Anda di halaman 1dari 21

Pedagogi Pengajaran

Pendekatan KONSTRUKTIVISME

Apakah Konstruktivisme ?
McBrien & Bradt,1997 Satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar dan membina pengetahuan sendiri bukan hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.

Briner ,M , 1999 Murid membina pengetahuan dengan menguji idea berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada , mengaplikasikan kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperolehi dengan binaan intelektual yang sedia ada wujud.

Brooks & Brooks ,1993 Murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang telah mereka fahami sebelum ini.Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.Hasil penemuan tersebut akan disesuaikan dengan peraturan yang telah dibina agar mereka dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik.

Sushkin,N.,1999 Penekanan lebih diberikan kepada murid bukan guru .Murid yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman melalui bahan dan peristiwa tersebut . Murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah.Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan.

Nik Azis Nik Pa,1999 Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri . Sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukannya bukan maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar.Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seeorang kepada seseorang yang lain . Setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih.

Kesimpulannya : Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru
7

Gambaran Pengertian Konstruktivisme

Pengetahuan Idea Konsep Kemahiran Maklumat

Pengetahuan yang diterima Pengetahuan sedia ada Pengetahuan baru yang telah dibina

Tran Vui , 1999

Konstruktivisme mengaplikasikan 5 prinsip utama (5 Es) iaitu :


Engage ( Melibat ) Explore ( Meneroka ) Explain ( Menjelas ) Elaborate ( Mengembang ) Evaluate ( Menilai )

Melibat Guru menyoal dan merangsang minat dan rasa ingin tahu murid , murid melibatkan diri. Meneroka Guru mencungkil , murid mengumpul maklumat dan meneroka. Menjelas Murid memberi penjelasan,justifikasi dan mempersoalkan jawapan. Mengembang Murid membuat perkaitan dan melanjutkan konsep. Menilai Guru mentaksir pemahaman murid , murid menunjukkan pemahaman konsep.

Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme

4 Fasa Utama
Fasa Persediaan bermula dengan pemerhatian sehingga proses analisis secara berfikrah (thoughtful) situasi, objek dan karya, cara sesuatu itu berfungsi atau gagal dan sebagainya. Maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian dan analisis disimpan dan diproses oleh minda. Fasa Imaginasi idea dijanakan untuk mencari hubung kait dan gabung jalin dengan menggunakan teknik seperti sumbangsaran. Seterusnya, idea dikutip dan sintesis idea berlaku untuk memilih atau menghasilkan ciptaan. Fasa Perkembangan penambahbaikan terhadap hasil idea perlu dijalankan sebelum penilaian terakhir. Fasa Tindakan Suatu ciptaan asli tidak bermakna dan tidak bernilai jika tidak digunakan atau tidak dilaksanakan. Semua idea baharu yang dilaksanakan membawa perubahan dalam kehidupan harian dan menggerakkan individu untuk memulakan semula pemerhatian dan penganalisisan. Melalui fasa tindakan ini, kreativiti menjadi amalan berterusan.

1. FASA PERSEDIAAN
Orientasi Idea Berasaskan Pengetahuan Sedia Ada - Mewujudkan kesedaran, minat dan perasaan ingin tahu murid. - Menyediakan situasi/konteks pembelajaran yang bermakna. - Mengemukakan soalan/masalah untuk mencetus dan menjana idea murid.

2. FASA IMAGINASI
Penstrukturan Idea - Membangunkan asas pengalaman bagi sesuatu konsep/fenomena. Meneroka - Membina pelbagai bentuk penjelasan berdasarkan bukti yang dikumpul. Menjelas - Mentafsir maklumat/bukti dan menjelaskan konsep/ fenomena/idea. Konstruk Idea Baru - Membina asas kepada pengalaman yang selari untuk membantu mereka dalam proses perkongsian dan berkomunikasi dalam mentafsir maklumat baru yang diterima.

3. FASA PERKEMBANGAN
Penjelasan Lanjut - Membina semula dan memberi penjelasan lanjut /kefahaman dalam pelbagai mod (bertulis, grafik, peta minda dll). Aplikasi Idea - Membuat hubung kait pelbagai konsep yang berkaitan dan aplikasikan pemahaman dengan aktiviti harian.

4. FASA TINDAKAN
Penilaian - Menggunakan pelbagai bentuk pentaksiran terhadap perubahan kefahaman, kemahiran dan sikap murid. Kaji Semua Perubahan Idea - Menyelesaikan tugasan dan mempersembahkan hasil akhir tugasan dalam pelbagai bentuk. Penyiasatan Lanjutan - Membuat penilaian dan refleksi tentang pembelajaran dan kefahaman serta kemahiran baru.

Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme


Lebih Lebih Lebih Lebih Lebih Lebih seronok berfikir berkemahiran sosial yakin ingat Faham

Peranan Guru Konstruktivisme


Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan kpd soalan yang ditanya. Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka

Contoh Pengajaran

Pendekatan KONSTRUKTIVISME

20

Sekian , terima kasih

21

Anda mungkin juga menyukai