Anda di halaman 1dari 77

SENI

RUMAH
BINA

MELAY
U Disediakan oleh:
Razman Kamaruddin
Latar Belakang
. Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan
seni bina Malaysia yang sangat bernilai.

. Ia
direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang
mempamerkan kemahiran dan kreativiti mereka dalam
bidang senibina.

. Ia
juga menunjukkan kebijaksanaan mereka dalam aspek
penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan
semasa

. Mengambil kira binaan rumah dengan kesesuaian faktor


cuaca dan pemilihan bahan sesuai digunakan dalam
binaan.
. Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup
dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri.
. Secara
amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu
dan mempunyai tiang.
. Manakala
dinding pula diperbuat daripada kayu atau
anyaman buluh.
. Bumbung rumah pula beratapkan rumbia/ nipah atau
kayu.
. Secaratampaknya tingkap-tingkap adalah salah satu
aspek yang mendominasi binaan dari segenap sudut
pandangan rumah.
. Ini
menggambarkan betapa aspek pengaliran udara
keluar masuk rumah telah diambilkira semasa
peringkat mereka bentuk lagi.

. Ruang dalamannya pula mempunyai ruang terbuka


yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang
sangat minima.

. Seni
bina Melayu adalah kesan daripada
pertembungan budaya kaum yang pernah
mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa,
Acheh, Minangkabau, Siam, Cina dan Barat.
FAKTOR MEMPENGARUHI
SENI BINA RUMAH MELAYU
FAKTOR MEMPENGARUHI SENI BINA RUMAH
MELAYU

Pembinaan rumah Melayu dipengaruhi oleh


beberapa faktor antaranya ialah :
. Cuaca

. Sumber alam
. Budaya dan adat resam

. Pengaruh asing.
FAKTOR MEMPENGARUHI SENI BINA RUMAH
MELAYU - CUACA
. Faktor cuaca memainkan peranan penting dalam
rekabentuk asas bangunan.
. Kekerapan hujan mengakibatkan rekabentuk atap
yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelakkan
banjir.
. Kepanasan cuaca juga menyumbang kepada
rekabentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran
tingkap yang banyak, berandah dan tiang itu sendiri
memberi laluan angin di bahagian bawah rumah.
. Selain itu, lubang angin di bahagian atas tingkap dan
bumbung juga telah direka untuk keselesaan secara
maksimum.
FAKTOR MEMPENGARUHI SENI BINA RUMAH
MELAYU – SUMBER ALAM
. Bahan binaan terdiri daripada sumber alam
seperti kayu, rotan, akar, buloh, dan dedaun dari
sumber hutan terdekat.
. Kayu dijadikan sebagai tunjang kepada struktur
bangunan, manakala rotan dan akar pula menjadi
bahan pengikat, kayu atau batang pinang menjadi
lantai, buluh dan daun rumbia/ nipah menjadi
dinding dan atap.
FAKTOR MEMPENGARUHI SENI BINA RUMAH
MELAYU – BUDAYA, AGAMA DAN ADAT RESAM
. Budayadan adat resam juga memainkan peranan
yang besar dalam membentuk seni bina rumah
Melayu.
. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi
orientasi kedudukan rumah yang dibina mengarah
ke kiblat.
. Definisi
ruang juga diatur dan diubah aras
mengikut kegunaan adat resam bertandang,
kenduri dan aktiviti keluarga.
FAKTOR MEMPENGARUHI SENI BINA RUMAH
MELAYU – PENGARUH ASING
. Kehadiranpenjajah Barat telah memberi alternatif
baru kepada penggunaan bahan dalam seni bina
rumah Melayu.

. Sebagaicontoh, zink dan atap genting telah


mengambil alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen
telah mengambil tempat kayu sebagai tiang, tangga
dan dinding, paku menggantikan pasak kayu dan akar
sebagai penghubung/pengikat.

. Pengaruhini boleh dilihat secara positif dan negatif


oleh umum, iaitu pertembungan dua unsur, praktikal
dan seni.
JENIS-JENIS RUMAH MELAYU
. Terdapat
beberapa jenis rekabentuk rumah tradisional
dan campuran yang boleh dilihat di seluruh Malaysia.
. Secara
amnya, reka bentuk ini diklasifikasikan
mengikut rekabentuk bumbung iaitu; Bumbung
Panjang, Bumbung Lima, Bumbung Limas dan
Bumbung Perak.
. Rekabentuk ini boleh dilihat di segenap pelusuk
tanahair. Bagi orang kebanyakan, rekabentuk
Bumbung Panjang adalah yang paling popular oleh
kerana keringkasan rekabentuknya dan penjimatan
kos serta masa pembinaan.
JENIS DAN REKA BENTUK RUMAH MELAYU DI
MALAYSIA

. Rumah Melaka - Melaka.


. RumahGadang/Rumah Minangkabau - Negeri
Sembilan.
. Rumah Perabung Lima - Kelantan.
. Rumah Limas - Selangor, Johor dan Terengganu.
. RumahBumbung Panjang - Perlis, Kedah, Pulau
Pinang dan Perak.
JENIS DAN REKA BENTUK RUMAH MELAYU DI
MALAYSIA – RUMAH BUMBUNG PANJANG

. Merupakan sejenis rekabentuk rumah Melayu


yang tertua.
. Juga dikenali sebagai rumah perabung panjang.
. Mempunyai satu bumbung yang panjang dan
melintang.
. DiKedah dan Perlis, bumbung jenis rumah ini
dibuat daripada daun nipah atau rumbia dan untuk
golongan kaya pula menggunakan atap genting
digunakan.
JENIS DAN REKA BENTUK RUMAH MELAYU DI
MALAYSIA – RUMAH TIANG DUA BELAS
. Rumah jenis ini mempunyai dua belas tiang yang diatur
dalam tiga baris.
. Dibahagi
kepada tiga bahagian kerana sangat besar :
Rumah Ibu, Rumah Tengah dan Rumah Dapur
. Selalunya dimiliki orang yang berada
. Ataprumah diperbuat daripada genting import, dinding,
tingkap, dan pintu diukir dengan ukiran yang cantik.
. Dinding
rumah ini selalunya berbentuk dinding
kembang/lidah buaya. Atas tingkap pula dibuat kerawang-
kerawang dengan ukiran tebuk untuk laluan udara.
. Biasanya tinggi 5 hingga 6 kaki
JENIS DAN REKA BENTUK RUMAH MELAYU
DI MALAYSIA – RUMAH PERABUNG LIMA

. Rekabentukrumah ini telah dipengaruhi oleh


rekabentuk rumah Belanda.

. Mula
berkembang di Melaka dan Johor dan seterusnya
merebak ke negeri-negeri di utara Malaysia.

. Pada
zaman pemerintahan British dan Belanda,
mereka banyak membina kediaman jenis ini untuk
pegawai-pegawainya.
JENIS DAN REKA BENTUK RUMAH MELAYU
DI MALAYSIA – RUMAH PERABUNG LIMA

. Tukang-tukang
Melayu yang membina rumah ini
kemudiannya membuat perubahan kepada bentuk
yang asal.
. Rumah jenis ini mempunyai lima perabung dan
perabung ini menjadi bumbung utama kepada serambi
dan ibu rumah.
. Bahagian
dapur pula dibuat bumbung asing untuk
memberi ruang yang lebih luas kepada ibu rumah dan
serambi.
JENIS DAN REKA BENTUK RUMAH MELAYU
DI MALAYSIA – RUMAH MELAKA
. Rekabentuk rumah mempunyai ibu rumah, rumah
dapur, anjung dan serambi. Anjung rumah ini juga
dibina di bahagian hadapan.
. Bahagian
serambi selari dengan bahagian ibu
rumah. Bumbung rumah selalunya tinggi dan
kadang-kadang mencuram.
. Atappula, genting untuk yang berada, daun rumbia
dan atap ijuk (serabut berwarna hitam pada pangkal
pelepah enau) untuk orang kebiasaan.
JENIS DAN REKA BENTUK RUMAH MELAYU
DI MALAYSIA – RUMAH MELAKA
. Tanda pengenalan bagi rumah Melayu Melaka
adalah tangga batunya yang unik berbanding
dengan rumah Melayu di negeri-negeri lain.
. Tanggarumah Melayu Melaka sememangnya
terkenal dengan ciri-ciri binaan yang unik.
. Pelbagai
variasi tangga yang wujud hasil daripada
sentuhan kerja tangan tukang-tukang rumah pada
zaman tradisi dahulu.
. Tangga tersebut diperbuat daripada batuan konkrit.
JENIS DAN REKA BENTUK RUMAH MELAYU
DI MALAYSIA – RUMAH MELAKA
. Strukturtangga dihiasi dengan jubin-jubin yang
pelbagai corak dan warna di samping ukiran-ukiran
kayu pada tiang, pintu, tingkap dan papan gendeng.
. Suatuketika dahulu, tangga batu juga menggambar
status penghuninya.
. Penggunaanjubin yang berwarna-warni ini
memberikan gambaran pertembungan budaya Melayu,
China dan Eropah.
. Pengaplikasianjubin-jubin tersebut menambah seri
pada wajah tangga hingga fungsi tangga sebagai
ruang naik turun ke dalam rumah turut dijadikan
sebagai tempat bersantai.
JENIS DAN REKA BENTUK RUMAH MELAYU
DI MALAYSIA – RUMAH MELAKA

. Tukang-tukang
Melayu yang membina rumah ini
kemudiannya membuat perubahan kepada bentuk
yang asal.
. Rumah jenis ini mempunyai lima perabung dan
perabung ini menjadi bumbung utama kepada serambi
dan ibu rumah.
. Bahagian
dapur pula dibuat bumbung asing untuk
memberi ruang yang lebih luas kepada ibu rumah dan
serambi.
JENIS DAN REKA BENTUK RUMAH MELAYU
DI MALAYSIA – RUMAH MINANGKABAU
. Mempunyai bentuk bumbung yang luar biasa, iaitu
berbentuk lentik seperti tanduk kerbau.
. Corakruang dan kedudukan tiang rumah tidak jauh beza
daripada rumah-rumah Melayu lain.
. Rekabentukrumah Minangkabau banyak terdapat di
Negeri Sembilan.
. Rumahtradisional Melayu di Negeri Sembilan
menyerupai bentuk rumah adat yang terdapat di
Minangkabau.
JENIS DAN REKA BENTUK RUMAH MELAYU
DI MALAYSIA – RUMAH MINANGKABAU

. Bentuknya adalah memanjang dan bumbungnya


sedikit melengkung di bahagian hujungnya. Muka
tebar layarnya (bahagian penutup bumbung yang
berbentuk segi tiga) kelihatan tirus dan tinggi.
. Mukatebar layarnya (bahagian penutup bumbung
yang berbentuk segi tiga) kelihatan tirus dan tinggi.
. Komponen bangunannya terdiri dari rumah ibu, ruang
tengah dan dapur.
JENIS DAN REKA BENTUK RUMAH MELAYU
DI MALAYSIA – RUMAH MINANGKABAU

. Ruangibu mempunyai anjung dan serambi. Ruang


tengah pula terdiri dari satu ruang kecil dan bilik.
. Terdapat
rumah-rumah tradisional Melayu di Negeri
Sembilan mengandungi ruang di bawah bumbungnya
yang dipanggil peran (loteng). Ruang tersebut
merupakan ruang tidur anak-anak gadis dan juga tempat
menyimpan barang-barang.
JENIS DAN REKA BENTUK RUMAH MELAYU
DI MALAYSIA – RUMAH LIMAS
. Dikenali
dengan rumah Melayu Muar kerana asalnya
dari Muar.
. Mempunyai anjung di hadapan dan bumbungnya agak
rendah jika dibandingkan dengan rumah-rumah
Melayu lain.
. Bahagianlain hampir sama dengan rumah-rumah
Melayu lain.
. Kebanyakan terdapat di Johor, Selangor dan Pahang.
JENIS DAN REKA BENTUK RUMAH MELAYU DI
MALAYSIA – RUMAH LIMAS
. Rumahlimas Johor mempunyai bentuk asas yang
sama iaitu dibina sederhana tinggi.
. Cara untuk mengenal pasti rumah limas Johor
mengikut ialah melalui bumbung rumahnya iaitu
mempunyai perabung panjang dan bersambung
dengan empat buah perabung limas.
. Pada puncak bumbung dipasang kayu tajam yang
dipanggil tunjak langit.

. Rumah ini mempunyai ruang hadapan yang dipanggil


serambi dan di hujung serambi ialah ruang anjung.
Rumah ini dibuat daripada kayu cengal, keranji, perak
dan meranti
JENIS DAN REKA BENTUK RUMAH MELAYU
DI MALAYSIA – RUMAH LIMAS
. Garis besar rumah Limas terdiri daripada tiga bahagian,
iaitu bahagian depan, bahagian tengah dan bahagian
belakang.
. Pada bahagian depan rumah terdapat tangga dengan
anak tangga berjumlah ganjil.
. Bahagian dalamnya pula berupa pelataran yang luas.
Ruangan ini dijadikan pusat berkumpul pada majlis-
majlis seperti kenduri dan majlis Marhaban.
. Ruang tamu sekaligus akan dijadikan „ruang pamer‟
untuk menunjukkan kemakmuran pemilik rumah.
. Ruang bahagian belakang digunakan sebagai dapur.
JENIS DAN REKA BENTUK RUMAH MELAYU DI
MALAYSIA – RUMAH BUMBUNG PERAK
. Rumahtradisional Melayu yang terdapat di Negeri Perak
dipanggil Rumah Kutai.
. Rumah Kutai ialah rumah berbumbung panjang, di sudut tepi
dindingnya dipasang tebar layar yang diperbuat dari pelupuh
yang berkelarai manakala di bawah kaki tebar layar terdapat
pula alang para buang (peran) iaitu tempat menyimpan
barang-barang.
. Rumah Kutai mengandungi 12 ataupun 16 tiang pada rumah
ibunya. Rumah ibu pula terdiri dari ruang serambi, ruang tamu
dan bilik. Di sebelah belakangnya ialah rumah dapur yang
dipisahkan oleh ruang selang yang tidak beratap.
. Bahan-bahan binaan yang digunakan untuk membina rumah
Kutai adalah seperti kayu dan buluh. Kayu digunakan untuk
tiang dan rangka bumbung manakala dinding menggunakan
pelupuh.
FALSAFAH
SENI BINA RUMAH
MELAYU
FALSAFAH SENI BINA RUMAH MELAYU

. Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dengan


sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka
yang sangat erat dengan alam sekitar.

. Falsafah
agama Islam menyebabkan rumah didirikan
mengikut arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan
kaum perempuan dipisahkan.
FALSAFAH SENI BINA RUMAH MELAYU
. Faktor
iklim pula menyebabkan sebahagian besar
rumah Melayu tradisional bertiang atau berpanggung
dengan lantainya tinggi daripada permukaan tanah yang
dapat mengatasi kelembapan tanah.

. Pada peringkat awal rumah Melayu tradisional


berbentuk rumah asas yang dikenali rumah pisang
sesikat. Bentuk rumah ini berubah mengikut arus
perubahan juga mempunyai falsafah jiwa sezaman.
(spirit of times)
FALSAFAH SENI BINA RUMAH MELAYU
– BUMBUNG
. Semua negeri di Malaysia, rumah Melayu tradisional
terdiri daripada rumah berbumbung. Selepas kedatangan
penjajah berlaku perubahan bentuk kepada bentuk
Limas (bumbung Belanda).
. Bumbung rumah Melayu sentiasa jenis condong untuk
kesesuaian cuaca hujan panas tropika (tiada bumbung
rata dan leper).
. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan bumbung
juga sesuai dengan cuaca dan teknologi pada masa itu.
. Sepanjang tepian hujung bumbung pula selalu dipasang
cucur atap atau papan cantik berukir menandakan
kehalusan seni masyarakat Melayu.
FALSAFAH SENI BINA RUMAH MELAYU
– ANJUNG
. Ruang ini biasanya digunakan kaum lelaki untuk
menjalankan kerja rumah seperti mengayam pukat jaring
dan lain-lain.
. Anjungjuga merupakan tempat untuk berehat dan
berbincang bagi kaum lelaki.
. Falsafah
yang hendak diketengahkan dalam masyarakat
Melayu adalah untuk membataskan atau membezakan
tempat antara kaum lelaki dan wanita.
. Wanitalebih dibahagian dalam dan lelaki pula
dibahagian luar sesuai denga sifat lelaki sebagai
pelindung.
FALSAFAH SENI BINA RUMAH MELAYU
– ANJUNG
. Hal
ini menunjukkan masyarakat Melayu amat
mementingkan adat dan tatatertib masyarakat Melayu.
. Sehinggamenjadikan orang Melayu dipandang tinggi
kerana kaya dengan kehalusan budi pekerti.
. Juga
mengelakkan fitnah kerana tetamu lelaki selalunya
hanya dipelawa naik hingga ke anjung sahaja.
. Masyarakat Melayu mempunyai pandangan yang jauh
dan meneliti setiap perkara dengan pertimbangan
sewajarnya.
FALSAFAH SENI BINA RUMAH MELAYU
– RUMAH IBU
. Hal
Merupakan salah sebuah ruang dalam rekabentuk
rumah Melayu yang utama.
. Ruang utama ini dipanggil “Rumah Ibu” bersempena
menghormati peranan ibu sebagai pengelola rumah dan
penyeri keluarga.

. Tetapi
selalunya dikenali sebagai ruang lelaki
menandakan lelaki dianggap sebagai ketua dan berada
di hadapan untuk melindungi.
FALSAFAH SENI BINA RUMAH MELAYU
– RUMAH IBU

. Ibu
juga dianggap mempunyai kedudukan yang mulia
dan harus dihormati.
. Sesuaidengan nama, fungsi sebagai tempat ahli-ahli
keluarga beristirehat dan bersantai bersama.

. Ini
jelas menunjukkan masyarakat Melayu amat
mementingkan silaturahim antara ahli keluarga agar
bahagia dan hormoni.
FALSAFAH SENI BINA RUMAH MELAYU
– BILIK
. Ruang rahsia tuan rumah dan ahli keluarga.
. Anak lelaki dan perempuan dipisahkan bilik
melambangkan masyarakat Melayu yang mengamalkan
ajaran Islam dalam kehidupan.
. Bilik didirikan berdekatan rumah ibu dan dapur bagi
menyenangkan aktiviti harian.
. Lelaki akan berada dirumah ibu, manakala perempuan di
dapur.
. Bilik tidur tidak menerima tetamu asing menandakan
mesyarakat Melayu yang peramah dan mesra tetapi ada
batasnya.
FALSAFAH SENI BINA RUMAH MELAYU
– DAPUR

. Dibahagikan
dengan dinding untuk membezakan
antara Rumah Ibu dengan dapur.
. Sebagaitempat kaum perempuan memasak dan
tempat khas untuk tetamu perempuan melambangkan
peranan perempuan di belakang lelaki sesuai
kedudukan dapur selepas Rumah Ibu.
. Tempat khas untuk keluarga berkumpul.
. Orang luar tidak dibenarkan masuk sesuka hati ke
ruang dapur.
FALSAFAH SENI BINA RUMAH MELAYU
– DAPUR
. Tempat
ibu bapa menyampai pesanan, nasihat dan
sebagainya.

. Falsafahnya adalah untuk mengukuhkan silaturahim


antara ahli keluarga dan masyarakat yang tetap
memelihara hubungan kekeluargaan.
FALSAFAH SENI BINA RUMAH MELAYU
– TINGKAP
. Merupakansalah satu elemen penting dalam penghasilan
sebuah rumah.

. Rumah Melayu mempunyai pelbagai variasi mengikut cita


rasa dan kepandaian tukang-tukang rumah.

. Kebanyakan tingkap adalah dari jenis yang bukaan ke luar


dan mempunyai kayu kekisi di bawah tingkap untuk
memberi aliran udara keluar dan masuk serta berfungsi
sebagai palang keselamatan bagi anak-anak kecil.

. Selain
itu, bahagian tingkap rumah tradisional ini juga
mempunyai ukiran-ukiran dari jenis tebuk timbul yang
mempunyai motif pelbagai jenis flora dan geometri.
FALSAFAH SENI BINA RUMAH MELAYU
– UKIRAN
. Seni
ukiran terdapat di tangga rumah, di dinding beranda
dan sebagainya.
. Membuktikan masyarakat Melayu kaya dengan seni yang
tersendiri.
. Lebih menerapkan falsafah metafora.
. Kepingan ukiran berlubang bukan sahaja perhiasan tetapi
juga menggalakkan udara dan cahaya masuk untuk
menceriakan rumah.
. Berunsur corak geometri dan tumbuhan. Tiada corak fauna
atau binatang selaras dengan larangan agama Islam.
LUBANG ANGIN
UKIRAN TEBUK TIMBUL

UKIRAN TEBUK TEMBUS TAK BERSILAT


KESIMPULAN
. Masyarakat Melayu terkenal dengan kehalusan
pemikiran berasaskan logik dan akal.
. Bentuk dan bahan yang digunakan bergantung kepada
falsafah „Spirit of Times‟.
. Setiap ruang mempunyai simbolik dan falsafah tertentu
yang ingin diketengahkan.
. Islam memainkan peranan penting dalam pembentukan
falsafah pembinaan rumah Melayu.
. Bergantung kepada adat atau kepercayaan masyarakat,
bentuk rumah boleh di dapati dalam pelbagai bentuk
dan falsafahnya.
. Rumah tradisional Melayu Melaka mempunyai banyak
sejarah seperti cara pembinaan, konsep, fungsi,
rekabentuk, bahagian rumah dan bahan-bahan binaan
yang digunakan.
. Rumah dan bentuk pembinaan rumah Melayu
menggambarkan satu bentuk budaya bagi masyarakat
yang mendiaminya.
. Rumah Melayu yang dibina dengan reka bentuk warisan
masyarakat Melayu bercirikan rekabentuk yang
berviarasi merupakan daya tarikan dan ciri utama yang
unik bagi rumah ini.
. Setiap ruang di dalam rumah mempunyai simbolik dan
maksud tersendiri atau falsafah yang ingin
diketengahkan dan dikekalkan.
. Peranan agama Islam juga penting dalam pembentukan
falsafah pembinaan rumah Melayu.
. Rumah-rumah Melayu di setiap negeri yang berbagai-
bagai bentuk sering bergantung kepada kepercayaan
agama dan masyarakat, adat, kepentingan atau
sesebuah peristiwa.
. Seni
bina Melayu yang tinggi nilai budaya ini perlulah
dikekalkan sebagai rujukan dan panduan bagi generasi-
generasi muda masa kini dan yang akan datang.

. Selainitu, ia penting bagi setiap masyarakat Malaysia


untuk menjaga dan mempertahankan warisan nenek
moyang ini agar tidak hilang ditelan arus pemodenan
dan seterusnya melambangkan identiti sesebuah
negara.
Abdul Halim Nasir (1994).Rumah Melayu Tradisi. Fajar Bakti. Kuala Lumpur.

Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim (1997). Warisan Seni Bina Melayu. Universiti
Kebangsaan Malaysia. Bangi, Selangor.

Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, et al. (2004). Warisan Seni Bina Dunia Melayu
Rumah- rumah Tradisi . Universiti Teknologi Malaysia. Johor.

Mohamed Anwar Omar Din (1997). Rumah Tradisional Melayu Kelantan. Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan Malaysia. Kuala Lumpur.

Wan Hashim dan Abdul Halim Nasir (2014). The Traditional Malay House. Institut
Terjemahan dan Buku Malaysia. Kuala Lumpur.

Yaakub Idrus (1996). Rumah Tradisional Negeri Sembilan : Satu Analisis Seni Bina
Melayu. Fajar Bakti. Shah Alam. Selangor.
Dalam kumpulan berlima, bincangkan
bagaimanakah tajuk „Seni Bina Rumah
Melayu‟ ini boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
di sekolah bagi tujuan penyerapan pemikiran
dan nilai jati diri Melayu.
Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan satu slot
demontrasi lengkap bagaimana pengajaran tajuk
“Seni Bina Rumah Melayu” ini dapat dilaksanakan di
sekolah.

Pastikan bahan bantu mengajar yang sesuai dibina


dan digunakan semasa sesi slot demontrasi tersebut
Melalui pembacaan atau melayari internet, anda
dikehendaki mengumpulkan kosa kata dan gambar-
gambar berkaitan Seni Bina Rumah Melayu.

Kongsi maklumat tersebut dalam bentuk


persembahan power point
Melalui pembacaan atau melayari internet, anda
dikehendaki mengumpulkan maklumat dan gambar
bangunan-bangunan kerajaan, badan berkanun dan
syarikat swasta yang menerapkan unsur-unsur
tradisi seni bina rumah Melayu.

Kongsi maklumat tersebut dalam bentuk


persembahan power point

Anda mungkin juga menyukai