Anda di halaman 1dari 18

KOTA A FAMOSA (MELAKA)

SEJARAH PENUBUHAN

Kota A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada
tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana
Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang
masih tinggal di Asia.

A Famosa merupakan kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka
pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh
paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu,
sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara
rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A--Famosa mengambil masa selama
5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh
paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut
diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan


menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak
Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.

Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion),
dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali
sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte
Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago.

Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan
tujuh puluh meriam di semua arah. A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran
dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja,
Jalan Mahkamah dan Jalan Istana.

Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja,
tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal
menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu
Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.
KOTA BELANDA (PULAU PANGKOR)

SEJARAH PENUBUHAN
Kota Belanda telah di bina oleh Belanda pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah
yang diperolehi oleh orang Perak. Oleh kerana rakyat tidak suka cara Belanda
memperolehi bijih timah jadi mereka telah membinasakan kota ini pada tahun 1690.
Pada tahun 1743, Belanda membinanya semula dan menempatkan seramai 60 orang
pengawal untuk menjaga kota tersebut sehingga 1748. Selepas itu kota tersebut tidak di
gunakan lagi. Kota ini telah di bina semula oleh Jabatan Muzium pada tahun 1973 dan
telah diwartakan sebagai monument lama.

Pada peringkat awal, pedagang Perak telah menjalankan perdagangan dengan


pedagang-pedagang lain secara senyap dengan menawarkan harga yang lebih baik.
Perkara ini telah menimbulkan kemarahan Syarikat Belanda.

Beberapa serangan telah dibuat oleh orang-orang Melayu terhadap kota ini atas sebab
tidak puas hati dengan kekerasan orang-orang Belanda. Akhirnya, serangan oleh
Panglima Kulup Ali telah memusnahkan kota tersebut. Peluang untuk bertapak semula
terbuka apabila keadaan politik negeri Perak yang bergolak akibat perebutan kuasa dan
kawasan bijih timah. Orang-orang Belanda berjaya mendapatkan monopoli perdagangan
bijih timah tersebut.

Bagi menjaga kepentingan dan keselamatan orang Belanda dan hasil bijihnya sebuah
Kota Belanda telah didirikan di Pulau Pangkor pada tahun 1670. Kota tersebut telah
musnah diserang oleh sekumpulan pahlawan-pahlawan Melayu yang diketuai oleh
Panglima Kulup Ali pada tahun 1690 dan askar-askar Belanda telah melarikan diri ke
tempat lain. Berikutan serangan pahlawan-pahlawan Melayu, Kota Belanda berjaya
dibina semula di bawah kuasa Negeri Perak.

BUKIT MELAWATI (SELANGOR)


SEJARAH PENUBUHAN
Bukit Melawati merupakan sebuah pusat pentadbiran dan kota kesultanan Negeri
Selangor di akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Pada masa tersebut terdapat sebuah
kota yang sangat kukuh di puncak bukit ini. Kota ini dibina semasa pemerintahan Sultan
Ibrahim (1782 - 1826) sebagai benteng pertahanan dari serangan Penjajah Belanda
keranan negeri Selangor terlibat dalam pergolakan kuasa di antara Belanda dengan
Johor dan Riau.

Pada tahun 1784 akhirnya Kota ini dapat ditawan oleh Belanda dan diberi nama 'Kota
Altingsburg', bersempena nama Gabenor Jeneral Belanda. Kejayaan Belanda tidak lama
kerana Sultan telah berjaya menawan semula kotanya daripada kuasa asing,
sebagaimana yang telah dilakukan oleh Sultan Ibrahim.

Pada malam 27 Januari 1785, orang Pahang dan Penggawa Permatang telah
membantu baginda Sultan menawan semula kota ini daripada tangan Belanda. Baginda
meletakkan batu-batu besar ke dalam muara Sungai Selangor dan berjaya menghalang
kemaraan tentera Belanda. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah
berjaya menawan bukit ini sebelum subuh menyinsing.

Di Bukit Melawati terdapat beberapa buah rumah pegawai tinggi kerajaan, sebuah
rumah rehat, dan monumen sejarah yang ditinggalkan. Bukit Melawati juga mempunyai
sebuah rumah api yang masih berfungsi sehingga ke hari ini sebagai panduan laluan
laut.

Rumah api ini telah dibina pada tahun 1907 oleh British semasa era pendudukannya di
Tanah Melayu. Tingginya kira-kira 83 kaki dari aras laut dan 27 kaki dari tapaknya.
Dahulu, rumah api ini menggunakan kuasa generator tetapi sekarang ia menggunakan
tenaga elektrik sepenuhnya.

Selain itu, tembok batu di Kota Malawati juga mempunyai nilai sejarah yang tersendiri.
Kota ini terletak di kawasan lapang dan telah dibina oleh orang-orang Melayu ketika
pemerintahan Sultan Selangor ke-2, bertujuan untuk mempertahankan Kuala Selangor
daripada serangan Belanda pada masa itu. Kota ini menjadi tapak asas pentadbiran
Kesultanan Melayu pada masa itu.

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD


(KUALA LUMPUR)
SEJARAH PENUBUHAN
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan diantara bangunan lama yang terdapat di
Kuala Lumpur dan merupakan bangunan warisan yang masih dilindungi keaslian
rekabentuknya. Bangunan ini dibina pada tahun 1893. Tetapi perletakan batu asas bagi
bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang
merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Bangunan ini siap dibina dan
digunakan pada tahun 1897. Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan
Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitu dalam tahun 1896. Bangunan itu
merupakan mercu tanda Kuala Lumpur yang gagah pada masa itu.

Bangunan tersebut terletak pada satu tapak diantara pertemuan Sungai Kelang dan
Sungai Gombak dan terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategik, iaitu
ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Keluasan kawasan tersebut adalah 10,200
meter persegi. Di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali
sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Kedudukan bangunan dikatakan strategik
kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan
Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak. Sebelum
merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-
negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen- General, Pejabat Besar Pos dan selepas
kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan Sultan Abdul Samad
ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada
Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun
1978.

Pelan bangunan ini telah direkabentuk oleh arkitek dari British bernama A.C. Norman
(yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera
juga berasal dari British, iaitu C.E. Spooner. Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat
unik seni binanya dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia
mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki yang berbentuk ladam dan di tengah-tengahnya
terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga
yang cantik. Terdapat juga tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah
arked.Bangunan ini juga mempunyai satu serambi besar tertutup yang merupakan suatu
elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini.

BANGUNAN STADHUYS (MELAKA)


SEJARAH PENUBUHAN
Bangunan Stadthuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara jam. Bangunan
Stadhuys (“dewan perbandaran” dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan
bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka,
Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor
Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni
rekabentuk Belanda yang halus.

Bangunan Stadthuys adalah salah ssebuah bangunan yang tertua yang telah dibina oleh
Pemerintah Belanda di Melaka. Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di
bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah
sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Melacca Free School
dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan
percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada
anak-anak golongan Cina yang kaya.

Seterusnya, catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825,
menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Selain itu,
surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja,
Encik J.Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten.

Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar.
Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T.H. Moore. Seterusnya, tidak
lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang.

Semasa pemerintahan Belanda di Melaka, Stadthuys, seperti semua bangunan


pentadbiran Belanda yang lain di Asia Tenggara, ianya juga dicat putih. Melalui
perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, Melaka telah diserahkan oleh Belanda
dan bandar tersebut menjadi tanah jajahan British.

Pada tahun 1911, British mengecat bangunan Stadthuys dan Gereja Christ dengan
warna merah salmon. Sebab-sebab sebenar mengapa bangunan ini telah dicat merah
oleh British kini hilang ditelan zaman tetapi legenda dan teori-teori berkaitannya masih
banyak.

LEMBAH BUJANG (KEDAH)


SEJARAH PENUBUHAN
Lembah Bujang merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di Malaysia
kerana mempunyai pelbagai khazanah tinggalan zaman. Kedudukan Lembah Bujang
adalah merangkumi kawasan seluas 144 batu persegi dengan pembatasan Bukit Choras
di bahagian Utara, Sungai Muda di bahagian Selatan, Selat Melaka di bahagian Timur
dan Lebuhraya Utara - Selatan di bahagian Barat. Kedudukan ini dianggap strategik
kerana amat sesuai dijadikan destinasi bersejarah.

Ramai pelancong yang datang ke Lembah Bujang tertarik dengan tinggalan sejarah di
tapak arkeologi atau carigali seperti runtuhan candi, struktur bandar dan pelabuhan
terpendam, ratusan ribu pecahan seramik, kaca dan manik dari China, Asia Barat atau
Tanah Arab serta dari India, patung-patung dan arca, batu bersurat serta peralatan yang
berkaitan dengan kehidupan masyarakat kuno. Penemuan semula semua artifak sejarah
ini telah membuktikan bahawa telah wujudnya sebuah petempatan dan kerajaan pada
masa yang lampau di Lembah Bujang.

Kawasan Lembah Bujang pernah dikaitkan dengan Kerajaan Kedah Tua. Kerajaan
Kedah Tua dikatakan bermula dengan pembukaan petempatan di Lembah Bujang.

Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu nama pangkal
"Bujang" atau "Bhujangga" yang bermaksud ular atau naga yang melambangkan
kemakmuran sesuatu tempat. Kemakmuran Lembah Bujang telah menarik minat ramai
pedagang, terutama daripada India, China dan Arab untuk singgah di sini. Manakala
perkataan "Bhujangga" diambil daripada perkataan asal iaitu "Phujangga" yang
membawa maksud golongan cerdik pandai atau "Brahmin" di dalam sistem kasta Hindu.
Dengan erti kata lain, nama Lembah Bujang diambil daripada perkataan Sanskrit yang
mempunyai pengaruh Hindu - Buddha.

Lembah bujang berkembang sebagai sebuah petempatan dan pelabuhan kerana


mempunyai ciri-ciri yang istimewa. Kebiasaannya, sesebuah tempat atau kawasan dipilih
sebagai petempatan adalah berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya ialah mudah
didatangi kerana kemudahan pengangkutan contohnya sungai dan jalan darat yang baik,
terlindung daripada bencana semulajadi dan serangan lanun serta bekalan makanan
yang mudah didapati.
ISTANA LAMA SERI MENANTI (NEGERI
SEMBILAN)
SEJARAH PENUBUHAN
Istana Lama Seri Menanti adalah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada
1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar
Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus.
Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang DiPertuan Muhammad
Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun
1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana
lama.

Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang
Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato'
Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah
diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari JKR, Seremban dan
telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.

Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang
panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu.
Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu dari jenis kayu penak. Keunikan istana ini
ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu
yang dipanggil pasak.

Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali.
Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam
upacara tersebut.

Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk
dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964.
Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992, atas
kesedaran DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Istana ini
dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan
pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja
adalah di bawah pentadbiran Muzium Negeri, Negeri Sembilan.
BATU BERSURAT PADANG TARA
(TERENGGANU)
SEJARAH PENUBUHAN
Pada tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai
Tara, di Kampong Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian pada tahun 1902,
Batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli
perniagaan, di bahagian tangga surau Kampung Buloh yang di jadikan alas membasuh
kaki untuk naik ketangga surau tersebut. Batu itu telah patah sebahagian di sebelah
atasnya.

Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan
meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala
Terengganu, Batu ini dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal
Abidin III dan kemudian Batu itu diletakkan atas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan
Penasihat Inggeris Di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang Jurufoto
berbangsa Jepun N. Suzuki mengambil gambar dan dihantarkan kepada C.O. Blegden
untuk dibuat pembacaan.

Batu ini bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah.
Tulisan pada Batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum
Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan
hukuman mengikut taraf seseorang.

Pada tahun 1923, Batu ini telah dihantar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman.
Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu tersebut telah dibawa ke
Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura.

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada
Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat tersebut
untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991,
Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan
Negeri Terengganu.

Batu ini merupakan sebuah Peringatan berbahasa Melayu yang terawal yang dijumpai di
Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengisytiharaan agama Islam sebagai agama
rasmi dan Undang-Undang Islam.
TUGU NEGARA (KUALA LUMPUR)
SEJARAH PENUBUHAN

Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada
8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam
Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa
Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan
bangunan Parlimen.

Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu
Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara,
Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir,
persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

Tugu Negara dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat
daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang
bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di
Virginia, Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di
dunia.

Anda mungkin juga menyukai