Anda di halaman 1dari 3

Rumah Limas Johor

Penghijrahan penduduk Kepulauan Melayu ke negeri Johor membawa bersama mereka


tradisi, adat istiadat, kebudayaan dan cara hidup tempat asal mereka. Penghijrahan
mereka banyak mempengaruhi corak kebudayaan dan kesenian masyarakat Johor.
Salah satu tradisi yang dibawa dan mempengaruhi budaya masyarakat Johor ialah
bentuk rumah.

Bentuk rumah Melayu tradisi yang banyak ditemui di negeri Johor adalah campuran
warisan bentuk rumah tradisi Jawa, Bugis, Banjar, Palembang dan keturunan lain
daripada rumpun bangsa Melayu di Kepulauan Melayu. Bentuk yang terkenal ialah
rumah bumbung limas yang berkembang secara pesat bermula pada abad ke19.

Rumah limas terdiri daripada pelbagai jenis. Pada umumnya kebanyakkan reka bentuk
rumah limas di negeri Johor menyerupai rumah tradisional orang-orang Palembang.
Bentuk awal rumah limas ini dikenali sebagai limas perabung lima, iaitu bumbungnya
memakai lima buah perabung, terdiri satu perabung terus mendatar bersambung
dengan empat perabung menurun ke cucur atap. Binaan bumbung berbentuk piramid
ini dipanggil limas.

Belum dapat dikesan mengapa rumah seperti ini dipanggil limas. Ada setengah
pendapat mengatakan limas berasal dari perkataan 'lima', iaitu lima perabung dan lima
ruang rumah, tetapi menjadi limas kerana sedap sebutannya. Mengikut kamus dewan
pula limas bererti satu bentuk timba diperbuat dari daun pisang atau upih yang
bentuknya serupa dengan bentuk rumah bumbung limas. Kerana itu rumah limas
mendapat namanya.

Ada pendapat mengatakan bahawa limas berasaskan kepada lima emas berdasarkan
lima penjuru bumbung rumah tersebut, yang membawa pengertian lima kemuliaan
(keagungan, kedamaian, kesopanan, keamanan dan kesejahteraan). Rumah limas
Johor padadasarnya mempunyai lima ruang iaitu anjung, serambi, ruang tengah, dapur
rumah dan pelantar. Sesetengah rumah limas ada ruang sebelum anjung sebagai ruang
tangga.

a) Anjung terletak dibahagian hadapan rumah,lantainya dibina lebih rendah daripada


lantai rumah besar. Anjung berfungsi sebagai tempat tuan rumah menyambut tetamu.
Ruang ini juga merupakan tempat keluarga bersantai.

b) Serambi merupakan bahagian hadapan tempat melayan tetamu atau majlis-majlis


utama yang dijalankan dirumah tersebut. Tetamu lelaki dilayan diruang serambi ini.

c) Ruang tengah adalah ruang keluarga berbincang, tempat makan, tempat tidur,
tempat sembahyang dan sebagainya. Biasanya disinilah tuan rumah melayan tetamu
wanita.

d) Dapur rumah merupakan tempat memasak dan menyimpan segala bahan dan
peralatan memasak. Diruang ini terdapat sebuah ruang memasak dengan menggunkan
dapur kayu api.

e) Pelantar terletak dibahagian belakang rumah bersambung dengan dapur. Biasanya


pelantar beratap tetapi tidak berdinding atau berdinding sekerat. Bahagian ini
merupakan tempat untuk membuat kerja cuci mencuci. Dibahagian ini terdapat
beberapa biji tempayan bagi menyimpan air untuk tujuan cuci mencuci itu.

Kebanyakkan rumah limas secara tradisinya bertiang tinggi. Pada asalnya bawah rumah
itu dibiarkan lapang, tetapi perkembangan selanjutnya memperlihatkan wujudnya
pagar yang diperbuat daripada bilah-bilah kayu nipis dari tiang ke tiang bagi
melindungi bawah rumah itu. Di bawah rumah inilah antara lain tempat menyimpan
alatan kerja luar seperti tanjak, cangkul dan sebagainya. Pada musim hujan, bawah
rumah berfungsi sebagai tempat menyidai pakaian basah.

Dinding rumah limas berpintu dan berjendela yang setiap satu mempunyai duadaun
pintu atau daun jendela . Bentuk jendela tidak banyak bezanya dengan pintu.
Yang membezakan cuma dua perkara. Pertama, daun pintu dibuka ke dalam dan daun
jendela dibuka ke luar. Kedua, separuh bahagian bawah lubang jendela dipasang kekisi
kayu empat segi atau kayu berkumai atau papan berlubang
dan berukir untuk memudahkan angin keluar masuk sekaligus sebagai sistem
keselamatan. Pintu atau jendela ditutup dengan cara menyelak dari dalam.

Pada peringkat awal, tiang-tiang rumah limas dicacak terus kira-kira setengah
meter kedalam tanah, tetapi kini timbul keperluan untuk melapik atau menggalas
tiang daripada kayu atau bahan konkrit yang dipanggil ompak dengan tujuan untuk
keselamatan dan kekukuhan rumah itu.

Selaras dengan perkembangan masa, bentuk rumah limas kini telah mengalami
perubahan dan tidak lagi terikat dengan senibina rumah Melayu sepenuhnya. Ada
diantara bentul rumah limas telah diubahsuai supaya ia dapat berfungsi mengikut
keperluan semasa, misalnya dengan membina tiang yang lebih tinggi, sesetengah
dibuat menggunkan batu konkrit bagi membolehkan bawah rumah berfungsi sebagai
garaj kereta, bilik tidur dan sebagainya. Ada juga rumah limas yang dibina dengan
membuang kaki tiang. Kebanyakkan rumah bumbung limas terkini menambah ruang-
ruang tertentu seperti bilik tidur dan bilik air yang padaasalnya tidak termasuk sebagai
ruang dalam struktur seni bina rumah Melayu.

Anda mungkin juga menyukai