Anda di halaman 1dari 5

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu

tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta


negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina
yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan
sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun
luar negara. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada
Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan
Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang
membabitkan promosi pelancongan negara.

Bangunan ini telah direka oleh arkitek berbangsa British, A. C.


Norman dan A. B. Hubbock yang pada waktu itu bekerja di
Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur pada tahun 1894. Batu
asas pembinaan telah diletakkan oleh Gabenor Negeri-Negeri
Selat iaitu Sir Charles Mitchell pada 6 Oktober 1894. Bangunan
ini siap dan dirasmikan pada tahun 1897 oleh Residen British,
Sir Frank Swettenham.

Nama Bangunan Sultan Abdul Samad diambil sempena nama


Sultan Negeri Selangor pada masa itu. Bangunan Sultan Abdul
Samad terletak di lokasi strategik bandaraya Kuala Lumpur iaitu
berhadapan dengan Padang Kelab Selangor dan persimpangan
jalan-jalan penting seperti Jalan Tun Perak, Jalan Raja Laut
dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Masjid Kampung Laut merupakan sebuah masjid yang terletak di
Jajahan Kota Bharu, Kelantan. Ia terletak di Nilam Puri berhadapan
dengan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya kampus
cawangan Kelantan, iaitu 20km dari pusat Bandar Kota Bharu.
Menurut cerita lisan tradisi, berabad-abad dahulu, para mubaligh belayar
ke sepanjang kepulauan Melayu untuk menyebarkan agama Islam. Pada
tahun 1730-an, sekumpulan mubaligh melalui pantai Timur
Semenanjung Malaysia dalam perjalanan mereka ke Pattani di Thailand
Selatan ke Jawa di Indonesia. Malangnya perahu mereka bocor dan
mengalami kesulitan. Para mubaligh dalam perahu itu bersumpah
bahawa kalau mereka dibawa ke pantai dengan selamat, mereka akan
membina sebuah masjid dengan serta merta untuk memperingati
peristiwa itu. Doa mereka dikabulkan, dan para mubaligh mendarat di
Kampung Laut, Tumpat.
Masjid yang asal bukannya apa yang dilihat pada hari ini. Ia merupakan
sebuah struktur asas dengan hanya empat tiang yang menyangga
bumbung tiga tingkat yang diperbuat daripada daun rumbia.
Keluasannya hanyka 400 kaki persegi pada keseluruhannya. Pada akhir
abad ke-19, masjid ini menjadi satu pusat agama yang penting dan
masjid itu diperbesar untuk merangkumi bilik sembahyang tambahan,
peran, serambi dan menara. 20 batang tiang dibina untuk menyangga
binaan tambahan ini. Binaan tambahan ini menggunakan teknik ‘ Tebuk
Pasak ‘ yang amat unik. Ia dibina daripada kayu tetapi tidak
menggunakan walau sepucuk paku sekalipun. Atap daun rumbianya
digantikan dengan atap genting.
Malangnya, asas masjid itu lemah. Dibina di tebing sungai, masjid itu
sering dilanda oleh banjir kilat seperti banjir tahun 1926 yang dikenali
sebagai ‘Bah Air Merah’ yang melemahkan lagi asasnya. Selepas
dilanda sekali lagi oleh banjir yang teruk pada tahun 1966 yang
menghanyutkan sebahagian masjid itu, Persatuan Sejarah Malaysia
mencadangkan pemindahan masjid itu ke tempat yang lebih selamat.
Pada tahun 1968, masjid itu dipindahkan dan dibuka kembali di kawasan
yang baru iaitu di Nilam Puri pada hari ini.
Pada tahun 1988, masjid ini diperbaik lagi dengan kemudahan-
kemudahan moden seperti elektrik, air paip, tandas dan kawasan duduk.
Tiang-tiang dan dinding-dinding masjid juga dihias dengan ukiran kayu.
Dengan tambahan-tambahan ini, kawasan binaan menjadi 5,254 kaki
persegi (74 kaki x 71 kaki) iaitu 13 kali lebih besar daripada masjid asal.
Masjid yang asalnya buka seperti yang dilihat pada hari ini. Ia
merupakan sebuah struktur asas dengan hanya empat tiang yang
menyangga bumbung tiga tingkat yang diperbuat daripada daun rumbia.
Keluasanya hanya 400 kaki persegi bersamaan 5,254 kaki
persegi(74kakix71 kaki). Pada akhir abad ke-19, masjid ini menjadi satu
pusat agama yang penting, dan masjid itu diperbesar untuk merangkumi
bilik sembahyang tambahan, peran, serambi, dan menara. 20 batang
tiang dibina untuk menyangga binaan tambahan ini. Binaan tambahan
ini menggunakan teknik 'Tebuk-Pasak' yang amat unik. Ia dibina
daripada kayu tetapi tidak menggunakan walau sepucuk paku sekalipun.
Atap daun rumbianya ditukarkan kepada atap genting kerana atap
genting lebih kukuh daripada atap rumbia
Malangnya, asas masjid itu lemah. Dibina di tebing sungai, masjid itu
sering dilanda oleh banjir kilat seperti banjir tahun 1926 yang dikenali
sebagai "Bah Air Merah" yang melemahkan lagi asasnya. Selepas
dilanda sekali lagi oleh banjir yang teruk pada tahun 1966 yang
menghanyutkan sebahagian masjid itu, Persatuan Sejarah
Malaysia mencadangkan agar masjid itu dipindah ke tempat yang lebih
selamat. Pada tahun 1968, masjid itu dibuka dan dipasang semula di
kawasan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya di Nilam Puri,kota
bharu kelantan
Pada tahun 1988, masjid ini diperbaik lagi dengan kemudahan-
kemudahan moden seperti elektrik, air paip, tandas, dan kawasan duduk.
Tiang-tiang dan dinding-dinding masjid juga dihias dengan ukiran kayu.
Dengan tambahan-tambahan ini, kawasan binaan menjadi 5,254 kaki
persegi (74 kaki x 71 kaki), iaitu 13 kali lebih besar daripada masjid
asal.
Stesen Keretapi Kuala Lumpur merupakan sebuah stesen
kereta api yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Selepas
siap dibina pada tahun 1910 untuk menggantikan sebuah stesen
yang lebih lama pada tapak yang sama, stesen ini pernah
dijadikan hab kereta api di bandaraya ini bagi Keretapi Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu (Bahasa Inggeris: Federated Malay
States Railway) dan Keretapi Tanah Melayu, sebelum Kuala
Lumpur Sentral mengambil alih banyak peranannya pada
tahun 2001. Stesen ini terkenal dengan gaya pembinaannya,
mempunyai campuran rekaan Barat dan Timur.

Stesen ini terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, dulu dikenali


sebagai Victory Avenue, yang pernah merupakan sebahagian
daripada Jalan Damansara. Stesen ini terletak berhampiran
dengan Bangunan Kereta Api Tanah Melayu yang direka cipta
dengan mirip, dan juga Masjid Negara dan Kompleks
Dayabumi. Stesen LRT Pasar Seni terletak sejauh 400 meter,
merentasi Sungai Klang.

Sebelum pembinaan stesen ini, dua buah stesen kereta api telah
beroperasi di bandar raya ini.

Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang pertama, digelar


sebagai Stesen Residen (Bahasa Inggeris: Resident Station)
kerana berdekatan dengan kediaman Residen British, dibina di
seberang Kelab Selangor ke arah barat. Dibina dengan kayu
berserta dengan bumbung nipah, stesen ini merupakan yang
pertama di Kuala Lumpur, menghubungkan Kuala Lumpur
ke Klang (Pengkalan Batu) dengan landasan kereta api yang
pertama untuk menghubungkan bandar ini dengan kawasan-
kawasan lain di Semenanjung Melayu (dirasmikan pada 22
September 1886).

Stesen kedua, Stesen Jalan Sultan (Bahasa Inggeris: Sultan


Street Station), dibina pada tahun 1892 di Foch Avenue (kini
Jalan Tun Tan Cheng Lock), berhampiran dengan tapak Menara
Maybank dan Hentian Puduraya pada masa kini. Rekaannya
adalah berdasarkan Stesen Residen, dan terletak pada laluan
kereta api Pudu, sebatang landasan baru yang dicawang dari
stesen 1910 itu, dan menghubungkan lombong-lombong
di Ampang ke bandar raya ini. Laluan ini unik kerana bahagian
awal landasan mengampiri stesen terletak di antara dua jalan
Foch Avenue, memotong di sebelah kanan bandar ini.

Stesen Residen dirobohkan selepas pembinaan stesen Kuala


Lumpur yang baru siap. Stesen Jalan Sultan pula digantikan oleh
suatu stesen yang lebih kecil apabila landasan di Foch Avenue
dibuka untuk laluan lalu lintas, dan dirobohkan selepas 1960.
Sebahagian laluannya di Ampang digunakan semula oleh aliran
LRT Ampang.

Anda mungkin juga menyukai