Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARAAN PROGRAM CERAMAH

BINA INSAN GURU FASA III

TARIKH: 03 SEPTEMBER 2015 (KHAMIS)

MASA: 2:00 PETANG - 4:30 PETANG

TEMPAT: DEWAN KULIAH 1, IPG KAMPUS KENT

QUE ANN TINDAKAN


Ketibaan Penceramah Mengumumkan ketibaan

Penceramah-penceramah jemputan Bengkel Etiket Sosial Dan Protokol


sempena Program Bina Insan Guru Siri 3 tahun 2015.

Encik Shyibin Bin Jaapar, Ketua Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan


Guru Kampus Kent

Encik Haji Matsah @ Ahmad Shah Bin Md. Idris, Pensyarah Unit
Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu IPG. Hadirin mohon
bersedia.

Kata Alu-Aluan (Habis nyanyian)


Hadirin dipersilakan duduk.
Yang Dihormati:

Encik Shyibin Bin Jaapar, Ketua Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru
Kampus Kent

Encik Haji Matsah @ Ahmad Shah Bin Md. Idris, Pensyarah Unit
Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

Encik Victor Baga, Mentor Unit PISMP Bahasa Kadazandusun SK Ambilan Jun
2014

Encik Teh Ah Huat, Mentor Unit PISMP Matematik SJKC Ambilan Jun 2014

, Mentor Unit Pemulihan SK Ambilan Jun 2014

Saudara Samuel Thong Wei Zheng, Pengerusi Program Bina Insan Guru Siri 3
bagi tahun 2015

Seterusnya rakan guru pelatih Ambilan Jun 2014 yang dikasihi sekalian

Salam perpaduan, salam 1 Malaysia dan salam 1 Kent buat warga dewan
sekalian.

Selamat datang ke Bengkel Etiket Sosial Dan Protokol sempena Program Bina
Insan Guru Siri 3 tahun 2015.

Doa Indah mentari terbit di kuala,


Tampak cahaya cerah berserakan;
Sebelum majlis kita mulakan,
Bacaan doa kita mulakan.

Bagi memulakan program kita pada petang ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan memohon doa agar segala urusan dipermudahkan. Oleh itu,
majlis dengan penuh takzim menjemput
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Slot Bengkel 1 (Habis doa)


Terima kasih diucapkan kepada atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Majlis kita pada petang ini kini diteruskan kepada slot bengkel kita yang
pertama. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Haji
Matsah @ Ahmad Shah Bin Md. Idris, Pensyarah Unit Kokurikulum, Institut
Pendidikan Guru Kampus Kent dengan slot bengkel yang bertajuk
Pengendalian Majlis Rasmi. Majlis mempersilakan.
Slot Bengkel 2 (Habis ceramah 1)
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Haji Matsah @ Ahmad Shah Bin Md. Idris, Pensyarah Unit Kokurikulum,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent atas kesudian menyempurnakan slot
bengkel kita dengan tajuk Pengendalian Majlis Rasmi sebentar tadi.

Tanpa membuang masa, majlis kini diteruskan lagi dengan slot bengkel yang
kedua. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Shyibin Bin
Jaapar, Ketua Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent untuk
dengan slot bengkel yang bertajuk Etika Berpakaian. Majlis mempersilakan.

Penyampaian Cenderahati (Habis bengkel 2)


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Encik Shyibin Bin Jaapar, Ketua Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan
Guru Kampus Kent atas kesudian menyempurnakan slot bengkel kita dengan
tajuk Etika Berpakaian sebentar tadi.

Semoga dengan segala perkongsian daripada penceramah-penceramah


jemputan Haji Matsah @ Ahmad Shah Bin Md. Idris dan Encik Shyibin, kita
sebagai bakal guru dapat menjadikan segala pesanan dan amanat yang telah
disampaikan sebagai panduan kepada diri kita semua pada sepanjang masa.

Sebagai tanda penghargaan kepada penceramah-penceramah jemputan kita


pada petang ini, majlis kini menjemput saudara Samuel Thong Wei Zheng,
Pengerusi Program Bina Insan Guru Siri 3 tahun 2015 untuk menyampaikan
cenderahati kepada penceramah-penceramah jemputan. Untuk itu, majlis
dengan segala hormat menjemput dan mempersilakan penceramah-
penceramah jemputan kita untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan sesi
penyampaian cederahati kita pada petang ini.

Dijemput penceramah jemputan yang pertama, Haji Matsah @ Ahmad Shah Bin
Md. Idris

Seterusnya, penceramah jemputan yang kedua, Encik Shyibin Bin Jaapar

Penutup Sekali lagi, ucapan terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada
penceramah-penceramah jemputan kita pada petang ini iaitu Haji Matsah @
Ahmad Shah Bin Md. Idris dan Encik Shyibin Bin Jaapar atas kesudian untuk
menyempurnakan bengkel kita pada petang ini.

Dengan berakhirnya sesi penyampaian cenderahati sebentar tadi, maka


berakhirlah sudah Bengkel Etiket Sosial Dan Protokol sempena Program Bina
Insan Guru Siri 3 tahun 2015 pada petang ini.

Kami di meja pengacaraan ingin memohon maaf seandainya terdapat salah


silap dan kekurangan sepanjang pengacaraan program pada petang ini.

Dijemput penceramah jemputan, tetamu-tetamu kehormat serta guru pelatih


sekalian untuk menjamu hidangan yang telah disediakan.
Sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai