Anda di halaman 1dari 8

http://www.scribd.

com/doc/16653288/folio -sejarah-bangunan-Stadthuys Nama Bangunan: Stadthuys adalah membawa maksud State House (Dewasan Bandaran) Latar Belakang Asal usul Bangunan Stadthuys adalah salah ssebuah bangunan yang tertua yang telah dibina oleh Pemerintah Belanda di Melaka. Tarikh pembinaan Tiada rekod yang menyatakan tarikh yang tepat bangunan ini di bina. Ada yang mengatakan bangunantersebut telah dibina di antara tahun 1641 hingga 1656 dan ada pula pendapat yang menyebut bangunan ini telah dibina pada tahun 1650an. Lokasi Bangunan Stadthuys ini terletak di Jalan Kota Melaka Tengah yang berhampiran dengan GerejaSt. Paul. Tujuan penubuhan bangunan Dizaman pemerintahan Inggeris di Melaka, mereka juga mengunakan bangunna ini sebagai pusat pentadbirannya.Setelah Melaka mencapai kemerdekaan, bangunan ini terus digunakan sebagai pusat pebtadbiran kerajaan Negeri dan Persekutuan sejak dari tahun 1957 hinggalah ke tahun 1980.setelah pejabat-pejabat kerajaan berpindah ke bangunan baru, tidak lama selepas itu beberapa bahagian dari bangunan ini (terutama di ruang utama) telah pula di guna oleh badan -badan berkanun. Pejabat Antikuiti Wilayah Setalan yang dulunya dikenali sebagai Arkeologi Zon Selatan yang berpejabat di Muzium Melaka Lama, juga menggunakan ruang atas bangunan ini yang dulunya merupakan ruang pejabat kapada Ketua Menteri Melaka, pada tahun 1980. Di akhir tahun 1982 , di ruang utama bangunan Stadthuys ini telah di jadikan muzium sejarah sementara ianya beroperasi. 3.Keistimewaan Bangunan Bersejarah Reka bentuk pelan Mengenai bentuk asal bangunan Stadthuys tidak banyak rujukan yang dapat di jadikan panduan. Hanya tulisan Laurena Vis dalam The Stadthuys Of Malacca yang menyentuh Stadthuys secara menyeluruh dan hanya menumpukan bangunan ini dalam bentuk pelan asal bangunan yang dibina di zaman Belanda yang di keluarkan pada tahun 1982 dan juga kertas kerja mengenai bangunan ini yang dibuat oleh En. Amir Hamzah bin Mohd. Yunus.

Di dalam sebuah lukisan yang di lukis pada tahun 1807 dan di petik penerangannya The Two Plate Of Malacca Engraved For The Eight Volume Of Pinkertones General Collection Of Voyages Published In 1811, from a scetches made by E.H Locker in 1807 . Dari ilusterasi atau lukisan yang

dibuat oleh E.H Locker ianya menunjukkan bangunna Stadthuys yang asal yang dibina di zaman Belanda yang belom di tokok tambah Bangunan Stadthuys di zaman Belanda mengandungi dua tingkat. Bahagian hadapan tiga tingkat dan dua tingkat di bahagian belakang. Oleh kerana kedudukannya di liring bukit St. Paul, bangunan ini kelihatan seperto bertingkat -tingkat. Bahan binaan Asas dan bahan binaan bangunan Stadthuys berbeza dengan bahan binaan bangunan masa kini. Ukuran tembok yang diperbuat dari batu bata laterite yang telah dibentuk empat segi bujur tidak menentu. Bahagian atas tembok di susun bercampur-campur batu laterite dan juga batu bata (batu bata zaman Belanca) Lantai pada bangunan ini pula terdiri dari t iga bahan uatama iaitu tarakota, grinite dan kayu.lantai grinite dan lantai tarakota merupakan lantai dibahagian bawah manakala lantai yang tidak berasaskan tanah dari lering bukit dan lantai dibahagian atas menggunakan lantai kayu. Plaster yang digunakan pada keselurukan tembok menggunakan motar kapur. Agak sukar untuk menentukan campuran yang digunakan di dalam adunan motar kapur ini.

Kulit kerang yang tidak hancur di kesan pada motar plaster. Menurut cerita, kulir kerang direndam dan dihancurkan menjadi kapur. Didalam membuat bancuhan motar, kulir kerang ini dicampurkan dengan pasir dan air serta bahan pelekat yang dikatakan dari putih telur dan madu. Kayu-kayu yang digunakan untuk membina bangunan Stadthuys ini sebahagian besar dari jenis kayu jati yang merupakan kayu yang terbaik. pengubahsuaian Laurens Vis juga mencadangkan binaan tambahan yang merupakan binaan kongkrit yang dibina bercamtum dengan bangunan utama di musnahkan dan diganti dengan binaan asal. Walaupun cadangan tersebut di persetujui, ker ana peruntukan

3- Merawat kerja kayu yang masih boleh digunakan dan menggantikan kayu-kayu dari jenis yang terbaik kepada kerja kayu yang telah rosak teruk dan tidak boleh dirawat. 4- Menguat dan membaik pulih beberapa bahagian tembok bangunan yang telah retak dan merawat plaster yang masih boleh di kekalkan. Plaster yang tidak boleh dihendaki di tanggalkan dan di plaster semula dengan menggunakan bahan yang sesuai seperti plaster asal. Kerja-kerja fasa ke-2 di mulakan pada bulan ogos,1988. jabatan Muzium tidak terlibat secara langsung dan hanya di perlukan di dalam kes-kes yang melibatkan temuan-temuan

yang tidak di duga. Tumpuan kerjanya pula adalah di bahagian luar bangunan. Antara kerja-kerja yang di lakukan adalah seperti berikut :1- Membersihkan tambahan-tambahan baru (sekatan ruang-ruang pejabat) yang terdapat di dalam bangunan Stadthuys. 2- Baik pulih tembok-tembok ruang dalam menggunakan bahan dari jenis yang seakan bahan binaan asal. 3- Meruntuh dan membersihkan binaan tambah an baru di ruang terbuka. 4- Membaik pulih kerja kayu pintu dan tingkap yang asal. Pintu dan tingkap buatan baru di gantikan dengan bentuk pintu zaman Belanda. 5- Mengantikan lantai yang telah rosak mengikut jenis dan bentuk ruangruang yang berlainan di bangunan tersebut iaitu lantai tarakota, grinite, batu bata dan lantai kayu. 6 Melaksanakan kerja-kerja di luar jangka yang tidak di duga. kegunaan dahulu dan sekarang Keguanan bangunan di zaman Belanda :Di tingkat satu ruang bangunan utama di percayai di gunakan sebagai pejabat pentadbiran dan diikuti dengan ruang pejabat Gabenor Belanda. Di bahagian belakang dari ruang utama adalah dipercayai sebagai kentin atau tempat berehat pembesarpembesar dan askar-askar Belanda kerana kedudukannya bertentangan dengan binaan yang di panggil sebagai dapur Belanda. Dapur ini di bina berasingan dengan bangunan utama. Saiz dapur yang agak besar memberi gambaran jumlah masakan yang banyak dalam satu-satu

masa. Anjung kecil selebar pintu yang di buat bertentangan dengan kedudukan beranda diantara dua tangga asalah dipercayai berperanan sebagai tempat Gabenor berucap atau pun tempat gabenor memberi tabik hormat di hari hari perbarisan, Kegunaan bangunan di zaman Inggeris :- Penggunaan ruang yang semakin mendesak, di akhir-akhir zaman pemerintahan Inggeris telah membina bangunan-bangunan dilering bukit yang dicantum dengan Bangunan Stadthuys. Diantaranya dubuatkan halaman sebagai pemisah. Kegunaan bangunan selepas merdeka :- Penggunaan berterusan sebagai pusatpentadbiran Negeri. Antara jabatan yang menduduki bangunan ini ialah Pejabat Ketua Menteri Melaka, Jabatan Pentadbiran Negeri, Jabatan Tanah dan Daerah, Pendaftaran dan lainlain. Setelah jabatan-jabatan berkenaan berpindah pada tahun 1979, bangunan Stadthuys tidak ditinggalkan kosong begitu sahaja. Lain-lain jabatan pula memenuhi ruang-ruang terutama di ruang bangunan utama. Pejabat Antikuiti Wilayah Selatan yang sebelum ini di kenali sebagai Arkeologi Zom Selatan berpindah e ruang tingkat atas yang terdapat lukisan kaligrafi china pada tahun 1980. Pada tahun 1982 diatas daya usaha Ketua Menteri Melaka Datuk Sri Abdul Rahim Tambu Chik, ruang uatama bangunan Sadthuys ini telah di jadikan Muzium

Sejarah Melaka dalam bentuk sementara. cara pembinaan Ukuran kaju untuk tujuan pembinaan ini tidak menentu dan mengikut keperluan. Kabanyakan kayu-kayu tidak di ketam halus. Kebanyakan kayu-kayu yang digunakan di tarah menggunakan kapak atau gergaji sahaja. Siling bagi bangunan utama merupakan siling dua lapis. Siling sebelah atas merupakan papan lebar manakala siling di bahagian bawahnya pula merupakan papan yang disusunrapi. Siling dibahagian balakang merupakan siling selapis yang disusun mengikut curam bumbung. Atap asal bangunan ini merupakan atap genting seperti corak yang terdapat di negera Belanda Lantai tarakota di tempatkan dibahagian anjung bertentangan dengan jam besar dan di beranda bahagian belakang bangunan yang bertentangan dengan tembok penahan dan banggunan lama di lering bukit St. Paul. Manakala lantai dari batu grinite pula digunakan pada hampir keseluruhan ruang dan beranda iringan yang bertentangan batu asa pembinaan Muzium Sejarah. Di ruang bahagian daam bangunan Stadthuys ini juga menggunakan lantai tarakota dan lantai yang disusun dari batu bata zaman Belanda. Penggunaan lantai yang tidak seragam di tingkat satu yang merangkumi lantai kayu, grinite, tarakota dan batu bata menjadi ianya sebuah bangunan yang unik yang pernah di bina di zaman pemerintahan Belanda di Melaka. Tingkap-tingkap dibangunan utama merupakan tingkap empat petak dan ianya merupakan tingkap dua lapis.

Dibahagian luar di perbuat dari kayu dan ruang tingkap ini merupakan kayu nako yang boleh di gerakkan ke atas dan ke bawah. Tingkap di bahagian dalamnya pula merupakan tingkap cermin. Tingkap-tingkap di bahagian belakangnya pula merupakan tingkap dua muka dan dibuat hanya selapis. Ukurannya juga lebih kecil dari tingkap di bangunan utama. Bangunan Stadthuys

Bangunan Stadhuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara jam.'Bangunan Stadthuys' ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.

Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys.Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris.Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang kaya.

Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J. Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten.Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar.Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T.H. Moore.

Tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Waktu belajar bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari jam 2 petang hingga jam 4 petang. Bilangan pelajar Melayu pada masa itu tidak ramai kerana kebanyakan

ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu atau sekolah agama.Walaupun bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Portugis dan Bahasa Cina juga diajar.

Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut daripada golongan paderi dan menamakannya Malacca High School atau Sekolah Tinggi Melaka.Pengetuanya yang baru ialah Encik A. Armstrong.Pada tahun 1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak barunya di Jalan Chan Koon Cheng hingga sekarang.Bangunan itu kini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi.Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.

Anda mungkin juga menyukai