbulkan rasa ingin tahu dan menarik biasanya minat terlibat dengan kognitif dan afektif yang positif seperti
kesenangan, kegembiraan, dan kesukaan.
Sebagai contoh, Erin mencerita tentang gengster untuk menarik perhatian pelajarnya. Setelah Erin
mendapati salah satu pelajarnya, Jamal yang berasal dari afrika menjadi ejekan di kelas. Jamal digambar oleh
salah satu teman sekelas dengan bibir yang besar. Erin mulai menerangkan mengenai gengster yahudi yang
menggunakan cara menggambar lawannya dengan meggambar wajah mereka dengan hidung besar untuk
menjatuhkan harga diri lawannya tersebut. Pelajar-pelajar Erin tertarik dan penasaran.
Selain itu, pelajar-pelajar Erin telah membuat satu persepsi dari awal lagi, iaitu kehadiran mereka ke
sekolah tidak akan menimbulkan sebarang dampak. Kejayaan mereka hanyalah kaum mereka unggul dan
diakui oleh kaum lain. Inilah harapan mereka. Dengan harapan ini, maka sudah dapat diambil kesimpulan
bahawa nilai yang mereka kembangkan dalam diri mereka adalah bahawa sekolah bukanlah suatu hal yang
penting bagi mereka. Keadaan menjadi tambah buruk apabila guru-guru lain selain Erin mengatribusikan
bahawa mereka tidak akan mampu berkembang.

Aspek yang berpengaruh kepada seseorang individu adalah harapan dan nilai, Harapan adalah
kepercayaan mengenai kemungkinan meraih kejayaan dalam sebuah aktiviti, berdasarkan tahap kemampuan
saat ini dan keadaan lain yang boleh membantu ataupun menghalang prestasi. Sedangkan nilai adalah
kepercayaan mengenai sejauh mana sebuah aktiviti mempunyai menfaat secara langsung ataupun tidak
langsung. Harapan pelajar-pelajar Erin adalah kaum mereka unggul dan diakui oleh kaum lain dan sekolah
bukanlah hal yang penting kepada mereka. Harapan dan nilai ini dipengaruhi oleh latar belakang keluarga.
Sebagai contoh, salah satu muridnya yang bernama Eva (bangsa kulit hitam) menceritakan keluarganya
merupakan keluarga yang disegani oleh kampungnya. Hal ini kerana, ayahnya adalah ketua gengster di
wilayahnya.
Guru-guru lain telah mendefinisikan bahawa pelajar-pelajar 203 merupakan pelajar yang tidak dapat
diajar dan tidak ada guna. Keadaan ini lagi menyebabkan pelajar-pelajar 203 tambah tidak bermotivasi untuk
belajar. Hal ini kerana, pengiktirafan merupakan faktor timbulnya motivasi terutama pengiktirafan guru terhadap
pelajarnya kerana guru biasanya mengambil kesimpulan terlalu awal terhadap para pelajar mereka dengan
membentuk pendapat tentang kekuatan, kelemahan, dan potensi masing-masing pelajar untuk mencapai
prestasi akademik.
Erin telah memberikan motivasi kepada pelajar-pelajarnya dengan membawa mereka ke museum. Di
museum tersebut mereka melihat cerita-cerita dan peninggalan sejarah. Mereka juga dapat mendengar dan
melihat saksi sejarah yang masih hidup. Tindakan ini telah menjadikan mereka semakin dekat dengan satu
sama lain. Mereka telah menjadi produktif dan bersemangat.
Untuk menambah motivasi pada para pelajar, Erin mendatangkan Mrs. Miep Gies, seorang wanita
penolong Anne Frank, anak Yahudi yang hidup pada zaman Hitler dan holocaust-nya. Ia mendatangkan Mrs.
Miep Gies untuk berkongsikan pengalamannya kepada para pelajar tentang sebuah tragedi yang berlaku
kerana diskriminasi, serta usaha-usaha Erin lainnya yang mendapat tentangan dari pihak sekolah.

Model Tingkah Laku B.F. Skinner


Dalam film Freedom Writers, Erin telah menggunakan model pengurusan bilik darjah dari aliran
behaviorisme iaitu model tingkah laku B.F. Skinner. Model ini berorientasi pada hasil yang boleh diukur dan
diperhatikan. Dengan latihan diberi secara pengulangan digunakan supaya tingkah laku yang diingini dapat
menjadi kebiasaan. Tingkah laku yang diingini boleh dapati dengan pengukuhan positif dan tingkah laku yang
kurang sesuai depat dikurangkan melalui penghargaan negatif. Dalam teori ini, arahan yang ringkas diperlukan
untuk dicontohi, biarpun dilakukan sendiri ataupun melalui simulasi. Erin telah berusaha untuk menyatukan
mereka dengan berbagai-bagai cara. Usaha pertama yang telah dilakukan oleh Erin ialah menukarkan tempat
duduk. Erin menyuruh pelajarnya untuk berpindah tempat supaya mereka boleh bersatu sama lain dan tidak
ada lagi permusuhan antara kaum. Cara pertama ini kurang berkesan untuk mencapai matlamat iaitu
menyatukan mereka. Namun Erin memberikan pengukuhan dengan kaedah lain.
Erin menggunakan cara yang seterusnya iaitu satu permainan. Permainan ini menuntut pelajr Erin saling
berhadapan satu sama lain dan Erin akan menanyakan soalan. Jika keadaan itu pelajar-pelajar pernah

mengalami, mereka diminta maju ke depan dan berundur ke belakang untuk soalan yang seterusnya. Suasana
menjadi huru-hara apabila Erin menanyakan soalan adakah teman anda yang pernah meninggal kerana
kekerasan gengster . Erin meminta semua pelajar menyebutkan nama mereka semua dan berdoa memberikan
penghormatan kepada mereka yang telah meninggal.
Jika seseorang individu ingin dihormati oleh orang lain, dia harus menghormati dengan orang lain
terlebih dahulu. Ini merupakan apa yang telah Erin melakukan. Beliau mengarahkan pelajarnya untuk mengenali
diri sendiri dahulu. Beliau memberi tugasan kepada pelajar-pelajar dengan menulis jurnal setiap hari. Buku
jurnal itu boleh diisi dengan apa-apa sahaja tetapi berkaitan dengan mereka diri sendiri. Erin tidak memaksa
pelajar-pelajarnya supaya memberi buku jurnal tersebut kepada beliau membaca. Namun, pelajar-pelajar
sendiri yang mahu Erin untuk membaca. Dari sinilah, Erin berharap agar pelajar-pelajarnya dapat mengenal diri
sendiri.
Erin telah memberikan motivasi kepada pelajar-pelajarnya untuk berusaha belajar. Pelbagai cara telah
Erin mengambil untuk menambahkan motivasi para pelajarnya. Dengan motivasi yang ada para pelajar Erin
telah mengubah ke arah positif.
Isi penting pada model behaviorisme Skinner adalah Penghawa Operan. Penghawa Operan adalah
adalah sebentuk pembelajaran di mana akibat-akibat dari prilaku menghasilkan perubahan dalam
kebarangkalian prilaku itu akan diulangi. Unsur yang terpenting dalam belajar adalah adanya pengukuhan
(reinforcement) dan hukuman (punishment).
Pengukuhan

dan

Hukuman.

Pengukuhan

(reinforcement)

adalah

akibat

yang

meningkatkan

kebarangkalian bahawa suatu perilaku yang akan terjadi. Sebaliknya, hukuman (punishment) adalah akibat
yang menurunkan kebarangkalian terjadinya suatu perilaku.
Pengukuhan boleh jadi kompleks. Pengukuhan bererti memperkuatkan. Skinner membahagikan
pengukuhan ini menjadi dua bahagian iaitu pengukuhan positif dan pengukuhan negatif. Pengukuhan positif
adalah pengukuhan berdasarkan prinsip bahawa kekerapan respons meningkat kerana diikuti dengan
rangsangan yang menyokong (rewarding). Bentuk-bentuk pengukuhan positif adalah secara memberi hadiah,
perilaku seperti senyum, menganggukkan kepala untuk meluluskan, bertepuk tangan, mengacungkan ibu jari
dan lain-lain, atau penghargaan. Dalam film ini, pengukuhan positifnya adalah ketika pelajar-pelajar kelas 203
mahu bersekolah dan meneruskan pendidikan, Erin selalu memberi motivasi kepada mereka. Pada awalnya
mereka sangat malas dan tidak mahu memberi perhatian semasa Erin mengajar, namun lama kelamaan
mereka pun memberi perhatian kerana tertarik dengan kaedah belajar yang diberikan oleh Erin.
Pengukuhan negatif, adalah pengukuhan berdasarkan prinsip bahawa kekerapan respons meningkat
kerana diikuti dengan penghapusan rangsangan yang merugikan atau tidak menyenangkan. Pelbagai bentuk
pengukuhan negatif seperti menunda, tidak memberi penghargaan, memberikan tugas tambahan atau
menunjukkan perilaku tidak senang seperti menggeleng, kening berkerut, muka kecewa dan lain-lain.
Erin mengaplikasikan model tingkah laku B.F.Skinner dengan meningkatkan tingkah laku yang diingini.
Erin selalu menggalakkan pelajar-pelajarnya untuk menjadi seorang individu yang lebih baik daripada dulu yang

sentiasa mabuk-mabukkan dan tidak bersopan-santun. Namun, apa yang beliau telah melakukan adalah
dengan menyuruh mereka untuk menulis apa yang mereka lakukan sehari-hari.
Erin juga menggunakan dorongan (prompt) dan pembentukan (shaping). Perilaku menulis yang Erin
lakukan ini cukup efektif. Secara perlahan-lahan pelajar yang malas mencurahkan hatinya kerana merasa tidak
ada yang dapat memahami mereka. Buku jurnal yang mereka tulis dikeluarkan oleh Erin sehingga mereka
bersemangat untuk menulis dan menjadikannya sebuah buku. Erin juga mengurangkan tingkah laku yang tidak
dijangka. Sebagai contoh, tindakan buruk yang pelajar-pelajarnya yang melakukan bersama dengan geng-nya
mulai dihapuskan secara perlahan-lahan dan mereka mula merasakan erti bahawa perbezaan menimbulkan
keindahan di dunia ini.
Teori belajar penghawa operan Skinner memberi banyak sumbangan kepada amalan pengajaran. Kesan
pengukuhan dan hukuman adalah sebahagian dari kehidupan murid. Jika teori ini digunakan secara berkesan,
akan mendapat membantu para guru dalam pengurusan kelas. Demikian pula prinsip-prinsip dan hukum-hukum
belajar yang terkandung dalam teori ini akan membantu guru dalam menggunakan pendekatan pengajaran
yang sesuai untuk mencapai hasil belajar dan perubahan tingkah laku yang positif bagi anak didik.

Model Disiplin Asertif Canter


Erin juga telah mengaplikasikan model disiplin Asertif Canter semasa dia mengajar di kelas 203. Model
ini juga salah satu model yang amat berkesan semasa mengurus bilik darjah. Model ini berasaskan peneguhan
pada tingkah laku yang diingin dengan menerima akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan oleh muridmurid. Model ini lebih mementingkan perlaksanaan dan penguatkuasaan peraturan dan juga memastikan muridmurid mematuhi peraturan tersebut.
Dalam model ini, guru hendaklah mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara tenang, serius
dan konsisten dengan murid. Canter pernah mengatakan bahawa murid-murid berhak untuk mendapat suasana
yang tenang dan teratur untuk belajar. Manakala ini telah menjadi tanggungjawab kepada guru untuk
memastikan murid-murid dapat belajar dalam suasana yang tenang dan positif.
Erin berusaha untuk mewujudkan suatu suasana yang sesuai untuk mengajar pelajar-pelajar kelas 203.
Sebagai contoh, apabila seorang pelajarnya, Jamal membuat kacau di dalam bilik darjah, Erin menghentikan
tindakan Jamal dengan segera dan terus menukar tempat duduk Jamal. Akibat yang dibawa oleh tindakan Erin
ini ialah kelas mewujud suatu suasana yang leibh tenang jika banding dengan suasana sebelum. Bukan itu
sahaja, selepas Jamal ditukar tempat duduk dia berdiam di tempat duduk baru. Hal ini kerana, apabila seorang
individu berada di suatu tempat yang bukan dia selalu pergi, individu tersebut akan merasa kurang selesa dan
tidaak biasa dengan keadaan itu. Tindakan Erin yang menukarkan tempat duduk Jamal juga dapat
mengeluarkan Jamal dari kumpulan dia. Tindakan ini dapat mengurangkan rasisme dalam bilik darjah tersebut
secara tidak langsung.
Di samping itu, Erin juga bertindak asertif semasa menghadapi pelbagai masalah di kelas 203. Model
disiplin Asertif Canter menerangkan guru haruslah bersifat asertif. Guru yang asertif akan tahu apa yang diingini
oleh murid. Sebagai contoh, Erin memahami bagaimana untuk menarik perhatian pelajar-pelajar di kelas dia,
iaitu tentang gengster ataupun tentang rasisme. Erin juga tidak membawa imej garang dan kasar ke dalam

kelas. Tindakan ini juga salah satu ciri-ciri guru yang bersifat asertif. Walaupun Erin dicerai oleh suaminya, tetapi
dia tidak membawa emosi yang negatif ke dalam kelas dengan membuat kasar ataupun marah pelajarpelajarnya.

Model Akibat Logikal Dreikurs


Salah satu model pengurusan bilik darjah yang telah digunakan oleh Erin dalam film ialah model akibat
logikal Dreikurs. Model ini memegangkan 4 prinsip iaitu manusia adalah makhluk sosial dan motivasi asas
mereka ingin dimiliki atau menjadi ahli sesuatu kelompok. Kesemua tingkah laku adalah bersebab. Model ini
mementingkan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk
bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Guru juga perlu mengenalpasti punca murid bertindak
salah laku. Murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah.
Disiplin dapat dikesan melalui murid-murid yang mampu mengawal diri berdasarkan kepentingan
persekitaran. Murid-murid yang mampu mengawal diri sendiri akan menunjukkan insiatif dan boleh mengambil
keputusan yang sewajarnya dan boleh memikul kewajipan yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga
orang lain. Disiplin yang berkualiti dapat dibentuk dengan mengamalkan demokrasi, iaitu guru dan murid
bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah.
Model ini berpendapat guru berperanan untuk membantu murid mengurangkan salah laku dengan
membantu mereka memahami motif tingkah laku mereka.
Semua tingkah laku pelajar-pelajar seperti tidak mahu menyiapkan kerja rumah, tidak memberi perhatian
dan lain-lain ada sebabnya. Selain itu, manusia adalah organisme yang berupaya membuat keputusan dan
realiti dipersepsikan oleh manusia. Tuntasnya, semua tingkah laku pelajar-pelajar Erin dapat dijelaskan da Erin
berusaha untuk mengatasinya.
Salah satu tingkah laku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Erin ialah enggan mengambil perhatian
semasa kuliah. Sebagai contoh, pada awalnya, Jamal menimbulkan masalah dengan memprovokatif satu
pelajar sekelasnya walaupun Erin sudah mula proses pegajarannya. Keadaan ini berlaku kerana Jamal ingin
menunjukkan bahawa dialah orang yang berkuasa. Hal ini kerana, dia menganggap dengan cara ini dapat
membuktikan bahawa dia sangat penting. Pelajar-pelajar sebegini juga ada kemungkinan melakukan tindakan
seperti membuat marah, membuat penentangan, menipu, enggan menyempurnakan tugas, sengaja
meninggalkan buku dan lain-lain. Semua tingkah laku individu ini adalah untuk membuktikan diri sendiri adalah
penting kepada sesuatu.
Model akibat logikal Dreikurs telah menerangkan punca berlaku salah laku mencabar kuasa, iaitu
perebutan kuasa antara guru dengan pelajar. Hal ini kerana, tindakan guru yang menyebabkan pelajar berasa
tertekan dan juga dipinggirkan. Oleh itu, mereka bertindak untuk mencabar kewibawaan guru. Sebelum Erin
menjadi guru kelas 203, tindakan guru-guru lain telah menyebabkan pelajar-pelajar 203 merasa dipinggirkan
kerana mereka dilabelkan sebagai pelajar yang tidak dapat membuat sumbangan kepada masyarakat.
Sebaliknya, menabahkan masalah pada masyarakat.

Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini Erin berusaha untuk mewujudkan suatu persekitaran
pembelajaran yang positf dalam kelas 203. Erin telah menukarkan tempat duduk Jamal dan pelajar lain untuk
mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Selain itu, motif atau tingkah laku yang dinyatakan dalam model akibat logikal Dreikus ialah membalas
dendam. Pelajar-pelajar sebegini melakukan apa-apa sahaja untuk membalas dendam. Hal ini kerana, mereka
berasa mereka tidak dilayani secara adil dan tiada sesiapa yang gemar dengan mereka. Mereka beranggap
cederakan orang lain barulah dapat mencari kedudukan masyarakat mereka.
Sebagai contoh, kebanyakan tindakan pelajar-pelajar Erin bertindak untuk mencederakan orang lain
biarpun dari segi fizikal ataupun mental adalah kerana mereka merasa mereka tidak dilayani dengan adil. Hal ini
dapat dibukti dengan mereka sentiasa berusaha dengan apa-apa cara untuk membuktikan kaum mereka
merupakan kaum yang paling unggul. Mereka masih berhidup dalam zaman rasisme. Untuk mengatasi masalah
ini, Erin juga berusaha untuk mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang positif dengan cara
mengalihkan fokus mereka ke tempat lain. Erin memberikan setiap pelajarnya dengan sebuah buku jurnal.
Pelajar-pelajar boleh menulis apa-apa sahaja yang hendak ditulis. Mereka boleh menulis sajak, perasaan
mereka dan lain-lain di buku tersebut.
Di samping itu, Erin juga membawa pelajar-pelajarnya pergi ke museum untuk membuat lawatan. Di
museum tersebut mereka dapat tahu pelbagai cerita dan peninggalan sejarah. Mereka juga dapat mendengar
dan melihat saksi sejarah yang masih hidup. Tindakan ini telah menjadikan mereka semakin dekat dengan satu
sama lain. Tuntasnya, Erin telah berjaya menyedarkan mereka bahawa rasisme membawa banyak tragedi.
Erin telah berjaya membantu pelajarnya menyalurkan emosi negatif kepada tingkah laku yang lebih
positif. Erin telah berjaya menjadikan mereka saling memahami perasaan rakan-rakan dan juga masyarakat
yang sekeliling mereka.
Kesimpulannya, Erin merupakan seorang guru yang berjaya kerana dia telah berjaya mengubah tingkah
laku negatif yang ada pada pelajarnya ke tingkah laku yang positif. Erin telah berjaya mewujudkan suatu alam
belajar yang mampu merangsang minat belajar pelajarnya dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku.

RUJUKAN

Choong Lean Keow (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
George Koizumi (2012). Analisis Film: Freedom Writers. Muat turun pada 24 Ogos 2015 dari
https://technurlogy.wordpress.com/

Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku .Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Max Thomas (2010). Sinopsis / analisis Film Freedom Writers. Muat turun pada 24 Ogos 2015 dari
http://www.perkuliahan.com/sinopsis-film-freedom-writers/
Muhamad Ariff (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Muat turun pada 24 Ogos 2015 dari
http://edu3104.webs.com/notakuliah.htm
Noriati A. Rashid dan rakanya (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai