Anda di halaman 1dari 6

Masjid Kampung Laut adalah masjid

bersejarah yang mempunyai struktur binaan


yang unik. Masjid yang terletak di Nilam Puri,
Kelantan ini telah dibina kira-kira 250 tahun
dahulu oleh ulama-ulama dari Tanah Jawa.
Masjid ini asalnya dibina di Kampung
Laut, Tumpat berhampiran dengan tebing
sungai Kelantan. Ia dibina dengan empat
tiang yang menopang bumbung tiga tingkat
yang diperbuat daripada daun rumbia.
Bukaan ruang masjid hanya berkeluasan
400 kaki persegi. Oleh kerana kerap kali
dilanda banjir, masjid ini telah beberapa kali
dipindahkan dan dibaik pulih tanpa mengubah
bentuk asalnya. Sebahagian bangunan masjid
ini pernah terbakar.
Pada tahun 1968 Masihi, masjid ini telah
dibuka dan dipasang semula di Jalan Kuala
Krai, Nilam Puri. Pada tahun 1988 Masihi,
masjid ini sekali lagi dibaik pulih dan
dibesarkan 13 belas kali keluasan bangunan
asalnya. Ia dilengkapi dengan kemudahan-
kemudahan moden seperti bekalan elektrik,
air paip, tandas dan lain-lain.
Kewujudan Masjid Kampung Laut, masjid
tertua di negara kita , menjadi bukti
kedatangan Islam di negara kita datang dari
arah timur dan bukannya dari arah barat, satu
tanggapan popular dalam kajian sejarah
dunia.
Aktivi perdangangan zaman dahulu
melalui pengunaan jalan laut menjadi
penyebab utama tersebarnya agama Islam di
tanah air kita.Pelabuhan-pelabuhan utama
satu masa dulu terletak di Bandar Sumatera,
Jawa, Melaka, Kelantan dan Pattani,
dihubungkan dengan Champa yang menjadi
titik tengah aktiviti perdagangan sebelum tiba
di pelaburan utama di China.
Istana Bukit Tanah merupakan salah satu istana
yang terdapat di Negeri Kelantan dan merupakan
satu-satunya istana yang terdapat di dalam
Jajahan Tumpat. Difahamkan istana ini dibina
sebelum zaman pemerintahan Jepun lagi iaitu
sekitar tahun 1910 iaitu pada zaman pemerintahan
Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad
Ke-4.

Pada amnya tapak istana ini agak rendah dan


dipercayai telah ditimbun dengan tanah supaya
kelihatan lebih tinggi. Memandangkan kedudukan
yang tinggi seolah-olah sebuah bukit, maka istana
ini telah terkenal dengan jolokan Istana Bukit
Tanah. Keluasan tapak istana ini hampir
mencecah 3 ekar dan kawasannya dikelilingi oleh
pokok-pokok besar yang mana ada di antara
pokok-pokok tersebut telah mencecah usia lebih
dari 30 tahun.

Dahulunya Istana Bukit Tanah terkenal dengan


kewujudan sebatang pokok iaitu Pokok
Kelumpang. Pokok ini dikatakan tersangat tinggi
sehingga boleh dilihat dari pesisiran pantai Laut
Cina Selatan. Walau bagaimanapun, pokok ini
telah tumbang dimakan usia.
MASJID KAMPUNG LAUT

ISTANA BUKIT TANAH

Anda mungkin juga menyukai