Anda di halaman 1dari 2

Bangunan Stadthuys

Bangunan Stadthuys adalah salah sebuah bangunan yang tertua yang telah dibina oleh
Pemerintah Belanda di Melaka. Ianya terletaknya di Dataran Belanda, Stadthuys muncul megah
dan mengagumkan dengan tingkap-tingkap besar, dengan pintu dan tangga. Di bahagian luar,
terdapat langkan batu yang membawa kepada dwi tangga seterusnya ke balkoni kecil yang juga
boleh diakses melalui pintu di tingkat pertama. Semasa pemerintahan Belanda di Melaka,
Stadthuys, seperti semua bangunan pentadbiran Belanda yang lain di Asia Tenggara, ianya juga
dicat putih. Melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, Melaka telah diserahkan
oleh Belanda dan bandar tersebut menjadi tanah jajahan British. Pada tahun 1911, British
mengecat bangunan Stadthuys dan Gereja Christ dengan warna merah salmon.

Kota A Famosa

Kota A Famosa atau Porta de Santiago bermaksud ‘yang termashur’ dalam bahasa
Portugis. Kota ini telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan
Melaka pada tahun 1511. Bangunan A Famosa dibina bagi menangkis serangan
orang-orang melayu dan mengambil masa selama 5 bulan untuk dibina.
Seterusnya, bahan binaan kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan
bangunan-bangunan lain yang musnah akibat peperangan pembinaan Kota A
Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque.
Istana Kesultanan Melaka

Istana Kesultanan Melaka (replika Istana Kesultanan Melayu Melaka) terletak di


kaki Bukit St. Paul. Replika Istana ini dibina semula berdasarkan catatan Sejarah Melayu
yang menggambarkan keunikan seni bina Istana Melayu di zaman Sultan Mansur Shah yang
memerintah dari tahun 1456 hingga 1477.
Replika Istana Sultan Mansur Shah ataupun muzium yang menempatkan susun atur istana
zaman dahulu serta artifak yang dipamerkan ini dibuka secara rasmi lebih 20 tahun yang
lalu iaitu pada 17 Julai 1986. Antara barangan ataupun artifak yang ditempatkan di dalam
muzium ini termasuklah cetakan gambar dan lukisan yang mewakili sejarah serta budaya
Kesultanan Melayu Melaka pada tempoh pemerintahan Sultan Mansur Shah. Item
terkumpul adalah lebih kurang sebanyak 1350.

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan


Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab
Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan
pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah merdeka, kelab ini
dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial
yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan. Memorial ini ditubuhkan untuk
mengambil dokumen tentang kemerdekaan negara.

Anda mungkin juga menyukai