Anda di halaman 1dari 6

CHUAH SEE YEUN PKES3063

PISMP P.KHAS SEM 3

Kini, slogan gaya hidup sihat semakin hebat diperdebatkan dalam kalangan
masyarakat. Gaya hidup yang sihat meliputi amalan pemakanan yang seimbang, melakukan
aktiviti senaman, penjagaan kebersihan diri, rehat yang cukup, elakkan penyalahgunaan
bahan seperti rokok, dadah dan alkohol, pengurusan stres dan sebagainya. Jika kita
mengamalkan gaya hidup sihat, maka kita akan mempunyai tubuh badan yang sihat,
menjadi insan yang berkualiti, mempunyai daya pemikiran yang tinggi dan dapat mengawal
emosi diri dengan baik.

Amalan gaya hidup sihat ini sepatutnya mula diterapkan dalam kehidupan seharian
sejak kecil lagi terutamanya pada bangku sekolah lagi. Dalam beberapa perkara yang
disebut, tidak dapat dinafikan kebersihan diri perlu dititikberatkan. Hal ini demikian kerana
jika kita tidak menjaga kebersihan diri dengan baik, badan kita mudah dijangkiti penyakit.
Kini, kita kerap melihat isu tentang kebersihan diri yang berlaku di sekolah. Hal ini berlaku
kerana murid di sekolah tidak pandai menjaga kebersihan diri sehingga menimbul isu-isu
kesihatan. Oleh itu, guru di sekolah perlu menggunakan pelbagai strategi, kaedah dan
teknik untuk menerapkan amalan yang ini dalam diri murid.

Sebelum itu, apakah itu kebersihan diri?

Kebersihan diri merangkumi penjagaan kebersihan yang rapi seperti kulit, rambut
dan kulit kepala, mata, hidung, telinga, gigi, mulut, kuku dan sebagainya. Penjagaan
kebersihan diri dapat menjamin kesihatan dan penampilan bagi seseorang manusia. Jika
tidak seseorang itu tidak dapat menjaga kebersihan dirinya dengan baik, seseorang itu
mungkin akan menghadapi pelbagai masalah. Contohnya, jika seseorang itu tidak menjaga
kebersihan badannya dengan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari, maka badannya
akan berasa gatal. Selain itu, jika seseorang itu tidak menjaga kebersihan tangan dengan
mencuci tangan dengan rajin, sebelum dan selepas makan serta sebelum dan selepas pergi
ke tandas, maka seseorang itu mungkin menghadapi masalah seperti keracunan makanan,
penyakit saluran pencernaan dan sebagainya.

Di sekolah, kebanyakan murid mempunyai masalah dalam menjaga kebersihan diri


mereka. Hal ini dapat dilihat daripada penampilan mereka yang tidak rapi dan kemas, Bau
badan, bau mulut, rambut yang dipenuhi kutu, kuku yang panjang dan kotor, penyakit kulit
dan sebagainya. Oleh itu, guru perlu mengambil langkah yang efektif bagi meningkatkan
kesedaran murid tentang pentingnya menjaga kebersihan diri. Guru perlu mengajar murid
mengikut cara yang betul untuk menjaga kebersihan diri dan penggunaan bahan atau alat
yang sesuai untuk membersihkan anggota badan mereka.

Bagi meningkatkan kesedaran murid tentang kebersihan diri, guru perlu merancang
strategi, teknik dan pengajaran yang efektif di dalam kelas. Boon P.Y., Noriati A. Rashid dan

2
CHUAH SEE YEUN PKES3063
PISMP P.KHAS SEM 3

Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015) dalam buku Murid dan Alam Belajar menerangkan
bahawa strategi pengajaran ialah satu pelan tindakan yang dirancang dan ditentukan secara
bertujuan untuk memudahcara suatu jenis pembelajaran suatu situasi manakala McClosky
(1971) mendefinisikan strategi pengajaran sebagai satu cara pengajaran dalam bilik darjah.
Secara keseluruhannya, strategi boleh ditakrifkan sebagai suatu kemahiran merancang dan
menguruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran di dalam
bilik darjah. Terdapat empat jenis strategi pengajaran iaitu strategi pemusatan guru, strategi
pemusatan murid, strategi pemusatan bahan dan strategi pemusatan tema. Walau
bagaimanapun, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan bagi
menerapkan ilmu kebersihan diri dalam kalangan murid ialah strategi pemusatan guru,
strategi pemusatan murid dan strategi pemusatan bahan.

Kaedah pengajaran merupakan suatu prosedur yang tersusun, sistematik dan


terancang baik untuk memudah cara dan merangsang pembelajaran murid. Kaedah
pengajaran memberikan hala tuju dan membimbing guru dan murid dalam aktiviti bilik
darjah. Teknik pengajaran pula ialah satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian
bahan pengajaran kepada pelajar dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran.
Dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran tentang topik kebersihan diri,
guru perlulah kreatif dalam memilih kaedah dan teknik yang menarik dan sesuai seperti
teknik bercerita, demonstrasi, penyelesaian masalah dan sebagainya bagi meningkatkan
pemahaman murid tentang topik ini.

Strategi Pemusatan Guru

Strategi pemusatan guru ialah strategi di mana guru mengawal keadaan dan
berperanan sebagai ketua. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran ini, fokus
pengajaran atau aktiviti ditentukan oleh guru. Guru banyak memberi penerangan dan pelajar
hanya duduk mendengar. Brophy (1978) dalam buku Murid dan Alam Belajar menyatakan
bahawa pengajaran pemusatan guru merupakan pendekatan yang mudah dirancang dan
diurus, membekalkan model untuk pemikiran yang betul dan mengelakkan suasana elitis
yang sering dikaitkan dengan kaedah kumpulan. Contoh strategi pemusatan guru ialah
syarahan, demonstrasi, bercerita dan sebagainya.

1. Demonstrasi
Guru boleh menggunakan kaedah demonstrasi dalam penyebaran ilmu tentang
kebersihan diri kepada murid. Demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih murid
memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur dan ia melibatkan guru untuk
menunjuk cara di hadapan kelas. Proses ini melibatkan pendekatan visual murid untuk
memerhatikan proses, maklumat dan idea. Melalui prosedur yang ditunjukkan oleh guru,

3
CHUAH SEE YEUN PKES3063
PISMP P.KHAS SEM 3

murid dapat menguasai sesuatu konsep dan prinsip dengan lebih mudah dan dapat
memahami sesuatu kemahiran semasa guru menjalankan proses sesuatu perlakuan. Oleh
itu, guru perlu merancang objektif dan kandungan demonstrasi dengan teliti berserta dengan
penerangan bagi memastikan kelicinan pelaksanaan demonstrasi. Bukan itu sahaja, guru
juga perlu memastikan murid memberi perhatian semasa demonstrasi dijalankan dan
membuat rumusan selepas demonstrasi.

Dalam menjaga murid tentang cara menjaga kebersihan tangan, guru boleh
menunjukkan cara mencuci tangan yang betul dengan menggunakan sabun sambil memberi
penerangan di hadapan kelas. Murid memerhati, mendengar penerangan guru dan melihat
sebelum aktiviti yang sama dilakukan oleh mereka. Aktiviti ini amat sesuai bagi mengajar
prosedur mencuci tangan yang betul. Hal ini amat penting kerana dengan mendedahkan
murid kepada amalan mencuci tangan dengan betul sebelum makan, sebelum menyediakan
atau menghidangkan makanan dan selepas ke tandas, kes penyakit seperti deman kepialu,
keracunan makanan dan sebagainya dapat dicegah.

Semasa guru melakukan demonstrasi, murid-murid dikehendaki mencatat langkah


mencuci tangan yang betul yang telah ditunjukkan oleh guru dan mengemukakan soalan jika
terdapat langkah yang keliru. Guru juga boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik
perhatian murid dan memastikan murid faham tentang demonstrasi yang ditunjukkan.
Selepas demonstrasi, guru boleh meminta beberapa orang murid untuk memberitahu urutan
langkah mencuci tangan yang betul yang telah ditunjukkan oleh guru. Seterusnya, guru
memberikan peluang kepada murid untuk mempraktikkan apa-apa yang telah diperhatikan
dan dipelajari oleh mereka melalui tunjuk cara guru. Guru merumuskan hasil pembelajaran
murid bahawa adalah penting bagi setiap orang untuk menjaga kebersihan diri bagi
menjamin kesihatan diri.

2. Bercerita
Seterusnya, guru boleh menggunakan teknik bercerita supaya murid mendapat
iktibar daripada cerita yang disampaikan oleh guru. Boon P.Y., Noriati A. Rashid dan
Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015) dalam buku Murid dan Alam Belajar mendefinisikan
cerita sebagai satu susunan kejadian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar
berlaku atau diciptakan. Selain itu, menurut Abdul Ghani Abdulah & Abd. Rahman Abd. Aziz
(2009) dalam buku Mengurus Tingkah Laku Pelajar, teknik bercerita dapat memberi
pengajaran, kesedaran, keinsafan dan juga mendapat maklumat-maklumat baru. Teknik ini
juga dapat mendidik dan membentuk sahsiah, tingkah laku dan kecekapan sosioemosi
manusia secara lembut, menggembirakan bahkan kaya dari aspek kemanusiaan.
Guru boleh mendedahkan murid dengan kepentingan-kepentingan menjaga
kebersihan diri dan kesan jika tidak menjaga kebersihan diri dengan menggunakan teknik

4
CHUAH SEE YEUN PKES3063
PISMP P.KHAS SEM 3

bercerita. Bukan itu sahaja, guru boleh bercerita tentang peristiwa yang sebenar ataupun
cerita ciptaan sendiri dengan bantuan bahan bantu mengajar dan memberi peluang kepada
murid untuk membandingkan watak yang menjaga kebersihan diri dan watak yang tidak
menjaga kebersihan diri dalam cerita tersebut. Dengan ini, murid akan mendapat iktibar
bahawa mereka akan dipinggirkan oleh kawan jika tidak menjaga kebersihan diri dan
menghadapi pelbagai kesan yang ditimbulkan akibat tidak menjaga kebersihan diri.
Selepas itu, guru perlu mengambil peluang ini mengemukakan soalan kepada murid
bagi mengenal pasti nilai-nilai yang ingin disampaikan melalui cerita tersebut berjaya
diserapkan oleh murid. Guru juga menasihati murid agar menjaga kebersihan diri pada
setiap masa. Seterusnya, murid akan mengambil langkah dengan mencontohi watak yang
menjaga kebersihan dalam cerita tersebut dan meniru cara-cara menjaga kebersihan diri
watak tersebut sebagai panduan mereka. Oleh itu, guru perlu menyediakan diri sebagai
pencerita yang mampu menggunakan cerita sebagai teknik dalam membentuk murid yang
pandai menjaga kebersihan diri.

Strategi Pemusatan Murid

Strategi berpusatkan murid bermaksud murid mengambil alih sedikit tanggungjawab


untuk apa-apa yang diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari. Strategi ini menggalakkan
murid menjalankan pembelajaran secara aktif dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator.
Ini dapat meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan
memudahkan murid untuk memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas dan mendalam. Di
samping itu, strategi pengajaran dan pembelajaran dalam strategi pemusatan murid lebih
mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid. Oleh itu, guru boleh menggunakan
teknik-teknik yang melibatkan strategi pemusatan murid seperti lakonan, main peranan,
permainan, simulasi dan sebagainya bagi menerapkan amalan menjaga kebersihan diri
dalam kalangan murid.

1. Penyelesaian Masalah dan Pembelajaran Koperatif


Teknik penyelesaian masalah merujuk kepada suatu proses pembelajaran inkuiri, di
mana murid mencari jawapan yang relevan untuk soalan yang dikemukakan kepada
mereka. Dalam teknik ini, murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran
manakala guru memainkan peranan sebagai penyelia. Di samping itu, murid diberikan
peluang untuk belajar dengan bebas tanpa sekatan, menyiasat, membina idea dan
meneroka idea dengan cara tersendiri. Pembelajaran koperatif pula merupakan satu situasi
pembelajaran aktif di mana murid bergerak dalam satu pasukan dan saling bergantung bagi
menuju kepada pencapaian satu matlamat secara berpasukan. Semua ahli dalam pasukan
bekerjasama bagi menyelesaikan satu projek atau tugasan.

5
CHUAH SEE YEUN PKES3063
PISMP P.KHAS SEM 3

Untuk membolehkan murid memahami tentang cara penjagaan kebersihan dengan


lebih mendalam, guru boleh membahagikan murid dalam kumpulan dan memberikan
masalah kepada mereka. Murid perlu bergerak dalam kumpulan bagi mencari penyelesaian
masalah. Contohnya, guru membahagikan murid untuk mencari masalah penjagaan
kebersihan diri dari segi rambut, kuku, tangan, gigi dan sebagainya dan murid perlu mencari
cara untuk menjaga kebersihan anggota badan tersebut. Bagi kumpulan yang mencari
maklumat berkaitan dengan penjagaan kebersihan gigi, mereka perlu mencari sebab
kerosakan gigi berlaku seperti tidak menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sekali,
tidak kumur mulut selepas makan, kerap makan makanan ringan dan makanan yang manis
dan sebagainya. Seterusnya, kumpulan tersebut perlu meneroka cara untuk menyelesaikan
dan mencegah berlakunya kerosakan gigi seperti menggosok gigi dengan cara yang betul,
jumpa doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun dan cara-cara yang lain.
Sepanjang proses mencari maklumat ini, murid perlu menjalankan penyiasatan
secara sistematik manakala guru perlu menjalankan tugasnya dengan memberi maklum
balas kemajuan daripada murid terhadap proses penyiasatan mereka. Walaupun tempoh
masa yang panjang diperlukan bagi murid untuk mencari penyelesaian masalah tersebut,
namun dalam tempoh tersebut, murid dapat belajar membuat rujukan, menginterpretasikan
data dan melaporkan kemajuan penyiasatan yang telah berlaku. Selepas penyiasatan
masalah, murid dikehendaki membentangkan hasil penyiasatan dengan murid yang lain
dalam kelas dan semua murid dapat belajar tentang penyelesaian masalah yang telah
dikemukakan oleh rakannya.

Strategi Pemusatan Bahan

Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan banyak bahan seperti


buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik dan lain-lain untuk menjalankan
pengajarannya. Strategi ini memberikan penekanan kepada penggunaan bahan-bahan
untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan yang dipilih ini perlu
berasaskan beberapa faktor seperti objektif pengajaran, keperluan pelajar, strategi
pengajaran dan kebolehan pelajar. Dengan menggunakan strategi pemusatan bahan, guru
boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, menarik serta berkesan manakala
murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan
aktiviti pembelajaran secara individu atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Pendek
kata, guru dan murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran
untuk mencapai objektif pengajaran.

Strategi ini amat sesuai bagi guru mengajar murid tentang kebersihan diri di mana
guru boleh menayangkan klip video bagi memudahkan murid memahami cara mencuci
tangan dengan betul, bagaimana menggosok gigi dengan bersih, bagaimana kuman masuk

6
CHUAH SEE YEUN PKES3063
PISMP P.KHAS SEM 3

ke badan melalui tangan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, guru boleh menggunakan slaid
gambar, carta aliran, televisyen dan sebagainya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
untuk mencapai objektif pengajaran. Melalui strategi ini, murid dapat memahami konsep
yang abstrak dengan lebih jelas dan memudahkan murid untuk mengingat maklumat yang
diajar oleh guru.

Carta aliran boleh digunakan untuk menjelaskan langkah penjagaan kebersihan


sesuatu anggota badan supaya murid dapat mengikut langkah yang tepat. Kad-kad imbasan
boleh digunakan oleh guru bagi mengukuhkan ilmu pengetahuan yang disampaikan kepada
murid. Di samping itu, penggunaan bahan bantu pelajaran yang pelbagai dan menarik boleh
menarik perhatian murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta boleh
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan dan tidak
membosankan. Pada akhir sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru boleh
memberikan lembaran kerja kepada murid bagi menguji tahap penguasaan murid tentang
topik penjagaan kebersihan diri. Oleh itu, seseorang guru itu perlulah kreatif dalam memilih
bahan bantu pelajaran yang sesuai supaya murid dapat memahami konsep penjagaan
kebersihan diri dan seterusnya menerapkannya dalam kehidupan sehariannya.

Penutup

Secara keseluruhannya, semua orang inginkan badan yang sihat dan kuat. Bagi
mencapai matlamat tersebut, kunci utamanya ialah menjaga kebersihan diri. Dengan
menjaga kebersihan diri, kita dapat menghindarkan diri kita daripada penyakit berjangkit
seperti penyakit kulit. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Amalan menjaga kebersihan
diri perlu diterapkan dalam kehidupan harian kita sejak kecil lagi terutamanya di bangku
sekolah lagi dan guru memainkan peranan yang penting dalam usaha ini agar murid
memahami konsep penjagaan kebersihan diri. Oleh itu, guru perlulah kreatif dan mempunyai
kemahiran untuk memilih, merancang, menyusun dan mengurus strategi, kaedah dan teknik
pengajaran yang sesuai bagi menapai objektif tersebut. Dengan ini, murid dapat mengikut
cara yang betul untuk menjaga kebersihan diri dan menggunakan bahan atau alat yang
sesuai dalam usaha menjaga kebersihan diri mereka.

Anda mungkin juga menyukai