Anda di halaman 1dari 25

BANGUNAN-BANGUNAN

BERSEJARAH
DI MALAYSIA
PENGENALAN
• Siri penjajahan di bumi Tanah Melayu selama lebih 500
tahun oleh Portugis, Belanda, British dan Jepun
meninggalkan banyak monumen bersejarah yang akhirnya
menjadi tarikan pelancongan.
• Keunikan binaan bangunan asli Melayu dan berunsurkan
kolonial ini bukan sahaja dikunjungi oleh masyarakat
setempat malahan turut menggamit kunjungan pelancong
luar ke kota-kota warisan berkenaan.
1. BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
Dibina pada abad yang ke-19 iaitu
pada tahun 1893, Dipengaruhi reka
bentuk Moghul dan Moorish dengan
pengaruh Islam berdasarkan 3 buah
kubah yang terdapat padanya.

Pada awalnya bangunan ini dikenali


sebagai Pejabat Baru Kerajaan, namun,
pada tahun 1948, setelah Persekutuan
Tanah Melayu terbentuk, Bangunan
Sultan Abdul Samad dinamakan
sebagai Sekretariat Persekutuan.

Kemudian ditukar lagi pada tahun 1974


bersempena dengan nama Sultan
Selangor yang memerintah dari tahun
1857 ke 1898, Sultan Abdul Samad.
2. MUZIUM TELKOM
Sebuah bangunan yang tak
ubah macam di luar negara,
cukup unik reka bentuknya.
Untuk pengetahuan anda,
muzium ini memiliki 2 rupa
yang berbeza.

Bahagian bangunan yang


menghadap Jalan Gereja
memiliki pengaruh seni bina
Roman dengan 8 buah tiang
yang tinggi. Manakala bahagian
bangunan yang menghadap
Jalan Raja Chulan pula memiliki
gaya Eropah.
3. MUZIUM DIRAJA NEGARA
Muzium telah dibina sejak dari tahun
1928 lagi. Bangunan yang bersejarah
ini pada asalnya merupakan rumah
agam milik seorang jutawan Cina, Chan
Wing. Bangunan muzium ini telah
direka bentuk oleh sebuah firma seni
bina Swan & MacLaren yang terkenal
dari Singapura.

Muzium yang dahulunya sebuah


rumah kediaman ini memiliki keluasan
11.34 hektar. Rumah dengan gaya seni
bina Palladian ini pada ketika itu
merupakan rumah agam dengan saiz
yang tidak dapat ditandingi oleh
rumah lain di sekitar Tanah Melayu.
4. ISTANA BANDAR (ALAEDDIN)
Dibina pada penghujung abad
ke-19 dan siap pada tahun 1905,
Istana Bandar (Alaeddin) adalah
sebuah peninggalan antik yang
memiliki seni binaan yang unik.
Sewaktu pembinaan istana,
tukang-tukang Cina yang mahir
turut terlibat dimana mereka
menghasilkan ragam hiasan
serta ukiran dengan pengaruh
Cina sendiri. Secara
keseluruhannya, istana ini
memiliki pengaruh Islam dari
Timur Tengah dan juga India.
4. RUMAH BANGLO (HATTER’S CASTLE)
Rumah banglo di Pulau Carey ini
pula, dinamakan dengan nama
yang sama mungkin kerana ini
novel kegemaran pemiliknya.

Rumah indah ini memiliki reka


bentuk Britain dan Perancis yang
diilhamkan oleh pengasas Pulau
Carey iaitu Edward Valentine
Carey pada tahun 1923. Jurutera
yang terlibat dalam
pembinaannya didatangkan dari
Denmark iaitu C.L Gjorup.
5. KOTA RAJA MAHADI
Terletak tidak jauh dari bangunan
Majlis Perbandaran Klang, Kota Raja
Mahadi ini telah dibina oleh Raja
Mahadi bin Raja Sulaiman ketika
kemuncaknya peperangan Klang iaitu
pada tahun 1866.

Peperangan Klang berlaku akibat


perebutan kuasa untuk memerintah
daerah Klang antara Raja Mahadi dan
Raja Abdullah.

Kubu yang terletak di Bukit Kota ini


tidak lagi digunakan sebaik dua buah
peperangan saudara berakhir.
6. KELLIE’S CASTLE
Beraura misteri, Kellie’s Castle adalah
sebuah bangunan bersejarah yang
dibina oleh seorang pengusaha ladang
dari Scotland, William Kellie Smith
pada tahun 1915 untuk dijadikan
sebagai lambang cinta kepada isterinya
serta untuk mengembalikan kenangan
kepada rumah yang jauh di Scotland.

Namun, sedihnya, pembinaan istana ini


terpaksa dihentikan secara serta-merta
kerana Kellie telah mati secara
mengejut pada tahun 1926. Walaupun
tidak 100% siap, istana ini dikatakan
memiliki banyak ruang rahsia yang
termasuklah terowong-terowong
bawah tanah.
7. MASJID UBUDIYAH

Masjid Ubudiah ini juga dikatakan


sebagai salah satu masjid yang
terindah di Malaysia. Asalnya, masjid
ini telah dibangunkan kerana nazar
Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I,
Sultan Perak ke-28 yang menjalankan
pemerintahan dari 1887 ke 1916.

Masjid yang didirikan di Bukit Chandan


ini mula dibina pada tahun 1913
dengan kos sebanyak RM220,000
(pada ketika itu) dengan bantuan
seorang arkitek, A.B. Hubback dan
kerja pelaksanaan pula oleh ketua
jurutera negeri Perak, Caufield.
8. KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK
Mengikut sejarah, kawasan ini
adalah tempat dimana residen
Inggeris pada ketika itu, J.W.W.
Birch mati dibunuh oleh orang
Perak, dan disebabkan ini,
Sultan Perak telah dibuang jauh
ke Pulau Seychelles.

Antara tarikan yang boleh dilihat


di sekitar kompleks ini adalah
dua buah Rumah Kutai iaitu
rumah tradisi Perak, monumen
J.W.W. Birch, meriam Lela
Rentaka, kubu Datuk Maharaja
Lela dan kubur Sipuntum.
8. KOTA A FAMOSA
Kota A Famosa telah dibina pada tahun
1511 menggunakan buruh-buruh
paksaan sewaktu dibawah taklukan
Portugis.
Kini, bukan keseluruhan kota ini dalam
keadaan yang sempurna, kerana satu-
satunya struktur yang masih dalam
bentuk asal hanyalah pintu gerbang
kota ini iaitu Pintu Gerbang Santiago.
Dikatakan bahawa pintu gerbang ini
adalah struktur Eropah yang tertua di
rantau Asia.
Bangunan yang telah pun berusia lebih
daripada 500 tahun ini masih teguh
berdiri kerana menggunakan antara
jenis batuan yang paling kukuh iaitu
Batu Lada ataupun Batu Letrik yang
agak sukar untuk dicari.
9. BABA & NYONYA HERITAGE MUSEUM
Muzium ini pada asalnya
merupakan tempat tinggal bagi
keluarga Cina, iaitu keluarga Chan
yang datang untuk berniaga dari
tahun 1865 ke 1919.

Pada tahun 1985 pula ia mula


dibuka sebagai muzium yang
diuruskan sendiri oleh generasi
ke-4 keluarga ini. Dipamerkan di
dalamnya adalah perabot-perabot
asal yang dipelihara dengan baik,
yang masing-masing memiliki ciri
Baba Nyonya yang sangat cantik
untuk diamati.
10. THE STADTHUYS
Telah dibina pada tahun 1650,
The Stadthuys pada asalnya
adalah penempatan rasmi untuk
Gabenor Belanda. Pada awal
pembinaannya , bangunan ini
berwarna putih, namun pada
tahun 1911, iaitu sewaktu zaman
penjajahan British, bangunan ini
telah dicatkan dengan warna
merah seperti yang dilihat
sekarang.
11. INDEPENDENCE MONUMENT MUSEUM (MEMORIAL PENGISYTIHARAN
KEMERDEKAAN)
Bangunan yang dibina pada
tahun 1911 ini kini menjadi
tempat penyimpanan pelbagai
dokumen-dokumen, artifak,
majalah, keratan akhbar dan
lain-lain lagi yang penting
kepada negara dari zaman
Kesultanan Melayu Melaka
sehinggalah Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957
12. ISTANA LAMA SERI MENANTI
Istana Lama Seri Menanti ini adalah sebuah
istana 4 tingkat yang dibina untuk
menggantikan Istana Pulih yang telah terbakar
sewaktu Perang Bukit Putus.Telah direka oleh
dua orang tukang iaitu Taib dan Kahar dengan
arahan Yang di-Pertuan Besar yang mahu
istana ini dibina dengan reka bentuk alam
Minangkabau.
Yang menariknya, istana indah ini telah dibina
tanpa menggunakan walaupun satu batang
paku besi. Untuk menyambung dari satu
bahagian dengan bahagian yang lain, mereka
menggunakan sambungan kayu yang
dinamakan pasak.
13. MASJID KAMPUNG LAUT
Masjid ini telah berusia sekitar 300 ke 400
tahun kerana dibina pada tahun 1730.

Masjid ini dibina oleh para mubaligh yang


sewaktu pelayaran meraka di sepanjang
Kepulauan Melayu mengalami nasib yang
malang di mana kapal mereka bocor. Namun
begitu, mereka berjaya mendarat dengan
selamat di kawasan pantai yang terdekat.
Masjid ini kemudiannya dibina untuk
memperingati peristiwa tersebut.

Reka bentuk bercirikan Jawa dan teknik binaan


klasiknya yang tidak langsung menggunakan
paku.
14. ISTANA BALAI BESAR
Istana Balai Besar ataupun Istana
Susmana Besar adalah sebuah
bangunan lama yang telah dibina
pada tahun 1840 oleh Sultan
Muhammad II sebagai
menggantikan pusat pentadbiran
dari Kota Saba ke Kota Bharu.

Istana ini telah menjadi tempat


bersemayam Sultan-sultan
Pahang yang lalu. Sehingga kini,
bangunan ini masih kekal
digunakan untuk menjalankan
sebarang upacara rasmi negeri.
15. KOTA LAMA DUYUNG
Kota Lama Duyung telah dibina pada
tahun 1919 oleh pegawai kanan
Pentadbiran Negeri Terengganu, Dato’
Biji Sura.
Rumah ini digelar sebagai Kota Lama
kerana ia turut dikelilingi oleh tembok
batu.

Yang menariknya tentang rumah ini, ia


merupakan rumah yang dibina
menggunakan batu-bata yang satu-
satunya terdapat di daerah ini pada
ketika itu. Reka bentuknya
diinspirasikan daripada seni bina
Melayu Terengganu pada zaman 1920-
an.
16. MASJID PUTIH
Masjid Putih ataupun juga dikenali sebagai
Masjid Besar dan Masjid Abidin adalah sebuah
masjid yang dibina antara tahun 1783 ke 1808
oleh Sultan Zainal Abidin II. Masjid unik ini pada
awal binaannya langsung tidak menggunakan
tiang.
Ketika zaman pemerintahan Sultan Umar,
bangunan masjid ini telah digantikan dengan
batu bata.
Kemudiannya ditambah dengan 3 buah kubah
dan 3 tiang bulat oleh Tengku Panglima Besar.
Masjid ini telah mengalami banyak
pengubahsuaian sehingga dapat memuatkan
dalam 2,500 orang jemaah pada satu-satu
masa.
17. KUBU MARGHERITA
Kubu yang berwarna putih ini
telah siap dibina dengan reka
bentuk istana lama Inggeris
pada tahun 1879 oleh Sir Charles
Brooke dan diberikan nama
sempena nama isterinya,
Margaret Brooke.
Terletak di atas bukit, Kubu ini
dibina untuk menjadi lambang
kestabilan kerajaan dan
kekuatannya.
18. KUBU ALICE
Kubu ini telah dibina dalam hanya 12 bulan
dengan bahan-bahan binaan yang terdiri
daripada kayu belian derma. Dikatakan,
peralatan-peralatan binaan kubu ini telah
dibawa dari muara Sungai Skrang.

Kawasan di sekitar kubu ini turut dikelilingi


dengan meriam yang sering digunakan untuk
menyerang musuh tempatan pada ketika itu.

Satu-satunya peninggalan sejarah yang


terdapat di Sri Aman Sarawak, keseluruhan
bajet pembinaan kubu ini telah dibiayai oleh
Charles Brooke.
19.THE OLD COURTHOUSE
The Old Courthouse adalah sebuah
bangunan bersejarah dibina pada
tahun 1883 oleh Charles Brooke
yang boleh di temua di bandar
Kuching. Pada asalnya ianya
digunakan sebagai pejabat
kerajaan dan tempat majlis upacara
negeri dijalankan.
Di bahagian hadapan bangunan ini,
terdapat monumen Charles Brooke
yang berketinggian 6 meter. Pada
monumen yang dibina dalam tahun
1924 ini, terdapat panel dengan 4
angka yang melambangkan
kepelbagaian masyarakat di
Sarawak iaitu Melayu, Kayan, Dayak
dan Cina.
20. MENARA JAM ATKINSON
Menara Jam Atkinson pada asalnya
telah dibina untuk memperingati
Pegawai Daerah pertama Jesselton iaitu
Francis George Atkinson yang telah
menemui kematian setelah diserang
malaria ketika berusia hanya 28 tahun.
Ibunya, Mary Edith, telah memberikan
jam talam dua muka untuk bangunan
ini. Namun begitu, bangunan asal yang
telah siap dibina pada tahun 1905 ini
digantikan dengan bangunan yang baru
pada tahun 1964.

Pada asalnya, menara ini dibina dengan


hanya menggunakan kayu Merbau
ataupun Mirabau dengan ketinggian 48
kaki. Namun reka bentuknya telah
banyak berubah sebaik diperbaharui.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai