Anda di halaman 1dari 3

CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN DIRI

Penjagaan kesihatan adalah penting kepada setiap murid. Pelbagai cara boleh diambil bagi menjaga
kesihatan diri.
Antara cara menjaga kesihatan diri adalah dengan menjaga pemakanan. Kita perlulah makan makanan
yang seimbang seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Kita juga tidak boleh mengabaikan sarapan.
Kita mestilah pengambilan garam dan gula dalam makanan.
Seterusnya, kita hendaklah menjaga kesihatan diri. Kita perlu kerap menggosok gigi, terutamanya pada
waktu pagi dan malam serta setiap kali selepas makan. Kita juga mesti mandi dengan menggunakan sabun
dan mencuci tangan dengan cara yang betul.
Selain itu, kita hendaklah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Aktiviti senaman seperti
berlari, berjoging dan berenang dapat membantu kita mengeluarkan peluh. Kita juga boleh membantu ibu
bapa membersihkan kawasan rumah.
Kesimpulannya, murid-murid wajib mengetahui kepentingan menjaga kesihatan diri agar tidak mudah
dijangkiti penyakit.

LATIHAN PENULISAN
Statistik yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan peningkatan bilangan
murid yang mengalami obesiti disebabkan kurang bersukan. Tulis sebuah karangan yang bertajuk
Langkah-langkah Menggalakkan Murid Bersukan.
Pendahuluan ()

Isi-isi Penting
1. Membuat aktiviti fizikal
2. Memberikan hadiah
3. Memperbaiki kemudahan
4. Membawa ke taman
Isi Huraian 1 Huraian 2
Penutup ()

Anda mungkin juga menyukai