Anda di halaman 1dari 2

Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah merupakan Sultan yang memerintah negeri Selangor, Malaysia

pada tahun 1898 hingga 1938. Baginda adalah putera kepada Raja Muda Musa dan dilahirkan pada
tahun 1866 di Kuala Selangor. Baginda telah dilantik menjadi Raja Muda pada tahun 1887 bagi
mengisi kekosongan jawatan setelah kemangkatan ayahanda baginda pada tahun 1884.

Sultan Sulaiman mempunyai lima orang adinda iaitu Raja Yahya Sani, Raja 'Abdu'l Murad, Raja
Muhammad Tahir, Raja Taksiah dan Raja Chik.

Baginda telah melangsungkan perkahwinan seperti berikut:-

Mac 1891 - berkahwin dengan sepupu baginda Tunku Maharum puteri Tunku Kudin, Kedah dan Raja
Arfah, puteri Sultan Abdul Samad. Hasil dari perkahwinan ini baginda dikurniakan dua orang putera,
iaitu Tunku Musa'eddin, dan 4 orang puteri[5].

Berkahwin dengan Cik Puan Hasnah binti Pilong Makam Bandar, orang kebanyakan. Dikurniakan dua
orang putera, iaitu Tengku Alam Shah, Tengku Badar Shah dan 2 Orang Puteri.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Alaeddin_Sulaiman_Shah_ibni_Almarhum_Raja_Muda_Musa

Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah mangkat pada 31 Mac 1938 pada usia 75 tahun seletah 39 tahun
memerintah negeri Selangor. Maka, selaku Raja Muda, Sultan Hisamuddin dilantik sebagai Sultan
Selangor yang baru pada 4 April 1938 ketika berusia 39 tahun.

http://warisanpermaisuri.blogspot.com/2015/02/kenangan-raja-raja-sultan-hisamuddin.html

Baginda dimahyurkan menjadi Sultan Selangor ke-5 di Istana Jugra, Kuala Langat, Bertahta dari tahun
1898 Masihi hingga 1938 Masihi, memerintah dalam masa lebih kurang 40 tahun hingga
memungkinkan sambutan Jubli Emas Pemerintahan almarhum. Almarhum Sultan Sulaiman, Sultan
Selangor Darul Ehsan dapat dikategorikan seorang Sultan yang mengasihi akan ulama dan bertaraf
ulama.

http://ku-alam.blogspot.com/2010/06/cebisan-riwayat-almarhum-sultan_13.html

Masjid alaeddin Masjid ini telah dibina pada tahun 1905, seiring dengan pembinaan Istana Bandar
bersebelahan dengan tapak masjid. Masjid yang mempunyai ciri2 rekabentuk campuran India-
Muslim dan Islam Timur Tengah ini telah dirasmikan oleh baginda pada 1926 dan dijadikan masjid
negeri Selangor pada zaman itu. Ia di bina atas ilham baginda sendiri dan baginda sering membaca
khutbah jumaat, Khutbah Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji di sini. masjid inilah selalu diadakan
majlis2 keagamaan bagi mengeratkan ukhwah sesama penduduk kampung. Sewaktu kecil dahulu aku
selalu jua melibatkan diri dalam acara Maulidur Rasul, Musabaqah mahupun mengaji di sini.

http://kampungbandardiraja.blogspot.com/2012/05/kampung-bandar-menyelusuri-sejarah.html

Istana ini dibina sekitar tahun 1899 sebagai istana rasmi Paduka Sri Sultan Selangor Darul Ehsan oleh
Kerajaan British bagi memastikan pusat pemerintahan Paduka Sri Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah
Ibni Almarhum Raja Muda Musa berdekatan dengan pusat pentadbiran kolonial British di Kuala
Lumpur.Sebagai mana yang diketahui, Pusat pemerintahan Paduka Sri Sultan Selangor sebelum ini
adalah di Jugra, Kuala Langat. Astana ini telah digunakan ketika istiadat pertabalan Paduka Sri Sultan
Ala’uddin Suleiman Shah sebagai Paduka Sri Sultan Selangor Darul Ehsan. Demikian jua Istiadat
PemasyhuranTunku Maharum Bt Raja Muda Tunku Dziauddin @ Tunku Kudin Sebagai Tengku
Ampuan Selangor dan Tengku Musa Uddin Sebagai Tunku Putra Mahkota Selangor sekitar tahun
1903. https://wangsamahkota.wordpress.com/2013/12/28/astana-mahkota-puri-negara-merchu-
keindahan/
Istana Alaeddin di Kampung Bandar dibina secara berperingkat pada tahun 1899 dan siap
sepenuhnya pada tahun 1903 di atas tanah seluas 12.96 ekar. Bangunan istana ini mirip senibina
Islam dari India dan Timur Tengah terutamanya dari segi pahat dan seni ukir yang ada pada bahagian
tingkap dan pintu. Selain itu ia juga diterapkan dengan unsur-unsur ukiran dan ragam hias pengaruh
Cina. Reka bentuk bangunan Istana Alaeddin ini adalah campuran di antara seni bina tempatan dan
kolonial. Jika diteliti pada bahagian bumbung, kita dapati sedikit sebanyak pengaruh senibina Acheh
iaitu dengan penggunaan bumbung limas. Namun jika dilihat pada tampak bangunan tersebut, ianya
berbentuk simetrikal dan pada tiang-tiangnya pula terdapat beberapa pengaruh rekabentuk Roman,
Gothic serta penggunaan dinding bata yang tebal. Istana ini dibahagikan kepada tiga hierarki ruang
yang utama iaitu ruang umum bagi kegunaan rakyat, ruang separa umum untuk pekerja istana dan
ruang persendirian yang dikhaskan bagi kerabat dan golongan diraja. Ruang yang terletak di tingkat
pertama lebih bercirikan kepada ruang umum dan separa umum manakala ruang di tingkat bawah
terdiri daripada bilik-bilik. Istana ini mempunyai 40 bilik kesemuanya. Bangunan istana ini juga
mempunyai kawasan lanskap yang menarik serta kolam tadahan air yang terletak di bahagian
hadapan istana. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa buah kolam mandi baginda sultan serta
kaum kerabat banginda yang dibina di dalam kawasan bangunan Istana Bandar. Disamping itu
terdapat juga sebuah “taman larangan” yang dikhaskan hanya untuk kegunaan puteri-puteri dan ahli
keluarga baginda sultan untuk bermain-main ataupun bersantai ketika itu. Justeru, tidak hairanlah
sehingga kini masih lagi terdapat sebuah tembok yang mencatatkan perkataan “ingat-ingat jalan
kecelakaan” yang mungkin bermaksud dan bertujuan melarang orang luar daripada memasuki
kawasan taman berkenaan kecuali kaum kerabat baginda Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah sahaja.
Ketika zaman pemerintahan baginda sultan terdapat juga beberapa bangunan lain di dalam
persekitaran bangunan Istana Bandar tersebut. Di antaranya adalah rumah kelab, pejabat, stor
simpanan senjata dan sebagainya. Namun sehingga kini hanya bangunan Istana Bandar sahaja yang
masih tersergam kukuh kerana bangunan-bangunan yang lain dipercayai telah dirobohkan ataupun
runtuh akibat tiada usaha-usaha untuk pengekalan dan pemuliharaan bangunan-bangunan tersebut
suatu ketika dahulu. Keseluruhan bangunan ini dibina daripada batu-bata dan konkrit. Dindingnya
terdiri daripada dinding tanggung beban dan dinding dari jenis tiang dan alang. Bahagian koridor dan
bahagian ruang yang luas di tingkat atas menggunakan sistem struktur rentangan. Lantai bagi ruang
tingkat bawah dibina daripada lantai konkrit berjubin manakala ruang atas keseluruhan istana
menggunakan lantai kayu cengal. Terdapat banyak tangga yang digunakan untuk ke dalam dan keluar
istana dan di antaranya ialah tangga utama pada bahagian hadapan di mana ia berbentuk
melengkung dan diperbuat daripada konkrit serta dihiasi dengan kekisi dan minaret pada bahagian
atasnya. Tangga yang berdekatan bilik beradu pula dikhaskan untuk golongan kerabat diraja sahaja.
Terdapat juga tangga kayu yang digunakan dan diperbuat daripada kayu cengal. Istana ini
mempunyai 27 bukaan tingkap yang mengunakan panel kayu iaitu kayu ram boleh laras dan saiznya
bergantung kepada fungsinya samaada untuk bukaan di ruang utama awam atau ruang peribadi.
Pintunya pula kebanyakannya dibina daripada kayu dan ia juga bergantung kepada fungsi dan
kegunaannya.Struktur tiang bahagian bawah dibina daripada batu bata dan dipenuhi dengan ukiran
dan motif tumbuhan, manakala struktur tiang di bahagian atas agak lebih kecil iaitu berukuran 400 m
x 400 mm. Keseluruhan istana ini ditutupi dengan bumbung limas, namun aras bumbung limas ini
berbeza-beza ketinggiannya kerana dikatakan untuk menggambarkan struktur hierarki pentadbiran
dalam istana.Bumbung bertingkat pula dibina untuk menutupi ruang utama yang dikhususkan untuk
keluarga diraja, ruang dapur dan balai nobat manakala bumbung rata ditambah pada awal 1900
semasa istana ini diubahsuai.

Anda mungkin juga menyukai