Anda di halaman 1dari 3

D.

RUMAH LIMAS
Rumah Limas banyak terdapat
di Johor, Selangor danTerengganu. Maksud Limas adalah
bentuk timba atau takir yang diperbuat daripada daun
pisang atau upih yang berbentuk tirus ke atas seperti
piramid.
Seni bina rumah limas menitikberatkan aspek
pengudaraan, pencahayaan dan keselamatan. Rumah limas
dibina agak tinggi dari aras tanah bagi mengelakkan
dimasuki air ketika musim banjir atau binatang buas pada
waktu malam. Rumah limas tidak memiliki pangkal
serambi dan beranjung di bahagian hadapan. Ukiran atau
jejaring yang ada pada setiap tingkap, bukan sahaja
berfungsi sebagai hiasan tetapi juga untuk memudahkan
cahaya dan udara masuk ke dalam rumah.
Kebanyakan rumah limas Johor mempunyai "kolong"
iaitu bahagian bawah rumah berpagar yang berfungsi
sebagai tempat menyimpan barang. Rumah limas sebegini
biasanya dikenali sebagai rumah baju kurung.
Ruang anjung rumah limas juga lebih besar dan luas
kerana ia berfungsi sebagai tempat melayan tetamu dan
sebagai tempat melakukan kerja-kerja seperti membaiki
jala.
Rumah Limas di Johor

Seni bina rumah limas tergolong dalam budaya


kebendaan. Sebenarnya, seni bina rumah limas banyak
menerima pengaruh luar. Antaranta penjajahan Belanda
dan British di Tanah Melayu, pengaruh kemasukan agama
Islam serta pengaruh daripada seni bina rumah Indonesia.
Hal ini demikian dapat dilihat melalui transformasi rumah
bumbung panjang iaitu rumah tradisional Melayu Johor
kepada rumah limas. Masyarakat Melayu tradisional
Melayu Johor telah mengadaptasi seni bina luar ke dalam
seni bina rumah limas. Contohnya melalui pembinaan
tangga yang mempunyai maksud tertentu. Pengaruh ini
bukan sahaja diserap oleh masyarakat Melayu Johor namun
masyarakat Melayu amnya. Seni bina rumah masyarakat
Melayu Johor ini mempunyai nilai estetika yang perlu
dikekalkan dan diwarisi daripada satu generasi ke satu
generasi.
Bahan binaanya adalah daripada kayu cengal, keranji,
penak. meranti dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai